The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by prodigy_azie, 2023-09-15 03:21:04

GARIS PANDUAN ANJUNG (IKN)

GARIS PANDUAN ANJUNG (IKN)

TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 GARIS PANDUAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN ANJUNG KASIH HOSPITAL CYBERJAYA (HCJ) UNTUK PESAKIT INSTITUT KANSER NEGARA (IKN) UNIT PENTADBIRAN, ASET & STOR HOSPITAL CYBERJAYA


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 GARIS PANDUAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN ANJUNG KASIH HOSPITAL CYBERJAYA 1. TUJUAN Garis panduan ini adalah bertujuan menjelaskan tatacara pengurusan Anjung Kasih secara lebih jelas dan terperinci bermula dari kemudahan yang disediakan, tatacara permohonan, prosedur masuk & keluar, waktu operasi, kriteria permohonan dan juga peraturan-peraturan. 2. LATAR BELAKANG Anjung Kasih Hospital Cyberjaya (HCJ) merupakan blok balai pelawat yang telah dinaiktaraf oleh Yayasan Kebajikan Negara. Anjung Kasih merupakan rumah penginapan sementara untuk golongan yang memerlukan khususnya ahli-ahli keluarga yang kurang berkemampuan tetapi perlu mengiringi pesakit yang sedang menerima rawatan di HCJ dengan berkonsepkan selesa, selamat dan berkualiti. 3. KEMUDAHAN ANJUNG KASIH BIL. KEMUDAHAN BILANGAN 1 Bilik perempuan 2 2 Bilik lelaki 2 3 Ruang rehat 1 4 Ruang makan 1 5 Ruang cucian & ampaian 1 6 Pantri 1 7 Surau 1 8 Tandas (perempuan) 1 9 Tandas (lelaki) 1 10 Katil bujang (perempuan) 4 11 Katil bujang (lelaki) 4 12 Mesin pencuci pakaian 1 13 Mesin pengering pakaian 1 14 Peti ais 1 15 Mesin penapis air 1 16 Microwave 1


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 4. KRITERIA PERMOHONAN PESAKIT INSTITUT KANSER NEGARA (IKN) i. Permohonan dibuka kepada pesakit IKN yang sedang menerima rawatan di IKN tetapi memerlukan penginapan yang berdekatan kerana tiada kekosongan katil di wad IKN. ii. Keutamaan diberi kepada pesakit wanita sahaja yang berupaya untuk mengurus diri sendiri tanpa memerlukan penjaga sepanjang prosedur rawatan. 5. PROSEDUR PERMOHONAN MASUK ANJUNG KASIH BAGI PESAKIT INSTITUT KANSER NEGARA (IKN) 5.1 Permohonan i. Pesakit yang ingin memohon penginapan di Anjung Kasih hendaklah mendapatkan borang dari IKN di mana pesakit didaftarkan. ii. Pesakit perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap sebelum mendapatkan pengesahan daripada pegawai yang bertugas di IKN. iii. Pesakit perlu membawa borang permohonan yang telah diluluskan ke Anjung Kasih HCJ untuk permohonan penginapan. 5.2 Deposit kad akses & pas penginapan i. Unit Hasil hanya menerima borang yang telah mendapat kelulusan dari Bahagian Pengurusan HCJ sahaja. ii. Pesakit perlu membayar wang deposit kad akses & pas penginapan di Unit Hasil HCJ. Berikut merupakan caj wang deposit yang dikenakan kepada waris: *Walau bagaimanapun pada masa ini tiada bayaran deposit akan dikenakan kepada pesakit sehingga dimaklumkan kelak. 17 Televisyen 1 18 Set sofa 3+2+1 1 19 Set meja kopi 3 20 Kamera litar tertutup 1 Kad akses RM100 Pas Pelawat


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 5.1.3 Serahan kad akses & pas penginapan i. Unit Keselamatan hanya akan memberi kad akses & pas penginapan kepada pesakit yang telah membuat bayaran wang deposit di Unit Hasil sahaja. ii. Unit keselamatan boleh meminta pesakit pergi ke Anjung Kasih untuk proses seterusnya sekiranya proses pembayaran wang deposit & penyerahan kad serta pas telah selesai. 5.1.4 Daftar masuk bilik i. Pesakit perlu membawa borang yang telah diluluskan serta menunjukkan bukti pembayaran wang deposit kad akses & pas penginapan kepada pegawai yang bertugas di Anjung Kasih. ii. Pesakit hendaklah mengisi borang pendaftaran masuk bilik & akuan penerimaan set linen dengan lengkap. iii. Pegawai yang bertugas di Anjung Kasih akan memberi pesakit kunci bilik & set linen yang lengkap iaitu cadar, selimut & sarung bantal. iv. Pegawai yang bertugas di Anjung Kasih akan menerangkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kepada pesakit. * Sila rujuk Lampiran A untuk carta alir prosedur masuk Anjung Kasih 6. PROSEDUR PERMOHONAN KELUAR ANJUNG KASIH i. Waris / pesakit yang ingin keluar dari Anjung Kasih hendaklah memastikan bilik ditinggalkan dalam keadaan bersih dan kemas. ii. Waris / pesakit perlu meletakkan linen kotor di tong linen yang telah disediakan selepas semakan dibuat oleh pegawai yang bertugas di Anjung Kasih. iii. Waris / pesakit hendaklah memulangkan semula kunci bilik kepada pegawai yang bertugas di Anjung Kasih manakala kad akses dan pas penginapan perlu dipulangkan kepada Unit Keselamatan. iv. Waris / pesakit perlu pergi ke Unit Hasil untuk proses pemulangan semula wang deposit kad akses & pas penginapan dengan membawa dokumen berikut : • Salinan kad pengenalan • Salinan penyata akaun bank • Resit bayaran deposit (original) * Sila rujuk Lampiran B untuk carta alir prosedur keluar Anjung Kasih


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 7. WAKTU OPERASI 7.1 Waktu operasi Anjung Kasih adalah dalam waktu seperti berikut: WAKTU PENDAFTARAN MASUK WAKTU PENDAFTARAN KELUAR BIL. PERKARA WAKTU OPERASI WAKTU REHAT 1. Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 3.00 petang 1.00 petang - 2.00 petang (Isnin – Khamis) 12.15 petang – 2.45 petang (Jumaat) 2. Sabtu &Ahad 12.00 tengahari – 2.00 petang 3. Cuti Umum TIADA PENDAFTARAN KELUAR 7.2 Waris / pesakit perlu menyerahkan kunci bilik, kad akses & pas penginapan pada Unit Keselamatan jika ingin mendaftar keluar pada hari Sabtu / Ahad. Walau bagaimanapun, pemulangan semula deposit hanya akan dibuat pada hari bekerja berikutnya. BIL. PERKARA WAKTU OPERASI WAKTU REHAT 1. Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 3.00 petang 1.00 petang - 2.00 petang (Isnin – Khamis) 12.15 petang – 2.45 petang (Jumaat) 2. Sabtu, Ahad & Cuti Umum TIADA PENDAFTARAN MASUK


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 8. DENDA KEHILANGAN Waris akan dikenakan denda/ganti rugi terhadap kehilangan peralatan yang telah diberikan seperti jadual berikut: Bil. Peralatan Denda/ganti rugi 1. Kad akses RM50 2. PasPenginapan RM30 3. Cadar RM30 4. Selimut RM50 5. Sarung Bantal RM10 6. Kerosakan Alat Mengikut harga peralatan 9. PELANJUTAN PENGINAPAN / PULANG SEMENTARA i. Tempoh menginap di Anjung Kasih yang ditetapkan adalah selama 1 minggu sahaja. Sekiranya penghuni memerlukan pelanjutan penginapan, penghuni perlu membuat permohonan pelanjutan kepada pihak pengurusan Anjung Kasih. ii. Bagi penghuni yang ingin pulang sementara ke rumah pada hujung minggu, penghuni perlu memulangkan kad akses & pas penginapan serta mengambil semula wang deposit di Unit Hasil sebelum meninggalkan Anjung Kasih. iii. Prosedur permohonan pelanjutan & pemulangan kad akses serta pas penginapan adalah mengikut waktu operasi yang telah dinyatakan. * Sila rujuk Lampiran C untuk carta alir prosedur pelanjutan & pulang sementara Anjung Kasih 10. PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT MENDUDUKI ANJUNG KASIH 10.1 KELAYAKAN • Penginapan di Anjung Kasih dibuka kepada pesakit daripada Institut Kanser Negara (IKN) yang telah mendapat kelulusan permohonan sahaja. • Keutamaan penginapan diberi kepada pesakit wanita. • Hanya 1 ORANG pesakit yang berdaftar sahaja dibenarkan menduduki Anjung Kasih. Ahli keluarga / orang luar adalah DILARANG masuk sama sekali.


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 10.2 PENDAFTARAN • Pesakit perlu membawa borang permohonan yang telah diluluskan sahaja untuk mendaftar di Anjung Kasih. • Pesakit perlu mengambil kad akses & pas penginapan di Unit Keselamatan dan membuat bayaran wang deposit sebanyak RM100 (kad akses & pas pelawat) di Unit Hasil sebelum membuat pendaftaran masuk. 10.3 PENGURUSAN LINEN • Penghuni akan dibekalkan linen bersih (cadar / selimut / sarung bantal) sepanjang berada di Anjung Kasih. • Penghuni tidak dibenarkan mengambil sendiri linen bersih. • Penghuni dikehendaki meletakkan sendiri linen kotor pada tong yang disediakan. • Penghuni TIDAK DIBENARKAN membawa linen hospital keluar daripada Anjung Kasih. 10.4 MAKAN & MINUM • Keperluan makan & minum adalah di bawah tanggungan penghuni sendiri. • Penghuni hanya dibenarkan makan & minum di ruang makan sahaja. Tidak dibenarkan makan & minum di dalam bilik tidur. • Sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 10.5 KEBERSIHAN • Penghuni hendaklah memastikan bilik sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas & teratur. • Penghuni hendaklah sentiasa menjaga kebersihan sepanjang menginap di Anjung Kasih. 10.6 KESELAMATAN • Penghuni adalah bertanggungjawab terhadap barang peribadi sepanjang menginap di Anjung Kasih.


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 • Penghuni tidak digalakkan membawa barang berharga masuk ke Anjung Kasih atas faktor keselamatan. • Pihak hospital tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang peribadi pesakit 10.7 KEMUDAHAN • Penghuni dibenarkan menggunakan semua kemudahan yang disediakan di Anjung Kasih. • Penghuni hendaklah menjaga kemudahan bersama yang disediakan di dalam Anjung Kasih dengan baik. • Penghuni hendaklah memaklumkan kepada pegawai yang bertugas di Anjung Kasih jika terdapat sebarang kerosakan terhadap peralatan / kemudahan di Anjung Kasih. 10.8 LAIN-LAIN • Pesakit TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA ANAK / TANGGUNGAN untuk menginap di Anjung Kasih. • Penghuni tidak boleh menuntut apa-apa kos kerugian / tuntutan dari pihak Hospital Cyberjaya jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. • Penghuni hendaklah sentiasa membawa kad akses & memakai pas penginapan yang telah diberikan sepanjang menginap di Anjung Kasih. Hanya penghuni yang memegang kad sahaja dibenarkan masuk ke Anjung Kasih. • Caj ganti rugi / denda boleh dikenakan sekiranya penghuni didapati membuat kerosakan terhadap kemudahan yang disediakan atau kehilangan kad akses & pas penginapan. • Penghuni boleh mendapatkan makanan & minuman di cafeteria hospital atau vending machine coffee yang disediakan di sekitar bangunan hospital. Penghuni juga dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan. • Penghuni hendaklah sentiasa memakai pakaian yang sopan sepanjang berada di Anjung Kasih. • Pihak Hospital Cyberjaya berhak mengarahkan penghuni keluar dari Anjung Kasih jika pihak hospital mendapati penghuni melanggar peraturan yang telah ditetapkan.


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 • Penghuni yang menginap di Anjung Kasih perlu sentiasa mematuhi arahan & peraturan pihak hospital dari semasa ke semasa. 11. PERKARA – PERKARA YANG DILARANG KETIKA MENDUDUKI ANJUNG KASIH HOSPITAL CYBERJAYA • Penghuni DILARANG membawa orang luar yang tidak berdaftar masuk ke Anjung Kasih. • Penghuni DILARANG memasak di dalam Anjung Kasih. • Penghuni DILARANG makan & minum di dalam bilik tidur. • Penghuni DILARANG membawa peralatan seperti periuk nasi, water heater, extension wire dan lain-lain perkakas elektrik. • Penghuni DILARANG membawa sebarang minuman / makanan yang TIDAK HALAL di dalam Anjung Kasih. • Penghuni DILARANG SAMA SEKALI membawa bahan terlarang seperti dadah / senjata berbahaya masuk ke dalam Anjung Kasih. • Penghuni DILARANG membawa haiwan peliharaan di dalam Anjung Kasih. • Penghuni DILARANG MEROKOK / MENGHISAP VAPE di dalam Anjung Kasih. • Penghuni DILARANG menyalahguna kemudahan yang disediakan di Anjung Kasih dan Kawasan Hospital Cyberjaya. • Penghuni DILARANG menjalankan sebarang bentuk perniagaan di Anjung Kasih. • Penghuni DILARANG membuat kacau ganggu dan perkara tidak senonoh kepada penghuni lain sepanjang berada di Anjung Kasih. Jika pihak pengurusan menerima sebarang aduan kacau ganggu, pihak hospital berhak untuk mengarahkan penghuni keluar dari Anjung Kasih dan akan disenarai hitam dari menduduki Anjung Kasih. • Penghuni DILARANG menyidai / meletakkan pakaian selain daripada ruang ampaian. • Penghuni DILARANG menampal sebarang poster / membuat sebarang ubahsuai di Anjung Kasih. • Penghuni DILARANG untuk mengalihkan apa-apa sahaja barang / peralatan di dalam Anjung Kasih. Pihak pengurusan Anjung Kasih berhak untuk menghalang / mengeluarkan / membatalkan penginapan waris yang didapati melanggar peraturan-peraturan & larangan yang telah dinayatakan di atas. Jika ada sebarang masalah diminta hubungi Puan Azie (017-7477876) atau Cik Syafiqah (01111-980732).


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 LAMPIRAN A


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 LAMPIRAN B


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023 LAMPIRAN C


TARIKH KEMASKINI: 15 SEPTEMBER 2023


Click to View FlipBook Version