The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 1134
KETERAMPILAN BERBAHASA
TUGASAN 3: PENGHASILAN PRODUK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur An Nisa, 2024-03-18 19:53:48

Halangan dan Isu dalam Keterampilan Berbahasa

BMMB 1134
KETERAMPILAN BERBAHASA
TUGASAN 3: PENGHASILAN PRODUK

HALANGAN & ISU KETERAMPILAN BERBAHASA KETERAMPILAN BERBAHASA BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA TUGASAN 3 ; PENGHASILAN PRODUK


Nama: NUR AN NISA SYUHADAH BINTI TAPA Angka Giliran: 2023012310042 Ambilan: PPISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2023 - MEI 2028 Nama Pensyarah: PUAN ALICE BENEDICT BIODATA DIRI


ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN PENGENALAN HALANGAN KOMUNIKASI ISU-ISU KETERAMPILAN BERBAHASA RUJUKAN


PENGENALAN Menurut Dewan Bahasa dan Putaka (2021), keterampilan membawa maksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi dan berbahasa pula bermaksud mempunyai bahasa, menggunakan bahasa dan bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka definisi keterampilan berbahasa dapat disimpulkan sebagai kecekapan dan kemampuan seseorang menggunakan bahasa dan bertutur dalam sesuatu bahasa. Keterampilan berbahasa merangkumi beberapa aspek yang terdiri daripada aspek lisan, iaitu mendengar dan bertutur serta aspek bukan lisan seperti membaca dan menulis.


Halangan dalam Keterampilan Berbahasa


1. MAKLUM BALAS 2. KOMUNIKASI SEHALA 3. GANGGUAN SARAF PENERIMA HALANGAN-HALANGAN 6. pENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA 5. gANGGUAN EMOSI 6. gANGGUAN LUARAN


Antara halangan yang dihadapi dalam berkomunikasi ialah maklum balas. Maklum balas bermaksud tindak balas penerima kepada mesej yang disampaikan oleh penghantar. Namun begitu, jika tiada maklum balas yang diterima, maka maklumat yang disampaikan tersebut tidak diterima dan difahami dengan baik oleh penerima. Contohnya, apabila seorang guru menyampaikan pengajaran mereka dan kemudiaan bertanyakan soalan kepada murid-murid, sekiranya mereka tidak memberi respons terhadap soalan itu, bermaksud maklumat yang disampaikan oleh guru tidak diterima dengan baik. Kesannya, proses PdP tidak akan berkesan dan menyebabkan murid tidak mahir dengan mata pelajaran yang diajar. 1. MAKLUM BALAS


Seterusnya, komunikasi sehala. Komunikasi sehala merupakan proses komunikasi yang tidak memerlukan maklum balas daripada penerima. Hal ini menyebabkan penghantar tidak menerima apa-apa respons daripada penerima berkaitan maklumat yang disampaikan. Perkara ini mengakibatkan komunikasi yang berlansung tidak berjalan dengan lancar dan menyebabkan kesalahfahaman. Misalnya, penyampai berita hanya menyampaikan maklumat tentang isu-isu semasa tanpa menerima tindak balas atau respons daripada pendengar. Penyampaian jenis ini hanya melibatkan komunikasi sehala tanpa memerlukan respons daripada pendengar. Tuntasnya, komunikasi yang berlangsung tindak berkesan dan perkongsian pendapat tidak berjalan. 2. KOMUNIKASI SEHALA


3. GANGGUAN SARAF PENERIMA 3. GANGGUAN SARAF PENERIMA Tambahan lagi, gangguan saraf penerima merupakan antara halangan komunikasi. Hal ini terjadi apabila seseorang mengalami kecacatan anggota pendengaran iaitu telinga. Dalam konteks ini penerima berkemungkinan menghadapi penyakit seperti pekak dan presbyacusis iaitu kehilangan pendengaran secara perlahan-lahan disebabkan pertambahan usia (Gleneagles Hospital Malaysia, n.d.). Kesannya, penerima mengalami kesulitan dalam mendengar dan memahami maklumat yang disampaikan oleh penghantar serta penerima tidak dapat memberi maklum balas terhadap maklumat yang disampaikan.


Di samping itu, halangan dalam berkomunikasi juga boleh disebabkan oleh penyampian menerusi saluran kedua. Penyampaian mesej boleh disampaiakn melalui saluran tertentu termasuklah saluran kedua. Penyampaian ini terjadi apabila seseorang itu meminta orang tengah untuk menyampaikan satu maklumat atau mesej. Penyampai sebegini boleh menyebabkan berlakunya keciciran maklumat. Impaknya, pihak ketiga tidak dapat memahami makna maklumat yang diterima sekali gus dapat menyebabkan salah faham. 4. PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA 4. PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA


5. GANGGUAN EMOSI Bukan itu sahaja, gangguan emosi juga merupakan salah satu halangan dalam proses komunikasi. Hal ini demikian kerana, pendengar atau penerima yang mendengar dengan mempunyai emosi yang tidak stabil hanya akan menerima maklumat mengikut emosi mereka. Perkara ini menyebabkan apa yang disampaikan tidak sama dengan apa yang diterima. Oleh itu, berkemungkinan berlakunya kesalahfaham dalam komunikasi dan mengakibatkan penerima memberi respons yang tidak bersesuaian dengan topik perbincangan. Sebagai contohnya, penerima yang beremosi negatif seperti tertekan dan marah hanya akan menerima maklumat yang disampaikan separuh-separuh dan membuat andaian tanpa mendengar keseluruhan maklumat yang cuba disampaikan.


Akhir sekali, halangan dalam keterampilan berbahasa adalah dari aspek luaran. Halangan luaran merupakan halangan yang berasal daripada persekitaran seperti gangguan bunyi. Gangguan ini boleh berlaku akibat daripada bunyi disekeliling seperti bunyi mesin rumput atau bunyi kereta yang menyebabkan suara penghantar tertanam dengan bunyi tersebut. Hal ini mengakibatkan maklumat yang cuba disampaikan tidak diterima dengan baik dan menjadikan komunikasi menjadi tidak berkesan. Misalnya, apabila seorang guru melaksanakan proses PdP dan pada masa yang sama terdapat bunyi bising di luar kelas, perkara ini akan menyebabkan muridmurid tidak mendengar guru mereka dengan jelas dan maklumat yang diberikan tidak sampai kepada murid. Kesannya, proses PdP dan komunikasi dua hala antara guru dan murid tidak berkesan. 6. GANGGUAN LUARAN


Isu-Isu dalam Keterampilan Berbahasa


ISU BAHASA 1 ISU BUDAYA 2 ISU MEDIA SOSIAL 3 ISU-ISU


Sumber: Sinar Harian 1. ISU BAHASA Seperti yang diketahui bahasa merupakan lambang diri setiap bangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahasa mencerminkan budaya penuturnya, iaitu persekitan dan cara hidup serta sosial masyarakat tersebut (Kamarul Afendey, 2019). Namun begitu, isu bahasa masih hangat diperkatakan terutamanya dalam penggunaan bahasa rojak dan bahasa kasar yang sering digunakan dalam pertuturan sehariharian seperti dalam siaran-siaran radio dan televisyen. Isu ini kemudiannya memberi kesan negatif kepada penggunaan bahasa Melayu kerana segelintir bangsa Melayu memandang enteng bahasa ini dan menganggapnya sebagai bahasa lapuk.


Selain itu, keterampilan berbahasa juga dipengaruhi oleh isu budaya, yang mana seperti yang diketahui Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan budaya. Akibat daripada kepelbagaian budaya yang berbeza-beza menyebabkan berlakunya ketidakfahaman dalam berkomunikasi. Hal ini kerana, setiap budaya mempunyai latar belakang dan asal usul tersendiri. Misalnya, kita dapat lihat bahawa setiap budaya mempunyai dialek bahasa sendiri yang menyebabkan orang lain tidak memahami apa yang mereka tuturkan. Kesannya, proses komunikasi akan terjejas sekali gus menjatuhkan kredibiliti bahasa Melayu. 2. ISU BUDAYA Contoh penggunaan dialek dalam berkomunikasi.


3. ISU MEDIA SOSIAL Media sosial turut menjadi isu dalam keterampilan berbahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana, media sosial merupakan platform di mana masyarakat melibatkan diri untuk berkomunikasi dalam talian (Fuzirah Hashim & Ahmad Aminuddin Soopar, 2022). Namun begitu, kebanyakan masyarakat Malaysia menggunakan bahasa rojak dalam berkomunikasi semasa mereka. Perkara ini menjadi halangan utama dalam isu media sosial kerana penggunaan bahasa rojak dalam media sosial telah mempengaruhi cara berkomunikasi masyarakat. Tambahan lagi, bahasa-bahasa yang digunakan di media sosial kebanyakanya adalah bahasa campuran seperti campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Contoh penggunaan bahasa rojak di media sosial.


RUJUKAN Kamus Dewan Edisi Keempat. (2021).Keterampilan. Dewan Bahasa Dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/Search?k=keterampilan Hashim, F., & Soopar, A. A. (2022). Bahasa Komunikasi atas Talian dalam Suasana Akademik. GEMA Online Journal of Language Studies, 22(4). Hariyati Ariffin.(2019, November 18). Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja masa kini. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurangsopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini Gleneagles Hospital Malaysia. (n.d.) Gangguan Pendengaran.


SEKIAN, TERIMA KASIH kerana sudi membaca


Click to View FlipBook Version