1
KEMAHIRAN TULISAN JAWI
Kaedah dan Hukum Penulisan Jawi
1. Perkataan dua suku kata terbuka dan suku kata tertutup (a + a)
( i ) Hukum “DARLUNG”
Huruf alif dikekalkan jika huruf ketiga dalam perkataan tersebut terdiri daripada
huruf-huruf D R I W atau NG iaitu ( و دان غ, ل, ر,) د
Contoh :
Bawa باوا
Dada دادا
( ii ) Hukum luar “DARLUNG”
Huruf alif dibuang jika huruf ketiga dalam perkataan tersebut terdiri daripada huruf
selain و دان غ, ل, ر, دseperti ف, ي, م, س, ن, ض, ك, ج, خ, ث, ت,ب
( Betapa Ganasnya Cik Miji )
Contoh :
Mata مات
Baja باج
(iii) Huruf alif ditambah semula apabila menerima imbuhan akhiran
Contoh :
Matanya ماتاث
Bajanya باجاث
(iv) Huruf alif bagi suku kata kedua dibuang jika perkataan mempunyai suku kata
terbuka + tertutup ( a + a )
Contoh :
Balas بالس
Hadap هادف
2
2. Perkataan Tradisi
Ejaan jawi tradisi seperti di bawah dikekalkan ejaan asal dan tidak mengikut mana-
mana peraturan atau hukum.
Contoh :
Pada فد
Dan دان
Ini اين
Itu ايت
Kepada كفد
Daripada درفد
3. Perkataan yang berakhir dengan huruf ) ( كdan ) ( ض
( i ) Hukum “KAGA”
Perkataan yang terdapat huruf vocal /a/ selepas huruf kaf ) ( كdan ga ) ( ضdibuang
huruf alifnya.
Contoh :
Tiga تيض
Muka موك
(ii) Huruf alif ditambah semula apabila menerima imbuhan akhiran.
Contoh :
Melagakan ملاضاكن
Mukanya موكاث
Kaedah ini digunakan untuk mengeja perkataan dua, tiga dan empat suku kata.
3
4. Perkataan satu suku kata (satu suku kata tertutup “a”)
( i ) Huruf alif tidak perlu ditulis di tengah perkataan yang terdiri daripada satu suku kata
dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Contoh :
Jam جم
Bas بس
( ii ) Walau bagaimanapun, huruf alif ditambah sekiranya setiap satu suku kata tersebut
dimulai dengan huruf ‘waw’ ) ( و
Contoh :
Wah واه
Wang واغ
5. Perkataan tiga suku kata atau lebih
( i ) Huruf alif pada suku kata pertama dibuang, huruf alif ditulis pada suku kata yang kedua.
Contoh :
Sahabat صحابت
Masyarakat مشاركت
( ii ) Perkataan yang ada tiga suku kata kerana ada imbuhan akhiran terkecuali daripada
hukum ini dan huruf alif tetap ditulis pada suku kata pertama kerana kata dasarnya
ada dua suku kata.
Contoh :
Balasan بالسن
Hadapan هادفن
4
6. Perkataan yang mengandungi huruf ‘ng’ ) (غdi tengah dan di belakang
Perkataan yang mempunyai ‘ng’ di tengahnya atau berakhir dengan ‘ng’, ditulis
menggunakan huruf ) ( غ
Contoh :
7.
Halang هالغ
Sanggup سغضوف
7. Perkataan berimbuhan awalan
Ejaan jawi bagi imbuhan awalan perkataan adalah seperti berikut :
Contoh :
8.
Di.. ..د
Me.. ..م
Mem.. .. مم
Ber.. ..بر
Be.. ..ب
Per.. ..فر
Pe.. ..ف
Pen.. ..فن
Pem.. ..فم
Ke.. ..ك
Se.. ..س
Peng.. ..فغ
5
8. Perkataan berimbuhan (akhiran)
Ejaan jawi bagi imbuhan akhiran perkataan adalah seperti berikut :
Contoh :
9.
..an ن..
..aan أن..
..uan وان..
..ian ين..
..kan كن..
..nya ث..
9. Penggunaan huruf ta ) ( تatau ) ( ة
Huruf ta marbutah ) ( ةdigunakan untuk kata pinjaman Bahasa Arab, manakala huruf ta
) ( تdigunakan bagi perkataan selain pinjaman Bahasa Arab.
Contoh :
10.
Solat صلاة
Zakat زكاة
Hebat هيبت
Nasihat نصيحت
10. Penggunaan huruf ha ) ( هatau ) ( ح
Huruf ha ) ( حdigunakan bagi kata pinjaman Bahasa Arab, manakala huruf ha ) ( ه
digunakan bagi perkataan selain pinjaman Bahasa Arab.
Contoh :
11.
Halal حلال
Sah صح
Hati هاتي
Basuh باسوه
6
11. Penggunaan huruf kaf ) ( كatau qof ) ( ق
( i ) Huruf ‘k’ di permulaan suku kata digantikan dengan huruf kaf ) ( ك, manakala huruf ‘k’
di akhir suku kata digantikan dengan huruf qof ) ( ق.
Contoh :
12.
Kelas كلس
Kawan كاون
Kakak كاكق
Rosak روسق
(ii) Bagi perkataan pinjaman Bahasa Inggeris, huruf ‘k’ sama ada di hadapan, di tengah
atau di akhir suku kata digantikan dengan huruf kaf ) ( ك
Contoh :
13.
Klinik كلينيك
Teknik تيكنيك
Kontrak كونترك
Klasik كلاسيك
12. Penggunaan huruf hamzah ) ( ء
( i ) Huruf hamzah ‘‘ ءmempunyai ‘rumah’ apabila berada di tengah rangkaian perkataan
Contoh :
13.
Masalah مسئله
malaikat ملائكة
(ii) Huruf hamzah ‘ ‘ ءberada di atas huruf alif yang berada di permulaan kata dasar dan
dimulai dengan imbuhan se.. ) ) س, ke.. ( ) كdan di.. ( ) د.
Contoh :
14.
Keindahan كأيندهن
Seorang سأورغ
Dianggap دأغضف
7
(iii) Huruf hamzah ‘ ‘ ءduduk bersendirian (3/4 letaknya) sekiranya menjadi pemisah
antara dua bunyi.
Contoh :
15.
Air اءير
Baik باءيق
Buih بوءيه
(iv) Huruf hamzah ‘ ‘ ءdiletakkan selari dengan huruf lain bagi perkataan Bahasa Arab.
Contoh :
Doa دعاء
Wuduk وضوء
Al-Quran القرءان
(v) Huruf hamzah ‘ ‘ ءdigunakan di bawah huruf alif bagi kata pinjaman Bahasa Arab
dan Bahasa Inggeris.
Contoh :
14.
Islam إسلام
E-mel ميل-إي
15. Kata pinjaman Bahasa Arab
Semua kata pinjaman Bahasa Arab dieja mengikut ejaan asalnya dalam Bahasa Arab.
Contoh :
16.
Jumaat جمعة
Akhlak اخلاق
Haiwan حيوان
8
16. Kata pinjaman Bahasa Inggeris
( i ) Semua perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris ditukarkan satu persatu huruf
rumi kepada huruf jawi.
Contoh :
Kualiti كواليتي
Alkohol الكوهول
( ii ) Perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris yang di akhirnya ada huruf ‘s’
hendaklah ditulis dengan huruf ) ( سyang terpisah / bersendirian.
Contoh :
Teks تيك س
Sains ساءين س
(iii) Perkataan pinjaman Bahasa Inggeris yang di akhirnya ada …isme, hendaklak ditulis
dengan ya sin mim ya.
Contoh :
Pluralisme فلوراليسمي
Individualisme اينديويدواليسمي
17. Kata Ganda
( i ) Perkataan Kata Ganda Penuh ditulis dengan ejaan penuh sekali sahaja dan ditulis simbol
dua ( ۲ ) di hujung perkataan.
Contoh :
Masing-masing ۲ ماسيغ
Sama-sama ۲ سام
9
( ii ) Perkataan Kata Ganda Berimbuhan ditulis dengan ejaan penuh seperti dalam tulisan
rumi.
Contoh :
Bermalas-malasan مالسن-برمالس
Bersama-sama سام-برساما
( iii ) Perkataan Kata Ganda Majmuk ditulis dengan ejaan penuh satu perkataan seperti
dalam tulisan rumi.
Contoh :
Matahari ماتاهاري
Warganegara ورضانضارا
18. Padanan huruf rumi dan huruf jawi
AاB بCخD د
E ي/ اF فGضH ه
IيJ جKكL ل
M مN نO اوP ف
QقR رSسTت
U اوV
YيZ وW واX ايك س
زNG غNYA ث
KH خSY
شSHO صDH ض