2
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera
Salam Melaka Maju Jaya, Rakyat Bahagia Menggamit Dunia,
Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia-Nya, Buletin OSH Link Edisi 1.0 2021, JKKP Melaka ini dapat
disempurnakan penerbitannya. Buletin OSH ini diterbitkan bagi membolehkan
semua warga kerja JKKP Melaka berkongsi maklumat dan peristiwa yang
berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan ianya adalah perlu
dihebahkan serta dikongsi bersama. Syabas diucapkan kepada sidang redaksi
Buletin OSH Link Link Edisi 1.0 2021 yang sentiasa gigih berusaha dan komited
dalam mendapatkan maklumat untuk makluman kita semua.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang telah
menyumbang artikel dan hasil karya untuk penghasilan Buletin ini. Walaupun
kita masih berdepan dengan kesan pandemik COVID 19, gerak kerja KKP mesti
diteruskan agar keselamatan dan kesihatan tempat kerja berada dalam keadaan
optimum. Langkah-langkah pematuhan kepada SOP perlu diperketatkan agar
kita dapat mengekang wabak ini menular di tempat kerja.
Oleh itu, selain dari usaha Jabatan memastikan KKP di
tempat kerja dapat dijalankan, kami juga memastikan
majikan dapat mematuhi SOP COVID 19 melalui Akta
Penyakit Berjangkit 342 yang telah diturunkan kuasa
kepada jabatan. Semestinya, usaha gigih ini perlu
diteruskan dan mendapat sokongan semua pihak.
Akhir kata, saya amat berharap agar Buletin
OSHLink yang telah diterbitkan ini dapat memberi
inspirasi dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh
warga JKKP Melaka untuk dijadikan rujukan di masa
hadapan. Diharapkan agar warga kerja JKKP Melaka
terus membudayakan kerja selamat di tempat kerja
bagi menjadi contoh kepada masyarakat di luar
sana. Sehingga kita berjumpa lagi di keluaran yang
akan datang. Salam Hormat.
DR RABAAYAH BINTI DAUD
PENGARAH JKKP MELAKA
3
Penaung Penasihat
Dr Rabaayah Binti Daud Ir Mohammad Fadzil Bin
Abdul Manap
Penyelaras Penyelaras Ketua
Editor
Dr Mohd Fizal Izwan Bin YM Tengku Ashraf Bin
Ab. Kadir Tengku Idris Zainab Binti Abu Rairah
Ketua Artikel Artikel
Editor
Ismail Bin Jaafar Noraida Binti Othman
Sariyah Binti Ibrahim
Artikel Artikel 4
Azizulkamal Bin Ahmad Nik Wan Aznan Bin Wan
Raduan Abdul Kadir
Occupational Related Noise Induced Hearing Loss
PENYAKIT PEKERJAAN KEHILANGAN PENDENGARAN AKIBAT BUNYI BISING
Apa itu Kehilangan pendengaran akibat bunyi bising? Penyakit Ini terjadi apabila seseorang
kehilangan pendengaran akibat terdedah pada bunyi bising melebihi kadar yang
dibenarkan di tempat kerja. Mengikut Peraturan - Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019, kadar had pendedahan bising harian yang
dibenarkan adalah tidak melebihi 85dB (A) atau dos bising diri melebihi seratus peratus,
pada bila-bila masa melebihi paras 115dB (A) atau paras tekanan bunyi puncak 140dB(C).
Mengikut statistik JKKP Malaysia, dari tahun 2013 sehingga tahun 2019, laporan penyakit
pekerjaan kehilangan pendengaran akibat bunyi bising sentiasa menaik dan hampir 95 %
penyakit yang dilaporkan kepada JKKP adalah berkaitan penyakit ini. Antara pekerjaan yang
berisiko dan sering dilaporkan mempunyai masalah penyakit ini ialah sektor pekerjaan
pembuatan ; perkilangan kayu dan perabot, tekstil, kuari dan perlombongan, industri logam
dan keluli.
Mengikut Peraturan - Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pendedahan Bising) 2019, majikan dan OHD yang mengesahkan penyakit ini perlu
melaporkan penyakit kehilangan pendengaran ( NIHL, Hearing Impairment dan Permanent
Standard Threshold Shift ) jika seseorang pekerja disahkan menghidapi penyakit ini dalam
masa 7 hari. Ini adalah tertakluk jika pekerja telah menjalani ujian audiometrik 3 bulan
selepas dia bekerja di sesuatu tempat kerja. Walaubagaimanapun, jika seseorang pekerja
terdedah kepada NEL dan menjalani baseline audiometrik dalam masa 3 bulan dia bekerja
di sesuatu tempat kerja, notifikasi tidak perlu dilaporkan kepada JKKP.
Jika seseorang pekerja mengalami penyakit kehilangan pendengaran akibat bunyi bising ,
peluang untuk sembuh sepenuhnya adalah amat sukar kerana berlaku kerosakan kepada
saraf dan organ koklea di dalam telinga. Bagi pekerja yang mengalami masalah ini, hanya
alat bantuan pendengaran atau kaedah pembedahan sahaja boleh mengembalikan
pendengaran, namun ianya bukanlah 100 peratus jaminan seperti sedia kala.
Oleh yang demikian, majikan dan pekerja perlu memastikan tempat kerja selamat dari
hazard risiko kebisingan di tempat kerja. Majikan boleh mempraktikkan mengikut kawalan
hierarki seperti penggantian, kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran dan alat
pelindung telinga yang bersesuaian. Selain itu, majikan perlu memberi maklumat dan
arahan yang betul kepada pekerja seperti latihan pemakaian alat pelindung yang betul,
arahan memakai pelindung telinga setiap masa dan tanda amaran di kawasan yang bising.
5
Sasaran : 2017
menurunkan kadar 2018
kemalangan bagi 2019
setiap 1000 pekerja 2020
kepada 1.2
5.18 SASARAN : menurunkan kadar
6 kematian bagi setiap 100000
3.97 pekerja kepada 2.6
4.44
PENDAKWAAN :
KOMPAUN:
6
Berbanding
tahun 2015
307 277 356 405 132 kes
7
PENGUATKUASAN HIGIEN INDUSTRI
Penilaian Risiko Ergonomik oleh Majikan ditempat kerja 10
Pemantauan Pusat Ujian Audiometrik 2
Pemantaun Orang Yang Kompeten Higien 25
Penguatkuasaan Kelengkapan Pelindung Diri (PPE)
Penguatkuasaan Ruang Terkurung (Confined Space) 125
Audit IAQ 5 27
Penguatkuasaan Ergonomik 11 24
Penguatkuasaan CLASS 58 108 140
Penguatkuasaan NCAPP/NFORCE 60 80 100 120 140 160
Penguatkuasaan Pendedahan Bising (NICE)
Penguatkuasaan USECHH
0 20 40
BILANGAN PENGUATKUASAAN AKTIVITI HIGIEN INDUSTRI
TAHUN 2020
Operasi USECHH
mensasarkan
tempat kerja yang
mendapat Gred D
& E sepanjang
2015 – 2020.
Perubahan gred
adalah seperti graf
disebelah.
Operasi CLASS OPERASI CLASS 2020
juga
mensasarkan 7
tempat kerja yang
mendapat Gred D Bil Tempat Kerja 22
& E sepanjang
2015 – 2020. 00 8
Perubahan gred ABCDE
adalah seperti
graf disebelah. Gred Pematuhan
Kini, sudah hampir 15 bulan negara kita cuba melawan pandemik COVID
19 yang telah melanda negara kita sejak Mac tahun 2020. Kita sudah melalui
beberapa kali PKP,PKPB,PKPD dan PKPP. Kita juga telah mengharungi
beberapa kali gelombang jangkitan dan yang terbaru gelombang ketiga yang
sentiasa memecahkan rekod jangkitan pada hari sebelumnya.
Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan
struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam
vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti)
tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Sehingga setakat ini, tiada rawatan khusus untuk penyakit ini dan vaksin adalah
jawapan kepada pandemik yang sedang melanda di seluruh di dunia sekarang.
Ini terbukti apabila, terdapat negara yang telah berjaya memvaksin sebahagian
rakyatnya berjaya menurunkan kes jangkitan serta kematian yang disebabkan
oleh virus ini.
Di negara kita, sehingga setakat ini, terdapat 3 vaksin COVID yang telah
diluluskan oleh KKM(NPRA). Walaupun vaksin ini berbeza dari segi
penyediaannya, keberkesanan (efficacy) dan kecekapan (efficiency), tetapi ke
semua vaksin tersebut mempunyai kebolehan untuk mengurangkan komplikasi
teruk sehingga perlu rawatan hospital dan mengurangkan risiko kematian
(mortality). Itulah sebabnya mengapa semua vaksin adalah baik dan vaksin
yang terbaik apabila kita dapat memvaksin diri kita secepat mungkin.
9
Bermula PKP 1.0, iaitu pada 18 Mac 2020, JKKP telah diberikan punca
kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan pematuhan SOP pengawalan
penularan wabak Covid-19 dibawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 atau ringkasnya AKTA 342 dari KKM. Pemeriksaan
tempat kerja ini telah dijalankan secara sendiri dan juga secara operasi
bersama Pegawai dari JTK dan juga PERKESO. JKKP juga telah diberikan
punca kuasa untuk menguatkuasakan AKTA 446 iaitu Akta Standard
Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990. Di bawah AKTA 446,
perumahan pekerja diperiksa untuk memastikan bukan sahaja pekerja tinggal
dalam keadaan yang selesa tetapi mematuhi piawaian SOP wabak Covid-19.
10
Operasi USECHH & CLASS
Pada bulan Mac 2021, JKKP Melaka melalui Seksyen Industri Higien
telah megadakan Operasi USECHH dan CLASS Bil 1/2021. Taklimat
operasi telah dijalankan secara teli sidang pada 4 Mac 2021. Operasi
telah melibatkan sebanyak 39 tempat kerja dengan kekuatan sebanyak
5 orang pegawai telah melibatkan beberapa sektor pekerjaan seperti
Perkhidmatan makmal kimia (Lab), Perkhidmatan Percetakan dan
elektronik. Untuk operasi kali ini dijalankan secara norma baharu
dimana pihak jabatan telah menjalankan konsep penilaian kendiri iaitu
majikan perlu menjalankan audit secara kendiri dan laporan perlu
diserahkan kepada jabatan dalam tempoh yang ditetapkan.
11
Operasi Nice
Pada 22 Mac – 30 Mac 2021, JKKP Melaka telah menjalankan Operasi
NICE Bil. 1/2021. Operasi melibatkan Seksyen Industri Higien serta
wakil dari setiap lain seperti Seksyen Penguatkuasaan dan Industri Kecil
Sederhana, Seksyen Kesihatan pekerjaan, Seksyen Siasatan dengan
kekuatan hampir 10 orang pegawai. Hampir 60 tempat kerja sektor
makanan, kilang ais dan sektor pembuatan telah terlibat dalam operasi
bilangan pertama. Sesi Taklimat untuk kilang ais juga telah dijalankan
pada 21 Mac 2021 di JKKP Melaka.
12
Pada 7 April 2021 telah berlangsung satu Sesi Engagement SOHELP DIY
bersama majikan Negeri Melaka. SOHELP merupakan program sistematik
yang dirangka untuk meningkatkan tahap pengurusan higien industri di
tempat kerja dalam aspek pendedahan bising,pengurusan bahan kimia
dan ergonomik. Satu program yang berimpak tinggi, boleh dilaksanakan di
semua industri, mudah dilaksanakan, fokus kepada tempat kerja berisiko
tinggi dan kos rendah telah dirancang dan dirangka bagi menangani isu
berkaitan. Sebanyak 39 tempat kerja yang terpilih untuk program yang
dijalankan selama satu tahun ini.
13
Projek i-COD atau PiPP ( Pusat Informasi Penyakit Pekerjaan ) dibangunkan
untuk meningkatkan Pelaporan Penyakit Pekerjaan ( JKKP 7 ) dengan
mengenalpasti tempat kerja terutama sektor pembuatan yang tidak pernah
melaporkan sebarang jenis penyakit pekerjaan kepada Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan. Data-data diperolehi berdasarkan senarai tempat
kerja yang terdapat di Negeri Melaka melalui Seksyen Penguatkuasaan dan
Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS), Seksyen Higien Industri , Seksyen
Analisis Proses dan Sistem MYKKP. Saringan pengasingan pelaporan
dilakukan dengan mengenalpasti tempat kerja yang tidak pernah melaporkan
dan data ini diterjemahkan kedalam ‘Google Map’ untuk lebih menampakkan
taburannya.
17 Mac 2021 - Penerangan berkaitan
program BOHS kepada wakil majikan
Kilang Ais yang terdapat di Melaka
sempena taklimat operasi bersepadu
kilang ais Bersama Seksyen SPIKS dan
IH.
14
19 Mac 2021- Ceramah secara atas talian daripada Pakar Pemakanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sempena Program Pemakanan Sihat 2021
yang telah pun bermula pada 1 Jan 2021 – 30 Jun 2021 untuk semua
kakitangan JKKP Melaka. Bertemakan “Together We Strive
Towards Healthy Life Style” memfokuskan
perubahan gaya hidup dengan amalan
pemakanan sihat dan aktiviti riadah bagi
memastikan semua kakitangan berada didalam
keadaan yang sihat dan produktif.
16 Mac 2021 - Siasatan penyakit
pekerjaan berkaitan kehilangan
pendengaran di Petronas Dagangan
Berhad, Tangga Batu.
15
Pada 20 & 21 April 2021, Bengkel
Penyediaan Kertas Siasatan telah diadakan
di Bilik Mesyuarat JKKP Melaka yang
melibatkan semua pegawai teknikal JKKP
Melaka. Bengkel ini bertujuan menyediakan
pegawai dengan teknik-teknik yang
berkesan dalam menjalankan siasatan.
Para peserta didedahkan dengan teknik-
teknik pengambilan rakaman percakapan
saksi dan penyediaan dokumen-dokumen
dalam melengkapkan sesuatu siasatan.
Pada 12 Januari 2021, sebutan kes pendakwaan telah berlangsung di kamar
Mahkamah Seksyen Alor Gajah. Kes melibatkan kemalangan maut seorang
pekerja di sebuah kilang pemprosesan makanan yang terletak di Alor Gajah.
Pihak JKKP Melaka diwakili oleh
pegawai pendakwa En. Muhammad
Najib bin Jaafar dan dibantu oleh En.
Mohd Ghazali bin Mohd Jajuli.
Manakala siasatan telah dijalankan
oleh pegawai penyiasat En. Mohd
Fahmi bin Mohammad Ali.
Majikan telah dituduh di bawah
Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Pihak majikan telah mengaku salah
dan dikenakan denda sebanyak
RM35,000 atau 8 bulan penjara jika
gagal membayar denda.
16
Operasi Tapak Pembinaan Bil.1/2021 telah dijalankan oleh pegawai - pegawai
daripada Seksyen Tapak Bina Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Melaka. Penguatkuasaan ini dijalankan terhadap 20 tapak pembinaan di sekitar
Negeri Melaka bermula dari 15 Mac 2021 sehingga 14 April 2021.
Fokus utama operasi yang diberi tema ‘Ops Cengkam Senin’ ini adalah
tertumpu kepada kerja-kerja di tempat tinggi, keselamatan penggunaan
kenderaan di tapak, pematuhan kepada Perintah Khas Ketua Pemeriksa,
pemantauan KPI SHO dan pematuhan SOP pencegahan COVID-19 di rumah
kongsi.
Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 52 Surat Arahan, 47 Notis Perbaikan
(NOI) dan 37 Notis Larangan (NOP) telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
17
Operasi patuh bil. 1 telah dijalankan oleh spiks pada 29 mac 2021 hingga 2
april 2021, melibatkan 15 tempat kerja dari 3 sektor iaitu sektor pembuatan,
perkhidmatan kebersihan dan pertanian.
Hasil daripada ops patuh yang telah dijalankan didapati:
1. Tahap pematuhan KKP bagi sektor pembuatan dan pertanian masih
lemah
2. Sebanyak 45 surat arahan , 3 notis perbaikan dan 2 notis larangan
telah dikeluarkan.
18
Pada bulan Februari dan Mac 2021
yang lepas, seksyen Analisis dan
Pemprosesan (SAP) telah
menjalankan pemeriksaan ke atas
pelbagai jentera seperti
pengandung tekanan berapi dan
tak berapi, kren dan pepasangan
am di tapak projek stesen
janakuasa elektrik Hyundai-EDRA,
Kuala Sg. Baru Melaka. Di
sepanjang pemeriksaan ini,
pegawai SAP menjalankan
pemeriksaan secara menyeluruh
seperti memeriksa spesifikasi
jentera, alatan keselamatan yang
dipasang serta menjalankan
pengujian yang ditetapkan bagi
memastikan jentera benar-benar
selamat untuk beroperasi.
19
Pada 26 Mac 2021, Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Melaka yang diwakili
oleh pegawai-pegawai daripada
Sksyen Pemeriksaan Statutori
telah menyertai lawatan verifikasi
kebenaran pengoperasian kilang
Dominant Opto Technologies di
Batu Berendam FTZ .
Lawatan turut disertai oleh
PDRM, KKM, MKN, MPHTJ dan
Invest Melaka. Verifikasi ini
bertujuan bagi menilai pematuhan
Standard Operating Procedure
(SOP) pencegahan penularan
COVID-19 di tempat kerja
sebelum dibenarkan beroperasi.
Tempat kerja ini telah diarahkan
menutup operasi oleh pihak KKM
kerana terdapat penularan
jangkitan COVID-19 di tempat
kerja.
20
Program Vaksinasi oleh pihak Pejabat Kesihatan
Daerah Melaka Tengah telah diadakan secara 2
peringkat iaitu pada 1 April 2021 bagi Dose 1 dan
22 April 2021 bagi dose ke-2 melibatkan warga
kerja yang layak. JKKP Melaka merupakan
Jabatan Kerajaan Persekutuan pertama yang
menerima vaksin SinoVac di Negeri Melaka.
Bekalan stok kelengkapan
perlindungan diri daripada Ibu
Pejabat telah diterima pada
11 Mac 2021 meliputi KPD
Seperti Face Mask , Hand
Sanitizer, Glove N95 , Gown,
Face Shield dan Earloop bagi
kegunaan pegawai yang
terlibat dengan operasi
penguatkuasaan COVID-19.
21
Task Force bagi menambahbaik susun atur
kelengkapan dan perabot di Bilik Fail Teknikal dan
Bilik Temuduga telah dilaksanakan pada 5 April
2021. Task Force juga merangkumi kerja-kerja
memindahkan bilik temuduga JKKP Melaka ke aras
4 Tower.
T
A
H
U
K
A
H
A
N
D 22
A
23