The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zafarul, 2019-04-25 01:54:02

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 (19)

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 (19)

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ, TELUK INTAN
MINIT MESYUARAT GURU (BIL 1/2019)

TARIKH : 26 DISEMBER 2018

HARI : SELASA

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN KONFERENSI BESTARI SSAZ

PENGERUSI : EN JAMALUDDIN B MUSTAFA (GURU BESAR SSAZ)

KEHADIRAN (BILANGAN) : 45/45

1. Jamaluddin B Mustafa (Guru Besar)

2. Fatizah Bt Shapie (PK. Pentadbiran)

3. Norsiawati Bt Abd Rahman (PK. Kokurikulum)

4. M Najib B Hisham (PK. Hal Ehwal Murid)

5. Adabiyatull Hilaliyah Bt Othman

6. Asrul Sani B Anuar

7. Burhan B Ismail

8. Fadzilah Bt Mustapha

9. Fadzilah Bt Zakaria

10. Haidir B Saaduddin

11. Hafizah Bt Hamzah

12. Hatim Fathonah Bt Mohd Kamal

13. Hjh Khairunnisa binti Razali

14. Kaliamal A/P Letchumanan

15. Kong Woan Lee

16. Lizawati Bt Adnan

17. Mohd Bakhtiar B Yacob

18. Mohd Hafiz B Ab Roni

19. Mohd Husnan B Muhammad Hassan

20. Muhammad Faisal B Omar

21. Noor Aini Bt Abdullah Halim

22. Nor Azian Bt Abdul Rashid

23. Noor Khuzaimah Bt Khalid

24. Noor Radziah Bt Awang Kechik

25. Nur Izati Bt Meor Ahmed

1

26. Nur Farhana Bt Baharuddin
27. Rashidah Bt Zainal Kasim
28. Rohana Bt Ramli
29. Rohani Bt Mohamed Jais
30. Rohilah Bt Hamzah
31. Salmah Bt Disa
32. Siti Asiah binti Tarmizi
33. Siti Nor’ain Bt Mohd Hashim
34. Suriyatina Bt Abdullah
35. Suzana Bt Hashim
36. Suzanawati Bt Mohamed Idris
37. Tan Hui Zhong
38. Teh Li Yeun
39. Vasanthi A/P Murugan
40. Wan Zalila Bt Wan Husain
41. Zafarul Islam B Mohamed Idris
42. Zahizan Bt Abdul Khalid
43. Zainurshima Bt Zainul Mukhtar
44. Zaiton Bt Shamsuri
45. Zawiah Bt Saari
46. Zauwifah Bt Md Sukor

Nama Yang Tidak Hadir : Tiada

1.0 PERUTUSAN TUAN PENGERUSI MESYUARAT ( EN. JAMALUDDIN BIN
MUSTAFA )

1.1 Ucapan selamat datang kepada semua warga sekolah dan terima kasih kerana dapat
hadir bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Guru ini.

1.2 Salam perkenalan dan selamat datang kepada Guru dan Ustazah yang mula
berkhidmat di sekolah ini. Mulai dengan terbaik dan mulakan dengan sesuatu yang
baharu.
1.2.1 Ustazah Rohana bt. Ramli (daripada N. Sembilan)
1.2.2 Ustazah Rashidah bt. Zainal Kasim (daripada SK ST. Anthony Langkap)
1.2.3 Pn. Rohani bt. Mohamed Jais (daripada SK Seri Intan)
1.2.4 En. Zafarul Islam b. Mohamed Idris (daripada SK Sg Rusa)
1.2.5 En. Muhammad Faisal b. Omar (daripada SK Seri Setia)

1.3 Bagi guru yang bertukar dapat menyesuaikan diri di tempat yang baru dan terus
cemerlang.

1.3.1 En. Isma Kamal b. Ismail ( bertukar ke SK Kpg Bahagia)
2

1.3.2 Ustaz Khairul Akma b. Abd Fatah (bertukar ke ST. Anthony Langkap)
1.3.3 Pn.Dida Salwa bt. Hassan Basri (bertukar ke SK Seri Intan)
1.3.4 Tn. Hj. Mohd Fadhli b. Zulkifli (bertukar ke SK Sg Rusa)

2.0 BUDAYA KERJA CEMERLANG :(MUTUAL, RESPECT, HAPPINESS)

2.1 Sentiasa berfikir mencari jalan untuk mengatasi apa saja halangan kejayaan.
2.2 Sentiasa menyemai kasih sayang terhadap organisasi dan rakan sekerja serta

mengamalkan konsep kerjasama sebagai ahli kumpulan.
2.3 Bersikap positif terhdap kerja dan menghargai kerja sebagai ibadah.
2.4 Mematuhi arahan, peraturan dan undang-undang.
2.5 Mempertingkatkan prestasi diri dan membina pasukan dalam melaksankan tugasan.

TINDAKAN: MAKLUMAN

3.0 GERAK KERJA PROFESIONAL KPPM IAITU MELANGKAH KE HADAPAN (MOVING
FORWARD)

3.1 Memahami dan melaksanakan PPPM 2013-2025

3.1.1 PPPM 2013-2025.

Keseriusan dan kepedulian terhadap 6 ciri utama

1) Kemahiran Dwibahasa 4) Identiti nasional

2) Kemahiran Memimpin 5) Pengetahuan

3) Etika dan Kerohanian 6) Kemahiran Berfikir

3.2 Program Strategik KPM
3.2.1 Dialog Prestasi
3.2.2 Enrolmen murid
3.2.3 Kemenjadian murid
3.2.4 Sahsiah (HEM)
3.2.5 Penarafan Kecemerlangan PPD
3.2.6 TS25 (Islah25)
3.2.7 PLC

3.3 Keberhasilan dari segi kualiti sekolah dan kualiti kemenjadian murid

3.3.1 Memahami dan merealisasikan Perancangan Strategik 2019-2021 di man aspek
keberhasilan dan kemenjadian murid dari segi input –proses-output yang perlu dilihat

dari aspek ketetapan hala tuju, target dan sasaran, kajian tindakan dan
penambahbaikan secara berterusan.

3.4 Merealisasikan SKPMg2 dan PBS dengan secara menyeluruh.

3.4.1 Eviden merupakan faktor sokongan dalam melaksanakan tindakan PDCA. Semua
guru mestilah memahami dan melaksanakan PBS dan PBD semasa PdPC dijalankan.

TINDAKAN: MAKLUMAN
3

4.0 PENGURUSAN TAKWIM 2019 :

4.1 Menjadikan rujukan dan panduan , carta gantt bagi membentuk tindakan kerja yang
dilaksanakan.
TINDAKAN: SEMUA GURU

5.0 PROFESIONALISME GURU DAN KESANTUNAN
5.1 Menepati Masa
Dapat menghadirkan diri 10 minit sebelum masa yang ditentukan untuk memulakan
sebarang tugas di sekolah :
5.1.1 Kedatangan/Waktu Bertugas:Telah dibuat ketetapan bahawa semua guru
perlu hadir ke sekolah sebelum jam 7.25 pagi waktu persekolahan. Lebih
pada itu dianggap lewat. Sila catat sebab kelewatan tersebut pada
bahagian catatan. Penggunaan bolder garis merah akan dikuatkuasa pada
jam 7.25 pagi.
5.1.2 Pengunaan dokumen kehadiran menggunakan thumb print dan buku
kehadiran. Catatan buku kehadiran mesti sama dengan thumb print.
5.1.3 Kehadiran lewat 3 kali berturut-turut , sila nyatakan dalam surat tunjuk
sebab/surat penjelasan (Ikut format yang ditetapkan) dan sesi pertemuan
dengan Guru Besar.
5.1.4 Semua guru diminta mencatat waktu balik guru dalam buku kedatangan
guru, tanpa sebab.

TINDAKAN: SEMUA GURU

5.1.5 Guru Bertugas Mingguan diminta hadir 15 minit awal untuk menjalankan
tugas. (rujuk takwim 2019 mengenai tanggungjawab guru bertugas)

TINDAKAN: GURU BERTUGAS
5.1.6 Waktu persekolahan ialah seperti berikut:-

Isnin - Selasa : 7.25 pagi - 2.15 petang
Rabu - Khamis : 7.25 pagi - 2.15 petang
Jumaat : 7.25 pagi - 12.05 tengahari
Kokurikulum : Mengikut jadual yang ditetapkan (dasar kokurikulum)

TINDAKAN: MAKLUMAN

4

5.2 Pakaian Pakaian guru sentiasa sesuai semasa bertugas formal. Pakaian yang
5.2.1 kemas, bersih dan bersesuaian adalah ditekankan untuk dijadikan amalan
kepada penjawat awam.
5.2.2 Bagi Guru perhimpunan Isnin, sama rasmi atau prarrasmi perlulah
memakai tali leher dan loung suite. Semua guru diminta berada di lokasi
5.2.3 perhimpunan.
Hari Rabu pemakaian unit beruniform dan Hari Khamis baju batik.(
5.2.4 Perkeliling Perkhidmatan Bil. 1 tahun 2008. (Pemakaian Batik Malaysia
Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis);
5.2.5 Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Sukan wajib memakai
pakaian yang digariskan dalam pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan
pengajaran Pendidikan Jasmani/Sukan.
Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas/menghadiri
upacara rasmi.

TINDAKAN: SEMUA GURU

5.3 Budi Bahasa
5.3.1 Sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan perhubungan yang baik dengan
berbudi bahasa dan sopan di antara semua warga sekolah dan dengan
pihak-pihak luar yang berkaitan dengan sekolah.
5.3.2 Sanggup bertolak ansur ,berkorban masa, tenaga dan tidak berkira dalam
tugas demi kebajikan dan kualiti kemenjadian murid dan kualiti sekolah.
5.3.3 Mewujudkan nilai-nilai sihat dan positif dalam kalangan murid,rakan
sejawat dan warga sekolah ke arah perpaduan dan terhindar daripada
sebarang bentuk prasangka, kumpulan dan sebagainya.
5.3.4 Menunjukkan sifat prihatin, kasih sayang terhadap semua murid di sekolah
tanpa membezakan antara satu sama lain dari segi keturunan, agama,
kedudukan sosioekonomi dan sebagainya serta mendidik mereka ke arah
Falsafah Pendidikan Negara.
5.3.5 Sentiasa mencakna idea, pandangan, pendapat dan cadangan melalui
saluran-saluran yang ada – peti cadangan, perjumpaan sesama guru,
mesyuarat, dialog dan pohon idea untuk tujuan penambahbaikan secara
berterusan.

TINDAKAN: MAKLUMAN

5.4 Memahami Tugasan

5.4.1 Segera memahami tugas yang diberi dan melaksanakannya. Mengambil
daya usaha sendiri untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapinya.
Berbincang dengan Penolong Kanan atau Guru Besar apabila menghadapi
sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan.

5

5.4.2 Sifat profesionalisme ditunjukkan dalam setiap tugas yang
5.4.3 dipertanggungjawab dan menunaikannya dengan penuh integriti dan
akauntibiliti.Tanggungjawab utama adalah di sekolah. Beri keutamaan di
5.4.4 sekolah terlebih dahulu sebelum meberi keaktifan di luar.
5.4.5 Memastikan keperluan profesion memenuhi KUDAP/LADAP minima 7 hari
dalam setahun dan bersanggupan dan ingin menghadiri atau menyertai
KUDAP/LADAP/Seminar/Kursus/Program Perkembangan Staff dan
membawa pembaharuan dan perubahan kepada budaya sekolah ini dan
seterusnya mengembang, menyebarluas melalui kursus dalaman yang
dibuat. Mencatat dalam buku LADAP.
Minit Curai : Pelaksanaan minit curai setelah menghadiri mesyuarat,
seminar, bengkel, PLC dan sebagainya.Tempoh penyediaan sekurang-
kurangnya 3 hari selepas menghadirinya.
Apabila meninggalkan tempat bertugas guru yang berkenaan hendaklah
meninggalkan smart homework (Latihan murid) kepada guru yang akan
relief masa dan waktu guru tersebut.

TINDAKAN: SEMUA GURU

5.5 Mesyuarat/Bengkel/LADAP/ Mingguan Hari Khamis (2.30 petang hingga 5.00
petang)

5.5.1 Pencatat bagi mesyuarat mingguan adalah terdiri daripada guru bertugas.
5.5.2 Hendaklah menyediakan minit dan maklum balas mengikut perkeliling
mesyuarat PKPA 2/1991 – Panduan Pengurusan Mesyuarat.
5.5.3 Semua guru diminta hadir tepat pada masanya tanpa berkecuali.
5.5.4 Panggilan mesyuarat sama ada bertempoh ataupun serta merta kerana
hari khamis merupakan minggu perjumpaan guru dengan pihak pentadbir
5.5.5 Walau bagaimanapun Guru Besar boleh menggunakan hari-hari yang
lain kecuali cuti umum untuk mengadakan mesyuarat mengikut
keperluan. Kedatangan bagi mesyuarat ini adalah diwajibkan bagi semua
guru.

TINDAKAN: SEMUA GURU

5.6 Perjumpaan Bulanan/ Morning Prayer

5.6.1 Pencatat terdiri daripada guru prasekolah.
5.6.2 Mendapat ketetapan dan lokasi perjumpaan bulanan dengan merujuk
Guru Besar
5.6.3 Semua guru diminta hadir pada ketetapan yang telah dimaklumkan.
5.6.4 Pelaksanaan Perjumpaan Bulanan pada minggu terakhir bulan
berkenaan
5.6.5 Muat naik telegram, talking point sahaja, berbentuk tindakan.

TINDAKAN: SEMUA GURU

6

5.7 Kebersihan

5.7.1 Jadual giliran bertugas murid-murid di kelas hendaklah disediakan oleh guru
kelas. Alatan kebersihan darjah perlulah digunakan dengan rapi dan disimpan
dengan selamat.

5.7.2 Ketua-ketua Mata Pelajaran dan guru-guru yang mempunyai bilik khas/tempat khas
seperti makmal, pusat sumber, surau dan sebagainya bertanggungjawab menjaga
bilik-bilik tersebut.

5.7.3 Guru yang menggunakan kelas tersebut hendaklah memastikan kebersihan
kelas dalam keadaan kondusif tersebut sebelum pembelajaran dan pengajaran

5.7.4 Nama-nama kelas 2019, Alfa, Beta dan Gamma.

TINDAKAN: GURU KELAS

5.8 Keselamatan Harta Benda Sekolah

5.8.1. Guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Murid-murid yang merosakkan harta benda
sekolah sama ada dengan sengaja ataupun tidak, hendaklah dibawa kepada
pengetahuan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.

5.8.2. Ketua Panitia Mata Pelajaran yang berkenaan hendaklah memastikan ada
peraturan-peraturan mengenai penggunaan bilik-bilik tertentu, misalnya
Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Kelas Abd 21, Bilik Muzik, Bilik JQAF
dan sebagainya.

5.8.3. Guru-guru bilik khas diminta menyediakan buku penggunaan bilik-bilik
tersebut.

TINDAKAN: SEMUA GURU

6.0 KEMUDAHAN CUTI

6.1 Cuti Rehat Khas (CRK)
6.1.1 PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2017 CUTI REHAT
KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN daripada 7 hari kepada
10 hari.
6.1.2 Cuti dirancang perlu mengemukakan permohonan cuti dalam tempoh 3
hari sebelum tarikh bercuti. BAB 'C', Perintah Am Bab 'C'.
Pekeliling Perkhidmatan &. Surat Pekeliling Perkhidmatan
6.1.3 Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja.
Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya dan boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai
7

6.1.4 Gantian Cuti Rehat (GCR) mengikut ketetapan pekeliling GCR yang
6.1.5 berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk mengemaskini cuti dalam
sistem HRMIS dari semasa ke semasa selewat-lewat hari mohon cuti.
Cuti Tanpa Rekod (Rujuk perkeliling terkini): Kelulusan CTR adalah di
bawah pertimbangan Guru Besar.

TINDAKAN: MAKLUMAN

6.2 Cuti/Keuzuran (MC)

6.2.1 Hendaklah meminta kebenaran daripada Guru Besar dan memaklumkan
kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan kadar segera dan lebih
awal jika terdapat keuzuran/kecemasan/cuti sakit.(MC)

6.2.2 Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Guru Besar dengan
kadar segera. Cuti sakit bukanlah cuti yang diluluskan , perlu mendapat
kelulusan daripada Guru Besar.
TINDAKAN: MAKLUMAN

6.3 Tidak Hadir Bertugas Tanpa Kenyataan

6.3.1 Guru yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan yang munasabah akan
6.3.2 dipotong gajinya mengikut peruntukan dalam Perintah Am.
Guru yang pada zahirnya ke sekolah, tetapi tidak menjalankan tugasnya
juga boleh dianggap tidak menjalankan tugas dan diambil tindakan
memotong gaji pada hari berkenaan.

TINDAKAN: MAKLUMAN

6.4 Kebenaran Keluar

6.4.1 Mana-mana guru terpaksa meninggalkan sekolah seketika, hendaklah
mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu atau Penolong Kanan (ketika
ketiadaan Guru Besar).

6.4.2 Selepas diberi kebenaran, buku rekod pergerakan hendaklah diisi dengan
lengkap dan apabila kembali semula ke sekolah hendaklah diisi waktu
masuknya.

6.4.3 Sekiranya tempoh meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja melebihi 4
jam atau separuh daripada waktu bekerja sehari yang ditetapkan pada hari
tersebut, maka dikehendaki mengambil cuti rehat atau cuti lain yang berkelayakan.

6.4.5 Hendaklah sentiasa bersedia untuk menggantikan semula tempoh waktu
bekerja yang telah digunakan untuk tujuaan menyelesaikan tugas hakikinya
supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas sekiranya diarahkan oleh
Guru Besar.

TINDAKAN: MAKLUMAN

8

7.0 KUTIPAN SUMBANGAN PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN

7.1. Guru-guru kelas akan diberi surat kuasa untuk mengutip yuran PIBG tersebut.
Guru-guru kelas hendaklah memastikan bahawa resit-resit dikeluarkan
kepada murid-murid yang membayar yuran.

7.2. Segala wang kutipan hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah pada hari
yang berkenaan juga. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Arahan
Perbendaharaan jika ini tidak dilaksanakan. Guru-guru hendaklah memastikan
mereka diberi resit oleh pihak sekolah dan menyimpan resit-resit tersebut.

7.3. Guru-guru adalah DILARANG sama sekali mengutip sebarang bentuk
yuran/bayaran dari murid-murid tanpa pengetahuan atau kebenaran daripada
Guru Besar.

7.4. Guru kelas memastikan yuran PIBG, telah dibayar oleh semua murid
kelasnya dengan tidak tertunggak pada tahun seterusnya.

TINDAKAN: GURU KELAS

8.0 Kelab Guru /Bilik Rehat

8.1. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan segala hal yang berkaitan
dengan Kelab Guru dan Bilik Guru. Semua guru secara automatik menjadi ahli
kelab guru dan diwajibkan membayar yuran seperti ketetapan dalam
Mesyuarat Kelab Guru 2019.

8.2. Amalan 5S, kebersihan, keselamatan dan keceriaan Bilik Guru adalah menjadi
tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda yang
terdapat di dalam Bilik Guru.

8.3. Guru-guru hanya dibenarkan berada di Bilik Guru semasa mereka tidak
mengajar di bilik darjah. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching
dan bukannya free period. Oleh itu, guru-guru hendaklah menggunakan masa
tersebut (di Bilik Guru) untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran sahaja.

8.4. Guru tidak dibenarkan membenarkan murid-murid berada di Bilik Guru.

8.5. Guru-guru yang berada di Bilik Guru hendaklah sama-sama
bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tidak
mengganggu ketenteraman sekolah.

TINDAKAN: SEMUA GURU

9

9.0 GURU DISIPLIN

Surat Pekeliling Ikhtisas bil 10/2001 yang bertajuk” SEMUA GURU ADALAH GURU
DISIPLIN,

9.1 Menghukum Murid

9.1.1 Seseorang guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera murid-murid.
Guru-guru juga dikehendaki menjaga tutur kata mereka terhadap murid-murid.
Konsep guru penyayang perlu diterapkan kepada murid-murid.
9.1.2 Murid-murid yang melanggar peraturan sekolah hendaklah dibawa kepada
pengetahuan Guru Besar/GPKGPK HEM atau Guru Disiplin dan Jawatankuasa Disiplin
akan bersidang untuk ketetapan hukuman dan tindakan sewajarnya diambil.

TINDAKAN: MAKLUMAN

10.0 SURAT MENYURAT

10.1. Semua surat menyurat guru-guru yang dianggap rasmi mestilah disalurkan
melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan.

10.2 Surat-Surat Yang Diterima

10.2.1 Surat-surat yang diterima oleh pihak sekolah dan diedarkan pada guru-guru yang
berkenaan untuk diambil tindakan hendaklah mengambil tindakan segera
terhadap surat-surat tersebut.

10.2.2. Jika surat itu ditujukan kepada guru yang berkenaan dengan dinyatakan melalui
dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan oleh guru di dalam
fail yang ada padanya, setelah mengambil tindakan mengenainya.

10.2.3. Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan mengedarkan surat tersebut
untuk tindakan guru yang berkenaan maka, guru itu hendaklah: -

i. Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail itu tiada di dalam
simpanannya (jika perlu dan berkaitan)

ii. Mengambil tindakan yang diperlukan.
Iii. Memulangkan semua fail tersebut ke pejabat.

10.2.4. Segala surat daripada sekolah yang dihantar keluar hendaklah hanya
ditandatangani oleh Guru Besar kecuali jika beliau sedang bercuti dan
sebagainya. Maka surat itu akan ditandatangani oleh Guru Penolong Kanan
bagi pihak Guru Besar.

10.2.5. Pihak sekolah tiada halangan menerima sebarang bungkusan melalui pos
bekalan barang yang dialamat di sekolah. Sehubungan itu mohon guru

10

mengambil/menuntut barangan tersebut dengan kadar segera agar tidak
merumitkan pihak sekolah untuk menyimpannya. Diletakkan dibilik guru.

TINDAKAN: MAKLUMAN

11.0 MEMBERI KENYATAAN KEPADA PIHAK MEDIA

11.1. Guru-guru dan kakitangan sekolah ditegah memberi kenyataan kepada pihak
media apabila diminta oleh pihak media untuk berbuat demikian.

11.2. Guru-guru dan kakitangan ditegah untuk memuat naik ke laman sosial
sebarang maklumat yang dimaksudkan sulit dan terhad atau perkara-perkara
yang dilarang oleh Guru Besar.

11.3. Menyatakan ketidakpuasan di dalam face book dan memuat naik dalam sosial
media sebarang maklumat yang mencemarkan kerajaan dan mengenai
pentadbiran dan organisasi sekolah.

TINDAKAN: MAKLUMAN

12.0 PELAWAT

12.1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar atau Guru
Penolong Kanan terlebih dahulu.

12.2. Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-
penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar.

12.3. Sebarang urusniaga di dalam permis sekolah adalah dilarang kecuali dengan
kebenaran Guru besar.

TINDAKAN: MAKLUMAN

13.0 PEMBELIAN BARANG

13.1. Guru-guru yang ingin membuat pesanan bagi membeli barang hendaklah
melengkapkan borang nota minta mengenainya yang boleh didapati di pejabat.
Borang ini kemudiannya diserahkan kepada pejabat untuk tindakan
selanjutnya.

13.2. Jika barang yang berkenaan dikehendaki dengan kadar yang segera, boleh
memberitahu mengenainya kepada Guru Besar dan kebenaran akan diberi
supaya guru boleh membeli tersebut sama ada secara tunai ataupun dibilkan
ke sekolah.

13.3. Sebelum pesanan dan pembeliaan dibuat guru-guru diminta untuk membuat
penyemakan stok terlebih dahulu bagi menggelakan pembaziran.

TINDAKAN: MAKLUMAN

11

14.0 MENGAJAR LUAR WAKTU SEKOLAH

14.1 Kebenaran daripada Guru Besar/Pengarah Pelajaran perlu diperoleh terlebih
dahulu sebelum seseorang ingin mengajar di luar sekolah.

14.2 Surat siaran JPJ.S.036/Pt.1(18) dan P.A.D 4(1)/(11),12(2)(iv) dan Rules 20 of The
Assisted School (Management) Rules 1962 perlu dirujuk.

TINDAKAN: MAKLUMAN

15.0 KEAHLIAN MAJLIS PERHUBUNGAN GURU DAN KAKITANGAN SERTA PIBG

15.1 Semua guru dan kakitangan sekolah secara automatik menjadi ahli kepada Majlis
Perhubungan Guru dan Kakitangan.

15.2 Semua guru adalah menjadi ahli PIBG Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz.

TINDAKAN: MAKLUMAN

16.0 BUKU REKOD PENGAMBILAN BARANG DARI PEJABAT

16.1. Untuk melicinkan lagi pengurusan stok alatan, guru-guru dikehendaki
mencatatkan di dalam Buku Rekod Pengambilan Barang apabila mereka
memerlukan alatan seperti kertas stensil, kertas dan sebagainya.

16.2. Apabila mengambil barang dari pejabat, guru-guru diharap akan mengambil
dengan mengikut kadar yang diperlukan sahaja dan menjaga sebaik yang
mungkin demi untuk mengelakkan pembaziran.

16.3. Segala barang/alatan dipinjam dari pejabat, guru hendaklah
mengembalikannya semula selepas digunakan.

TINDAKAN: MAKLUMAN

17.0 POLITIK

17.1. Semua guru akur dengan kerajaan Malaysia Baharu di bawah Pakatan Harapan.

17.2. Menyertai perhimpunan menentang pihak kerajaan dianggap menentang kerajaan
dan boleh diambil sebarang tindakan kelakuan penjawat awam.

17.3. Rujuk Perkeliling Bil 9 Tahun 2010, Permohonan Kebenaran.

TINDAKAN: MAKLUMAN

12

18.0 DASAR KPM

Dasar KPM yang masih diteruskan. Semua guru ambil maklum dan tindakan dari segi kerja
buat yang efisyen.

i. PLC v. HIP x. 1M1S
ii. Frog VLE vii. Im Free xi. MMI
iii. KBAT viii. PBS xii MBM/MBI
iv. DLP ix. DTP xiii. Guru Penyayang.
Dan lain-lain lagi.

TINDAKAN: MAKLUMAN

19.0 SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT

19.1 Telegram Group/ Wsapp merupakan maklumat rasmi sebagai ganti surat. Semua

guru diminta akur dalam arahan dan tindakan di dalam telegram tersebut. Penggunaan

dimanfaat dengan terbaik.

19.2 Penggunaan LED yang sentiasa dikemaskini, group whatsapp ibubapa (guru

kelas), surat menyurat dan Buku Memo.

TINDAKAN: MAKLUMAN

20.0 KESIAPSIAGAAN PERSEKOLAH 2019.

20.1 Memastikan Guru bertugas mingguan pada minggu pertama persekolahan.

20.2 Hari pertama tiada perhimpunan rasmi, Agendanya: nyanyian tiga buah lagu, dan
menaik bendera, bacaan doa dan ucapan guru bertugas.

20.3 Guru Penyayang 3 pintu utama perlu difokuskan.
Pelaksanaan Amalan Guru penyayang di sekolah. Surat siaran KPPM Bil 4/2012.
Bertujuan agar setiap guru membudayakan amalan sikap kasih sayang di sekolah.
Surat siaran KPM bil 9/2013. Pelaksanaan Amalan guru penyayang, (sifat
kepedulian (concern) menjiwai murid aset penting.
1.1. Menjiwai amalan penyanyang sebagai budaya guru.
1.2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
1.3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
1.4. Menghargai sumbangan murid, ibubapa, komuniti/masyarakat kepada
sekolah.

20.4 Semua guru memastikan kecukupan meja dan kerusi (1M1M1K). Diminta lebihan
sebanyak 1 set kerusi dan meja dalam kelas.

20.5 PdPC mula dilaksanakan pada hari pertama persekolahan mengikut jadual yang
ditetapkan.

13

20.6 Diharap tiada isu yang berbangkit, semua guru perlu memastikan perjalanan
sekolah berjalan lancar.

20.7 Bagi ibubapa prasekolah dan murid tahun1 hanya dibenarkan berada di kawasan
sekolah(kantin) dalam tempoh seminggu sahaja.

20.8 Urusan ibubapa pembelian buku dalam waktu sekolah dilarang, namun begitu
guru kelas diminta membantu dalam hal tersebut. Kedai buku dibenarkan beoperasi
selepas waktu sekolah.

20.9 Bagi murid tahun 1, diminta guru yang berkenaan perlu memimpin murid-murid
untuk ke kantin sepanjang minggu transisi. Kerjasama guru amat diharapkan.
(Orientasi). Tahun1 dibenarkan rehat awal 5 minit dalam tempoh transisi. (2minggu)

20.10 Agihan buku teks yang belum diedarkan, hendaklah dilaksanakan secara sistem
matik. Guru kelas perlu membantu penyelaras SPBT bagi tujuan agihan. Sebaik yang
mungkin telah tersedia ada di dalam kelas.

20.11 Layanan pelanggan dengan penuh kemesraan dan kesantunan. (matual, respect
and happines)

20.12 Tidak dibenarkan kelas tiada guru, elakan mengajar duduk.

TINDAKAN: MAKLUMAN

21.0 ISU-ISU

21.1. Kelas perlu ceria bercirikan abad 21, menyakiin kepada ibu bapa

21.2. Kehadiran ibubapa yang tidak terkawal, Ibubapa perlu berada di kantin.

21.3. Kehadiran murid baharu yang berdaftar di sekolah ini.

21.4. Disiplin murid.

TINDAKAN: MAKLUMAN

22.0 MOTIVASI GURU (UNTUK RENUNGAN BERSAMA)

22.1. Ungkapan daripada (Marcus Tullus Cicero)
“Lebih Besar Kesulitan Yang Kita Alami
Lebih Besar Kejayaan Yang Akan Kita Capai”

22.2. Jenis Guru (Tafsiran PIBG Kebangsaan)
i. Sentiasa Sihat (Mahu buat kerja)
ii. Sihat-Sakit (Beralasan)
iii. Sentiasa Sakit (Malas)
iv. Sentiasa Sibuk (Tidak buat apa)

14

22.3. Kalau Guru Mengajar Sambil Duduk
Murid Belajar Sambil Mengantuk
Kalau Guru Mengajar Sambil berlakon
Murid Belajar Dengan Tekun
Kalau Guru Mengajar Tanpa Alat
Murid Belajar Dengan ralat
Kalau Guru Mengajar Banyak Cakap
Ada murid Bertambah Gagap
Kalau Guru Menjadi Pemudahcara
Ramai Murid Pandai Berbicara
Kalau Guru Mengajar Tanpa Menilai
Takkan Tahu Murid Lemah dan Pandai
Kalau Guru Berbudi Bahasa
Dikenang Murid Sepanjang Masa.

22.4. Rajin Bercakap, Rajin Bekerja (Bagus Sekali)
Rajin Bekerja, Malas Bercakap (Kena Buli)
Malas Bekerja, rajin Bercakap (Wayang Cina)
Malas Bekerja, Malas Bercakap (Tak Guna)
Malas Bekerja, Suka Mengadu (Nyanyuk)
Malas Bekerja, Selalu Ponteng (Baik Berhenti)
Malas Bekerja, Suka Menyibuk (Baik Mati)

22.5. ‘Guru jangan sekali, menganggap dirinya orang yang paling berjasa kepada muridnya

sekalipun murid berterima ksih kepadanya, sebaliknya dia hendaklah menganggap

muridnya berjasa kepadanya kerana dengan adanya mereka, ia dapat mendekati Allah
swt dengan menanamkan ilmu kepada mereka’.

TINDAKAN: MAKLUMAN

23. HAL-HAL LAIN.

23.1 1 Guru sekurang-kurangnya 1 kecemerlangan.
71.1.1. Kecemerlangan dari segi kurikulum, sahsiah, koakademik dan kokurikulum.
71.1.2. Penglibatan Inovasi. dan
71.1.3. Cari ruang untuk penglibatan murid untuk mendapat pengetahuan
pengalaman.

23.2 Pengurusan dalam takwin 2019.
71.2.1. Surat perlantikan.
71.2.2. Akur menerima perlantikan.
71.2.3. Bertanggungjawab dalam bidang masing-masing.

23.3. Parkir bayaran (Penjelasan dan kaedahnya di bawah Kelab Guru)

71.3.1. Yuran Pakir RM25 selama 3 tahun.
71.3.2. Bayaran RM1500 (50% untuk Kelab Guru SSAZ)
71.3.3. Buat surat perjanjian

TINDAKAN: MAKLUMAN

15


Click to View FlipBook Version