AHLI SIHIR
YANG
ANGKUH
Thenaliraman tinggal di sebuah pekan
di India. Pada suatu hari, datang
seorang ahli sihir termasyhur di pekan
itu lalu mencabar penduduk di pekan
itu. " Wahai penduduk kampung, saya
seorang ahli sihir terkemuka di India.
Adakah sesiapa antara anda yang
berani mencabar saya? Saya boleh
melakukan atau menunaikan apa-apa
sahaja yang anda pohon."
Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan
berkata, " Wahai Tukang Sihir, saya ingin
mencabar anda. Bolehkah Tukang Sihir
menunaikan permintaan saya?" "Boleh,
mintalah apa-apa sahaja , akan saya
kabulkan permintaan anda," kata Tukang
Sihir.
"Baiklah Tukang Sihir, saya akan melakukan
sesuatu dengan mata saya tertutup, tetapi
Tukang Sihir melakukannya dengan mata
yang terbuka," kata Thenaliraman. " Ha! Ha!
Ha! Mudahnya permintaan anda," kata
Tukang Sihir. Thenaliraman pun duduk
bersila dan menutup matanya.
Dengan menggunakan tangan
kanannya, dia mengambil
segenggam pasir dan
melemparkan ke arah matanya. "
Baiklah Tukang Sihir, sekarang
tunjukkanlah kehandalan Tukang
Sihir dengan melakukan seperti
yang saya lakukan tadi dengan
mata yang terbuka," kata
Thenaliraman.
Tukang Sihir itu terdiam, Dia
tahu bahawa dia tidak boleh
melakukan seperti yang
diminta. Tukang Sihir itu sedar
akan kesalahannya yang
terlalu bersikap angkuh. Dia
meminta maaf kepada
Thenaliraman dan terus
meninggalkan pekan itu