The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fauziah Hashim, 2023-08-10 19:17:40

BUKU PROGRAM

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

Keywords: BUKU PROGRAM SKDP,BULAN KEBANGSAAN,2023

Pelancaran KEBANGSAAN BULANTEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN SK DESA PETALING Anjuran : Unit Kokurikulum SKDP 15 Ogos 2023 I Dewan Terbuka Di rasmikan oleh : Encik Shamsukamal Bin Anifar Guru Besar SK Desa Petaling KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA __________________________________________________ Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur


Sejarah Kemerdekaan Sejarah Malaysia bermula sekitar 1400 Masihi iaitu pada zaman Kesultanan Melaka. Semenanjung Malaysia dan pantai Timur Sumatera adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Melaka. Oleh kerana lokasinya yang strategik, Melaka meletakkan dirinya sebagai segitiga emas perdagangan, terutamanya dalam perdagangan rempah ratus di Asia Tenggara. Pedagang Timur Tengah akan melakukan perjalanan ke Asia Barat dan melabuhkan kapal mereka di Melaka. Pada masa ini, sebahagian daripada pedagang Islam akan tinggal lebih lama dan ada yang memutuskan untuk tinggal di Melaka. Pada masa inilah Islam mula-mula diperkenalkan dan akhirnya, Sultan sendiri memeluk agama Islam dan menjadi seorang Muslim. Melaka dengan lokasinya yang strategik menarik pedagang dari jauh seperti Asia dan Eropah. Tidak lama kemudian, pada tahun 1511, Portugis tiba di Melaka dan menyerang Kerajaan Melaka. Itulah permulaan era penjajahan. Pada tahun 1641, Tanah Melayu ditawan oleh Belanda dan diambil alih oleh British pada tahun 1824 melalui perjanjian Inggeris -Belanda. Kerajaan British mencampuri urusan pentadbiran Tanah Melayu yang selama ini ditadbir oleh Raja-raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Penjajahan British banyak menimbulkan kerisauan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Tahun berlalu sehinggalah pada era 1920-an dan 1930-an timbul kesedaran politik kesan pendidikan yang diterima oleh penduduk tempatan. Ramai tokoh-tokoh nasionalisme mula menulis dan menyebarkan ideologi dan meningkatkan semangat patriotik sehingga terbentuknya beberapa kesatuan yang berusaha ke arah mencapai kemerdekaan dan yakin bahawa penduduk Tanah Melayu berupaya membentuk kerajaan sendiri. Akan tetapi terdapat halangan apabila kerajaan Jepun berjaya menawan Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Jepun akhirnya berundur ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membangkitkan kemaraan Parti Komunis Malaya (PKM). PKM mengganas di Tanah Melayu dengan pembunuhan kejam dan memusnahkan harta awam sehingga British mengisytiharkan darurat pada tahun Jun 1948. Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan British mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu kerana ia akan menghapuskan institusi diraja dan hak keistimewaan Orang Melayu yang diperjuangkan oleh United Malays National Organisation (UMNO). Harapan untuk mencapai kemerdekaan akhirnya menjadi positif apabila Tunku Abdul Rahman membentuk Parti Perikatan yang menyatukan tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Ini telah membuka mata dan memberi keyakinan kepada British untuk membenarkan Tanah Melayu mentadbir negara mereka sendiri dan kemuncaknya adalah Perjanjian London pada 8 Februari 1956. Tanah Melayu merdeka secara rasminya daripada jajahan British pada 31 Ogos 1957. Itulah, sedikit ringkasan sejarah hari kemerdekaan Malaysia yang membolehkan rakyat Tanah Melayu membangunkan negara yang tercinta. Sumber: Portal MyGovernment(Gerbang rasmi kerajaan Malaysia).


Matlamat Matlamat utama pelancaran sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah adalah bertujuan untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk memperingati sejarah negara dan tokohtokoh gemilang yang berusaha mempertahankan tanah air di samping menanam semangat patriotik dikalangan murid-murid dan guru-guru.


Jawatankuasa Induk Pengerusi : Encik Shamsukamal bin Anifar (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : Puan Musliharyani binti Yin (GPK Ko-kurikulum) Naib Pengerusi 1 : Encik Mahendran A/L Subramaniam (GPK Tadbir dan Kurikulum) Naib Pengerusi 2 : Cik Siti Farahniz Hanim binti Bidin (GPK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 3 : Puan Syahida binti Mohamed Mokhtar (GPK Pendidikan Khas) Ketua Panitia : Panitia Sejarah Panitia Seni Visual Panitia Muzik Panitia RBT Penyelaras Pusat Sumber


Jawatankuasa Pelaksana Penyelaras Program : Nurul Shahira binti Mohd Raffi Setiausaha : Mohamad Azrai Bin Rasdi Naib Setiausaha : Mustakim Juhdi Bin Mohamad Bendahari : Rasharena Binti Rashid Ahli Jawatankuasa Buku Program: Fauziah Binti Hashim Hanizawaty Binti Abdullah Gimik Pelancaran : Nor Lida Binti Mat Isa (K) Persembahan Pelancaran : Nor Azliza Binti Abdul Aziz (K) Keselamatan & Disiplin : Mohamad Shahrizal Bin Salleh Siaraya & Publisiti :\ Mohd Naili Bin Mohd Nawi (K) Fotografi & Videografi : Muhammad Hazwan Bin Khairil Khalid (K) Pengacara : Muhammad Ariff Idzuddin Bin Mohd Zuki Nurulhafizah Binti Halid Bacaan Doa : Sirajuddin Bin Mokhtar Persiapan Tempat : Mohd Adi Aizad Bin Ismail (K) Persiapan Pentas : Muhd Naem Bin Che Ismail (K) Pemasangan Bendera & Banner : Ahmad Zaini Bin Mohd Nor (K)


⏰ 7.20 pagi : Murid Berkumpul ⏰ 7.30 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ⏰ 7.35 pagi : Bacaan Ikrar ⏰ 7.40 pagi : Bacaan Doa ⏰ 7. 45 pagi : Ucapan Perasmian Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2023 Peringkat Sekolah oleh Guru Besar, En. Shamsukamal Bin Anifar ⏰ 7. 50 pagi : Persembahan Gimik Pelancaran Bulan Kebangsaan 2023 ⏰ 7.55 pagi : Nyanyian Lagu-lagu Patriotik Kibarkan Jalur Gemilang ⏰ 8.00 pagi : Bersurai Tentatif Program


Perjalanan Program Panitia Sejarah Tayangan Filem Patriotik (Tahap 1 & 2) Rounders (Tahap 2 & Guru) Panitia Seni Visual Pertandingan Mewarna (Tahap 1) Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2) Panitia RBT Pertandingan Basikal Berhias (Tahap 1 & 2) Pertandingan Dapur Merdeka Panitia Muzik Pertandingan Pakaian Beragam “Pakaian Kaum/Etnik di Malaysia” Pertandingan Nyanyian lagu Patriotik (Tahap 2) Pusat Sumber Sekolah Pertandingan Kelas Patriotik (Tahap 1 & 2) Pertandingan Buku Skrap


Terima Kasih @fauziahhashim


Click to View FlipBook Version