KKEERRJJAA KKUURRSSUUSS
TTIINNGGKKAATTAANN11
20211
SEJARAH
NAMA :NURUL HUDA BATRISYA BT A SHARRIF
NO KAD PENGENALAN :080309-06-0216
TINGKATAN :1 AL FARABI
TARIKH :13 OKTOBER 2021
NAMA GURU :CIKGU SUHAILAH BT MUSA
SEKOLAH :SMK SERI PEKAN
TAJUK FOLIO :SENI BINA TAMADUN
ROM (BANGUNAN COLOSSEUM)
PENGENALAN
1.1 TAJUK
BANGUNAN BERSEJARAH COLOSSEUM
1.2 JADUAL KERJA/SENARAI
SEMAK
13/10/2021 di google meet
14/10/2021 di rumah
15/10/22021 di rumah
16/10/2021 di rumah
17/10/2021 di rumah
18/10/2021
19/10/2021 di rumah
20/10/2021
21/10/2021
22/10/2021
23/10/2021
24/10/2021
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif kajian bagi tugasan sejarah saya iaitu Bangunan
bersejarah:
1) Mengenal pasti bangunan bersejarah Seni Bina Tamadun Rom iaitu
Bangunan Colosseum.
2) Mengetahui latar belakang dan sebab pembinaan bangunan bersejarah
Colosseum.
3) Memahami tujuan dan fungsi bangunan bersejarah pada masa dahulu
dan masa kini.
4) Mengenali peranan pihak terlibat dalam usaha memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah.
5) Mengetahui apakah kepentingan memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah.
6) Mempelajari cara dan kaedah mencari maklumat dalam kajian sejarah.
1.4 KAEDAH KAJIAN
INTERNET
Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini,internet adlah satu gerbang
limpahan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat. Melalui beberapa laman
sesawang saya dapat memuat turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini sebagai
rujukan tambahan.
BIMBINGAN GURU MATA PELAJRAN SEJARAH
Tanpa bimbingan guru sejrah iaitu Cikgu Suhailah Binti Musa,sudah tentu saya tidak
dapat menyiapkan tugasan kajian yang telah diberikan mengikut tempoh masa yang
telah ditetapkan.
BUKU ILMIAH SEJARAH TINGKATAN SATU
Dalam menyediakan tungasan ini juga saya tidak lupa untuk merujuk buku teks sejarah
Tingkatan satu dan bahan-bahan rujukan yang lain bagi memastikan fakta yang diperoleh
tidak bercanggah dengan peristiwa bangunan bersejarah yang sebenar.
Nama pengarang : Mohd bin Samsudin
Azharuddin bin Mohamed Dali
Sharifah Afidah Binti Syed Hamid
Tahun terbit : 2016
Terbitan : Dewan Bahasa dan pustaka
1.5 MISTERI DI BALIK KEINDAHAN
COLOSSEUM
JURNAL TRIP - Colosseum Roma meruakan destiansi wisata yang selalau masuk daftar para
wisatawan ketika menginjakan kaki di Itali. Bangunan megah yang bertahan ratusantahun ini
sering membanjiri unggah instagram para penggila traveling.
Sejarah yang membalut bangunan ini pun menarik untuk diketahui, tak aneh jika para
wisatawan berupaya mendapatkan langsung sejarah dari guide yang menjaga destiansi wisata tersebut.
Coloseum Roma di bangun oleh Wali Kota Vespasian pada masa Domitanus dan diselesaikan
anaknya Titus.
Baca Juga: Ini Fakta dibalik Panorama Indah Kepulauan Selayar
Pada masa itu raja-raja sangat meningmati hiburan yang berbau kekerasan, maka di bangun
lah Colosseum sebagai ajang unjuk gigi para petarung yang disebut Gladiator.
Colosseum Roma merupakan bangunan termegah, dikatakan bangunan di Roma Itali ini
merupakan karya terbaik Roma.
Masyarakat di Itali mengaku kerap mendengar suara jeritan dan erangan rasa sakit dari dslam
Colosseum. Ada juga yang mendengar auman dari singa atau harimau.
Namun yang lebih fenomenal lagi adalah penampakan dari sosok gladiator bertopeng yang
sering menampakkan diri di area bangunan tersebut.
Meski di balut kisah mister dan mistis, Colosseum Roma Itali tetap menjadi destinasi wisata
yang menarik untuk di kunjungi. ***
https://jurnaltrip.pikiran-rakyat.com/lokal-pride/pr-76668934/misteri-di-balik-keindahan-colosseum-roma-itali?
1.6 PENGENALAN
Jabatan Warisan Negara (2009) mendifinasikan bangunan bersejarah sebagai
sebuah bangunan atau kumpulan bangunan yang bersaingan atau bersambungan yang
disebabkan oleh seni binanya,kehomegenanya atau tempatnya dalam landskap,
mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pemandangan sejarah,seni atau sains.
Sementara itu, Fielden (2000) pula mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai
sebuah bangunan yang dapat memberi kita perasaan kagum dan menjadikan kita ingin
mengetahui lebih lanjut mengenai bangsa dan budaya yang menghasilkannya.Beliau
turut menambah bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu telah bertahan sehingga
100 tahun usia penggunaannya,sewajarnya ia patut digelar bangunan bersejarah.Dalam
erti kata lain,sesebuah bangunan itu bolehlah digelar sebagai bangunan bersejarah
sekiranya ia mempunyai nilai seperti seni bina,estetik,sejarah,dokumentari,arkeologi,
ekonomi,sosial,politik,rohani dan simbolik.
Latar Belakang Kemunculan Tamadun Rom
Empire Rom merupakan fasa tamadun Rom Kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan
yang otokratik.Republik Rom yang awal telah dibinasakan oleh pertikaian antara
Gaius Marius dan sulla,diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap
Pompey.Semasa perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur dihukum
mati,dibunuh atau membunuh diri.Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan
yang setia kepada pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian oleh penokong-
penyokong Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya,Octavian (kemudian dikenali
sebagai " Augustus " ) menewaskan pesaingnya,Mark Antoniy dan secara beransur-
ansur melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi (empayar Rom ).
Seni Bina Kemunculan Tamadun Rom
Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina.Orang Rom
membina bangunan bersaiz besar dan mempunyai nilai estetika. Setiap bangunan
mempunyai kegunaan yang khusus. Segalanya tercapai kerana wujud kepimpinan yang
beribawa dan kuat yang dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatan jati diri
mereka serta menyakini bahawa usaha mereka akan mencapai kejayaan.+
Contoh-contoh Seni Bina
Terdapat tujuh seni bina yang terkenal dan masih kekal sehingga hari ini iaitu :
Colosseum
Pantheon
Amfiteater
Akueduk
Jalan Raya Rom
Tembok Pertahanan
Tempat Mandi Awam
1.7 Latar Belakang Pembinaan Colessum
Colosseum ialah salah satu Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman
Pertengahan Awal. Ianya terletak di Rom, iaitu ibu negara bagi negara Itali. Colosseum
ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri daripada bangunan terbuka separa bulat,
berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada
zaman Rom kuno. Selain itu, binaan berbentuk kubah ini juga dibina sebagai tempat
pahlawan Rom bertarung. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di
Empayar Rom dan melambangkan keagungan Rom. Pembinaanya telah dimulakan oleh
Maharaja Vespasian antara tahun 70 dan 72M. Bangunan ini telah disiapkan pada tahun
80M oleh anak lelakinya, Titus.
Asal nama Colosseum berasal daripada sebuah patung setinggi 130 kaki atau 40
meter yang bernama Colossus. Patung Colossus dibuat kembali sebagai pengganti Nero
sebagai perumpamaan dari Sol, Dewa Matahari dengan menambahkan mahkota matahari.
Pada pertengahan tahun, patung Colossus telah menghilang.
COLOSSEUM
Seorang ahli sejarawan mengatakan bahawa sejak patung itu dibuat daripada
tembaga, patung itu telah dileburkan untuk digunakan kembali. Selain diambil dari
nama Colossus, Colosseum juga disebut sebagai Flavian Amphitheatre yang tidak
diketahui siapa yang memberi nama itu.
Sejarah Colosseum
Colosseum digunakan sehingga tahun 217M meskipun telah rosak akibat kebakaran
kerana disambar petir. Colosseum telah dibaiki pada tahun 238M dan menjadi tempat
pertunjukan gladiator sehingga ia secara beransur-ansur dihentikan. Bangunan ini
kemudian digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis binatang sehingga tahun 524M. Dua
gempa bumi yang berlaku pada tahun 442M dan 550M menyebabkan kerosakan teruk
pada struktur bangunan tersebut. Semasa zaman pertengahan, Colosseum mengalami
kerosakan yang lebih teruk sekali lagi disebabkan oleh gempa bumi pada tahun 847M dan
1349M.
Ciri-ciri reka bentuk Colosseum
Colosseum atau nama asalnya Flavian Amphitheatre adalah amfiteater berbentuk
ovul yang terletak di pusat Kota Rom, Itali. Bangunan ini ialah salah satu peninggalan
paling ikonik peradaban Rom kuno. Struktur binaan ini mempunyai ketinggian 50 meter
panjang, lebar 156 meter dan luas 2.5 hektar. Manakala kawasan arena pula seluas 85
meter x 54 meter. Terdapat 80 pintu masuk dan bangunan ini setinggi empat tingkat
dimana penonton duduk menikmati pertandingan gladiator dan pertunjukan yang lain.
Tingkat bangunan tersebut dibina secara tersusun daripada tiang-tiang gaya Rom dan
Yunani. Tingkat Colosseum diperbuat daripada batu dan marmar yang membentuk
gerbang melingkar. Bahagian tengah Colosseum adalah lapangan atau arena yang
diperbuat daripada pasir sebagai tempat pertandingan dan pertunjukan. Pasir ini
digunakan sebagai tempat gladiator bertanding sama ada sesama gladiator ataupun
haiwan buas yang lain. Manakala, di bawah arena terdapat bahagian bawah tanah yang
merupakan tempat gladiator dan haiwan yang buas disimpan. Ketika pertandingan
dimulakan, gladiator dan binatang buas akan keluar dari ruang bawah tanah ke arena
pertandingan di atasnya. Colosseum ini dapat memuatkan 50,000-80,000 penonton.
1.8 Kepentingan memelihara dan memulihara dan
bangunan bersejarah
Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan
nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Walau
bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah
seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah
perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat
pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di
negara kita.
Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan
bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu
era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Walaupun Malaysia telah mencapai
kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti
British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk
dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan
juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita
dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis
yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng,
mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka
pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de
Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul.
Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu
diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat
memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang
mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan
bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati
sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada
peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi
kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A
Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh
Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini
terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga
kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang
setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan
mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita
sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk
dijadikan sempadan.
Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan
monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong
dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu
faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar
Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara
dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan
muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu
perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan
Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di
England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah
mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh
dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara.
Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik.
Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan
monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse
di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di
Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur
dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan
tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah
dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang
berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.
1.9 Langkah-langkah untuk memelihara dan
memulihara bangunnan bersejarah
Bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara oleh semua pihak. Berikut
merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah.
* Peranan ibu bapa
Ibu bapa perlu membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah ke tempat-tempat
yang menarik termasuk melawat bangunan bersejarah agar anak-anak dapat
melihat keunikan binaannya seterusnya mampu memupuk semangat patriotisme
dalam diri mereka.
Ibu bapa perlu menceritakan sejarah mengenai bangunan-bangunan bersejarah
kepada anak-anak supaya anak-anak dapat menghargainya.
* Peranan pihak sekolah
Pihak sekolah perlu melukis bangunan-bangunan bersejarah di dinding sekolah
untuk memupuk perasaan sayang dan bangga akan bangunan bersejarah dalam
kalangan murid-murid.
Pihak sekolah perlu mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha
menjaga bangunan bersejarah kepada murid-murid sempena menyambut Bulan
Kemerdekaan Negara di peringkat sekolah.
Kelab dan persatuan di sekolah perlu merancang program lawatan ke tempat-
tempat bersejarah yang terdapat di negara kita untuk memberi peluang kepada
murid-murid mengenali bangunan bersejarah dengan lebih dekat.
* Peranan media massa Media massa sama ada media cetak atau media elektronik p
dokumentari mengenai bangunan-bangunan bersejarah sebagai tatapan generasi
akan datang.
* Peranan pihak kerajaan
Kerajaan perlu mengekalkan tajuk mengenai bangunan-bangunan bersejarah di
Malaysia dalam buku teks untuk menjadi rujukan kepada murid-murid sekolah.
Kerajaan perlu mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara
bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia kepada masyarakat.
Kementerian Pelancongan perlu memasukkan lebih banyak bangunan bersejarah
dalam pakej pelancongan untuk dipromosikan kepada masyarakat antarabangsa.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu menjaga struktur
binaan bangunan-bangunan bersejarah supaya keunikan seni binaannya dapat
dikekalkan.
Kerajaan perlu menyediakan dana yang besar untuk mengekalkan bangunan-
bangunan bersejarah di Malaysia.
Mengapa Colosseum Mampu Kekal Hingga Kini ?
Pada pendapat saya, seni bina yang hebat seperti Colosseum dapat dibina kerana
tamadun awal ini tidak menggunakan jenis pemerintahan demokrasi. Apabila tiada jenis
pemerintahan demokrasi, golongan bawahan seperti hamba akan dipaksa untuk membina
seni bina ini. Jikalau dibandingkan dengan zaman sekarang, pada zaman ini tiada golongan
yang sanggup membina seni bina tanpa upah.
Selain itu, Colosseum mampu dibina oleh generasi tamadun awal kerana wujudnya
kepimpinan yang beribawa dan kuat. Hal ini dapat menyatupadukan rakyat dan
meningkatkan jati diri mereka bahawa usaha akan mencapai kejayaan. Di samping itu,
mempunyai rakyat yang ramai dan bersatu padu membolehkan generasi tamadun awal
dapat membina binaan tersebut.
Seterusnya, generasi tamadun awal pada ketika itu mempunyai ilmu pengetahuan
yang tinggi seperti ilmu geometri dan astronomi yang membolehkan generasi tamadun
awal membina seni bina yang unik. Akhir sekali, Colosseum mampu kekal sehingga kini
adalah kerana mereka mempunyai ketahanan dalam menghadapi cabaran untuk
menghasilkan monumen yang dapat diabadikan sebagai pencapaian yang paling agung
demi bangsa, agama dan rajanya. Hal ini adalah kerana, mereka ingin monumen yang
terdiri daripada binaan-binaan yang cantik dan unik ini dapat diabadikan dan menjadi
peringatan kepada generasi yang akan datang.
Peningkatan dalam seni bina menunjukkan kemampuan dan kebolehan orang Rom
menghasilkan binaan yang menonjolkan kebijaksanaan mereka. Binaan-binaan ini juga
menunjukkan kebesaran dan keagungan Tamadun Rom. Kecemerlangan Tamadun Rom
bukan sahaja ditunjukkan dalam bidang seni bina tetapi dalam bidang lain seperti
pentadbiran dan pemerintahan,ekonomi, ketenteraan, pertahanan, perundangan
pendidikan,sains dan teknologi. Sehingga hari ini, sebahagian daripada kecemerlangan
Tamadun Rom boleh terus dinikmati dan kekal menjadi warisan dunia. Memahami dan
mengetahui ketinggian tamadun boleh menjadi inspirasi kepada peningkatan penciptaan
dan kemajuan di negara kita.
2.0 Rumusan
Pengetahuan : Melalui kerja khusus ini, saya mendapati pelbagai maklumat secara
terperinci mengenai bangunan bersejarah iaitu Colosseum yang merupakan seni bina
Tamadun Rom yang terunggul. Selain itu, saya juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang
latar belakang kemunculan Tamadun Rom dan sejarah pembinaan Colusseum.
Nilai : Saya sedar bahawa usaha untuk memulihara dan memelihara bangunan atau binaan
bersejarah bukanlah sesuatu usaha yang mudah dan perlu dipertahankan oleh pelbagai
pihak. Semua pihak perlu menggembleng tenaga kerana bangunan dan monumen yang
bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi.
Harapan : Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda
generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara.
Saya berharap dengan terdapatnya bangunan bersejarah seperti Colusseum ini generasi
baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara.
Sesungguhnya, bangunan bersejarah Colusseum ini bukan sahaja unik dari segi binaannya
malah sejarah pembinaan bangunan bersejarah ini juga memberi pengajaran yang
bermakna kepada generasi kini supaya sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa
sejarah yang lepas.
Sumber Rujukan
BUKU ILMIAH
1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Mohd bin Samsudin, 2016 : Dewan Bahasa dan Pustaka
INTERNET
1. “PENGENALAN KEPADA PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH”Kamarul Syahr
PROCEEDINGS OF THE 2nd. BUILDERS SYMPOSIUM (BuSY 2010) "BROADENING
HORIZON THROUGH BUILT ENVIRONMENT", 25th. MARCH 2010, UNIVERSITY
TECHNOLOGY MARA, MALAYSIA
2. Academia.edu – The Colusseum
3. http://www.sabah.edu.my/hc004.wcdd/courseware/tamadun_rom.htm
4. www.ideaterkini.com
5. https://jurnaltrip.pikiran-rakyat.com/ Misteri di sebalik keindahan Colusseum di Rom,
Itali