ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 ATUR CARA MAJLIS & AGENDA MESYUARAT 1 2 KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 2 3 KATA-KATA ALUAN PENGETUA SM SAINS ALAM SHAH 3 4 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 4 5 AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 5-7 6 SURAT PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2023/2024 8-9 7 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 10-19 8 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 20-55 9 LAPORAN KEWANGAN PIBG 56-70 10 USUL DAN CADANGAN 71-78 11 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 79 12 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN PENJAGA BAGI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 80-85 13 ANALISIS SPM 2022, ANALISIS PASA TINGKATAN 4 & PELAPORAN PBD TINGKATAN 1-3 2022 86-100
ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 SESI 2023/2024 SM SAINS ALAM SHAH, KUALA LUMPUR 27 JUN 2023 (SELASA) 9.30 Ketibaan dan pendaftaran ibu bapa dan guru SM Sains Alam Shah 9.35 Ketibaan YDP PIBG, AJK PIBG dan barisan pentadbir SM Sains Alam Shah 9.40 Nyanyian Lagu Negaraku dan Wilayah Maju Sejahtera 9.45 Bacaan doa 9.50 Ucapan alu-aluan Pengetua SM Sains Alam Shah 10.00 Ucapan Perasmian YDP PIBG 10.20 Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati 10.30 Mesyuarat Agung PIBG SM Sains Alam Shah kali ke-21 sesi 2023/2024 bermula Agenda Mesyuarat: 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG 2022/2023 3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG bagi tahun 2022/2023 4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan 5. Perbincangan usul / cadangan 6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2022/2023 7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 8. Ucapan Penangguhan 12.00 Ucapan pengenalan AJK PIBG yang baru dilantik bagi sesi 2023/2024 12.15 Bersurai 1
KATA-KATA ALUAN YDP PIBG SM SAINS ALAM SHAH Sesi 2022/23 Assalamualaikum w.b.t, Warga PIBG yang disayangi, Pertama sekali marilah kita panjatkan rasa syukur yang setinggi-tingginya ke hadrat Allah S.W.T diatas limpahan kasih sayangnya untuk kita bertemu dan berukhuwah bersama dalam Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS) yang kita sayangi ini. Secebis tinta saya titipkan sepena Mesyuarat Agung PIBG kali ini bagi meraikan dan menyatakan rasa terima kasih saya diatas kebersamaan kita semua dalam apa sahaja sumbangan kearah pembangunan pendidikan ank-anak kita. PIBG sebagai sebuah badan sokongan bersifat sukarela tanpa apa-apa habuan dan ganjaran material pastinya menyedikan platform yang jelas kepada kita semua untuk hadir bersama merebut saham akhirat melalui pelbagai sumber dan kepakaran, idea dan nasihat serta doa untuk kejayaan anak-anak. Ianya bukanlah sebuah badan yang mengawal sekolah tetapi merupakan badan sokongan yang berfungsi untuk menyokong dan membantu sekolah agar usaha guru-guru untuk menjadikan anak-anak kita berjaya dapat direalisasikan. Saya bersyukur dihadirkan Allah ramai ibubapa yang positif dan bermurah hati tampil sama-sama membantu PIBG dan ianya perlu disuburkan agar kita melihat infaq pendidikan ini pastinya jariah yang mengalir selama-lamanya untuk kita. Namun dalam keterujaan kita untuk menyumbang kepada sekolah, saya mendoakan agar kita sentiasa menjunjung tinggi nilai adab dan akhak sesama kita, antara kita dan guru-guru serta seluruh warga sekolah. Hormat menghormati dan kasih sayang sesama kita adalah asbab rahmat Allah dilimpahi kepada kita dan anak-anak. Selari dengan prinsip asas Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu untk melahirkan anak baik lagi cerdik (ABC) maka kita sebagai ibubapa dan guru-guru juga perlu bersama-sama melayakkan diri untuk memiliki anak-anak yang ABC ini dengan juga menjadi ibubapa yang baik lagi cemerlang. Selamat bermesyuarat kepada semua guru-guru dan ibubapa. Bersama kita suburkan kasih sayang dan hormat menghormati antara kita kerana dari situlah jati diri anak-anak dan kasih sayang sesama mereka dapat diperkuatkan. Ianya sangat penting bagi mengekalkan persekitaran kehidupan di ASIS yang sihat dan penuh dalam rahmat dan ehsan Allah. Sesungguhnya kejayaan kita dan anak-anak kita bukanlah kerana kehebatan kita, pangkat dan kedudukan mahupun penapaian keduniaan ktita. Kejayaan kita dan anak-anak kita tidak lain kerana ehsan Allah semata-mata. Terima kasih kepada semua guru-guru dan Jawatankuasa PIBG sesi 2022/23 yang telah banyak berkorban untuk pembangunan pendidikan anak-anak ASIS. Terima kasih tak terhingga juga kepada semua JKT dan para ibubapa yang terus menerus bersama saya membantu ASIS sepanjang sesi lepas. Keterlibatan kalian semua adalah kunci kepada kesejahteraan dan kecemerlangan anak-anak kita di ASIS. Bersama kita mampu membawa kejayaan anak-anak ASIS ke persada dunia. InsyaAllah … YM TUAN HAJI RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN Yang Dipertua PIBG SM Sains Alam Shah. 2
KATA ALU-ALUAN PENGETUA SM SAINS ALAM SHAH Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur kita kehadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari masa ke semasa supaya SM Sains Alam Shah menjadi sebuah sekolah yang gemilang. Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan. Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua mengharapkan peningkatan di dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah , akademik serta kokurikulum. Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Sekian, terima kasih. Jasmi Bin Md Isa Pengetua SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. 3
AHLI JAWATANKUASA PIBG SM SAINS ALAM SHAH SESI 2022/2023 Penasihat : En Jasmi Bin Md Isa Yang Dipertua : YM Raja Shamri Bin Raja Husin Naib Yang Dipertua : Dato’ Muhamad Anuar Bin Mat Bakar Setiausaha : Pn Noraishah Binti Ajmain Pen Setiausaha : En Hamadan Bin Ahmad Omar Bendahari : En Muhammad Azrie bin M Raymie Pen Bendahari : En Wan Zain Bin Wan Idris Ex-Officio : Pn Ku Zaleha Binti Ku Saad En Zuri Afizu Bin Mat Jusoh Pn Nor A’inun Binti Muhammad Pn Rohaya Binti Bakar Cik Hjh Siti Badriyyah Binti Megat Mohamed Yusoff En Hafiz Bin Mahat En Azri bin Abdullah AJK T1 : Pn Maryam Jameela Bt Megat Mohd Yusof AJK T2 : Nur Farrah Tasya Gonzago Binti Abdullah AJK T3 : Dato’ Seri Zulkeflee Bin Hazeh AJK T4 : En Hamadan Bin Ahmad Omar AJK T5 : Pn Alecia Anak Wani AJK Guru : Pn Jamilah Binti Ismail Pn Nor Kamaliah Binti Hassan Cik Hallijah Binti Hussin En Azmi Bin Fabil Juru Audit Sekolah : En Zulkifli Bin Hamzah Juru Audit Ibubapa : En Ishak Bin Ahmad 4
5
6
7
___________________________________________________________________________________________________ Rujukan Kami : ASIS.100-13/1/4( ) Tarikh : 6 Jun 2023 Kepada: Ibu bapa / Penjaga / Guru SM Sains Alam Shah Kuala Lumpur YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan, NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SM SAINS ALAM SHAH KALI KE-21 SESI 2023/2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SM Sains Alam Shah kali ke-21 akan diadakan mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 27 Jun 2023 (Selasa) Masa : 9:30 pagi Tempat : Dewan Putra Lestari, SM Sains Alam Shah 3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut: 3.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG 3.2 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG 2022/2023 3.3 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG bagi tahun 2022/2023 3.4 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan 3.5 Perbincangan usul / cadangan 3.6 Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2022/2023 3.7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 3.8 Ucapan Penangguhan 4. Sehubungan itu pihak kami menjemput YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan ke mesyuarat tersebut. Mohon jasa baik Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengisi borang pengesahan kehadiran dan usul melalui pautan https://forms.gle/G3qUiThFYfkidEZk9 atau imbas QR code di bawah sebelum atau pada 20 Jun 2023. Pengusul perlu menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 bagi membentangkan usul yang dikemukakan. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH SAINS ALAM SHAH Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur Tel: 03-91315014 Fax: 03-91318119 8
5. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (NORAISHAH BINTI AJMAIN) Setiausaha PIBG SM Sains Alam Shah S.K : Pendaftar Sekolah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pengetua SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur YDP PIBG AJK PIBG SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN DAN USUL 9
1 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SESI 2022/2023 SEKOLAH MENENGAH SAINS ALAM SHAH KUALA LUMPUR PERKARA: MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 20 SESI 2022/2023 Tarikh : 24 Jun 2022 Hari : Jumaat Masa : 9.30 pagi Tempat: Dewan Putra Lestari Bil. Perkara Tindakan 1. Ucapan alu-aluan pengerusi 1.1 Pengerusi majlis mengalukan kedatangan para ibu bapa dan semua warga sekolah. Pengerusi Majlis 2. Ucapan Pengetua 2.1 Pengetua mengalu-alukan kedatangan ibubapa dan guru dan mengucapkan terima kasih kepada semua di atas komitmen yang diberikan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 sesi 2022/2023. 2.2 Pengetua membentangkan tentang TS25 kepada hadirin yang hadir. 2.3 Pengetua memaklumkan kepada hadirin berkenaan keputusan SPM 2022 SM Sains Alam Shah. Ibubapa Makluman Makluman 3. Ucapan Yang Dipertua PIBG 3.1 Tn. Hj. Azizul Kamar, YDP PIBG mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir, barisan pentadbir, guru-guru serta AJK PIBG yang memberi sokongan mesyuarat agung kali ini. Ibubapa 3.2 YDP mengucapkan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ini yang bertungkus lumus bagi memastikan perjalanan Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2022/2023 berjalan lancar. JK PIBG 3.3 YDP menyeru kepada semua ibubapa, agar kita dapat bersamasama berganding bahu dalam apa jua keadaan, memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk menjayakan program-program kecemerlangan yang telah dirancang, memberikan sumbangan bagi menjayakan program kecemerlangan sekolah. Ibubapa 3.4 YDP mengulas tentang kejayaan anak-anak asis. YDPmemaklumkan bahawa untuk menjana kejayaan anak-anak kita, kerjasama dari ibubapa amat penting demi mewujudkan suasana yang harmoni. Makluman 10
2 3.5 YDP berharap program-program yang telah direncanakan oleh pihak PIBG dapat digunakan dengan baik oleh pihak sekolah. Contohnya, CCTV dan water for life. NYDP 3.6 YDP juga memaklumkan tentang cadangan menggunakan Kad Pintar secara menyeluruh penting untuk thumb print dan face recognition. Ini juga salah satu usaha pihak PIBG untuk memastikan perjalanan sekolah berjalan dengan lancar iaitu menyediakan Peranti Pengecam Muka (face recognition) di pondok pengawal dan asrama sekolah. NYDP 3.7 YDP menyeru semua ibubapa agar mengambil pendekatan berbincang mengikut saluran yang betul dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah. Ibubapa 3.8 YDP mengucapkan terima kasih di atas masa dan usaha pihak sekolah dan PIBG bagi melancarkan mesyuarat agung kali ini. Makluman 3.9 YDP juga memohon maaf di atas kesilapan dan kekhilafan kepada semua pihak termasuk ibubapa dan guru sepanjang menjadi YDP bagi dua sesi iaitu 2020 sehingga 2022. Makluman 4. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2022/2023 4.1 Setiausaha PIBG En. Faizrul membentangkan Minit Mesyuarat Agung sesi 2021/2022. 4.2 Pencadang: Syarmila Penyokong: Yusnira Yusoff (4 Bestari) Setiausaha 5. Membentang dan menerima penyata kewangan 2020/2021 5.1 Laporan dibentangkan oleh cikgu Izzat dari muka surat 20, 21, 22, 23, 24 (Kurikulum), 25 (Program Kecemerlangan), 27 (HEM), 28, 29 (Pengurusan PIBG dan Pelbagai), 30,31 (Perbelanjaan akaun khas) terdapat pindaa iaitu 250 (ditambah 40) menjadi 280. Penyata kira-kira juruaudit guru : En. Zulkifli Bin Hamzah telah semak dengan juru audit ibubapa : Pn. Norhafizah Binti Ehsan. 5.2 En. Hamadan bertanya soalan: 5.2.1. Jika pihak PIBG setuju, adakah perbelanjaan Akaun Khas telah berbelanja melebihi daripada penerimaan? Ini adalah praktis yang tidak baik apabila berbelanja meelebihi had yang sebenar. Jawapan Bendahari : En Megat dalam Mesyuarat Agung 2019 menyatakan bahawa Akaun Khas dan baki akaun disatukan bagi memudahkan pemahaman pembacaan akaun oleh semua pihak. Baki wang pada 1/1/2020 merangkumi wang akaun khas. Perbelanjaan wang akaun khas 2021 adalah mengambil kira baki wang khas pada tahun 2020, tidak timbul isu berbelanja tidak berhemah. 5.2.2. Unifi sekolah dibayar sebanyak RM360.00. Data unifi ini Bendahari Bendahari 11
3 mungkin 300Mbps jika mengikut pada harga. Siapa yangmenggunakan unifi ini? Mengapa pihak PIBG bayar sehimgga Disember 2022? Jawapan Bendahari : Sebenarnya bukan 300Mbps tetapi unifi sekolah ialah sebanyak 800Mbps sebulan. Unifi ini berada di kawasan Dewan Putra Lestari dan bilik akademik, warga sekolah dapat menggunakan unifi ini. Bayaran terus dibuat setelah mendapat persetujuan semua AJK PIBG, kerana bayaran bulanannya yang sama, menggunakan satu cek sahaja, dan bagi mengelakkan caj tambahan apabila kelewatan membuat pembayaran. Bendahari 5.2.3. Tandas di sebelah surau amat menyedihkan. Apa tindakan pihak sekolah? Jawapan pengetua: Pengetua memaklumkan apabila sekolah menerima aduan tentang kerosakan tandas, (tindakan serta-merta)pengetua akan segera maklumkan kepada pennyelia asrama untuk membaik pulih tandas tersebut. Kos yang telah dikeluarkan ialah sebanyak RM70,000.00 pada tahun 2019, dan RM5,000.00 daripada sumbangan PIBG (2021). Pengetua 5.3 En. Rudy Ludinata bertanya mengapa tandatangan juruaudit ada seorang sahaja? Bukankah ada 2 orang juruaudit? Seorang juruaudit dari pihak sekolah, dan seorang lagi juruaudit dari pihak ibubapa. Mohon pencerahan. 5.3.1 Jawapan Bendahari: Untuk makluman semua hadirin, juruaudit ibubapa telah menghantar inkuiri kepada bendahari pada hari Rabu malam pukul 10.30 malam. Pihak Juruaudit telah lewat menghantar inkuiri tersebut, dan kita sepatutnya telah membuat cetakan pada hari Khamis. Pihak juruaudit tahu kita akan menjalankan mesyuarat pada hari Jumaat, tetapi mereka lewat menghantar inkuiri kepada Bendahari. Bendahari, Penolong Bendahari, Juruaudit YDP mohon perkara ini disahkan oleh Juruaudit ibubapa. Juruaudit ibubapa, Dr, Norhafizah Binti Ehsan bersetuju dan mengesahkan perkara ini, bahawa beliau telah menghantar semua inkuiri pada waktu malam, hari Rabu. 5.4 Puan Nor (2 Cita) bertanya, kenapa PIBG kata tingkatan 2 masih lagi berhutang sebanyak RM5,000.00? Bendahari, Penolong Bendahari, Juruaudit Jawapan pengetua: Jamuan hari raya ini, pinjaman untuk guru membeli barang-barang mentah untuk membuat rendang, lemang dan sebagainya. Pembayaran telah dibuat pada 23hb Jun. Pengetua 5.5 Puan Wan 2B Harapan agar akaun PIBG dapat diuruskan dengan baik, kerana ini ialah amanah dari ibubapa. Akaun khas adalah akaun tumpang, seharusnya diuruskan dengan lebih telus lagi. Bendahari 12
4 Mesyuarat bersetuju meluluskan Penyata Kewangan tersebut. Mencadang : Encik Wan Zain Bin Wan Idris Menyokong : En Hamadan Ahmad Omar 6. Membentang dan Menerima Laporan Program dan Aktiviti Tahunan 2020/2021 6.1 En Faizrul memulakan pembentangan berkenaan projek-projek dan program PIBG sepanjang tahun dari April 2021 sehingga Mei 2022. 6.2 Setiausaha PIBG En Faizrul memberitahu bahawa laporan tahunan di dalam Buku Mesyuarat (Anyflip) pada mukasurat 37. Pembahagian aktiviti yang kecil di laporan kewangan. Setiausaha Setiausaha 7. Membahaskan usul 7.1 Pn Azlin Binti Adil 1. Memperbaiki kualiti makanan di dewan makan. 2. Ibubapa harus dimaklumkan tentang menu makanan, AJK PIBG harus dipertanggungjawabkan untuk memantau penyediaan makanan di dewan makan. 3. Sistem pemberian makanan harus lebih teratur dan pantas sesuai dengan tuntutan masa. 4. Sistem tidak teratur kerana pelajar beratur terlalu lama di Dewan Makan. 5. Harga makanan di kantin perlu dikawal, kerana harganya agak mahal dan ada pelajar yang tidak mampu untuk membeli di kantin. 6. Tahap kebersihan tidak memuaskan, kerosakan terlalu banyak dan pihak sekolah perlu memandang serius perkara ini. 7. Keluasan bilik air tidak sesuai dengan jumlah pelajar. 8. Bekalan air selalu terputus. 9. Bilik penginapan juga tidak diselenggara dengan baik, sebab itu pelajar selalu sakit, batuk dan selsema. 10. Mohon pihak sekolah menambah bilangan mesin basuh, mesin basuh tidak mencukupi, pelajar beratur terlalu lama untuk membasuh, ruang untuk membasuh juga agak sempit. 11. Mohon libatkan ibubapa dalam aktiviti keceriaan sekolah. 13
5 12. Menambah baik peralatan di dalam kelas seperti kipas, kerusi dan meja, peralatan yang ada sekarang ini agak uzur dan usang, sekolah di luar bandar lebih baik keadaannya berbanding sekolah ini. Jawapan pihak sekolah: 1. Pihak pengurusan sekolah telah mengadakan 2 kali mesyuarat bersama Pegawai SBP, Bahagian Perolehan KPM dan pihak dewan makan pada 27 Mei 2022, dan mesyuarat kedua pada 16 Jun 2022. Pihak dewan makan telah diberi amaran supaya mematuhi terma dan kontrak. Pihak pengurusan juga telah mengadakan mesyuarat bersama pihak kantin pada 13 Jun 2022, pihak pengurusan telah memberi teguran berkaitan kebersihan dan harga makanan, pihak kantin mengambil maklum dan akan mempamerkan tanda harga menu. 2. Pihak sekolah mengambil maklum berkaitan kerosakan yang berlaku, apabila terdapat aduan mengenai kerosakan, pihak sekolah sedaya upaya akan segera membaikinya. 3. Pihak koperasi mengambil maklum tentang cadangan penambahan mesin basuh. 4. Pada 18 Jun 2022, pihak sekolah bersama-sama ibubapa bergotong-royong membersihkan kelas dan bangunan akademik sempena Program Gotong-Royong Perdana 2022. 7.2 Hamimi Shamsul Bin Hamidun 1. Keselamatan perlu diperketatkan, saya dapati ada orang luar yang tiada pertalian dengan pelajar asis, datang ke sekolah untuk berjumpa dengan pelajar ini. 2. KPM tidak membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, tetapi masih ramai lagi pelajar yang membawanya. Jawapan pihak sekolah: 1. Pihak pengurusan telah menetapkan bahawa hanya ibubapa dan waris terdekat murid sahaja yang dibenarkan untukberjumpa murid. 2. Semua murid tertakluk dengan Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 “Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah”. 7.3 Haris Fazilal Bin Ahmad 1. Mohon pihak sekolah membuat permohonan kepada DBKL dan KPM bagi cadangan menaiktaraf laluan pintu masuk utama Asis, laluan itu terlalu bahaya. 14
6 2. Saya ingin berkongsi kemahiran saya dengan pelajar asis, saya ingin mengadakan Klinik Futsal untuk pelajar yang berminat. Jawapan pihak sekolah: 1. Pihak sekolah mengambil maklum berkaitan perkara ini. 2. Pihak pengurusan mengalu-alukan penglibatan ibubapa dalam bidang kokurikulum sekolah. 7.4 Norfasharina binti Zainol Abidin, Faridah Binti Husin, Nurul Hayati Bt Noordeen, Salsabil Bt Mohamed Ismail, Suzita Bt Sulaiman, Norzubaidah Endut. 1. Ada sedikit soalan berkaitan penyata kewangan untuk Tabung Muafakat Asis Batch AMETHYST yang dipegang oleh Puan Jehan dalam akaun CIMB dengan no akaun 7005880550. Kami sebagai ibubapa dan penjaga mahu melihat laporan kewangan yang lengkap Tabung Muafakat F5 supaya ibubapa penjaga tahu jumlah kutipan dari awal penubuhan iaitu pada tahun 2019. 1.1 Jumlah perbelanjaan yang telah digunakan sepanjang kewujudan tabung muafakat. 1.2 Adakah penyata kewangan di audit supaya telus dan menambahkan keyakinan parent untuk terus menyumbang? 1.3 Baki akaun akan digunakan atau disimpan di dalam akaun personal Puan Jehan? 1.4 Semua sedia maklum pelajar akan tamat bada hujung bulan Mac 2023, jadi apa yang berlaku kepada baki akaun tersebut? 1.5 Saya sebagai parent F5 ingin tahu tujuan dana dikutip, kerana kami dapati sejak akhir ini duit tabung tidak digunakan tetapi kutipan dibuat berdasarkan aktiviti semasa. 1.6 Isu apabila pemegang akaun meninggal dunia? 1.7 Cadangan untuk keluarkan Tabung Muafakat ini dari akaun personal Pn Jehan dan dipindahkan ke dalam akaun PIBG di bawah F5. Jawapan Pn Jehan Shumaimah binti Fauzi: Penubuhan akaun ini bermula sejak 2019, ketika murid ini berada di tingkatan 2. Penubuhan akaun ini telah mendapat persetujuan hampir semua ibubapa. Walaupun akaun ini akaun personal, tetapi diuruskan oleh bendahari batch, bukan diuruskan secara persendirian. Hal ini kerana JKT diwujudkan bagi setiap batch. En Wan Zain bangun memaklumkan bahawa ada juga segelintir ibubapa yang tidak bersetuju apabila wang ini dimasukkan ke akaun 15
7 peribadi, tetapi Jawatankuasa Tingkatan tidak akur. Pn Jehan memaklumkan, kita tidak kena akur mesyuarat tingkatan. Jangan menidakkan keputusan tingkatan. Mesyuarat PIBG telah memberi mandat, supaya melantik JKT bagi setiap tingkatan. Puan Salsabil bertanya, kenapa penyata akaun tidak pernah dibentangkan? Kali terakhir pembentangan akaun ialah pada tahun lepas, dan apabila ramai ibubapa yang bertanya, apabila tiba Mesyuarat Agung PIBG, barulah penyata akaun ini dibentang. Kenapa? Pn. Jehan memaklumkan bukan mereka tidak mahu bentang, tetapi Jawatankuasa mengalami sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. Kami boleh boleh bentangkan akaun sekarang jika semua mahu. En. Hamadan berkata, adalah menjadi satu kesalahan apabila duit sumbangan ini masuk ke akaun peribadi. Telus atau tidak akaun ini? Adakah PIBG menutup sebelah mata dalam hal ini? YDP memaklumkan, pada Minit Mesyuarat Bil. 1 bertarikh 24 April 2021, hari Sabtu pukul 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat KL Sentral, YDP telah memaklumkan kepada semua JK PIBG, supaya sebarang kutipan ataupun sumbangan, masukkan ke dalam akaun PIBG. YDP juga memaklumkan supaya JK PIBG yang dilantik selepas ini, supaya kutipan bagi setiap batch, tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, menggunakan akaun rasmi PIBG. Pn. Jehan memaklumkan mereka boleh sahaja membentangkan akaun, tetapi takut masa tidak mengizinkan. En Shamrin mencadang usul ini dengan pindaan. En Hamadan Ahmad Omar menyokong usul ini dengan pindaan. Bendahari 7.5 Sumbangan PIBG 2022/2023 Bagi meneruskan lagi agenda, YDP merujuk Minit Mesyuarat lepas, mencadangkan bahawa sumbangan PIBG dan kecemerlangan pada tahun 2022/2023 adalah sama seperti tahun sebelum iaitu 2021/2022. Butiran bayaran adalah seperti berikut: TING SUMBANGAN PIBG (RM) BAYARAN PROGRAM KECEMERLANGAN (RM) JUMLAH (RM) 1 50.00 300.00 350.00 2 50.00 300.00 350.00 3 50.00 400.00 450.00 4 50.00 400.00 450.00 5 50.00 400.00 450.00 Sokongan sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 16
8 9. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023 YDP membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 Pada awal sesi pemilihan Jawatankuasa PIBG yang baharu, Dato’ Anuar Bin Mat Bakar telah berjaya memenangi jawatan YDP PIBG, dan YM Raja Shamri pula telah memenangi jawatan NYDP PIBG. Dato’ Anuar memohon untuk tidak menjadi YDP dan meminta NYDP YMRaja Shamri untuk dinaikkan menjadi YDP PIBG. Pengerusi sementara majlis memaklumkan perkara ini harus meminta mandat dan sokongan daripada semua ahli mesyuarat. Pengerusi sementara majlis telah meminta peretujuan daripada ahli mesyuarat, bertanya adakah perkara ini ada sokongan ataupun bantahan, ahli mesyuarat sebulat suara menyokong cadangan ini. Maka dengan itu, Mesyuarat Agung PIBG 2022/2023 telah memutuskan bahawa YM Raja Shamri dilantik menjadi YDP PIBG, manakala Dato’ Anuar Bin Mat Bakar telah dilantik menjadi NYDP PIBG yang baharu tanpa sebarang bantahan dari ahli mesyuarat yang hadir. Senarai AJK PIBG sesi 2022/2023: Penasihat : En Jasmi Bin Md Isa Yang Dipertua : YM Raja Shamri Bin Raja HusinNaib Yang Dipertua : Dato’ Muhamad Anuar Bin Mat Bakar Setiausaha : Pn Noraishah Binti Ajmain Pen Setiausaha : En Hamadan Bin Ahmad OmarBendahari : Pn Siti Soraya Binti Ramli Pen Bendahari : En Wan Zain Bin Wan Idris Ex-Officio : Pn Ku Zaleha Binti Ku Saad En Zuri Afizu Bin Mat Jusoh Pn Nor A’inun Binti Muhammad Pn Rohaya Binti Bakar Cik Hjh Siti Badriyyah Binti Megat Mohamed Yusoff En Hafiz Bin Mahat AJK T1 : Pn Maryam Jameela Bt Megat Mohd Yusof AJK T2 : Pn Rashidah Bt Rashid AJK T3: Dato’ Seri Zulkeflee Bin Hazeh AJK T4: Pn Siti Norbaya Binti Mohd Din AJK T5: Pn Alecia Anak Wani AJK Guru : Pn Jamilah Binti Ismail AJK Guru : Pn Nor Kamaliah Binti Hassan AJK Guru : Cik Hallijah Binti Hussin AJK Guru : En Azmi Bin Fabil Juru Audit Sekolah : En Zulkifli Bin Hamzah Juru Audit Ibubapa : En Ishak Bin Ahmad Setiausaha 17
9 9. Penanggguhan Mesyuarat 9.1 YDP dan barisan JK PIBG yang baharu merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua warga sekolah dan ibu-bapa di atas komitmen untuk mensyuarat agung kali ini. YDP Disediakan oleh: Disahkan oleh: FaizrulAzmi (FAIZRUL AZMI BIN SULAIMAN) (YM RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN) Setiausaha PIBG Sesi 2021/2022 Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023 SM Sains Alam Shah, SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Tarikh : 14/07/2022 Tarikh : 14/07/2022 18
1 0 19
PIBG 2022/2023 Disediakan oleh: Noraishah binti Ajmain Setiausaha PIBG 2022/23 20
HARI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN & MERENTAS DESA ASIS 2022 Jun & Julai 2022 Membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. Di samping mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan warga sekolah 21
IBADAH KORBAN 12 Julai 2022 Memberi pendedahan kepada murid tentang pelaksanaan ibadah korban. Kerjasama antara PIBG, guru dan murid ASiS. 22
PERKAMPUNGAN ILMU TINGKATAN 3 21-22 Julai 2022 Meningkatkan kemahiran dan kefahaman pelajar melalui latihan, bengkel dan amali. 23
PERKAMPUNGAN ILMU TINGKATAN 4 25-27 Julai 2022 Memberi pendedahan jelas bagi setiap subjek melalui bengkel dan amali yang dibuat sebagai pengisian kepada program ini. 24
KEM GEMILANG TINGKATAN 5 Aktitiviti akademik yang dirancang khas untuk memberi persediaan kepada murid yang akan menghadapi peperiksaan SPM. SIRI 1 : 2 - 5 SEPTEMBER 2022 SIRI 2 : 9 - 11 DISEMBER 2022 25
PEMASANGAN PAM DAN TANGKI AIR DI ASRAMA Menaiktaraf pam air dan penambahan tangki air di asrama untuk keselesaan murid SEPTEMBER 2022 26
MENAIK TARAF PENDINGIN HAWA DI DEWAN PUTRA LESTARI Menaiktaraf pam air dan penambahan tangki air di asrama untuk keselesaan murid SEPTEMBER 2022 27
SESI DIALOG JK TERTINGGI PIBG BERSAMA PENTADBIR DAN GURU ASIS Program ramah mesra antara JK Tertinggi PIBG bersama guru ASiS bagi menyelami keperluan dan menjalin hubungan baik antara PIBG, guru dan staff. 4 OKTOBER 2022 28
TAHSIN AL QURAN Program untuk murid tingkatan 1, 2 dan 3 bagi memastikan semua murid boleh mambaca Al-Quran dengan baik. Menggunakan khidmat guru al-Quran bertauliah SEPTEMBER 2022 - FEBRUARI 2023 29
PROGRAM MOTIVASI MURID TINGKATAN 1 18 Sept 2022 Dianjurkan oleh JKT tingkatan 1 untuk semua murid dan ibu bapa mereka. 30
PROGRAM MOTIVASI MURID TINGKATAN 2 25 Sept 2022 Program ini dianjurkan oleh JKT tingkatan 2 untuk semua murid tingkatan 2. 31
PEMBELIAN LOKER SIMPANAN LAPTOP 27 Sep 2022 Memastikan warga ASiS dapat bekerja dalam suasana yang kondusif 32
LAWATAN MENGEJUT PIBG KE DEWAN MAKAN 4 Okt 2022 Memantau dan mendapatkan maklum balas dari pengusaha dewan makan bagi memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti dapat diberi kepada murid ASiS. 33
SAMBUTAN MAULIDURRASUL Bersama-sama menyambut Hari Kelahiran Rasulullah Dihadiri oleh barisan AJK PIBG 10 OKTOBER 2022 34
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG Meraikan kejayaan murid dalam peperiksaan SPM 2021 16 OKTOBER 2022 35
HARI INTERAKSI AKADEMIK Pertemuan antara ibu bapa dan guru bagi membincangkan semua permasalahan bagi bersamasama berganding ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah murid-murid ASiS 21 OKTOBER 2022 36
MAKAN BERADAB Majlis makan malam rasmi dan sambutan hari lahir bersama pentadbir, barisan warden, guru dan JKT setiap tingkatan . Memberi pendedahan kepada murid tentang tatacara makan beradab. TING 5 : 20 Ogos 2022 TING 4 : 24 Sept 2022 TING 3 : 28 Okt 2022 TING 2: 25 Nov 2022 TING 1: 2 Dis 2022 37
GOTONG ROYONG PERDANA Gotong royong membersihkan kawasan sekolah bersama JK PIBG, JKT dan kerjasama pelajar KUPTM 30 Okt 2022 38
PEMASANGAN MURAL Memasang mural bagi mengindahkan persekitaran sekolah. 7 & 8 Januari 2023 39
MAKAN MALAM NOSTALGIA ABADI Meraikan murid tingkatan 5 yang akan menamatkan dunia persekolahan. 19 Januari 2023 40
REHAT MINDA Memberi peluang untuk murid tingkatan 5 beramah mesra bersama guru dan rakan-rakan sebelum menghadapi peperiksaan SPM 5 Januari 2023 41
PENGHARGAAN UNTUK GURU TINGKATAN 5 Menghargai jasa guru yang banyak berbakti demi memastikan kejayaan murid-murid tingkatan 5 dalam SPM 2022 27 Januari 2023 42
PEMBASMIAN HAIWAN LIAR BERSAMA PERHILITAN Januari 2023 Program ini dijalankan dengan kerjasama PIBG dan Perhilitan untuk membasmi musang yang berkeliaran di ASiS. 43
SEMBELIHAN Memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid tingkatan 4 untuk menyembelih sendiri sebagaimana yang mereka telah pelajari di dalam kelas 27 Januari 2023 44
SOLAT HAJAT PERDANA Semua warga sekolah bersama ibu bapa bersama bermunajat dan memohon kepada Allah agar anak-anak ASiS diberi kejayaan dalam SPM 2022 4 Februari 2023 45
ASIS FOOD BANK Sepanjang tahun Menyediakan makanan percuma untuk murid yang tidak berkemampuan. Projek kolaborasi antara Panitia Pendidikan Moral dan PIBG. 46
MENAIKTARAF PENDINGIN HAWA Bilik Bahasa Inggeris Bilik Muzik Bilik Guru Pejabat Memastikan warga ASiS dapat bekerja dalam suasana yang kondusif 47
COFFEE BREAK Tajaan makanan untuk murid yang akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM dan Peperiksaan SPM 2022 Peperiksaan Percubaan SPM Peperiksaan SPM 48