KERJA KURSUS BERKUMPULAN IIX1001 2022
PENGANTAR USULUDDIN SEMESTER 1
2022/2023
KEHARMONIAN
CINTA ALLAH
DAN MANUSIA
KUMPULAN 29
PENSYARAH PEMBIMBING: DR. MOHD SYUKRI
BIN ZAINAL ABIDIN
Keharmonian Cinta Allah dan Manusia
KISAI NDUNGAN
r-
02 Pengenalan 05 Kepelbagaian 09 Penutup
Cinta Manusia
03 Konsep 07 Keharmonian 10 Rujukan
Mahabbatullah Cinta Allah
& Rabiatul dan Manusia
Adawiyah
04 Konsep
Mahabbah An-nas
& Jalaluddin Ar-
Rumi
AKUHMLIPULAN ASYRAFUDDIN ARIF BIN
AMALUDDIN ARIP
KUMPULAN 29
U2100126/2
PENSYARAH PEMBIMBING:
DR. MOHD AHMAD ARIF ZAWIR
SYUKRI BIN BIN MOHD ALI
ZAINAL ABIDIN
U2100089/2
MUHAMMAD FAQIH
'AQLAN BIN FUAAD
U2100110/2
MUHAMMAD
SOLAHUDDIN BIN
HAZMAN
U2100125/2
PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN 01
Keharmonian Cinta Allah dan Manusia
PENGENALAN
Dalam kehidupan sufi, konsep mahabbatullah menjadi titik utama ajaran bagi salik
untuk menempuh makrifatullah. Sang mursyid menanamkan kepada murid agar dalam
melaksanakan ibadah hanya berharap rahmat-Nya. Bukan berharap balasan ibadah.
Konsep mahabbah tentu memiliki tingkatan. Dalam konsep dasar mahabbah, seorang
hamba dalam beribadah kepada Allah Swt semata dilandasi cinta kepada Allah Swt.
Tingkatan berikutnya, mahabbatullah merupakan maqam yang harus dilalui oleh para
penempuh jalan Ilahi untuk mencapai redha Allah dalam beribadah. Imam al-Ghazali
menyebut tiga hal yang mendasari seorang hamba untuk memiliki cinta Ilahi.
Menurut al-Ghazali, cinta seorang hamba tidak akan terjadi tanpa proses pengenalan
(ma’rifat) dan pengetahuan (idrak) terhadap Allah. Al-Ghazali juga mengatakan setelah
mahabbatullah, tidak ada lagi maqam. Kecuali merupakan buah dari rindu (syauq), intim
(uns), dan kepuasan hati (ridla).
Ajaran mahabbah juga memiliki dasar dan landasan, baik di dalam al-Qur’an maupun
Sunnah Nabi SAW. Seperti, Al-Baqarah ayat 165, Al-Maidah ayat 54, Ali Imran ayat 3.
Pencetus mahabbah adalah Rabi’ah al-Adawiyah, sufi perempuan kelahiran Basrah,
Irak, sekitar abad kedelapan, tahun 713-717 Masehi. Rabi’ah lahir dari keluarga yang sangat
miskin dan merupakan anak keempat dari empat bersaudara, sehingga ia dinamakan
Rabiah yang berarti anak keempat.
Selain Rabi’ah al-Adawiyah, sufi lain yang memperkenalkan ajaran mahabbah adalah
Maulana Jalaluddin Rumi, sufi penyair yang lahir di Persia tahun 604 H/1207 M dan wafat
tahun 672 H/1273 M. Jalaluddin Rumi banyak mengenalkan konsep mahabbah melalui
sya’ir-sya’irnya, terutama dalam Matsnawi dan Diwan-i Syam-I Tabriz.
PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN 02
KONSEPKeharmonian Cinta Allah dan Manusia 03
MAHABBATULLAH &
RABIATUL ADAWIYAH
KONSEP MAHABBATULLAH
Mahabbatullah ialah Cinta Allah (hubbu ila Allah) iaitu kecenderungan hati terhadap
Allah dan apa sahaja daripada Allah tanpa sebarang syarat. Maksud kecenderungan hati
ini adalah taat pada segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya dengan
penuh ikhlas.
Cinta Allah mempunyai bahagiannya iaitu yang pertama Cinta Allah yang wujud
daripada penyaksian rahmat Allah yang mencukupi segala nikmat dinamakan hubbul-
hawa. Cinta ini hadir kerana melihat Allah menyayangi dengan pemberian nikmat yang
memenuhi segala keperluan hidupnya di dunia. Ia merupakan kecenderungan hati yang
berasa bersyukur dengan segala pemberian Allah terhadapnya.
Kedua, Cinta Allah yang lahir dari penyaksian hati kepada wujudnya kesempurnaan.
Cinta ini adalah buah daripada keiklasan hati seorang hamba. Cinta ini tidak lagi hanya
berpihak kepada sifat Jamal (keindahan) Allah sebagai pemberi nikmat malah menerima
sifat Jalal (keagungan) Allah sebagai pemberi ujian lalu menampakkan sifat KamalNya
(kesempurnaan). Cinta ini melintasi segenap ruang dan waktu serta mengatasi segala hal
kerana ia menerima segalanya daripada Allah dengan hati yang redha meskipun ia baik
mahupun buruk. Cinta ini adalah pokok bagi segala cinta dan ia merupakan suatu Cinta
keharmonian yang dapat menyantuni semua makhluk.
KONSEP MAHABBAH RABIATUL ADAWIYAH
Suatu hari beberapa orang wali Tuhan melihat Rabiatul Adawiyah berlari-lari sambil
tangan kanannya membawa obor dan tangan kirinya membawa sumber air. Mereka
bertanya, "Wahai perempuan hari akhir, kemana kau hendak pergi dan apa maksudmu?
Rabiatul Adawiyah menjawab, "Aku akan membakar syurga dan menyiram neraka,
sehingga kedua penghalang itu akan musnah dari hadapan orang-orang yang mencari,
dan mereka akan ikhlas karenanya. Hamba-hamba tuhan akan belajar untuk melihatnya
tanpa mengharapkan balasan atau takut akan hukuman. Sebagaimana kau lihat sekarang
jika kau hilangkan harapan akan balasan dan rasa takut akan hukuman tak ada seora1 ng
pun yang akan menyembah atau menaat.
Konsep cinta yang dibawa oleh Rabiatul Adawiyah adalah mencintai Allah yang Maha
Agung sehingga tidak sempat baginya untuk memikirkan hal-hal dunia seperti
perkahwinan dan makanan seharian. Konsep cinta Rabiatul Adawiyah juga sangat
mencintai Allah sehingga Rabiatul Adawiyah tiada masa memikirkan kebenciannya
terhadap syaitan dan ahli-ahli maksiat. Konsep cinta Rabiatul Adawiyah sangat susah
untuk dilakukan kerana dia memutuskan segala pengharapan dunia ini demi kecintaan
Allah taala. Bahkan Hassan Al-Basri juga memuji Rabiatul Adawiyah merupakan hamba
yang taat.
PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN
Keharmonian Cinta Allah dan Manusia
KONSEP MAHABBAH AN-
NAS & JALALUDDIN AR-
RUMI
KONSEP MAHABBAH AN-NAS
Mahabbah bererti kencenderungan secara berterusan dengan disertai hati yang
membara sehingga mengutamakan yang dicintainya melalui usaha-usaha bagi
menenangkan yang dicintainya. An-nas pula merupakan isim fael daripada nasa yang
bermakna lupa. Ini menunjukkan, sifat asasi manusia yang sering lupa dan perlu
mengulangi sesuatu untuk mengingatinya. Maka Mahabbah An-Nas adalah
kecenderungan hati yang membara secara berterusan bagi mengutamakan manusia
seperti keluarga, pasangan tercinta dan ketua kumpulan melalui kaedah-kaedah sama
ada baik mahupun buruk.
Konsep Mahabbah An-nas adalah terlampau banyak sehingga sesetengah buku
menyenaraikan 50 konsep cinta manusia sahaja. Antara konsep yang terkenal adalah Al-
Alaqah, Al-Hawa, Al-Syababah, Al-Syaghaf, Al-Wajd, Al-'Isyq, Al-Danaf, Al-Ghamarat, Al-
Kilabah dan Al-Suhd.
KONSEP MAHABBAH JALALAUDDIN AR- 04
RUMI
”Sungguh, cinta dapat mengubah yang pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara berubah
telaga, derita beralih nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat”
-Rumi-
Perbincangan mengenai konsep mahabbah itu boleh dibahaskan menggunakan konsep
Mahabbah Jalaluddin Ar-Rumi. Beliau menganggap cinta itu muncul dari kedalaman hati.
Apabila seseorang itu benar-benar mahabbah maka seburuk apapun dan sekecil apapun
pemberian dari Allah akan dianggapnya sebagai sebuah anugerah yang besar dan dia
sentiasa bersyukur. Cinta membawa manusia untuk menjadi peribadi yang tulus, dalam
apapun yang ia lakukan semata-mata untuk kebahagian dan kesenangan yang
dicintainya.
Masyarakat sekarang menganggap cinta itu hanyalah kesukaan terhadap lawan jenis
sahaja, namun cinta itu menurut rumi, tidak sebatas itu sahaja. . Bagi Rumi, Cinta utama
adalah mencintai tuhan, Tuhan merupakan keindahan sejati, ketika manusia mencintai
keindahan maka ia sedang mencintai Tuhan. Tetapi dalam kehidupan manusia, kita
memerlukan cinta kepada Tuhan, kerana kita sangat bergantung kepada cinta Allah bagi
cinta makhluk ciptaanya.
PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN
Keharmonian Cinta Allah dan Manusia 05
KCIENPTEALBMAAGNAUIASINA
AL-'ALAQAH
Cinta hubungan bermakna mencintai dengan segenap hati
kerana ingin selalu berhubung seperti ibu & anak, suami & isteri
Menurut Al-Jauhary Al-alaq juga bereti nafsu. Seperti kata
penyair " Kuingin bersabar menghadapi dirimu, tapi nafsu yang
terpendam lama menghalangiku". Al-Alaqah juga diungkapkan
sebagai Al-Falaq.
AL-HAWA
Kecenderungan jiwa pada sesuatu,kehasratan memiliki sesuatu
dan keinginan terhadap orang yang dicintai. Ini bertepatan dengan
syair "Yang berhasrat merebut hatimu telah bosan, lalu hasratmu
dicipta seperti yang engkau inginkan". Jika dikatakan, inilah hasrat
fulan dan fulanah menjadi hasrat fulan. Namun istilah Al-Hawa
seringkali digunakan sebagai cinta yang tercela seperti firman
Allah taala dalam An-Naziat
")٤١( ) َِفإَّن ٱْلَجَّنَة ِهَى ٱْلَمْأَوٰى٤٠( "َوََأّما َمْن َخاَف َمَقاَم َرِّبِهۦ َوَنَهى ٱلَّْنفَس َعِن ٱْلَهَوٰى
AL-SHABABAH
Kerinduan yang halus dan juga boleh diertikan kerinduan
yang membara, sebagaimana yang dikatakan di dalam al-
Shahhah. Jika dikatakan, "Rajulun shabbun", ertinya orang
yang rindu dendam .
AL-SYAGHAF
Cinta yang mendalam spertimana firman Allah taala dalam al-
Quran " ٣٠ "ِإَّنا َلَنَرٰىَه ا ِفى َض َلٰـٍۢل ُّم ِبيٍۢنAn-naziat 30. AL-Jauhary berkata
Al-Syaghaf bererti lapisan yang membungkus hati. Jika
dikatakan, "Syaghafahal-hubbu" ertinya cinta orang itu
mencapai kulitnya. Ibnu Abbas mengertikan ayat ini "Cintanya
merasuk hingga menebusi kulit hati".
AL-WAJD
Cinta ini bererti cinta yang berakhir dengan kesedihan, kerana kata ini
lebih digunakan untuk hal yang sedih. Ada bentuk-bentuk lain untuk al-
Wajd seperti wajada mathlugah yang bererti mendapatkan apa yang
dicari. Wajada maujidatan bererti cinta saat marah, wajada wajdan
bereti cinta saat sedih. Ini membawa maksud Al-Wajd hanya untuk
pengertian cinta yang tidak dibenarkan & berakhiri dengan kesedihan
PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN
Keharmonian Cinta Allah dan Manusia
KCIENPTEALBMAAGNAUIASINA
AL-'ISYQ 06
Cinta yang meluap-luap. Al-isyq merupakan istilah cinta
yang paling buruk dan penggunaannya tidak disukai orang
arab. Menurut Al-Farra, Al-Isyq bererti puncak kecintaan.
Menurut Al-Farra, Al-Isq digelar cinta yang melekat di hati
seseorang.
AL-DANAF
Al-Danaf ialah sakit hati kerana cinta dan jarang digunakan oleh
orang arab untuk istilah cinta. Tetapi di zaman ini sering digunakan,
walau bagaimanapun selalu dikaitkan dengan rasa sakit hati.
Sebagaimana disebut dalam Al-Shahah, Al-Danaf bererti penyakit
yang susah dielakkan.
AL-GHAMARAT
Al-Ghamarat yaitu cinta yang menyebabkan hati menjadi bodoh, lalai
dan mabuk. Sepertimana firma Allah taala
]11-10 : [الذاريات١١ ) ٱَّلِذيَن ُهم ِفي َغمَرة َساُهوَن١٠(
ُقِتَل ٱلَخَّٰر ُصوَن
Ertinya kelalaian membuatkan hati mereka menjadi bodoh dan sesat.
AL-KHILABAH
Cinta palsu adalah cinta yang mengecoh dan menipu hati. Cinta
ini selalu berlaku kepada orang yang mabukkan cinta atau
perhatian. Al-khilabah juga bererti wanita penipu dan kaki
bohong. Seprang penyair berkata "Pemuda membawa pergi
membawa cinta al-khilabah, dan aku boleh terlepas dengan hati
yang bersih tanpa noda".
AL- SUHD
Al-suhd yaitu susah tidur juga merupakan pengaruh cinta dan lazim
berlaku kepada yang mabuk cinta. Boleh dibaca sahidar-rajulu
sahadan. Namun apabila dibaca Al-suhd bererti sikit tidur.
Sepertimana Abu Kabir Al-Hudzaly dalam syairnya "Dia hampiri
lelaki yang keras hati, yang tiada nyenak tidur dan hanya sesekali".
PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN
Keharmonian Cinta Allah dan Manusia
KAELLHAAHRMDOANNIMANANCUINSTIAA
Menurut Kamus Dewan Bahasa Keempat, harmoni merujuk kepada persesuaian atau
persetujuan antara dua perkara atau elemen yang berbeza. Kita merupakan hamba yang
lemah kepada Allah Yang Maha berkuasa ini memerlukan kepada pencipta kita pada
semua keadaan. Oleh itu, cinta juga perlukan korelasi antara satu sama lain. Rasulullah
SAW bersabda,
َعْن َأِبي ُهَرْيَرَة َقاَل َقاَل َرُسوُل الَّلِه َصَّلى الَّلُه َعَلْيِه َو َسَّلَم ِإَّن الَّلَه َيُقوُل
َيْو َم اْلِقَياَمِة َأْيَن اْلُمَتَحاُّبوَن ِبَجاَل ِلي اْلَيْو َم ُأِظُّلُهْم ِفي ِظِّلي َيْو َم اَل ِظَّل ِإاَّل ِظِّلي
Daripada Abi Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya Allah SWT
berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana
keagungan-Ku? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain
naungan-Ku." [ HR Muslim ]
Berdasarkan hadith di atas, ini menunjukkan bahawa sesiapa yang mencintai manusia
yang lain kerana keagungan dan keesaan Allah, maka dia tidak akan mendapat naungan
selain daripada naungan Allah yang merupakan manifestasi kebesaran ganjaran yang
diberikan Allah untuk hambanya yang mengharmonikan cinta kepada-Nya dan antara
hamba-hamba-Nya. Benar, perkara ini sukar untuk dilaksanakan kerana hati manusia itu
sering berbolak-balik bak kata pepatah, "neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan".
Langkah yang pertama untuk mengharmonikan cinta Allah dan juga cinta manusia
adalah memanifestasikan cintanya kepada Allah terlebih dahulu kerana dengan cinta kita
kepada Allah, kita akan mengikut dengan sepenuh hati segala syariat dan ajaran Islam
sebagai panduan dan pendinding diri daripada melakukan maksiat dan kejahatan kepada
Allah dan juga makhluk-makhluknya. Hal ini kerana, cinta kepada Allah seumpama benih
yang dimasukkan ke dalam tanah. Jika baiknya benih itu, maka ianya akan menghasilkan
akar yang kuat, iaitu asas aqidah yang utuh dan reranting dan dedaunan yang lebat.
manusia jika tidak berpandukan kepada syariat, maka dia akan terjerumus ke dalam
fitnah dan kecelakaan.
Seterusnya, kita mestilah mencintai manusia kerana Allah Subhanahu Wataala.
Rasulullah SAW bersabda,
»…«َال َيِج ُد َأَحٌد َحَالَو َة ْاِإليَماِن َحَّتى ُيِح َّب اْلَمْر َء َال ُيِح ُّبُه ِإَّالِللِه
Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang
hanya kerana Allah semata. (HR. Bukhari).
PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN 07
Keharmonian Cinta Allah dan Manusia
KAELLHAAHRMDOANNIMANANCUINSTIAA
Antara cara-cara untuk mempraktikkan mencintakan manusia kerana Allah ialah:
Menyempurnakan hak-hak yang sepatutnya diperolehi oleh seorang Muslim
sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
«َحُّق اْلُمْسِلِم َعَلى اْلُمْسِلِم ِس ٌّت ِقيَل َما ُهَّن َيا َرُسوَل اللِه َقاَل ِإَذا َلِقيَتُه َفَسِّلْم َعَلْيِه َو ِإَذا َدَعاَك َفَأِج ْبُه
»َو ِإَذا اْسَتْنَصَحَك َفاْنَصْح َلُه َو ِإَذا َعَطَس َفَحِمَد اللَه َفَسِّمْتُه َو ِإَذا َمِرَض َفُعْدُه َو ِإَذا َماَت َفاَّتِبْعُه
Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, “Apa yang enam itu, Ya
Rasulallah?” Rasul SAW bersabda, “Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang
lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah
undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat
kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah
yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka
hantarkanlah sampai ke kuburnya.”
Menemui orang yang dicintai dengan menampakkan (menzahirkan) perkara yang
disukainya untuk menggembirakannya. Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab As-
Shagir, Rasulullah SAW bersabda:
» ُيِرِه اللُه َعَّز َو َجَّل َيْو َم اْلِقَياَمِة, «َمْن َلِقَي َأَخاُه اْلُمْسِلَم ِبَما ُيِح ُّب َلَيُسَّرُه ِبَذاِلَك
Barangsiapa yang menemui saudaranya yang muslim dengan menampakkan perkara
yang disukainya kerana ingin membahagiakannya, maka Allah akan memberikan
kebahagiaan kepadanya di Hari Kiamat.
Senantiasa berusaha membantu memenuhi keperluan saudaranya dan bersungguh-
sungguh menghilangkan kesusahannya. Hal ini berdasarkan hadis Mutafaq ‘alaih dari
Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:
َو َمْن ِفي َحاَجِتِه يِه َكاَن اللُه ِفي َحاَجِة َأِخ َوُكَْارلَبًُيةْسِمِلُْنمُهُكََمرْنِبَكَياْوَنِم اْلُمْسِلِم َال َيْظِلُمُه َأُخو َعْ«ناْلُُممْْسسِِللٍُمم َفَّر َج
»َيْو َم اْلِقَياَمِة َسَتَرُه اللُه َسَتَر ُمْسِلًما اْلِقَياَمِة َو َمْن َفَّرَج اللُه َعْنُه ِبَها ُكْر َبًة
Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan
tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan
saudaranya maka Allah akan memenuhi perluannya. Barangsiapa yang menghilangkan
kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu
kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka
Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.
PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN 08
Keharmonian Cinta Allah dan Manusia
PENUTUP
Cinta merupakan sesuatu yang sangat abstrak dan sulit untuk difahami, ahli kalam
pernah mengatakan "sesiapa yang tidak merasa dia tiada mengenal". Cinta itu juga boleh
dilihat daripada pelbagai perspektif, namun kita perlu mengembalikan cinta pada dasar
yang lebih utama iaitu cinta Allah yang paling agung.
Jalan untuk mengenal cinta yang agung adalah dengan bermakrifat sepenuhnya
dengan ilmu, lalu dilaksanakan dengan amal maka akan berbuah ahwal dimana ia
mendatangkan dzauq (rasa) tersangat indah, tiada ungkapan yang mampu
menperjelaskan keadaan orang yang bercinta.
Namun, mukmin yang kuat itu lebih utama berbanding mukmin yang lemah dimana
mukmin yang meletakkan keutamaan Cinta pada tempatnya. Kita mahu manhaj yang
melahirkan mukmin sejati dan seimbang dari segi perkembangan intelektual,emosi dan
rohani. Tiadalah salah bagi mereka yang mengambil jalan cinta,asyik dan rindu kepada
Allah sehingga melakukan banyak ibadah dan kerap beruzlah akan tetapi Islam
mengajarkan kita untuk sentiasa bersederhana dalam sesuatu perkara.
Bukan semua sufi mengambil jalan pengabdian seperti Rabiatul Adawiyah atau jalan
cinta asyik yang tenggelam dalam dunia puisi seperti Jalaluddin Rumi, ada juga dalam
kalangan ahli sufi mengambil jalan kekuasaan seperti Sultan Muhammad Al-Fateh serta
jalan perniagaan & kekayaan seperti Abu Hasan Asy Syadzili. Bukan beerti kita menafikan
sufi yang tenggelam dalam cinta dan makrifat kepada Allah akan tetapi diwaktu itu
merupakan zaman kegemilangan Islam dan ia memang tugas mereka untuk melakukan
pengabdian penuh kepada Allah lantaran mereka dalam kalangan yang terpilih.
Adapun jalan tersebut pada masa kini bukanlah tidak relevan tetapi sekarang adalah
zaman yang mana Islam memerlukan sufi yang kuat, gah dan dapat membina semula
peradaban Islam yang bergerak seiring dengan perkembangan zaman.
KEHARMONIAN CINTA ALLAH DAN MANUSIA 09
Keharmonian Cinta Allah dan Manusia
RUJUKAN
1. Michael A Sells, D. Slamet Riyadi. (2003). Sufisme Klasik.(1th ed) Al-Hidayah. Mimbar
Pustaka.
2. Ibnu Qayyim Al-Jauziah, Haji ABu Mazaya Al-Hafiz. (2005). Panduan Bercinta Dan
Memendam Rindu.(2th ed) Al-Hidayah.
3. Mutrofin. (2018). Empirisma. Mencari Hakikat Tuhan (Menggali Makna Makrifat AL-
Ghazali), (27), 37-40 https://www.readcube.com/articles/10.30762%2Fempirisma.v27i1.742
4. Kalabadhi, & Muhammad ibn Ibrahim. (1994). The doctrine of the Sufis : (Kitab al-Ta`arruf
li-madhhab ahl al-tasawwuf). Kitab Bhavan.
5. Juoi, P. M. (2012). Cinta kerana Allah. Telaga Biru.
6. Shah, I. (1999). Jalan sufi : Reportase dunia ma'rifat Risalah Gusti.
7. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi keempat.). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
KEHARMONIAN CINTA ALLAH DAN MANUSIA 10