CARA MENGGUNAKAN GOOGLE FORM
1. GDRIVE
Mula-mula pergi ke google (pastikan anda sign in dengan email gmail anda).
pilih DRIVE.
klik My Drive
2. PILIH GOOGLE FORM
di my drive klik NEW. selepas tu pilih GOOGLE FORMS
apabila klik google forms, akan keluar page seperti di bawah⇩⇩⇩
3. ISI FORM
tulis di bahagian untitled form nama borang. contohnya saya buat borang pendaftaran. jadi saya tulis di
bahagian ini BORANG PENDAFTARAN. jangan lupa juga untuk mengisi bahagian form description.
- Di bahagian untitled question, tuliskan maklumat yang anda mahu. contohnya, nama, no. ic, alamat,
jantina dan bangsa.
- Bila sudah menulis soalan, anda boleh pilih anda mahu jawapan dalan bentuk apa. contohnya, untuk
NAMA saya memilih jawpan dalam bentuk SHORT ANSWER.
- Terdapat banyak pilihan seperti paragraph, multiple choice, checkboxes, drop down dan banyak lagi.
- Anda perlu pilih bersesuaian dengan soalan anda.
JIka mahu soalan tersebut wajib dijawab, anda boleh klik bahagian REQUIRED.
contoh soalan⇩⇩⇩
untuk melihat bagaimana bentuk borang yang akan kita submit, anda blh klik preview (terletak dibah.
atas gambar mata)
bentuk borang⇩⇩⇩⇩
klik di bahagian SETTING jika anda ingin limit to 1 responses. maksudnya setiap individu hanya sekali
sahaja dibenarkan mengisi borang.
untuk menukar warna borang/ form boleh klik COLOUR PALETTE
4. HANTAR FORM
KLIK SEND di bahagian atas.
pilih cara hantar sama ada melalui email, fb atau twitter
copy link tersebut..jika terlalu panjang boleh klik SHORTEN URL dan COPY
jangan lupa di form tadi pergi ke bahagian RESPONSES dan klik ACCEPTING RESPONSES. ini bagi
memudahkan kita mengumpul data.
contoh form yang sudah lengkap diisi.⇩⇩⇩
perlu klik submit apabila siap mengisi jawapan.
bentuk form apabila tekan butang submit.
5. KUMPUL DATA
Klik butang bulat 3 di bahagian responses
pergi klik bahagian Download responses (.csv)
akan keluar data excel. anda boleh save data tersebut di komputer anda.
satu lagi cara ialah anda boleh klik CREATE SPREADSHEET yang berwarna hijau di sebelah butang 3 tadi
klik create a new spreadsheet dan klik CREATE
akan keluar data responses dalam bentuk google sheet dalam drive anda.
⇩⇩⇩⇩
Apabila semua sudah selesai dan pendaftaran tersebut sudah siap anda boleh klik kembali bahagian
ACCEPTING RESPONSES dan klik close/tutup.
Sekian sahaja pembelajaran ringkas dari saya bagaimana untuk menggunakan google form.