KAWAN YANG BAIK MARI MENGENAL SUKU KATA
PENGENALAN BUKU CERITA INI DIREKA OLEH SQUAD GIRL. MEMPUNYAI 8 ORANG AHLI. BUKU CERITA INI SESUAI UNTUK DIBACA OLEH KANAK-KANAK YANG BERUMUR 4 HINGGA 6 TAHUN. BUKU INI MENCERITAKAN TENTANG DUA EKOR BURUNG YANG BERNAMA NANA DAN NINI YANG TINGGAL DI DALAM HUTAN. MEREKA JUGA MERUPAKAN KAWAN BAIK YANG SANGAT RAPAT.
Pada suatu masa dahulu, ada dua ekor burung merpati yang bernama Nini dan Nana. Mereka merancang untuk mencari makanan di tengah hutan, kerana disitu terdapat banyak makanan yang boleh dimakan
kemudian mereka nampak ada sebuah rumah, lalu mereka pergi ke rumah itu dan mereka lihat rumah itu penuh dengan makanan.
sedang mereka mengambil makanan, tiba-tiba muncul seorang pemburu menangkap Nana lalu mengurungnya di dalam sangkar.
Pada masa yang sama, Nini cuba mencari jalan agar dia dapat menyelamatkan Nana. Nini mendapat idea yang bernas. Dia mengumpulkan batu lalu mencampakkan batu ke atas kepala pemburu itu untuk menyelamatkan Nana
Akhirnya Nana berjaya diselamatkan. Nini dan Nana terbang pergi daripada tempat itu tanpa pengetahuan pemburu itu. Lalu Nana mengucapkan terima kasih kepada Nini kerana telah menyelamatkan nyawanya.
PENGAJARAN Kita haruslah mempunyai nilai tolong-menolong antara satu sama lain seperti nana menolong nini, sebagai kawan baik mestilah sentiasa berada dibelakang sahabat apabila berada dalam kesusahan.