The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zafarul, 2019-05-13 23:54:39

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 (19)

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 (19)

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ, TELUK INTAN
MINIT MESYUARAT KURIKULUM (BIL 1/2019)

Tarikh : 27 DISEMBER 2018

Masa : 8.30 PAGI

Tempat : Dewan Konferensi Bestari SSAZ

Pengerusi : En Jamaluddin B Mustafa (Guru Besar SSAZ)

Kehadiran (bilangan) : 46/46

1. Jamaluddin B Mustafa (Guru Besar)

2. Fatizah Bt Shapie (PK. Pentadbiran)

3. Norsiawati Bt Abd Rahman (PK. Kokurikulum)

4. M Najib B Hisham (PK. Hal Ehwal Murid)

5. Adabiyatull Hilaliyah Bt Othman

6. Asrul Sani B Anuar

7. Burhan B Ismail

8. Fadzilah Bt Mustapha

9. Fadzilah Bt Zakaria

10. Haidir B Saaduddin

11. Hafizah Bt Hamzah

12. Hatim Fathonah Bt Mohd Kamal

13. Hjh Khairunnisa binti Razali

14. Kaliamal A/P Letchumanan

15. Kong Woan Lee

16. Lizawati Bt Adnan

17. Mohd Bakhtiar B Yacob

18. Mohd Hafiz B Ab Roni

19. Mohd Husnan B Muhammad Hassan

20. Muhammad Faisal B Omar

21. Noor Aini Bt Abdullah Halim

22. Nor Azian Bt Abdul Rashid

23. Noor Khuzaimah Bt Khalid

24. Noor Radziah Bt Awang Kechik

25. Nur Izati Bt Meor Ahmed
26. Nur Farhana Bt Baharuddin
27. Rashidah Bt Zainal Kasim
28. Rohana Bt Ramli
29. Rohani Bt Mohamed Jais
30. Rohilah Bt Hamzah
31. Salmah Bt Disa
32. Siti Asiah binti Tarmizi
33. Siti Nor’ain Bt Mohd Hashim
34. Suriyatina Bt Abdullah
35. Suzana Bt Hashim
36. Suzanawati Bt Mohamed Idris
37. Tan Hui Zhong
38. Teh Li Yeun
39. Vasanthi A/P Murugan
40. Wan Zalila Bt Wan Husain
41. Zafarul Islam B Mohamed Idris
42. Zahizan Bt Abdul Khalid
43. Zainurshima Bt Zainul Mukhtar
44. Zaiton Bt Shamsuri
45. Zawiah Bt Saari
46. Zauwifah Bt Md Sukor

Nama Yang Tidak Hadir : Tiada

1.0 PERUTUSAN GURU BESAR

1. JKKS : Jawatankuasa Kurikulum Sekolah bertindak sebagai badan akademik tertinggi.

1.1. Peranan penting memastikan pelaksanaan Pengurusan Kurikulum Sekolah
berkesan dan berkualiti serta penambahbaikan secara berterusan.

1.2. Dasar kurikulum menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum supaya
selari dengan dasar yang ditetapkan oleh PPD/JPN/KPM & Akta Pendidikan Negara.

1.3. Sasaran dan target pencapaian minimun menguasai 100%.

1.4. Bilangan Latihan yang ditentukan.

Tindakan: Makluman

2. Sukatan / Rancangan Pelajaran /DSKP

2.1. Menetapkan dasar penyediaan RPT dan hariandan kaedah penyediaan.
Rekod persedian Mengajar (dalam bentuk fail poket @ fail) dan ditandatangan
oleh GB yang terkini.

2.2. Ketetapan dan garis panduan jenis buku /bahan/ alat rujukan yang boleh
digunakan dalam menyediakan rancangan pelajaran.

Tindakan: Makluman

3. Jadual Waktu

3.1. Semua guru akur dengan jadual waktu yang telah ditetapkan.

3.2. Waktu akdemik untuk 2019 adalah sebanyak 38 minggu dan 5 non-akademik.

3.3. Konsep jua beli atas sebab tertentu digalakkan kepada guru-guru.

3.4. Jadual waktu hendaklah ditampal @ ditulis dalam ruang jadual waktu BRM dan
disahkan oleh GB.Tiap-tiap guru dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual waktu
kelas dan juga persendirian yang kemas kini (mana-mana yang berkaitan) yang telah
disediakan dengan lengkap dan kemas ke pejabat.

3.5. Bilangan mingguan merujuk kepada hari persekolahan.

3.6. Jadual waktu kelas menggunakan carta jadual yang disediakan oleh pihak
sekolah. Maklumat jadual waktu hendaklah disampaikan kepada murid secara
bertulis.

3.7. Guru-guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan.

3.8. Jadual Guru Ganti merupakan tugas rasmi. Guru-guru bertanggungjawab ke atas
kelas/tugas yang ditetapkan dan menjalankan PdPC di kelas tersebut. Sila
tampalkan kenyataan guru ganti dalm BRM.

3.9. Setiap guru dikehendaki membuat analisis jumlah kredit hour setiap hujung
bulan dan dikehendaki mengantikan jika tidak mencukupi waktu mengajar untuk
tahun ini.

Tindakan: Makluman

4. Buku Rancangan Mengajar

4.1. Semua guru diberikan sebuah Buku Rekod Mengajar dan hendaklah
bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut (SuratPekeliling
Ikhtisas Bil 3/1999. Semua kehendak buku itu perlulah disempurnakan dengan
lengkap, teliti kemas dan menurut masa dan dikemukakan dengan serta merta
apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

4.2. Dikemukakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai mengikut
teknologi semasa. Namun ketetapan telah dibuat iaitu menggunakan Buku
Rekod Mengajar atau Sistem Fail sahaja.

4.3. Buku ini diserahkan kepada Guru Besar pada tiap-tiap hari Jumaat akhir
persekolahan atau hari terakhir persekolah untuk disemak selia oleh guru besar
dan ditandatangani serta pastikan ianya telah dicop. Jika ketiadaan Guru Besar
maka buku itu akan disemak selia oleh Guru Penolong Kanan. Sebarang
kelewatan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran.

4.4. Kelewatan tanpa kebenaran atau disengajakan sila bawa BRM bersama ke bilik
GB untuk sesi perbincangan pada hari pertama persekolahan.

4.5. Sistem pemberian bintang diteruskan bagi BRM yang terbaik .

4.6. Segala maklumat BRM perlu dicatat mengikut perkara yang
dikehendaki.

Berikut adalah senarai beberapa pekeliling yang biasa ada dalam Rekod Ringkasan
Mengajar..

4.6.1 BIL 3 1981 GUNA WAKTU FREE

4.6.2. BIL 3 1981 PENGGUNAAN WAKTU LUANG

4.6.3. BIL 9 1999 REKOD MENGAJAR (PENYEDIAAN REKOD MENGAJAR)

4.6.4. BIL 1 2000 GUNA BUKU KERJA DI SEKOLAH

4.6.5. BIL 12 2004 KERJA RUMAH (PEMBERIAN KERJA RUMAH KEPADA PELAJAR)

4.7. Guru diminta membaca dan memahami beberapa catatan dan garis panduan
mengenai Buku Rekod Mengajar dalam lampiran Buku Rekod Mengajar.

4.8. Jika seseorang guru bercuti, BRM mestilah diserahkan kepada Guru Besar
terlebih dahulu.

4.9. Selaraskan bentuk aktiviti /program untuk ditampal dalam BRM oleh guru
bertugas.

Tindakan: Makluman

4.10. Perhimpunan mingguan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum mesti ditulis
atau ditampal (diselaraskan). Tajuk dan masa.

Tindakan: Makluman

5. SKPMg2 Standard 4, semua guru kena tahu, faham dan boleh buat. Menjadikan
rujukan utama dan senarai semak dalam konteks melaksanakan PdPC .
Ada 6 perkara yang guru perlu menguasai dalam standard 4 .

5.1. Guru merancang pelaksanaan PdPC
5.2. Guru mengawal proses pembelajaran dan mengawal suasana pembelajaran.
5.3. Guru membimbing murid
5.4. Guru mendorong minda murid, emosi dalam melaksanakan aktviti
pembelajaran
5.5. Guru melaksanakan penilaian
5.6. Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran

Tindakan: Makluman

6. Pengaplikasian PAK21 (Standard Asas)

6.1. Nilai Etika :
- Murid diterapkan nilai yang bersesuian semasa sesi PdPC
- Murid perlu menzahirkan amalan nilai murni dan mengamalkan dalam kehidupan

seharian.
- Guru memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan sesama

rakan.
- Guru mengadakan program untuk menggalakkan penghayatan dan amalan nilai

murni.

6.2. Komunikasi
- Murid dapat memerhati, mendengar dan memberi maklum balas dengan orang lain.
- Murid dapat menyusun pemikiran mereka secara logijk dan menyatakan secara jelas

dan ringkas.
- Murid dapat memahami cara menyesuaikan mesej atau kaedah tertentu untuk

menyampaikannya.
- Murid yakin berinteraksi dengan rakan mereka semasa menyampaikan sebarang topik.

6.3. Kreativiti
- Murid melihat situasi sedia ada daripada pelbagai sudut untuk menjana idea dan

melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza.
- murid menghasilakan dan menggunakan idea-idea baharu dalam konteks tertnetu dan

menjana hasil yang positif.
- Murid berani mencuba dan diberi galakan tanpa berasa bimbang dengan kritikan.
- Murid mempunyai hala tuju yang jelas dan berimaginasi secara asli serta tidak mengikut

kelaziman

6.4 Kolabaratif :
- Murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama

dan saling bergantungan untuk berjaya.
- Murid dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan melalui pembahagian tugasan

berdasrkan keupayaan murid.
- Murid bertanggung jawab terhadap tugasan yang diberikan dalam kumpulan dan

menghargai sumbangan dan idea rakan-rakan yang lain.
- Murid dapat menerima dan menghormati pandangan orang lain. Bersikap fleksibel dan

dapat bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang sama.

6.5 Pemikiran Kritis :
- Murid memiliki maklumat mengenai pelbagai perkara/bidang.
- Murid meneroka sesuatu bidang ilmu dengan cara pembacaan, penyoalan dan

melakukan aktiviti secara hands-on untuk mendapatkan maklumat.
- Murid membuat keputusan berdasarkan maklumat dan berupaya mempertahankan

keputusan dengan memberikan bukti.
- Murid berfikiran terbuka, menerima pandangan orang lain dan merendahkan diri.

Tindakan: Makluman

7. 15 agenda penting dalam Mesyuarat Panitia yang pertama:

7.1 Agihan tugas ahli panitia
7.2 Agihan belanja mengurus kewangan panitia
7.3 Pasca nilai Peperiksaan Akhir Tahun 2018 (PAT)
7.4 Perancangan Strategik Panitia
7.5 Pengubalan RPT
7.6 Buku Rekod Mengajar
7.7 Penulisan RPH
7.8 Penetapan jumlah Buku latihan.
7.9 Agihan latihan
7.10 Semakan latihan dan Buku Latihan
7.11 Penggubalan soalan Peperiksaan Tahap 2
7.12 Pencerapan
7.13 ULBS/PBS

7.14 PLC/ Peningkatan Profesionalisme Guru Dalam Panitia
7.15 Pelaksanaan Projek/ Program dan aktiviti.

Tindakan: Ketua Panitia

8. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

– PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional.

– melibatkan kognitif, afektif dan psikomotor

Tindakan: Makluman

9. Standard Dalam DSKP

5.1. Kandungan : Penyataan spsefik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam sesuatu tempohpersekolahan merangkumi aspek pengetahuan dan nilai.

5.2. Pembelajaran : Satu penetapan kriteria atau indikator kauliti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

5.3. Presatasi : Satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan

murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.

BPK /KPM telah menyediakan DSKP untuk Kurikulum Standard SR (Semakan 2017 )

Tahun 3, untuk itu sila memuat turun semua dokumen mata pelajaran melalui Portal

Rasmi BPK (bpk.moe.gov.my).

Tindakan: Makluman

10. Latihan Bersistem: Memberi kerja rumah murid mengikut hari dalam seminggu.

Isnin - Sains
Selasa – Pendidikan Islam
Rabu – Bahasa Inggeris
Khamis – Bahasa Melayu
Jumaat - Matematik

Tindakan: PK 1

11. Analisis Peperiksaan Akhir Tahun dan UPSR 2018. Setiap panitia teras dikehendaki
membuat analisa dan target untuk panitia masing-masing dan format analisa dan target
akan disediakan oleh PK1

Tindakan : PK1

12. Linus

- Pihak sekolah belum lagi menerima apa arahan atau surat makluman. Namun begitu
langkah intervensi bagi mengantikan linus perlu ditangani oleh secara profesional.

13. Psikometrik
- Hendaklah dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

14. PraSekolah yang belum mencapai 3M
- Seramai 8 orang murid tahun 1 2019 yang berdaftar di SK Sultan Abdul aziz tidak
menguasai 3M. Oleh itu, guru-guru prasekolah dikehendaki memberi bimbingan kepada
murid-murid ini dan cari masa yang sesuai.

15. Setiap panitia hendaklah merancang Program Peningkatan Akademik bagi tahun 2019
Dan membuat penambahbaikan jika program yang dirancang pada tahun 2018 tidak
mencapai sasaran.

15.1. Program Utama – program yang dirancang berkaitan pdpc
15.2. Program Sokongan – program tambahan
15.3. Program Sampingan

16. Tahun 1 tiada lagi ujian diagnostik dijalankan dan tiada peperiksaan bagi tahap 1.
PBD (Pentafsiran Bilik Darjah) akan dilaksanakan bermula 2019. Di harap guru-guru
membaca dan memahami berkaitan PBD.
Surat Siaran KPM Bil 14/2018 Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir
Tahun (Tahun1, Thn2, Thn3) Di sekolah rendah KPM mulai 2019.

Tahap Pelaksanaan Pentafsiran 1 oleh KPPM (Dalam Lampiran)
16.1. Tiada peperiksaan bermaksud tiada peperiksaan PPT dan PAT
16.2. Guru akan memberi lebih tumpuan utk mengajar
16.3. Membina kemahiran karektor & sahsiah murid
16.4. Murid bebasdrpd tekanan belajar utk periksa
16.5. Wujud budaya belajar yang seronok dan bermakna.

Tindakan: Makluman

17. Maklumbalas Kurikulum Daerah.

17.1 Tiada kelas streaming bagi mengasingkan murid mengikut kebolehan.

18. Kebersihan/Keselamatan dan Perhiasan Bilik Darjah

18.1. Guru-guru kelas hendaklah memastikan bahawa murid-murid di dalam kelas
di bawah jagaannya menghias dan menjaga kebersihan, keselamatan bilik darjah
dan menjadikan kelas yang kondusif .

18.2. Walau bagaimanapun, guru hendaklah memastikan bahawa bahan yang
digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk murid-
murid.

18.3. Guru kelas adalah bertanggungjawab bagi memastikan kelas bermaklumat
dan mempunyai perkara-perkara berikut ;
18.3.1. Misi dan Visi Sekolah
18.3.2. Jadual Waktu
18.3.3. Jadual Bertugas
18.3.4. Carta Organisasi Kelas
18.3.5. Pelan Pergerakan Semasa Kecemasan
18.3.6. Pelan Kedudukan Murid
18.3.7. Borang KewPA 7 yang lengkap dan terkini
19.3.10.Penyapu
19.3.11.Penyodok Sampah
19.3.12.Baldi Kecil
19.3.13.Kain Lap
19.3.14.Meja dan kerusi murid yang mencukupi.

Tindakan: Makluman

19. Buku Rampaian/Buku Nota Murid

19.1. Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid supaya hanya menggunakan
19.2. buku rampaian yang ada dijual di kedai buku sekolah untuk kegunaan mereka.
19.3. Guru hendaklah mengawasi segala kerja murid supaya dilakukan dengan
bersih, kemas dan teratur.
19.4. Guru-guru dikehendaki menghantar buku-buku rampaian dan buku-buku nota
murid kepada Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Panitia mata pelajaran
apabila diminta berbuat demikian.
Buku rampaian dan buku nota murid adalah hak murid. Mesti dikembalikan
kepada murid pada akhir tahun persekolahan.

Tindakan: Makluman

20. Latihan Bertulis Dan Pemeriksaannya

20.1. Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap
yang mungkin. Sila rujuk Dasar Kurikulum Sekolah dan mana-mana pelajaran
22.2. yang sesuai diberi latihan di rumah.
22.3. Guru juga diminta untuk memberi kerja rumah berbentuk ujian seberapa kerap
22.4. yang boleh.
Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan dan keupayaan
22.5. murid (KBAT).
22.6. Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan
dijalankan secepat yang mungkin dan hendaklah sentiasa kemas kini. Guru-guru
tidak dibenarkan menyimpan satu-satu buku latihan murid-murid lebih dari satu
minggu di Bilik Guru.
Guru juga dikehendaki memeriksa buku nota murid-murid dari masa ke masa
untuk memastikan nota mereka lengkap, kemas dan teratur.
Guru perlu memastikan sebarang kesalahan murid dibuat pembetulan.

Tindakan: Makluman

21. Ujian Bulanan

21.1. Dari masa ke masa guru-guru akan menjalankan ujian bulanan dan juga ujian
penggal. Sila rujuk takwim sekolah mengenai ujian bulanan dan penggal.

21.2. Bagi ujian bulanan, guru-guru diminta menjalankan pada bulan yang telah
ditetapkan dan markah-markah hendaklah dimasukkan di dalam ruang yang
berkenaan di dalam Buku Rekod Mengajar Guru.

21.3. Bagi Ujian Penggal pula, arahan mengenainya akan dibuat dari masa ke
masa dan guru-guru dikehendaki mematuhi arahan.

21.4. setiap ujian yang dijalankan perlu melalui proses Plan Do Check Action.
Tindakan: Makluman

22. Pemantauan Guru Besar/ WAYS

23.1 Pemantauan akan dilakukan pada bila-bila masa dengan tujuan untuk melihat
situasi pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

23.2. Kaedah pemantauan seperti pemeriksaan, pemerhatian, senarai semak,
berfokus, bertema melalui proses berkala dan insitu.

Tindakan: Makluman

23. Pemantauan Oleh Nazir Sekolah/Pegawai JPN, PPD

23.1. Dari masa ke masa sekolah ini akan didatangi oleh Nazir Sekolah atau Pegawai-
pegawai lain untuk memeriksa keadaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran yang tertentu.

23.2. Guru-guru dikehendaki memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada KPM,
JPN, JNJK dan PPD. Guru-guru boleh berbincang dengan pegawai-pegawai ini dan
bukan hanya setakat mendengar dan menerima arahan sahaja.

Tindakan: Makluman

24. Guru Ganti

24.1. Guru-guru yang ditugaskan untuk menggantikan guru-guru yang tidak hadir ke
sekolah, hendaklah berada ke kelas yang berkenaan dan guru tersebut hendaklah
mengawas dan mengawal murid-murid supaya tidak mengganggu kelas-kelas yang lain
(Sila rujuk bahagian panduan guru ganti dalam Buku Panduan Guru)

24.2. Tugas-tugas Pengganti (Guru Ganti)

24.2.1.Penolong Kanan/Guru Jadual waktu akan menyediakan Jadual Waktu
Penggantian bagi guru-guru yang tiada di sekolah pada hari tersebut.

24.2.2.Tugas penggantian ini adalah tugas rasmi dan wajib dipatuhi.

Tindakan: Makluman

25. Alat Mengajar/Bahan Sumber

25.1. Guru-guru bertanggungjawab untuk menyediakan alatan mengajar dan bahan
sumber yang sesuai untuk tujuan proses pembelajaran dan pengajaran

25.2. Alatan mengajar/bahan sumber yang terdapat di bilik sumber dan sebagainya
hendaklah digunakan di dalam pengajaran.

25.3. Guru dikehendaki sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan alat-alat
tersebut. Bahan-bahan yang tersimpan di bilik sumber hanya boleh diambil dan
disimpan oleh guru-guru sahaja.

Tindakan: Makluman

26. Perlakuan Waktu Mengajar
Guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas supaya membolehkan guru
mengawal murid dengan baik dan menyampaikan pengajaran dengan teratur, apabila
mengajar sambil duduk/bertenggek adalah tidak sesuai kecuali dengan sebab-sebab
kesihatan.
Tindakan: Makluman

27. Hal-hal Lain
28.1. Kelas Tuisyen PIBG – ada permintaan daripada ibu bapa yang menginginkan kelas
diteruskan pada tahun ini.
28.2. PLC – setiap subjek melaksanakan plc untuk peningkatan
28.3. Perubahan Nama kelas bagi tahun 2019 iaitu Alpha, Beta, Gamma.
28.4. Kelas Intensif – akan dimulakan pada bulan Mac
28.5. Pakej Percutian – guru dikehendaki membuat pakej percutian dan tidak
bergantung sepenuhnya kepada pakej yang di potostat. Buku yang dibeli di kedai buku
juga boleh digunakan sebagai pakej percutian.
28.6. Cuti Peristiwa – akan dibincangkan dan dimohon mengikut aktiviti yang telah
dirancang.

2.0 TAKLIMAT DARIPADA PENOLONG KANAN 1
2.1 Mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan tidak lagi digabungkan
dan dibahagi kepada 1 + 1.
Tindakan: Guru MP
2.2 Mesyuarat panitia tetap dijalankan sebanyak 4 kali setahun.
Tindakan: Ketua Panitia
2.3 Pembahagian jadual waktu: guru perlu saling membantu untuk persediaan
penambahan jadual waktu.
Tindakan: Semua Guru

2.4 Peperiksaan awam: Adakan mesyuarat kecemerlangan tahun 6 bagi subjek teras
untuk kelas tambahan. Guru yang tidak mengajar tahun 6 digalakkan membantu
mengajar kelas tambahan.

Tindakan: Makluman

2.5 Peperiksaan dalaman dan pentaksiran bilik darjah (PBD) akan diselaraskan oleh Puan
Fadhilah binti Mustafa.

Tindakan: Puan Fadzilah
binti Mustafa

2.6 MBMMBI: perlu lebih banyak terapkan dalam kegiatan kokurikulum.

Tindakan: Puan Suriyatina binti Abdullah

2.8 Pencerapan PdPC

2.8.1 Guru Besar akan memantau setiap Ketua Panitia secara berkala 2 kali setahun.

i- Februari- Jun

ii- Julai-Awal Oktober

2.8.2 PK 1, PK HEM dan PK KOKO mencerap guru-guru secara berkala mengikut
ketetapan buku takwim.

Tindakan: Makluman

2.9 Pencerapan buku kerja dan buku tulis murid: kitaran pertama Mac – Jun, kitaran
kedua Julai- Awal Oktober.

Tindakan: Makluman

2.10 Dasar Kurikulum: setiap panitia perlu bincang dalam mesyuarat dan bagi satu
salinan kepada PK 1.Seterusnya dimasukkan ke dalam fail panitia masing-masing.

2.1.1 Mesyuarat Panitia: Bermula Januari setiap panitia teras perlu melaksanakan
mesyuarat bilangan 1/2019. Turut bersama Guru Besar. Manakala panitia elektif
bermula awal Februari bersama dengan seorang wakil pentadbir.
Tindakan: Ketua Panitia

3.0 PELAPORAN UNIT-UNIT KURIKULUM DAN ANALISA PAT 2018 /UPSR 2018

3.1 Analisis UPSR 2018

Perbandingan Pencapaian UPSR

Pencapaian minimum 2017 = Pencapaian minimum 2018 =
82.08% 84.38%

(RUJUK LAMPIRAN)

3.2 LINUS
(RUJUK LAMPIRAN)

3.3 PRASEKOLAH
(RUJUK LAMPIRAN)

4.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
4.1 Tiada peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.
4.2 Murid mesti menguasai 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul).
4.3 Murid bebas daripada tekanan peperiksaan.
4.4 Menekankan unsur didik didik hibur.
4.5 Menyemai nilai murni dan etika.
4.6 Perlu menyediakan borang transitsecara offline
4.7 Setiap panitia perlu membincangkan bentuk borang transit berdasarkan RPH.
4.8 Borang transit perlu dilakukan sebanyak dua kali setahun.
Tindakan: Makluman






Click to View FlipBook Version