BAHASA MELAYU
TAHUN1
TATABAHASA
Ayat Perintah
Imbuhan Awalan dan Akhiran
AYAT PERINTAH
Apa itu ayat perintah ?
AYAT PERINTAH
Ayat yang diucapkan dengan tujuan
menimbulkan sesuatu tindakan.
Digunakan bersama kata perintah.
Contoh kata perintah : -
jangan, sila, harap, tolong,
usah, jemput, minta
Kata Perintah - Jangan
• Melarang seseorang melakukan
sesuatu.
Jangan bermain di dalam kelas.
Kata Perintah - Tolong
• Meminta bantuan
Tolong letakkan buku ini di atas meja
saya.
Kata Perintah - Harap
• Meminta supaya terjadi sesuatu
perkara.
Harap semua murid boleh menghantar
tugasan ini esok.
Kata Perintah - Jemput
• bermaksud mengajak.
Jemput hadir ke majlis hari jadi saya
nanti.
Kata Perintah - Sila
• Meminta dengan hormat supaya
melakukan sesuatu.
Sila berpakaian kemas ke sekolah.
Kata Perintah - Minta
• Mahu akan sesuatu.
Minta semua murid berkumpul
di padang pada pukul 9.00 pagi.
Ayat Perintah
• Rujuk buku teks muka
surat 132.
1. Jangan bangun
lewat.
2. Abang, tolong beli
tiket di kaunter.
3. Sila beratur sebelum
menaiki komuter.
4. Minta ayah kamu
terangkan.
Ayat Perintah (buku aktiviti m/s 59)
1. tolong hantar saya
ke stesen monorel
2. minta kamu
berhati-hati
3. sila patuhi segala
peraturan.
4. Harap pulang awal
ke rumah, ya.
Ayat Perintah (buku aktiviti m/s 60)
1. Jemput sertai
Kempen Sayangi
Pantai.
2. Jangan buang
sampah di pantai.
3. Tolong kutip
sampah di pantai.
4. Sila pakai sarung
tangan sebelum
mengutip sampah.
IMBUHAN AWALAN
DAN AKHIRAN
Apa itu imbuhan awalan
dan akhiran ?
Imbuhan Awalan dan Akhiran
Imbuhan awalan : hadir di bahagian
awal kata dasar
CONTOH
melihat, membaca,
mendengar, beratur, bercakap
Imbuhan Awalan dan Akhiran
Imbuhan akhiran : hadir di bahagian
akhir kata dasar
CONTOH
bayaran, makanan, kumpulan
Imbuhan Awalan dan Akhiran
(buku teks m/s 141)
• Imbuhan Awalan
– membayar
– mengambil
– mencari
– membilang
– berbual
– membuat
– berpuas
Imbuhan Awalan dan Akhiran
(buku teks m/s 141)
• Imbuhan Akhiran
– urusan
– giliran
– bayaran
– layanan
Imbuhan Awalan dan Akhiran
(buku aktiviti m/s 67)
1. membasuh
2. bersama-sama
3. bungkusan
4. memberi
5. membilang
6. berjumlah
7. bayaran
8. berputar
9. makanan
10. cucian
11. berbau
12. berasa
Imbuhan Awalan dan Akhiran
(buku aktiviti m/s 68)
atur – beratur
Jamil beratur untuk membeli tiket.
bayar – bayaran
Jamil membuat bayaran
menggunakan wang RM50.
minum – minuman
Ibu dan adik membeli minuman di
mesin.
makan – makanan
Jamil memberikan makanan kepada
gajah.
jalan – berjalan
Mereka berjalan di sekitar kawasan
zoo.
Sekian, terima kasih.