BAHASA MELAYU
TAHUN 1
TATABAHASA
1. Kata Hubung
2. Ayat Penyata
KATA HUBUNG
Apa itu kata hubung ?
KATA HUBUNG
Kata yang digunakan untuk
menggabungkan ayat.
Contoh :
dan, atau, tetapi
KATA HUBUNG - dan
• Menunjukkan sesuatu yang sama.
1. Yazreen suka makan biskut.
2. Yazreen suka makan kek.
dan
Yazreen suka makan biskut dan kek.
KATA HUBUNG - dan
1. Ariq bermain bola sepak di padang.
2. Afif bermain bola sepak di padang.
dan
Ariq dan Afif bermain bola sepak di
padang.
KATA HUBUNG - atau
• Menunjukkan sesuatu pilihan. ke Kuala Lumpur.
1. Kamu boleh menaiki
2. Kamu boleh menaiki ke Kuala Lumpur.
atau
Kamu boleh menaiki bas atau kapal terbang
ke Kuala Lumpur.
KATA HUBUNG - atau
1. Kamu mahu minum jus ?
2. Kamu mahu minum jus ?
atau
Kamu mahu minum jus tembikai atau jus
oren ?
KATA HUBUNG - tetapi
• Menunjukkan perkara yang berbeza.
1. Aisyah suka makan ..
2. Aisyah tidak suka makan .
tetapi
Aisyah suka makan nasi lemak tetapi dia
tidak suka makan roti canai.
KATA HUBUNG - tetapi
1. Dhia suka membaca .
2. Adik Dhia suka .
tetapi
Dhia suka membaca buku tetapi
adiknya suka melukis.
KATA HUBUNG
• Membina ayat menggunakan kata
hubung berdasarkan jadual.
(Buku Teks BM m/s 127)
1. Indira ke taman botani atau ke
taman tema ?
2. Indira dan kakak bermain jongkang-
jongket.
3. Indira dan abang ingin berjoging
tetapi hari hujan.
LATIHAN KATA HUBUNG
• Rujuk Buku Aktiviti BM Jilid 2 (m/s 52)
1. dan
2. atau
3. dan
4. tetapi
5. tetapi
6. dan
AYAT PENYATA
Apa itu ayat penyata ?
AYAT PENYATA
Ayat penyata ialah ayat yang
diucapkan dengan maksud membuat
satu pernyataan. (m/s 128)
AYAT PENYATA
Puteri membantu ibu membuat kek.
Puteri sangat rajin membantu ibunya.
AYAT PENYATA
Adik membuat kerja sekolah.
Ibu membantu adik membuat kerja sekolah.
AYAT PENYATA
Mereka membersihkan taman.
Anissa menyiram pokok-pokok bunga itu.
AYAT PENYATA
Rujuk Buku Teks BM. (m/s 128)
Contoh ayat penyata :
• Terdapat beberapa jenis periuk kera
yang airnya boleh mengubati sakit
mata.
• Akar periuk kera dapat mengubati
sakit lelah.
• Kelongsong periuk kera boleh
dijadikan acuan membuat lemang.
LATIHAN AYAT PENYATA
• Rujuk Buku Aktiviti BM Jilid 2. (m/s 53)
1. Dia menanamnya di taman.
2. Pokok orkidnya daripada
pelbagai warna.
3. Puan Rubi menjaga pokok-pokok
orkidnya dengan baiknya.
4. Pokok-pokoknya hidup subur.
5. Puan Rubi menghias rumahnya
dengan bunga-bunga orkid.
LATIHAN AYAT PENYATA
• Rujuk Buku Aktiviti BM Jilid 2. (m/s 54)
1. Mereka menonton
tayangan video tentang
gajah.
2. Anak-anak gajah
sedang dimandikan
3. Nadia menunggang
anak gajah.
Sekian, terima kasih.
Semoga kita berjumpa lagi.
Ingatan tulus ikhlas :
Cikgu Zulkifli MH
Penghargaan kepada Cikgu Nursyaffiza & Cikgu Nuraafiah.