The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dalina mohamed ariffin mohamed ariffin, 2020-02-17 22:58:37

MINIT MESYUARAT PEMUTUS SEBUTHARGA SK CONVENT

PENYELENGGARAAN JALAN MENDAP SK CONVENT

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUTUS SEBUT HARGA TENDER
PENYELENGGARAAN JALAN SK CONVENT BILANGAN1/2020

TARIKH : 11 FEBRUARI 2020
HARI : SELASA
MASA : 9.00 PAGI
KEHADIRAN:

1. Tuan Haji Halim bin Salleh KPPD Cameron Highlands

2. Pn. Dalina binti Mohamed Ariffin Guru Besar

3. En. Wan Mat bin Wan Mustapha Pegawai Unit Pembangunan dan

Perolehan (PPD Cameron Highlands)

1.0 Ucapan Pengerusi

Tuan KPPD, Tuan Haji Halim bin Salleh mengucapkan terima kasih kepada semua yang

hadir dan menyatakan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memilih kontraktor yang

layak untuk penyelenggaraan jalan dua tempat iaitu laluan masuk di SK Convent (yang telah

mendap) dan laluan tepi dewan (yang telah mendap) serta membaiki longkang di tepi laluan

dewan.

Beliau juga memaklumkan bahawa jawatankuasa teknikal telah menyenarai pendek senarai

kontraktor yang lengkap dokumen seperti yang dikehendaki dan mengikut tempoh masa yang

dikehendaki serta dengan harga sebut harga yang munasabah.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
Tiada

3.0 Perkara Berbangkit
Tiada

1

4.0 Pemilihan Sebut Harga Penyelenggaraan Jalan Mendap di SK Convent
Senarai kontraktor yang tersenarai untuk dipertimbangkan.

LAYAK DIPERTIMBANGKAN Harga Tawaran Tempoh Siap
( RM ) (Minggu)
Bil Kod P/sebutharga
RM 62,386.00 4 MINGGU
1 12/19 RM 63595.00 4 MINGGU
2 2/19 RM66977.00 4 MINGGU
3 13/19 RM74,932.40 4 MINGGU
4 15/19 RM 76,619.00 4 MINGGU
5 1/19 RM78,028.40 4 MINGGU
6 16/19

Syarat-syarat yang dipertimbangkan adalah seperti berikut:

Penyebutharga berjaya dipertimbangkan berdasarkan faktor-faktor berikut iaitu:-
 Memenuhi syarat sebutharga.
 Harga yang munasabah dan paling sesuai untuk menyiapkan kerja dengan

sempurna
 Tempoh penyempurnaan kerja (Tempoh siap) yang sesuai
 Perkara-perkara lain yang menguntungkan Kerajaan.

Sebut harga yang layak untuk dipertimbangkan kerana melepasi semua
peringkat Penilaian:-
 Harga yang ditawarkan munasabah dan penjimatan paling banyak
 Mempunyai pengalaman kerja yang baik;
 Tempoh siap dalam masa 04 minggu - 05 minggu; dan
 Harga yang ditawarkan munasabah, sesuai dan menguntungkan Kerajaan

Malaysia.

2

Atas dasar di atas, mesyuarat sebulat suara telah memutuskan bahawa kontraktor
12/19 diterima untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan mendap di SK Convent.
Syarikat tersebut adalah Dwi Pantas Enterprise.

Tindakan : Guru Besar

5.0 Hal-hal Lain
Guru Besar, Pn Dalina binti Mohamed Ariffin memaklumkan bahawabeliau akan
menyediakan diokumentasi dalam waktu terdekat dan akan memaklumkan pihak kontraktor
yang berjaya untuk memulakan kerja selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 14 Februari 2020.

Tindakan : Guru Besar

6.0 Ucapan Penangguhan
Tuan KPPD, Tuan Haji Halim bin Salleh berharap semua yang terlibat dapat menjalankan
tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh , Disemak oleh,

Pn.Dalina binti Mohamed Ariffin En. Wan Mat bin Wan Mustapha
Guru Besar Pegawai Unit Pembangunan dan
Sekolah Kebangsaan Convent Perolehan (PPD Cameron Highlands)

3


Click to View FlipBook Version