The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANIFESTASI GAYA KESANTUNAN MASYARAKAT MELAYU (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 850-16-sylvie, 2022-05-17 10:51:31

MANIFESTASI GAYA KESANTUNAN MASYARAKAT MELAYU (3)

MANIFESTASI GAYA KESANTUNAN MASYARAKAT MELAYU (3)

MANIFESTASI
GAYA

KESANTUNAN
MASYARAKAT

MELAYU

ADAB DAN BUDI

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa

Maksud daripada pantun ini adalah biarpun mempunyai paras wajah yang cantik,
tetapi jika tidak sopan dalam peertuturan dan mempunyai budi bahasa yang buruk,
maka ia akan dipandang hina oleh masyarakat.
Dalam masyarakat Melayu mengajarkan budi bahasa seperti bersalaman dengan
orang yang lebih tua dari kita ( yang perlu kita hormati ) hendaklah mencium
tangannya atau membongkokkan badan dam menundukkan kepala tanda hormat.

Selain itu, Jika melintas di hadapan seseorang dalam rumah atau majlis, hendaklah
membongkokkan badan sambil tangan kanan di hulurkan kebawah menunnjukkan laluan.

ADAT

Anak memerang memakan sagu,
Di perdu tidak di air tenang
Ketika hari senjakala;

Gadis orang jangan diganggu,
Kalau hendak masuklah pinang,
Supaya diri tidak tercela

Pantun ini memberi nasihat kepada para pemuda diajar supaya menghormati gadis lain dan
tidak mengganggu mereka. Masyarakat Melayu memerhatikan tingkah laku seseorang agar
perlakuannya tidak bercanggah dengan adat yang diamalkan. Sekiranya mereka benar-
benar mahukan gadis sebagai isteri, maka mereka disuruh mengikut cara yang ditentukan.
Masyarakat Melayu telah mengamalkan peraturan yang tertentu yang dinamai hukumkanun
yang menjadi pedoman kepada seluruh anggota masyarakatnya.
Seterusnya mereka mengutamakan adat dan tatacara yang betul dalam kehidupan. Hubungan
kemasyarakatan berdasarkan adat, iaitu melamar, meminang, seterusnya nikahdan menjamu
makanan kepada kaum keluarga, saudara mara dan sahabat handai sebagaitanda kesyukuran.

MENUNTUT ILMU

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;

Ajaran guru hendak dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Pantun ini memberi nasihat kepada orang untuk menuntut ilmu dan mencari seorang
guru, bukannya mengharapkan sang guru yang datang kepada kita. Guru
diibaratkan sebagai penyuluh jalan yang menerangi masyarakat yang gelap.

Masyarakat Melayu zaman dahulu juga cintakan ilmu, terutamanya yang melibatkan
nukilan pantun.Masyarakat Melayu zaman dahulu sememangnya bersungguh-sungguh
mencari guru untuk mempelajari sesuatu, terutama apabila melibatkan hal agama.

Fungsi rangkap ini sangat jelas untuk menuntut masyarakat agar sentiasa
berdamping dengan guru agar ilmu itu kekal dalam ingatan kerana benda yang
tidak diulang akan cenderung dilupai, seiring dengan peredaran masa.

MUAFAKAT

Hendak berlayar di Teluk Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat;

Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat

Pantun ini memberi nasihat kepada orang untuk mengamalkan konsep musyawarah seperti yang
ditulis dalam kitab al-Quran (42:38)
Konsep muafakat seperti dinyatakan merupakan konsep yang dituntut oleh agama. Kehidupan yang
bersatu padu, tolong menolong dan bekerjasama itu merupakan amalan yang dapat
menyatupadukan ummah. Konsep jemaah akan mengeratkan tali silaturrahim sesama insan.
Contohnya, apabila mempunyai kenduri perkahwinan, adalah baik untuk membuat amalan 'rewang'
daripada membuat tempahan "catering"
Rewang lebih menjurus kepada aktiviti yang dilakukan bersama-sama dalam bentuk kumpulan agak
besar secara bergotong royong untuk menguruskan sesuatu majlis atau kenduri.

KAUM PEREMPUAN

Merah jambu warna nan lembut,
Buat pakaian si anak gadis;
Kata nafsu jangan diikut,
Dalam iman panduan tergaris.

Pantun tersebut memberi nasihat kepada kaum perempuan untuk
menjaga maruah diri dengan menjaga nafsu daripada melakukan
perkara yang mampu tingkah laku mulia
Bagi masyarakat Melayu, wanita merupakan insan yang dihormati dan
diperlakukan dengan bermartabat.
Oleh itu, masyarakat Melayu diwajibkan untuk menutup aurat dan
menjaga akhlak dengan baik dan mulia

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version