The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PLC DAN PENANDAAN KERTAS 2 SAINS ANJURAN MGB DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dalina mohamed ariffin mohamed ariffin, 2020-02-18 03:50:58

PROGRAM PLC ANJURAN MGB CAMERON HIGHLANDS

PLC DAN PENANDAAN KERTAS 2 SAINS ANJURAN MGB DAERAH CAMERON HIGHLANDS

KERTAS KERJA PROGRAM PLC ANJURAN MGB KELOMPOK SK
DAERAH CAMERON HIGHLANDS, PAHANG DARUL MAKMUR.

1.0 PENDAHULUAN
Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara
maju ialah pemantapan Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) dalam
kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Konsep
komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti
kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah.
Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke
dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum,
dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk
memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional
telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya
ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam
pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja(buddy
support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di
luar sekolah,dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching).
Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran
secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sIstem pendidikan di negara-
negara maju. Oleh yang demikian, pihak sekolah tidak mahu ketinggalan dalam
mengaplikasi amalan PLC ini. Bagi merealisasikan pembudayaan PLC di
sekolah ini, semua guru perlu memahami konsep dan strategi PLC.
Sehubungan itu, tercetuslah idea bagi pelaksanaan program pemantapan
PLC ini dilakukan di sekolah sebagai satu program sokongan Majlis Guru Besar
terhadap pendidikan yang berkualiti terutama di dalam kelas.

2.0 MATLAMAT
Program ini dapat membantu ketua-ketua panitia serta guru-guru kepada
nilai tambah untuk meningkatkan prestasi panitia dan seterusnya meningkatkan
pencapaian sekolah, serta merealisasikan kualiti guru yang cemerlang

1

3.0 OBJEKTIF KURSUS PLC
3.1 Memberi pemahaman guru terhadap konsep amalan budaya PLC.
3.2 Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
3.3 Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan

bekerjasama dalam kalangan guru.
3.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
4.1 Kumpulan sasaran program ini ialah semua guru mengikut kumpulan Panitia
4.2 Program ini akan diadakan selama 1 hari.bagi setiap subjek teras dan kritikal
4.3 Tenaga penggerak adalah dari kalangan Jawatankuasa Program.
4.4 Program akan dikendalikan dalam bentuk ceramah dan kerja kumpulan
(susunan kumpulan adalah mengikut panitia).
4.5 Program akan dilaksanakan dewan atau kelas guru yang mengadakan PLC .
4.6 Tarikh perlaksanaan program pada bulan Mac dan April.

5.0 PENCERAMAH/ FASILATATOR
Penceramah adalah terdiri daripada guru-guru subjek dan di kalangan pemeriksa
kertas peperiksaan UPSR sekitar daerah Cameron Highlands.
Penceramah terdiri daripada :-

1. En. Shaharoni bin Salleh -Teknik Penandaan Kertas 2 bagi subjek Sains
2. Pn. Norihan Anang - SK Tanah Rata ( Bahasa Inggeris)
3. Pn. Zuhana bt Md Zaki – SK Convent ( Matematik)
4. En. Mohd Faizol M.Nor - SK Telanok ( Bahasa Melayu)

2

6.0 CADANGAN TARIKH, TEMPAT DAN PENCERAMAH SASARAN
BIL TARIKH/MASA PENCERAMAH/TAJUK TEMPAT

1 9 MAC 2020( ISNIN) EN SHAHRONI PPDCH SEMUA GURU
2.00-5.00 PETANG GB SK LEMOI SAINS KELOMPOK

TAJUK: SK, SJKC DAN
TEKNIK PENANDAAN SJKT

KERTAS 2 SAINS

2 25 MAC 2020(RABU) PUAN NORIHAN ANANG SK TANAH RATA SEMUA GURU BI

GURU BI SKTR KELOMPOK SK

2.00-5.00 PETANG

PLC 1

3 8 APRIL 2020(RABU) PUAN NORIHAN ANANG SK CONVENT SEMUA GURU
GURU BI SKTR MATH

2.00-5.00 PETANG KELOMPOK SK
PLC 2

4 23 APRIL EN. MOHD FAIZOL SK TANAH RATA SEMUA GURU
2020(KHAMIS) SK TELANOK BMKELOMPOK SK

2.00-5.00 PETANG PLC 3

7.0 ANGGARAN KOS PEMBELAJARAN

BIL PERKARA KOS
RM 290.00
1 Makan dan minum peserta dan penceramah

untuk bengkel Penandaarasan

25 wakil guru setiap sekolah X RM 5.00=RM 125.00

3 wakil PPD X RM 5.00=RM 15.00

Saguhati Penceramah =RM 150.00

2 Makan dan minum peserta dan penceramah

Anggaran setiap sekolah SK-2 wakil

9 sekolah X 2 guru = 18 orang X RM 5.00 =RM90.00

Penceramah = 1 orang X RM 5.00 = RM 5.00 RM 900.00

Guru Besar = 9 orang X RM 5.00 = RM45.00 RM 900.00
3
Wakil PPD = 2 orang X RM 5.00 = RM 10.00

Jumlah = RM150.00

3 PLC = RM 150.00 x 3

Saguhati Pernceramah 3 PLC x RM150.00 =RM 450.00

3 KOS KESELURUHAN

Sumber kos kewangan yang diperlukan adalah melalui sumbangan MGB Daerah
Cameron Highlands sebanyak RM 900.00

8.0 PENUTUP
Diharapkan program ini dapat dilaksanakan demi meningkatkan kualiti pengajaran
guru secara berkualiti. Di samping itu juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran guru dalam berkongsi idea dalam teknik pengajaran dengan sokongan
semua guru besar demi kemenjadian murid.

Disediakan oleh,

PN. DALINA BINTI MOHAMED ARIFFIN
GURU BESAR SK CONVENT

Disemak oleh,

PN. ROSNANI BT GHAZALI
GURU BESAR SK RINGLET

Disahkan oleh,

TUAN HAJI NORZIHAN B. RIJALUDIN
GURU BESAR SK KAMPUNG RAJA

4


Click to View FlipBook Version