Fasa Penyesuaian bertujuan untuk membolehkan
murid menyesuaikan diri dengan situasi dan
persekitaran sekolah yang baharu serta membina
hubungan baik dengan rakan dan guru.
Modul Orientasi dihasilkan sebagai panduan dan
rujukan kepada guru. Walau bagaimanapun
dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ketika ini, modul ini diberikan kepada murid
dengan bimbingan ibu bapa / penjaga di rumah
sebagai panduan dan aktiviti sepanjang tempoh
Program Transisi Tahun 1.
Tujuan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kecergasan
fizikal dan kesihatan diri.
Cadangan aktiviti :
Bersenam
Rekreasi aktif
Murid melakukan aktiviti
senaman bersama ahli
keluarga.
Lagu@muzik iringan :
‘Chicken Dance Song’
https://www.youtube.com/watch?v=Nt81gzIAt18
‘Baby Shark Song’
https://www.youtube.com/watch?v=WCt09r9Y0hc
Murid melakukan pelbagai gerakan
kreatif.
Gerakan seperti bersilat atau seni
mempertahankan diri yang lain
juga boleh dilakukan.
Aktiviti ini boleh dirakam
oleh ibu bapa dan
kongsikan kepada guru kelas.