NAMA PENSYARAH: PUAN ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED DIESEDIAKAN OLEH: NURUL SYAWANI BINTI SAHIDAN BMMB 3163 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
TUGASAN 2 : Penulisan Reflektif (25%) Tugasan Individu Jika dilihat pada penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, pembangunan negara sebenarnya telah meminggirkan budaya dan kerangka pembangunan negara. Hari ini, orang tidak lagi bercakap tentang kepentingan budaya dari segi warisan bangsa atau peranan perpaduannya kerana budaya sudah dilihat dari dimensi lain sebagai sumber pembangunan dalam bidang Sains, Pendidikan, Perusahaan dan TeknologI (A. Wahab Hamzah, 2015). i. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan pengaruh-pengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan. ii. Penulisan reflektif mestilah mengikut format yang spesifik dan dipersembahkan dalam bentuk ebook.
Penghargaan Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah kursus BMMB 3163 iaitu Puan Ros Anita Kartini binti Mohamed yang telah memberikan galakan dan motivasi kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Beliau tanpa jemu telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kerja kursus. Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada keduadua ibu bapa saya atas galakan, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada saya sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi membantu dan berkongsi maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Saya berharap agar penulisan ini dapat menjadi pencetus ke arah kecemerlangan bidang pendidikan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Pengenalan Pengaruh-pengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan pada masa hadapan Pengaruh poltik Pengaruh pendidikan Pengaruh media sosial Kesimpulan Isi Kandungan
Kebudayaan adalah merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia manakala kebangsaan pula adalah hal-hal yang berkaitan dengan negara (Kamus Dewan, 2015). Maka, kebudayaan kebangsaan didefinisikan sebagai cara hidup manusia dalam sesebuah negara yang terdiri daripada bahasa, budaya, kesenian, agama, makanan, perayaan dan sebagainya. Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Oleh hal yang demikian, negara ini memerlukan satu dasar sosial yang menjadi panduan di mana dasar ini akan berupaya dalam mewujudkan identiti nasional negara melalui penerapan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia (Goay Tech Chong et al., 2013). Justeru, pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 telah ditinjau tahap perkembangannya sehingga 1990. Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia adalah bertunjangkan satu dasar iaitu Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) di mana dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara. Matlamat DKK adalah untuk mengekalkan keharmonian masyarakat di negara ini yang mempunyai pelbagai budaya dan kepercayaan di samping memperkukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan (Shahidi A.H. et al., 2021). Kementerian Komunikasi dan Digitial (2023) menerangkan bahawa terdapat tiga prinsip utama yang telah ditetapkan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima serta agama Islam sebagai elemen penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan (Hidrawati, 2017). Namun, pada era serba moden ini, pembangunan negara sebenarnya telah meminggirkan dan menggugat prinsip-prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan hingga wujudnya pengaruh-pengaruh yang mampu mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan. Pengenalan
PENGARUH-PENGARUH YANG MENCABAR KEHARMONIAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN PADA MASA HADAPAN
PENGARUH POLITIK
Pengaruh politik yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan boleh dilihat dari segi politik perkauman kerana faktor ini mampu memberikan kesan yang negatif terhadap kebudayaan masyarakat di Malaysia. Menurut Mohd Azlim (2019), isu politik perkauman di Malaysia telah menjadi punca utama yang perlu ditangani bagi mengelakkan tercetusnya perselisihan kaum dan agama di negara ini. Politik berasaskan perkauman ini merujuk kepada keadaan sistem politik yang memperjuangkan hak dan ideologi kaum masing-masing. Perjuangan politik berasaskan bangsa di Malaysia sering kali menimbulkan kucar-kacir ketika berkempen kerana sentimen perkauman atau agama sering dibangkitkan dan akan menyentuh sensitiviti pelbagai pihak.
Misalnya, menurut Syajaratul Huda (2023), isu agama seperti isu azan sering digunakan oleh parti-parti politik untuk melagakan masyarakat yang beragama Islam dengan masyarakat yang bukan beragama Islam demi meraih undi dengan mempengaruhi kedua-dua belah pihak. Tindakan ahli politik yang berani memetik isu perkauman dan agama sepanjang berkempen adalah kerana undang-undang yang dikenakan kepada yang menggugat perpaduan adalah amat rendah. Hal ini membuatkan mereka bertambah berani dan bermaharajelela dalam membuat seberang tindakkan kerana bagi mereka denda yang dikenakan dapat diselesaikan dengan mudah dan tidak terbeban dengan mana-mana enakmen yang boleh dijatuhkan hukuman berat lalu merosakkan kerjaya hidup mereka (Muhammad Syaher et al., 2023). Kesannya, ketidakharmonian antara kaum akan muncul kerana adanya persaan sterotaip dan prejudis bukan sahaja kepada ahli politik yang membangkitkan isu terbabit, malah turut kepada parti politik.
PENGARUH PENDIDIKAN
Creative Agency Pengaruh pendidikan yang mencabar keharmonian kebudayaan kebangsaan pada masa hadapan ialah isu tulisan Jawi. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa tulisan Jawi adalah budaya atau seni tulisan di mana tulisan ini tidak mempunyai perkaitan dengan agama (Suhaila, 2019). Berkenaan isu tulisan jawi, isu ini sering hangat diperkatakan dan berkemungkinan akan menjadi lebih teruk pada masa hadapan hingga menjejaskan keharmonian antara kaum kerana masyarakat di Malaysia tidak berupaya untuk membezakan seni warisan tulisan seperti tulisan Jawi dan kaligrafi Cina dengan sentiasa mengaitkannya dengan agama.
Creative Agency Hal ini terjadi kerana ada beberapa dakwaan yang menyatakan bahawa tulisan Jawi diperkenalkan dengan tujuan untuk ‘mengislamkan’ masyarakat bukan Melayu serta tidak relevan untuk diperkenalkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) atas pelbagai faktor (Habibah et al., 2021). Kesannya, masyarakat-masyarakat bukan kaum Melayu akan mempunyai persepsi negatif dan meminggirkan serta tidak mahu mengenali seni warisan masyarakat lain kerana khuatir akan menjejaskan pegangan agama mereka. Justeru jelaslah, isu tulisan Jawi mampu mencabar keharmonian kebudayaan kebangsaan pada masa hadapan kerana menggugat prinsip DKK yang berteraskan penerimaan budaya rakyat asal iaitu masyarakat Melayu.
PENGARUH MEDIA SOSIAL
Creative Agency Penggunaan media sosial mampu mempengaruhi masyarakat di dunia ini secara dominan. Penularan pelbagai isu, maklumat dan berita di media sosial semakin berleluasa tanpa sebarang batasan. Justeru, kajian Syed Mohammad Hilmi et al. (2022) mengetengahkan signifikasi tanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk mendidik dan membawa masyarakat ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Menurut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, beliau menyatakan bahawa Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran melibatkan isu penghinaan terhadap agama, pelbagai identiti akibat intra-etnik, kecelaruan minda dan pengaruh budaya kebendaan (Mohd Izham, 2016)
Creative Agency Pelbagai jenis isu dapat dilihat di media sosial dan melalui isu ini, akan timbul pandangan dan tanggapan masyarakat melalui komen di media sosial di mana masyarakat di media sosial ini akan mengeluarkan pandangan dan tanggapan tanpa memikirkan akibat dan kesan daripada ucapan atau penulisan mereka di media sosial. Misalnya, pada tahun 2013, blogger kontroversi, Alvin Tan dan bekas teman wanitanya Vivian Lee telah mengundang kemarahan di kalangan umat Islam pada bulan Ramadhan tahun 2013. Hal ini demikian kerana perbuatan pasangan ini yang dianggap menghina dan menyindiri sensitiviti agama serta umat Islam di negara ini. Pasangan ini telah didakwa telah menerbitkan satu kiriman (posts) dalam laman Facebook yang meninmbulkan provokasi kerana menyiarkan gambar dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetizing)’ dan mengandungi logo Halal mengikut Subsyeksyen 4(1) Akta Hasutan.
Creative Agency Perbuatan mereka ini telah memberikan impak yang negatif dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum terutamanya kaum Melayu dan kaum Cina di Malaysia. Justeru, jelaslah bahawa pengaruh media sosial seperti isu yang telah dibincangkan tadi mampu mempengaruhi dan mencabar keharmonian kebudayaan kebangsaan di Malaysia.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, jelaslah bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia ini menghadapi pelbagai cabaran daripada variasi pengaruh seperti poltik, pendidikan, media sosial dan sebagainya yang berupaya dalam memberikan impak kepada keharmonian negara. Oleh hal yang demikian, adalah amat signifikan untuk Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini dijaga dan dikekalkan keharmoniannya demi menjamin ksejahteraan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Justeru, semua pihak haruslah bersama-sama mengembleng tenanga dan memainkan perana dan tanggungjawab masing-masing dengan baik untuk menigkatkan keharmonian Kebudayaan Kebangsaan supaya Malaysia kekal menjadi negara yang aman dan makmur.
RUJUKAN
Goay Teck Chong et al. (2013). Teks Pra-U Pengajian Am Penggal 2. Pearson Malaysia Sendirian Berhad. Habibah @ Artini Ramlie, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Abang Mohd. Razif Abang Muis,Irma Wani Othman, Romzi Ationg, Muhammad Safuan Yusoff & Mohamad Basri Jamal. (2021). Isu pengenalan tulisan Jawi dan khat di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dari sudut pandang mahasiswa. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6 (39), 235-255. Hirdawati Abdul Rahman. (2023). Perkembangan Dasar Kebudayaan Kebangsaa 1971-1990 [Unpublished masters thesis] Universiti Sains Malaysia. Kamus Dewan. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Komunikasi dan Multimedia. (2021). Dasar Kebudayaan Kebangsaan. https://www.kkd.gov.my/en/pengumuman-kkmm/65- bahankpkk/dokumen/538-dasar kebudayaankebangsaan Mohd Azlim Zainury. (2019, Oktober 24). Perselisihan kaum, agama: Ahli politik dan media sosial jadi punca? https://www.sinarharian.com.my/article/56621/berita/na sional/perselisihan kaum-agama-ahli-politik-danmedia-sosial-jadi-punca.
Mohd Izham Unnip Abdullah. (2016, Disember 25). Pengaruh media sosial ancaman baharu perpaduan. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/12/22 7021/pengaruh media-sosial-ancaman-baharuperpaduan-musa Muhammad Syaher, Syamirul Muhaimin, Aqil Ikhwan, Ahmad Izzuddin, Deeva Haren A/L Pannirselvam. Sentimen Perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia semasa Pemilihan Raya Umum. Human Sustainability Procedia, 3(1), 71-84. Suhaila Shahrul Annuar. (2019, Ogos 5). Khat, tulisan jawi adalah seni, bukan agama. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/59 3027/khat-tulisan-jawi-adalah seni-bukan-agama-tpm Syahidi A.H., Muhammad Syahmi Shabri, Rahmi Aman, Rozmi Ismail, Ab. Samad Kechot. (2021). Kefahaman masyarakat kepulauan terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Malaysian Journal of Society and Space, 17(2), 313-326.
Syajaratulhuda Mohd Rosli. (2023, Julai 2). Saya khuatir ada pihak ambik kesempatan isu azan Mufti PP. Mohd Izham Unnip Abdullah. (2016, Disember 25). Pengaruh media sosial ancaman baharu perpaduan. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/12/22 7021/pengaruh media-sosial-ancaman-baharuperpaduan-musa Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, Mohd Anuar Ramli, Che Zarinna Sa’ari, Azah Amir Norman, Mohd Anuar Mamat & Muhammad Hazim Mohd Azhar. (2022). Penggunaan media sosial baharu: Isu-isu dan panduan perspektif Islam. Jurnal Usuluddin, 50 (1), 73- 96.
BY: SEKIAN, TERIMA KASIHNURUL SYAZWANI BINTI SAHIDAN