PERANCANGANN
STRATEGIK
KMPk
05-3594600
http://www.kmpk.matrik.edu.my/
KMP K
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERANCANGAN
STRATEGIK
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2019 - 2021
ISI KANDUNGAN
PRAKATA …………………………………………………………………………………………… 1
RINGKASAN EKSEKUTIF ……………………………………………………………. 2
PENGENALAN
LATAR BELAKANG ………………………………………………………………………... 4
CARTA ORGANISASI ……………………………………………………………………... 6
PENGARAH KMPk ..……………………………………………………………………... 7
KAKITANGAN KMPk………….…………………………………………………………... 8
PELAJAR KMPk……...…………..………………………………………………………... 9
PRASARANA ………………………………………………………………………………. 10
HALA TUJU STRATEGIK
DASAR KUALITI ……………………………….………………………………………….. 14
VISI & MISI BMKPM………………………………………………………………………. 15
VISI, MISI & OBJEKTIF KUALITI KMPk..………………………………………………. 16
PIHAK BERKEPENTINGAN (stakeholders)………………………………………... 17
PUNCA KUASA ……………………………….………………………………………….. 18
TERAS STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIK ..………….………………………………………….. 19
TERAS 1 : KECEMERLANGAN PELAJAR ..……………………………………….. 23
TERAS 2 : KECEMERLANGAN PENSYARAH …………………………………….. 32
TERAS 3 : KECEMERLANGAN INSANIAH .……………………………………….. 40
JAWATANKUASA PELAKSANA ……………………………………………………… 46
PRAKATA
SHASHIM SHAH BIN HARUN
PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum wbh.
Alhamdulillah. bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Perancangan Strategik
Kolej Matrikulasi Perak 2019-2021 dapat disempurnakan dengan jayanya. Sesungguhnya, segala
usaha yang diatur bagi merangka Perancangan Strategik ini tidak akan terhasil tanpa ada nya
permuafakatan, semangat kerja berpasukan serta kesepaduan idea dan matlamat daripada
jawatankuasa terlibat.
Perancangan strategik ini diwujudkan sebagai kerangka pembangunan Kolej Matrikulasi Perak
dalam usaha mencapai aspirasi Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala
perancangan yang diatur selaras dengan visi dan misi Bahagian Matrikulasi serta Kolej Matrikulasi
Perak. Selain memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015 seperti yang terkandung dalam dokumen
kualiti kolej dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Diharapkan segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin
melalui aktiviti atau program yang dirancang. Kejayaan tidak akan terhasil tanpa usaha dan
kerjasama daripada semua pihak. Perancangan strategik ini hanyalah sebagai wahana komunikasi
dan maklumat bagi memperkasa Kolej Matrikulasi Perak seiring dengan hasrat Bahagian
Matrikulasi untuk menjadikan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan berwibawa dan mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang terlibat dalam merangka Perancangan
Strategik Kolej Matrikulasi Perak 2019-2021. Dengan adanya kerjasama padu daripada warga
KMPk, saya percaya segala yang diilhamkan berjaya dizahirkan mengikut perancangan.
Terima kasih.
Pengarah
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia.
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 1
RINGKASAN EKSEKUTIF
Penggubalan Perancangan Strategik Kolej
Matrikulasi Perak 2019-2021 merupakan satu
dokumen perancangan yang signifikan dan relevan
dengan keperluan masa kini. Perancangan Strategik
ini adalah dokumen perancangan utama yang
menentukan hala tuju institusi ini bagi tempoh tiga
tahun. Ia merupakan sumber rujukan semua warga
kolej dalam membuat perancangan dan
melaksanakan program/aktiviti berdasarkan
strategi, pelan tindakan dan sasaran yang telah
ditetapkan bagi sebuah penghasilan yang lebih
sistematik dan cekap berasaskan nilai-nilai bersama
yang turut dikongsi oleh pihak berkepentingan dan
pelanggan.
Pelaksanaan perancangan ini akan dapat
mempertingkatkkan kualiti pengurusan dan
pembangunan staf seterusnya profesionalisme
dalam perkhidmatan kepada pelajar serta
pembangunan kompetensi pelajar sama ada dalam
aspek akademik mahupun pembangunan sahsiah.
Perancangan strategik ini disejajarkan dengan Dasar Pendidikan Negara khususnya Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 serta menyokong agenda pembangunan
Negara . Kelangsungan perancangan strategik ini adalah bergantung kepada kerjasama kolektif
antara pengurusan tertinggi, semua unit sama ada akademik atau bukan akademik, jawatankuasa
pengurusan kolej serta kumpulan sokongan.
Perancangan Strategik Kolej Matrikulasi Perak 2019-2021 telah digubal dengan mengambil kira
Indeks Prestasi Utama (Key Performance Indeks – KPI) 2019, Bahagian Matrikulasi, Kementerian
Pendidikan Malaysia serta kesinambungan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Negara atau
PPPM 2013-2025 bagi peringkat Prasekolah hingga pendidikan Pendidikan Lepasan Menengah.
Selain itu, ia turut mengambil kira keperluan MS ISO 9001:2015 dan Pengurusan Risiko yang
merangkumi tiga matlamat strategik yang dikenal pasti iaitu;
❖ Kecemerlangan Pelajar.
❖ Kecemerlangan Pensyarah.
❖ Kecemerlangan Pentadbiran dan Kewangan
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 2
RINGKASAN EKSEKUTIF
Strategi yang telah dipersetujui diterjemahkan menerusi program dan akiviti yang dirancang dan
dilaksanakan oleh pihak terlibat mengikut tempoh masa pelaksanaan. Kajian semula akan
dilaksanakan selepas setahun pelaksanaan. Tujuannya adalah untuk melihat keberkesanan
pelaksanaan serta menyusun strategi baru (jika perlu) sesuai dengan perkembangan semasa.
Bagaimanapun, dalam tempoh itu, penilaian pencapaian pelan strategik akan dibuat secara berkala
iaitu setiap 6 bulan sekali oleh Jawatankuasa Perancangan Strategik KMPk.
Kesimpulannya, Perancangan Strategik KMPk 2019 – 2021 merupakan satu dokumen yang
komprehensif sebagai rujukan utama yang perlu dipatuhi dan dipastikan kelangsungan
pelaksanaannya. Kejayaan pelaksanaan pelan ini diharap akan membawa kepada kecemerlangan
sumber manusia dan seluruh pelajar KMPk sebagaimana yang disasarkan ke arah mencapai visi
dan misi matrikulasi
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 3
LATAR BELAKANG
Kolej Matrikulasi Perak merupakan salah satu daripada 15 buah kolej matrikulasi yang terdapat di
seluruh Malaysia. Kolej Matrikulasi Perak atau dikenali sebagai KMPk merupakan kolej matrikulasi
keenam beroperasi di bawah kendalian Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
KMPk mula beroperasi pada 1 Mac 2002. Ambilan pertama pelajar pada 23 Mac 2002 melibatkan
seramai 722 pelajar yang memulakan sesi pengajian pertama 2002/2003. KMPk mampu
menampung seramai 3000 pelajar pada setiap sesi pengajian. Bilangan pelajar berbeza-beza pada
setiap tahun bergantung kepada jumlah pelajar yang mendaftar bagi mengisi tempat yang
ditawarkan. Bilangan tenaga pengajar atau pensyarah di KMPk juga turut bertambah dari tahun ke
tahun mengikut kapasiti bilangan pelajar. Semenjak awal penubuhannya sehingga sesi 2019/2020,
seramai lebih kurang 35,476 pelajar telah melanjutkan pelajaran di KMPk. Sepanjang tempoh
tersebut hingga kini, KMPk telah diterajui oleh sembilan orang Pengarah.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 4
LATAR BELAKANG
Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) telah menggariskan visi dan misi yang jelas sejak awal
penubuhannya sebagai hala tuju organisasi. Selain itu, KMPk juga turut melaksanakan beberapa
siri Perancangan Strategik bermula Perancangan Strategik KMPk (2006-2015) di bawah seliaan
Tn. Hj. Hussain bin Hj. Harun (Pengarah KMPk, ke-3), Perancangan Strategik KMPk (2014-2017) di
bawah seliaan En. Said bin Manap (Pengarah KMPk, ke-6) dan Perancangan Strategik KMPk (2019-
2021) di bawah seliaan En. Shashim Shah Bin Harun (Pengarah KMPk, ke-9). Walau
bagaimanapun, berdasarkan hasil teguran audit SIRIM MS ISO 9001:2015 serta hasil semakan
semula pelaksanaan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcomes Based Education – OBE) Bahagian
Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan digunakan mulai sesi 2020/2021, Pelan
Perancangan Strategik Kolej Matrikulasi Perak 2019-2021 turut dikemas kini sebagai
kesinambungan kepada Perancangan Strategik KMPk 2014-2019 bagi menilai semula kejayaan
dan keberkesanan program/aktiviti yang telah dilaksanakan di samping merangka perancangan
baharu bagi memastikan setiap bahagian melaksanakan fungsi dan tanggungjawab masing-masing
secara berkesan.
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 5
CARTA ORGA
KOLEJ MATRIKULA
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 6
ANISASI
ASI PERAK
PENGARAH KMPk
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PENGARAH TAHUN
MAHZAN BIN BAKAR S.M.P., A.M.P 01.04.2002 - 16.06.2004
CHE AMINAH BINTI AWANG KECHIL A.C.M 16.06.2004 - 01.06.2006
HUSSAIN BIN HARUN P.P.T 01.06.2006 - 01.10.2007
ISMAIL BIN KALAM K.M.N., A.M.N 01.10.2007 - 25.08.2011
HJ. ZULKURNAINI BIN HUSSIN 5.10.2011 - 17.05.2012
SAID BIN MANAP A.M.N., A.M.P 16.05.2012 -10.06.2015
DATIN HJH ROSLINA BINTI ABDUL RASHID 10.08.2015 - 02.01.2017
SAAD BIN S.A ABBAS 09.01.2017 –2.02.2018
SHASHIM SHAH BIN HARUN
13.08.2018– kini
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021
7
KAKITANGAN KMPk
Jadual senarai bilangan pensyarah dan kakitangan sokongan di KMPk semenjak penubuhannya.
TAHUN BILANGAN KAKITANGAN
2005 212
2006 223
2007 24
2008 244
2009 285
2010 31
2011 320
2012 310
2013 339
2014 335
2015 331
2016 330
2017 316
2018 292
2019 277
2020 281
BILANGAN KAKITANGAN AKADEMIK MENGIKUT GRED (TAHUN 2020)
GRED BIL
DG 54 19
DG 52 43
DG 48 57
DG 44 76
DG 41 25
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 8
PELAJAR KMPk
Senarai bilangan pelajar mengikut sesi pengajian.
Tahun Bilangan Pelajar
2002 / 2003 722
2003 / 2004 2200
2004 / 2005 3088
2005 / 2006 2209
2007 / 2008 2414
2009 / 2010 1833
2010 / 2011 1911
2011 / 2012 1941
2012 / 2013 2223
2013 / 2014 2302
2014 / 2015 1977
2015 / 2016 1860
2016 / 2017 1875
2017 / 2018 2200
2018 / 2019 2275
2019 / 2020 2202
PPEERRAANNCCAANNGGAANNSSTTRRAATTEEGGIIKKKKMMPPKK22001290--22002212 9
LLPOARKTAASRSAIRBDAEALNNAAKEAMNGUDKAMHPAKN FIZIKAL
Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) didirikan di atas tanah seluas 67.48 ekar di Gopeng, Perak yang
jaraknya kira-kira 24 km dari Bandaraya Ipoh dan 4 km dari pekan Gopeng. Kolej Matrikulasi
Perak mempunyai beberapa kompleks bangunan yang terdiri daripada;
Kompleks Pentadbiran
Aras Bawah
Pejabat Pentadbiran, Bilik Pegawai Eksekutif Kanan, Bilik Penyelengaraan.
Aras 1
Bilik Pengarah, Bilik Timbalan Pengarah, Bilik Ketua-ketua Jabatan, Bilik Penolong
Pengarah Peperiksaan, Bilik Mesyuarat Exekutif, Bilik Mesyuarat Pusat, Bankuet.
Kompleks Akademik
Dewan Kuliah Besar (dua buah dengan kapasiti 250 10
orang), Dewan Kuliah Kecil (empat buah dengan kapasiti
150 orang).
Bilik Tutoran (50)
Makmal Sains (18), bilik persediaan Kimia (1), bilik radas
(3), ruang kerja pembantu makmal (5).
Makmal komputer (tujuh buah dengan kapasiti 31
komputer setiap satu).
Makmal Bahasa Inggeris (tiga buah dengan kapasiti 31
komputer setiap satu).
Bilik kakitangan Pegawai dan kakitangan ICT.
Bilik Peperiksaan (10).
Perpustakaan
Kubikel Pensyarah Kokurikulum, PAM dan PAI.
PPEERRAANNCCAANNGGAANNSSTRTRATAETGEIGKIKMKPMKP2K021081-290-220021
PRASARANA
Blok Pensyarah
Aras Bawah
Bilik Kualiti (ISO), Bilik R&D, Bilik Inovasi, Stor Pejabat, Studio Digital Classroom,
Kubikel Pensyarah DG54 dan DG52, Bilik Ketua Unit Sains Komputer dan Perakaunan,
Kubikel Pensyarah Sains Komputer, Perakaunan dan Kimia.
Aras 1
Bilik Ketua-ketua Unit Kimia dan Fizik, kubikel pensyarah Kimia dan Fizik.
Aras 2
Bilik Ketua Unit Biologi dan Matematik, bilik perbincangan, kubikel pensyarah Biologi
dan Matematik.
Aras 3
Bilik Ketua Unit Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Bahasa Inggeris dan Pengajian AM
Matrikulasi, kubikel pensyarah Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Bahasa Inggeris dan
Pengajian AM Matrikulasi.
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 11
PRASARANA
Anjung Siswa
Anjung Siswa yang terdiri daripada; Kaunter
Urusan, Bilik Pegawai Hal Ehwal Pelajar (2), Bilik
Pegawai Kaunseling, Bilik Kaunseling Kelompok,
Bilik Mesyuarat, ruang santai.
Pusat Sehenti
Pusat Sehenti yang terdiri daripada; Bankuet Ayer
Papan, Bistro, Kedai Siswa, K-Siswa, Terminal
Siswa, Bilik Gerakan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar, Studio Muzik, Gimnasium, Sudut Pidato,
Sudut Ulangkaji.
Kemudahan Lain
Masjid Al-Maghfirah
Pondok Bas ; parkir bas (2).
Pondok Pengawal
Dewan Serbaguna ; Dewan Seri Kinta, bilik rehat tetamu, gelanggang
badminton (6), gelanggang skuasy (2), stor peralatan (3), bilik persalinan.
Kompleks Sukan ; Kemudahan padang bagi aktiviti sukan bola sepak, hoki,
ragbi, bola jaring dan futsal; bilik simpanan peralatan sukan dan
perkhemahan, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola
tampar, gelanggang petanque, bilik persalinan (2), stor basikal (menyediakan
kemudahan 60 buah basikal) dan astaka.
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 12
PRASARANA
Kompleks Kediaman ;
Kolej Kediaman Perempuan : 3 buah (Seri Teja, Seri Intan dan Seri Kerian)
Kolej Kediaman Lelaki : 2 buah (Seri Iskandar dan Seri Ipoh)
Rumah Felo : 30 buah.
Rumah Pengarah : 1 buah
Rumah Ketua Jabatan : 6 buah
Kafeteria : kafe pentadbiran (1), kolej kediaman perempuan (2), kolej kediaman
lelaki (1).
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 13
DASAR KUALITI
DASAR KUALITI
KMPk beriltizam memberi perkhidmatan berkualiti dalam pengurusan pelajar, pengurusan
kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan latihan sumber manusia bagi memastikan
pelanggan mendapat manfaat terbaik melalui pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti yang
cekap dan berkesan secara berterusan.
PENERANGAN DASAR KUALITI
"BERILTIZAM MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI" KMPk bertanggungjawab menyediakan
tenaga pengajar yang berketerampilan, komited dan berintegriti dengan dibantu oleh kakitangan
sokongan yang cekap dan berdedikasi di samping menyediakan persekitaran yang kondusif untuk
memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan bertaraf dunia.
"MEMASTIKAN PELANGGAN MENDAPAT MANFAAT TERBAIK" KMPk akan memastikan misi dan
visi kolej direalisasikan melalui kecemerlangan pelajar dalam semua bidang serta mendapat
pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 14
VISI DAN MISI BMKPM
Penjana unggul pelajar bumiputera
berkualiti ke institusi pengajian
tinggi dalam bidang Sains, Teknologi
dan Professional menjelang 2020
Membangunkan potensi pelajar
bumiputera dalam bidang Sa”ins,
Teknologi dan Profesional melalui
Pendidikan Prauniversiti yang
berkualiti untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 15
VISI ,MISI & OBJEKTIF KUALITI KMPK
VISI
Menjadi Kolej Matrikulasi Terunggul
MISI
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, persekitaran yang kondusif dan
dilengkapi prasarana yang moden.
Memperkembangkan potensi pelajar dalam aspek pembangunan modal intelek dan modal sosial
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Meningkatkan kualiti sumber manusia ke tahap cemerlang
Objektif Kualiti
Memastikan misi kolej dapat dicapai melalui kerjasama yang padu, pengamalan budaya kerja
cemerlang, penghayatan budaya ilmu, pengamalan nilai murni dan penambahbaikan berterusan.
Sentiasa mengoptimumkan kualiti prasarana di kolej untuk dimanfaatkan secara efekif.
PEPREARNACNACNAGNAGNANSTSRTARTAEGTEIKGKIKMKPMK P2K01280-2190-220021 16
PIHAK BERKEPENTINGAN
(STAKEHOLDERS)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Matrikulasi, KPM
Universiti awam
Institut Pendidikan Tinggi Swasta
Agensi Kerajaan : Sekolah, Bomba,
Polis, Hospital dan lain-lain.
Agensi Swasta : Bank
Ibu Bapa / Penjaga
Pelajar
Kakitangan KMPk
Pengusaha Luar 17
Media Massa
Masyarakat
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021
PUNCA KUASA
Punca kuasa bagi Kolej Matrikulasi Perak dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab ialah:
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Dasar Pendidikan.
3. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (pengajian tinggi).
4. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (prasekolah dan lepasan
menengah).
5. Akta Pendidikan
6. Skim/ perjawatan, latihan & pembangunan kompetensi, Urusan perkhidmatan,
Hubungan majikan pekerja, Pentadbiran organisasi
7. Pekeliling Perkhidmatan Perkhidmatan Awam
8. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPA)
9. Arahan-arahan Perbendaharaan
10. Surat Siaran BMKPM
11. Pekeliling Kemajuan
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 18
PERANCANGAN STRATEGIK
2020-202
TERAS 1
KECEMERLANGAN PELAJAR
3 TERAS 2
KECEMERLANGAN
TERAS PENSYARAH
TERAS 3
KECEMERLANGAN PENTADBIRAN
DAN KEWANGAN
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 19
PERANCANGAN STRATEGIK
2019 – 2021
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
•
Melaksanakan inisiatif kecemerlangan akademik
berdasarkan tahap pencapaian akademik yang
komprehensif.
Menyediakan pelajar dengan kemahiran belajar
dan motivasi intrinsik.
Mengintegrasikan TMK dalam pembelajaran abad
ke 21.
Memantapkan modal insan dalam persekitaran
yang kondusif.
TERAS
1
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 20
PERANCANGAN STRATEGIK
2019 – 2021
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
Kecemerlangan
Pensyarah
Meningkatkan kompetensi pensyarah.
Meningkatkan smart partnership dengan
institusi pendidikan luar.
TERAS
2
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 21
PERANCANGAN STRATEGIK
2019 – 2021
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
Kecemerlangan
Pentadbiran dan Kewangan
Menguruskan kewangan dengan efisien,
akauntabiliti dan integriti.
Menambah baik sistem pengurusan kerja dan
tadbir urus.
Memantapkan pengurusan sumber manusia.
TERAS
3
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 22
TERAS 1
KECEMERLANGAN PELAJAR
“Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu,
kemahiran dan nilai murni yangdiperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta
bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat”.
Mukaddimah Akta Pendidikan, 1996
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 23
PERANCANGAN
1 TERAS 1
KECEMERLANGAN PEL
PELAN STRATEGIK KMPK 2019-2021
24
N STRATEGIK 2019-2021
LAJAR
PERANCANGAN
1 TERAS 1
KECEMERLANGAN PEL
PELAN STRATEGIK KMPK 2019-2021
25
N STRATEGIK 2019-2021
LAJAR
PERANCANGAN
1 TERAS 1
KECEMERLANGAN PEL
PELAN STRATEGIK KMPK 2019-2021
26
N STRATEGIK 2019-2021
LAJAR
PERANCANGAN
1 TERAS 1
KECEMERLANGAN PEL
PELAN STRATEGIK KMPK 2019-2021
27
N STRATEGIK 2019-2021
LAJAR
PERANCANGAN
1 TERAS 1
KECEMERLANGAN PEL
PELAN STRATEGIK KMPK 2019-2021
28
N STRATEGIK 2019-2021
LAJAR
PPEENNGGUURRUUSSAANN RRIISSIIKKOO
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 29
PPEENNGGUURRUUSSAANN RRIISSIIKKOO
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 30
PPEENNGGUURRUUSSAANN RRIISSIIKKOO
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 31
TERAS 2
KECEMERLANGAN PENSYARAH
Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita
perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara
kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya
berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang pentingnya, setiap
murid di negara kita perlu diterapkan dengan nilai, etika, dan rasa tanggungjawab sebagai
warganegara, agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka,
keluarga, dan negara, serta berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran masa depan.
Petikan ucapan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Perdana Menteri Malaysia
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah)
PERANCANGAN STRATEGIK KMPK 2019-2021 32
PERANCANGAN
2 TERAS 2
KECEMERLANGAN PEN
PELAN STRATEGIK KMPK 2019-2021
33
N STRATEGIK 2019-2021
NSYARAH
PERANCANGAN
2 TERAS 2
KECEMERLANGAN PEN
PELAN STRATEGIK KMPK 2019-2021
34
N STRATEGIK 2019-2021
NSYARAH
PERANCANGAN
2 TERAS 2
KECEMERLANGAN PEN
PELAN STRATEGIK KMPK 2019-2021
35
N STRATEGIK 2019-2021
NSYARAH