The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairunniyysa88, 2021-12-31 08:23:22

Buku Log Kumpulan 3 CUP 2011

Buku Log Kumpulan 3 CUP 2011

arah titik kawalan yang kedua pula. Proses ini akan digunakan sehingga
peserta tiba ke titik kawalan terakhir.
• Orienteering Malam (Night Orienteering)
- Untuk acara ini akan diadakan pada waktu malam. Maka, peserta adalah
digalakkan untuk membawa lampu suluh ketika acara orienteering malam.
Selain itu, jarak atau tempat untuk orienteering malam adalah pendek dan
diadakan di kawasan terbuka kerana masa yang terhad.
• Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
- Orienteering jalanraya kebiasaaanya dijalankan di kawasan perumahan.
Penanda kawalan tidak digunakan tetapi peserta haruslah mencatat segala
maklumat penting yang terdapat di sesuatu titik kawalan.
• Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
- Kebiasaannya, orienteering merentas desa ini dilakukan di kawasan bentuk
muka bumi yang pelbagai. Setiap peserta perlulah melalui semua titik
kawalan mengikut susunan yang ditetapkan atau kemungkinan penyertaan
boleh dibatalkan. Untuk pertandingan, orienteering jenis ini adalah lebih
sesuai digunakan kerana setiap peserta akan menghadapi cabaran yang
sama.

Terminologi dan alatan yang digunakan untuk aktiviti orienteering:

➢ Titik kawalan
- Bukan checkpoint
- Setiap peserta perlulah melalui setiap titik kawalan yang telah ditetapkan

kerana kedudukannya yang telah diletakkan di dalam peta.
➢ Penanda kawalan
- Objek yang diperbuat dari kain berwarna putih dan merah diletakkan
sebagai tanda yang diletakkan di titik kawalan.
- Untuk membantu peserta sampai ke tempat yang betul.
- No 1 sehingga 40 tidak boleh dijadikan sebagai No. Kod Kawalan
berdasarkan perturan IOF.
➢ Peta utama
- Di dalam peta akan terdapat landasan yang telah ditandakan dan disertakan
keterangan kawalan. Perancang Landasan akan menyediakan landasan.

99

➢ Kad kawalan
- Kad kawalan perlulah dipegang oleh setiap peserta ketika menyertai aktiviti

orienteering sebagai bukti atau pengesahan.
- Masa bermula dan nama peserta akan dicatatkan di dalam kad kawalan dan

kad kawalan ini perlulah ditebuk di setiap titik kawalan.
- Kad kawalan perlulah diserahkan kepada penjaga masa supaya penjaga

masa dapat mencatat waktu tamat setiap peserta.
➢ Keterangan kawalan
- Untuk aktiviti orienteering peringkat antarabangsa, gambarajah atau bentuk
kod akan digunakan sebagai keterangan.
- Keterangan asas dijadikan sebagai panduan titik-titik kawalan. Kod
kawalan, siri titik kawalan, dan keterangan mengenai sesuatu kedudukan
titik kawalan akan disenaraikan sebagai keterangan asas.
➢ Kompas
- Untuk menentukan arah
- Antara alat terpenting untuk aktiviti orienteering
➢ Landasan
- Menjadi panduan arah kepada peserta tentang lokasi permulaan titik
kawalan yang pertama sehingga akhir. Landasan akan dilukis di atas peta
dan peserta akan menyalinnya.

Tanda berkenaan landasan dapat dilihat melalui:

i. Titik permulaan ditanda dengan tiga segi
ii. Titik kawalan ditanda dengan bulatan
iii. Titik penamat dengan dua tanda bulatan bertindih
iv. “Leg” adalah perjalanan di antara dua titik kawalan.

Kebaikan sukan orienteering:
▪ Meningkatkan kemahiran dalam mebaca kompas dan peta
▪ Membina kecergasan fizikal, mental dan daya tumpuan yang lebih tinggi
▪ Membina sifat berani dan yakin di dalam diri

100

AKTIVITI AIR

AKTIVITI AIR

RENANG

Aktiviti renang merupakan sebuah aktiviti bagaimana manusia atau haiwan mampu
bergerak di dalam air. Aktivit renang juga tidak memerlukan sebarang alat bantuan dan aktiviti
renang adalah lebih kepada salah satu bentuk senaman. Hal ini demikian kerana tubuh badan
manusia adalah lebih mudah terapung di atas air maka manusia boleh melakukan aktiviti ini.
Pelbagai gaya yang dapat dilakukan ketika aktiviti berenang seperti gaya dada, gaya sisi dan
sebagainya.

Aktiviti renang juga boleh dilakukan olek kanak-kanak kerana aktiviti renang ini
merupakan sebuah aktiviti yang menyeronokkan.

Sejarah sukan renang di Malaysia:

Banyak kelab renang yang telah ditubuhkan di Malaysia sejak awal abad ke dua puluh.
Antara kelab renang yang ditubuhkan adalah Penang Swimming Club yang ditubuhkan pada
tahun 1903. Pada tahun 1928 pula, ditubuhkan Penang Chinese Swimming Club. Pada tahun
1930-an pula munculnya European Swimming Club di Taiping, Ipoh dan Kuala Lumpur. Di
Ipoh juga terdapat Kinta Swimming Club yang ditubuh pada tahun 1936.

Dengan pengelolaan The Malayan Chinese Olympiad, tarah suka renang dinaik taraf
pada tahun 1931. Banyak penyertaan kelab-kelab dari Perak, Johor, Pulau Pinang dan Melaka,
maka sukan ini diteruskan sehingga 1937. Minat sukan renang semakin aktif dipulihkan
walaupun setelah Perang Dunia Kedua. Kelab renang orang Asia dari Singapura, Pulau
Pianang, Kuala Lumpur dan Ipoh banyak mengelolakan pertandingan renang.

Pertandingan renang antara kelab dibubar dengan pertandingan renang antara negeri
sejak tubuhnya The Malayan Amateur Swimming Union pada tahun 1955. Pada Sukan Olimpik
tahun 1956, Malaya buat julung kalinya menyertai Sukan Olimpik dengan menyertai sukan
renang, menembak, hoki, angkat berat dan olahraga.

Kini, Amateur Swimming Union Malaysia atau dikenali sebagai ASUM adalah
persatuan renang di Malaysia. ASUM juga sudah menjadi ahli gabungan badan renang dunia
iaitu Federation Internationale de Nation Amateur (FINA). Bermula tahun 1956, Malaya sudah
menyertai beberapa pertandingan renang di peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA,
Kejohanan Asia, Sukan Oimpik dan sebagainya.

102

Kebaikan aktiviti renang:
✓ Melibatkan senaman di seluruh badan.

- Aktiviti renang melibatkan beberapa kumpulan otoo utama seperti perut, kaki dan
lengan. Berenang juga dapat membina daya tahan yang lebih tinggi, mebentuk otot,
meningkatkan degupan jantung serta membina kekuatan diri.

✓ Membina kekuatan kardiovaskular.
- Anggota badan yang melibatkan kardiovaskular seperti jantung, sistem peredaran
darah dan paru-paru adalah penting untuk tubuh badan manusia. Maka, aktiviti
renang ini adalah sesuai sebagai latihan kardiovaskular. Aktiviti renang juga dapat
mengawal kadar gula dalam darah dan menurunkan tekanan darah.

✓ Baik untuk paru-paru
- Tubuh badan akan menyesuaikan diri apabila berada di bawah air terutamnya di
kawasan wajah. Hal ini kerana, badan sedang menyesuaikan diri untuk
menggunakan oksigen dengan lebih efisien. Juga, tekanan darah akan menurun,
kadar denyutan jantung lebih rendah dan prestasi berjalan lebih baik kerana aktiviti
renang ini mengajar untuk menghirup udara sedar yang akan memberikan manfaat
baik kepada tubuh badan.

✓ Mengurangkan tekanan dan kegelisahan.
- Aktiviti renang ini merupakan gabungan pernafasan berirama yang dalam dan
hasilnya seseorang individu itu akan berasa lebih tenang. Ini akan mengurangkan
rasa tekanan dan kegelisahan.

103

Berikut merupakan atlet renang Malaysia:
Atlet renang Malaysia, Welson Sim

Atlet renang Malaysia, Daniel Bego
104

IKHTIAR HIDUP

IKHTIAR HIDUP

Pengenalan:
Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live, to outlive, state of continuing to live.
Pengertian Bahasa Melayu:
-keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.
-Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan
oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.
- Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.
S – Size up the situation
U – Use all your senses
R – Remember where you are
V – Vanquish fear and panic
I – Improvise
V – Value living
A – Act like native
L – Live by your wits

106

Situasi Dalam Ikhtiar Hidup:
Antara situasi berlakunya ikhtiar hidup

• Kehabisan bekalan makanan dan minuman.
• Berlakunya ancaman binatang buas.
• Menghadapi masalah perlindungan.
Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:
➢ Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.
➢ Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup
➢ Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan
➢ Teknik – kemahiran ikhtiar hidup
➢ Material – peralatan, pakaian dan bekalan
Punca situasi ikhtiar hidup
• Akibat kelalaian manusia
➢ Perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan luar ataupun aktiviti luar.
➢ Kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi iaitu bidang

mengenai hutan dan cara untuk menyesuaikan diri dalam aktiviti hutan.
➢ Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku

jika ingin melakukan luar.
Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup

➢ Kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.
➢ Ilmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang

yang terlibat dalam kegiatan luar.
➢ Kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.

107

Prinsip Ikhtiar Hidup
1. Keselamatan
2. Usaha
3. Kawalan diri
4. Kerjasama
Alat-Alat Untuk Ikhtiar Hidup

➢ Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan, perubatan dan alat-
alat kegunaan.

1. Makanan

2. Perubatan

108

3. Alat kegunaan
➢ 2 utas tali pancing (setiap satu sepanjang 3 m)
➢ 3 bentuk mata kail/mata pancing ukuran kecil
➢ 2 utas tali untuk membuat jerat (setiap satu sepanjang 3 m)
➢ 1 atau 2 batang lilin
➢ 1 kotak mancis api/1 pemetik api
➢ 1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)
➢ pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi

alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.
Lain-lain alat yang boleh dibawa:

➢ Lastik
➢ Kompas kecil
Elemen Ikhtiar Hidup

1) Api

➢ Api digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada
penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, dan membantu menghalau
binatang liar

2) Perlindungan
➢ Melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk,

angin dan hujan. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama dan pakaian yang
sesuai untuk keadaan yang sesuai.

109

3) Isyarat
➢ Untuk menandakan kehadiran dan kebolehan menarik perhatian orang lain untuk

meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera, cermin dan
wisel boleh membantu memberikan isyarat.
4) Makanan dan minuman

- Makanan dan minuman adalah satu elemn penting untuk terus hidup.

110

5) Pertolongan cemas:

- Pertolongan cemas terdiri daripada ubat-ubat yang diperlukan jika seseorang individu itu
ditimpa sakit. Justeru, sediakan kit kecemasan peribadi jika menghadapi sebarang ancaman.

111

ALAM SEKITAR

ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi
di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil:
1) Flora

2) Fauna

113

Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia,
termasuk
1) Tumbuh-tumbuhan

2) Haiwan

114

Cara dan mekanisme untuk memulihkan ekosistem:
1) Menanam pokok

Alam sekitar dapat dipulihkan secara langsung dan tidak langsung.
Dalam usaha terus mewujudkan kesedaran pemulihan ekosistem ini, pelbagai inisitif di
peringkat:

➢ Pengajian tinggi
➢ Komuniti pelajar
➢ Komuniti masyarakat

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran orang awam. Antaranya:
1) Webinar pemilihan ekosistem
2) Kempen penanaman pokok di halaman rumah sendiri
3) Program kitar semula minyak masak di rumah
4) Kitar semula
5) Membuat baja kompos dari sisa makanan
6) Kempen virtual mengenai pemulihan ekosistem, menggalakkan aktiviti “urban house
green projek” dengan membina aktiviti penanaman sayur-sayuran secara organik dan
hidroponik di rumah.

115

LAMPIRAN

LAMPIRAN

LAKARAN GAJET

117

VIDEO GAJET

Pautan video: https://drive.google.com/file/d/1c7-LjgAHzkMRpm5SRQz7n6x8Q-
PzXrB4/view?usp=drivesdk

Pautan QR Code video gajet kumpulan 3:
118


Click to View FlipBook Version