The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS DOA MAJLIS APREASIASI MURID DAN PELAJAR KEDAP SEKOLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afif family, 2019-11-14 10:28:47

TEKS DOA MAJLIS APREASIASI MURID DAN PELAJAR KEDAP SEKOLAH

TEKS DOA MAJLIS APREASIASI MURID DAN PELAJAR KEDAP SEKOLAH

TEKS DOA MAJLIS APREASIASI MURID DAN PELAJAR KEDAP SEKOLAH-SEKOLAH ASLI DAERAH KUALA
LANGAT 2019

‫ َوال هصل َاة ُ َوال هسل َا ُم َع َلى َسيِّ ّد َنا ُم َح هم ٍد َو َعلَى آ ّل ّه َوأَ ْص َحا ّب ّه أَ ْج َم ّع ْي َن‬, ‫اَ ْل َح ْم ُد َّل هِلّ َر ِّ ّب ا ْلعَالَ ّم ْي َن‬

‫اللهم انت الحاسب الجليل‬

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini,untuk melafazkan pujian terhadapMU,kerana
mengizinkan kami untuk berada,dalam Majlis Apresiasi Murid dan Pelajar KEDAP Daerah Kuala
Langat 2019.Salawat dan salam buat junjungan kami Nabi Muhammad SAW

‫اللهم انت العزيز الجليل‬

Ya Allah,sesungguhnya di tangan mu,kuasa penilai segala amalan,lantas,kami memohon kepada
Mu,supaya engkau berkati majlis ini dengan limpah kasih sayang Mu dari mula hingga
akhirnya.Sesungguhnya kami berhimpun di sini pagi ini bagi menguatkan ukhwah dan
silaturrahim,bagi menyatakan pengiktirafan kepada mereka yang telah berusaha dan
berjasa.Semoga segala usaha pihak yang menjayakan majlis ini mendapat sebaik-baik balasan
pahala.

‫اللهم يا ذالجلال والإكرم‬

Engkau jadikanlah,segala kerja dan usaha kami selama ini sebagai ibadah yang engkau
redhai.Tingkatkan semangat,keazaman dan komitmen kami dengan penuh iltizam dan
istiqamah.Kami sedar Ya Allah,bahawa tugas memartabatkan pendidikan negara,bukanlah suatu
yang mudah,tanpa muafakat dan sepakat,jua tanpa redha dan rahmat Mu,maka amat sukar bagi
kami meneruskan perjuangan mencapai kecemerlangan pendidikan,Jesteru itu Ya
Allah,permudahkan urusan kami,bimbinglah hati kami dengan taufik dan hidayah Mu,Ilhamkan lah
dalam minda kami idea-idea yang bernas dan berpandangan jauh.

Ya Allah Ya Ghaniyu Ya Hamid

Kurniakan kami dengan kekayaan dan ketinggian ilmu pengetahuan,hiasi lah diri kami dengan akhlak
dan pekerti terpuji.Muliakanlah kami dengan ketaqwaan,Indahkan kami dengan kesihatan serta
kekuatan,semangat dan daya tahan.Padukanlah tenaga,usaha dan pemikiran kami.Satukan lah hati-
hati kami,eratkanlah silaturrahim di kalangan kami.Semoga dengannya kami dapat
menyempurnakan tugas ini,dengan mudah dan bijaksana.

Ya Allah..Ya Alim Ya Hakim

Berkatilah perhimpunan kami dalam majlis ini dan rahmati jua perpisahan kami selepas majlis ini,Ya
Razzak…kurniakan lah apa kiranya kepada kami,rezeki yang halal dan berpanjangan,zuriat dan
generasi yang beriman,serta segala kebaikan di dunia,mahupun di akhirat.

‫ َول َا تَ ْج َع ّل ال هل ُه هم فّ ْي َنا َول َا َم َع َنا َول َا َم ْن َيتْبَعُنَا َش ّقيًّا‬، ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ّم ْن بَ ْع ّد ّه تَفَ ُّرقاً َم ْع ُص ْو ًما‬، ‫ل هل ُه هم ا ْجعَ ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
. ‫َول َا َم ْط ُر ْو ًدا َول َا َم ْح ُر ْو ًما‬

‫ال هل ُه هم ا ْجعَ ْل َخ ْي َر أَ ْع َما ّرنَا َءا ّخ ُر ُه َو َخ ْي َر أَ ْع َما ّل َنا َخ َوا ّت ُم ُه َو َخ ْي َر أ هيا ّم َنا يَ ْو َم أ ْلقَا َك ّف ْي ّه‬

‫الله ُه هم ا ْغ ّف ْرلَ َنا ذُ ُن ْو َبنَا َول ّإ ْخ َوا ّننَا اله ّذ ْي َن َس َب ُق ْو َنا ّبال ّإ ْي َما ّن َول َا تَ ْجعَ ْل ّف ْي قـُ ُل ْو ّب َنا ّغل ًّا ّل هل ّذ ْي َن َءا َمنُ ْوا َر هب َناإ هن َك َر ُء ْو ٌف َر ّح ْي ٌم‬

، ‫َر َّبنَا اَ ِت َنا فِ ْي ال ُّد ْنيَا َح َسنَةً َوفِ ْي الأَ ِخ َر ِة َح َس َنةً َوقِنَا َع َذا َب الـ ّنَا ِر َو َص َّلى اللهُ َعلَى ُم َح َّمد َو َعلَى اَ ِل ِه َو َص ْحبِ ِه َو َسلَّ ْم‬
‫َوا ْل َح ْم ُد ِِلل ِه َر ِّ ِب ا ْل َعا َل ِم ْين‬

ّ ‫َربهنَا َءا ّت َنا فّي ال ُّد ْنيَا َح َس َنة ً َوفّي الأ ّخ َر ّة َح َسنَة ً َو ّق َنا َع َذا َب ال هنار‬

‫ َوا ْل َح ْم ُدَّل هِ ّل َر ِّ ّب ال َعا َل ّم ْي َن‬، ‫َو َصلهى اللهُ َع َلى ُم َح هم ٍد َو َع َلى َءا ّل ّه َو َص ْحبّ ّه َو َسله َم‬


Click to View FlipBook Version