The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU DIGITAL PSS AL-JAUHAR, 2023-05-27 06:41:36

BULETIN AL-IRSYAD EDISI 18

BULETIN AL-IRSYAD EDISI 18

Semoga setiap langkah yang diatur untuk tahun 2023 akan disulami dengan keimanan dan kebaikan Muhasabah 2022 Tekad 2023 00: 01 Januari, 2023 MESSAGES today B U L E T I N U N I T P E N D I D I K A N I S L A M & M O R A L , J A B A T A N P E N G A J I A N A M , P T S S Al- Irsyad Edisi 18 Disember 2022 Jamadil Akhir 1444H


Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 2018 Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit. Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan - dalam - Penerbitan Ilustrasi : Sumber internet Diterbitkan oleh: Unit Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis BULETIN AL-IRSYAD Penaung I En. Abdul Malek bin Hassan Penaung II Puan Norlili Juwita binti Arshad Penasihat I Puan Isyati binti Suparman Penasihat II Puan Suhaila binti Mustaffa Editor Ainul Farhaan binti Harun Norhafizah binti Mohd Ghazali Nozira binti Ahmad Konsep dan Layout Buletin Ainul Farhaan binti Harun Sidang Redaksi i


Ainul Farhaan binti Harun the best is yet to come" . "KEEP MOVING, Team Buletin Al-Irsyad Norzira binti Ahmad Norhafizah binti Mohd Ghazali Ainul Farhaan binti Harun


Senarai Penulis Edisi-18 Solhal Huda binti Sahidan iii Suhaila binti Mustaffa Razak bin Nordin


1 3-4 6-8 Bukan Sekadar Perancangan Selagi Diuji Kelmarin Sebelum Esok Penulisan yang penuh 'vibes' positif dengan suntikan semangat untuk kita terus bersemangat untuk melangkah ke tahun baharu, 2023. Penulisan padat dan ringkas ini mampu meniup kekuatan dalam diri kita semua. Penulisan yang sangat bermanfaat, dikupas dengan susunan ayat yang sangat menarik. Penulis menjentik minda kita semua agar terus kuat dan positif saat diuji. Ini kerana ujian itu adalah asam garam dalam lipatan kehidupan insan yang bernama hamba. Menarik kali ini .... Selamat Melangkah Ke Tahun 2023 iii Album Memori Sepanjang 2022 9-25 Kuiz Pegetahuan Agama Islam 26-27 Penulis mengajak kita semua untuk bermuhasabah diri tentang pelbagai perspektif dalam kehidupan. Pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh penulis supaya kita dapat koreksi diri sebagai khalifah di muka bumi dan juga hamba Allah. Penulisan dan susunan ayat yang sangat baik bisa memberi impak dalam hati kita.


Sketsa kehidupan tidak akan pernah berhenti malah seringkali akan berulang masa demi masa. Hidup adalah proses bukan tujuan! Maka kita tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Panduan untuk kembali ke jalan yang lurus telah dinyatakan dalam wahyu Allah di atas menyoroti kisah bagaimana Nabi Adam Alaihissalam dan isterinya Siti Hawa diperintahkan untuk turun menghuni dunia. Kata Allah, berpeganglah kepada petunjuk-Nya nescaya tidak ada ketakutan dan kebimbangan dan tidak pula akan berdukacita. Lembaran 2022 yang penuh tawa dan air mata pasti akan menutup tirai sedikit waktu lagi. Berganti tahun 2023 yang bakal tiba, teruslah memohon pada Allah agar sentiasa dipimpin dengan hidayah dan taufiq dari-Nya. Moga kita dapat mengusahakan bekal pahala dalam baki hayat yang dikurniakan tahun demi tahun dan bukan sebaliknya masih leka dengan tipu daya dunia penuh canda! Bukan Sekadar Perancangan Suhaila binti Mustaffa Tahun demi tahun, kita merencana perancangan untuk kehidupan dunia yang pasti ada penghujungnya. Sesekali dan seringkali kita diuji dengan rencah kegagalan dalam pelaksanaan dan kadangkala yang didamba serta dihajatkan memang jatuh ke riba. Namun kita harus sedar bahawasanya perancangan kita bukan mutlak dalam kawalan kita. Kita merancang, Allah jualah sebaik perancang! Sentiasa diungkapkan kalimah ini tatkala kecundang menyapa keadaan. Namun harus diimani dengan sebenar-benar keyakinan bahawa tiada yang lebih baik dan cantik melainkan susunan Allah SWT. Maksudnya: Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah: 216) Secara khususnya ayat ini menceritakan perihal tuntutan perang yang tidak disukai dan rasa tidak elok pada akal dan emosi kita. Tetapi, boleh diperhatikan kata Allah secara jelas, barangkali apa yang tidak kamu sukai adalah baik bagi kamu dan sebaliknya. Justeru, inilah panduan secara umumnya dalam apa jua urusan kita seharusnya kita meletakkan ketentuan Allah itu adalah yang terbaik dan wajib bagi kita menerima meskipun ianya perkara yang buruk dan tidak pula disukai. Sebagai hamba yang senantiasa mengungkapkan sifat ArRahman dan Ar-Rahim Allah di segenap waktu solat, maka yakinlah bahawasanya setiap apa yang telah termaktub buat kita, tidak ada sekelumit zalim di sisi Allah walaupun Allah berhak dengan sifat-Nya Al-Aziz. Justeru, apa yang perlu diperbuat? Ya, teruskan perjalanan membawa rencana baru dengan suntikan aura dan minda positif. Yang kelat dan pahit memang mengambil masa untuk ditelan dan akhirnya menjadi ubat yang manis sebagai penawar. Kunci ketabahan, letakkan jiwa hamba untuk memandu perjalanan ke depan yang penuh onak dan liku kerana tiada daya dan upaya kita melainkan semuanya datang dengan pertolongan Allah SWT. Zikir La haula wa la quwwata illa billah bukan sekadar basah di mulut, malah menjadi sumber utama pedoman diri agar tidak hanyut dalam badai takabbur tatkala diri bisa menggagahi dan menempuh ribut kehidupan dengan tuntas. “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku (melalui Rasul-rasul dan Kitabkitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”. (Surah Al- Baqarah: 38) 1 Merencanasebuah kehidupan Terus positif dengan percaturan hidup Kunci sebuah ketabahan Semogaterus dalam bimbingan Allah


Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit, Rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan 2


Sambil memandu kereta ke tempat kerja, kedengaran di corong radio sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Suhaimi Saad yang membawaku untuk melayani seketika. Rancak dan sedap lagunya. Juga mempunyai erti yang secara tidak langsung membawa pendengar untuk sama-sama berzikir memuji Allah SWT. Merenung seketika sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2022. Pelbagai mehnah kehidupan dilalui sebagai tanda kasih sayang Allah SWT kepada kita hamba-Nya. Ujian Allah merangkumi kesenangan dan juga kepayahan. Ada ketika kehidupan ini diuji dengan kesenangan dan ada ketika diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Manusia diuji dengan pelbagai bentuk ujian seperti hilang nikmat kesihatan, ujian anak dan pasangan, kehilangan harta benda dan kesempitan wang. Benar firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” Selagi Di Uji Solhal Huda binti Sahidan Semua Kau beri Pada diri ini Tak Kau minta ganti Tak perlu dibeli Kau memang pemurah Segala nikmat Kau curah Tak pernah aku lupa Memuji-Mu Ya Allah Subhanallah Walhamdu Lillah Wa La Ilaha Illallah 3 2022 kian melabuhkantirai


4 Tenang pasti menang Sebelum 2022 melangkah meninggalkan kita, jangan lupa untuk kita menitipkan doa agar diberi kekuatan dalam menghadapi sebarang ujian dalam kemampuan kita sebagai hamba-Nya bagi menempuhi 365 hari mendatang. Semoga hari-hari yang bakal dilalui ditempuhi dengan penuh kebaikan meskipun ditimpa ujian kesenangan mahupun kepayahan. Semoga asbab ujian tersebut dapat mengangkat darjat kita di sisi Allah SWT dan dapat menjadi sebagai penghapus segala dosa-dosa. Selamat Tahun Baru 2023 Persoalannya, bagaimanakah untuk menghadapi segala ujian tersebut? Seorang ibu yang diuji dengan keguguran janin di usia 7 minggu mungkin sedikit ujiannya jika dibandingkan dengan ujian kematian anak di usia 7 tahun. Seorang bapa yang diuji dengan kehilangan pekerjaan mungkin besar ujian baginya berbanding diuji dengan sedikit kerosakan kereta. Hitungannya, bukanlah pada besar atau kecil sesuatu ujian tersebut tetapi bagaimana kita menghadapi ujian tersebut sama ada menjadikan kita hamba-Nya yang semakin jauh atau semakin dekat kepada Allah SWT. Sering kita membaca dalam surah al-Mulk ayat kedua yang bermaksud: “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” Yakinlah, bahawa segala ujian dan kepayahan ini akan sentiasa disusuli dengan nikmat dan kesenangan yang tidak terhitung banyaknya. Kuncinya ialah sabar, redha dan bersyukur dengan segala yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Titipan doauntuk 2023 TIPS KETIKA DIUJI Kekal tenang Bersangka baik dengan takdir Allah Berlapang dada Dampingi rakan - rakan yang positif Sabar dan redha


"Ubah 24 jam yang kamu miliki dan kamu akan mengubah hidupmu." - Eric Thomas5


K E L M A R I N Penghujung 2022 Razak bin Nordin Alhamdulillah. Dengan izin-Nya jua, kita berada di penghujung tahun 2022. Insya-Allah, jika ada rezeki dengan izin Allah SWT, kita akan melangkah ke tahun 2023 dalam beberapa hari sahaja lagi. Segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana masih memilih kita untuk terus menghuni dunia ini dengan segala nikmat yang tidak terhitung serta kasih sayang-Nya yang sentiasa melimpah ruah. Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 18 yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Menggalas amanah sebagai hamba Kita ini, manusia yang diciptakan oleh Allah SWT dengan dua amanah penting iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini. Secara sederhana, amanah bermakna ada suruhan yang mesti dilaksanakan serta larangan yang mesti ditinggalkan, setiap manusia bertanggungjawab atas apa yang dilakukan, adanya konsep pahala serta dosa dan kesudahannya sama ada ke syurga atau neraka. Allah SWT menyatakan bahawa anggotaanggota badan kita akan berbicara serta menjadi saksi-saksi ketika mulut-mulut kita telah dikunci oleh Allah SWT atas segala perbuatan yang telah kita lakukan. Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Yasin ayat 65 yang bermaksud: “Pada waktu itu Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” Sebagai manusia yang beriman, kita wajib menjaga tiga hubungan penting dalam kehidupan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam demi kebaikan dunia dan akhirat. Jom muhasabah Jika kita benar-benar ingin memperbaiki diri, banyak persoalan yang perlu dijawab dengan ikhlas dari lubuk hati yang benar-benar khauf dan raja’ kepada Allah SWT. Antaranya ....... Adakah hubungan itu semakin hari semakin akrab atau semakin renggang. Adakah hubungan itu semakin hari semakin dekat atau semakin jauh. Ketika kita senang atau susah, bagaimana sikap serta hubungan kita dengan Allah SWT. Semakin mendekat atau menjauh daripada Allah SWT. Bagaimana pula kekerapan kunjungan kita ke rumah Allah, adakah setiap hari atau seminggu sekali atau setahun hanya dua kali. Bagaimana pula dengan sedekah sunat kita, makin bertambahkah jumlahnya berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bagaimana pula dengan bacaan al-Quran kita, sudah bertambahkan helaiannya setiap hari. Bagaimana pula dengan kualiti bacaannya. Semakin baik atau masih berada ditakuk lama. S E S O K ebelum 6


Bagaimana pula dengan solat malam kita, adakah kita sudah mampu untuk istiqamah menunaikan solat malam walaupun hanya dengan dua rakaat bersama solat witirnya. Bagaimana pula dengan puasa sunat kita, adakah kita sudah istiqamah menunaikan puasa sunat Isnin dan Khamis tanpa gagal. Begitu juga dengan puasa-puasa sunat yang lain. Bagaimana pula dengan kualiti ibadah kita, adakah sudah bertambah baik atau masih berada di takuk lama seperti tahun-tahun sebelumnya. Persoalan-persoalan di atas barangkali hanyalah sebahagian daripada banyak lagi soalan yang boleh ditanyakan kepada diri sendiri dalam menilai tahap hubungan kita dengan Allah SWT. Mudah-mudahan setiap saat yang berdetik, Allah SWT sentiasa memimpin kita semua menjadi hamba-Nya yang lebih baik sehinggalah saat kita dipanggil bertemu dengan-Nya suatu hari nanti. Bagaimana dengan solat malam kita, bagaimana pula dengan amalan puasa-puasa sunat? Adakah pernah kita bermuhasabah tentang kualiti ibadah kita saban hari dalam tahun 2022? 1. Mulakan solat witir walaupun satu rakaat sama ada selepas solat isyak atau sebelum subuh. 2. Mulakan solat sunat Dhuha walaupun dua rakaat sekali sebulan, dua kali sebulan, tiga kali sebulan dan seterus menjadi amalan harian. Setelah ada kekuatan, tambahkan pula jumlah rakaatnya. Jika belum hafal doa solat dhuha, boleh lekatkan pada dinding atau guna buku atau simpan dalam telefon serta macammacam cara lagi. 3. Mula biasakan diri bersedekah setiap hari serendah 10 sen tetapi istiqamah. 4. Mulalah beristighfar setiap hari walaupun serendah bilangan satu kemudian setiap hari berikutnya ditambahi lagi sehingga menjadi istiqamah dengan angka yang lebih banyak. 5. Mulakan amalan puasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis. Sebagai permulaan boleh mulakan dua hari dalam sebulan dahulu, kemudian empat, enam dan lapan hari dalam sebulan. Perkara kedua yang perlu dimuhasabah ialah dalam konteks hubungan dengan manusia. Kita ditakdirkan berada pada posisi dan amanah yang berbeza. Jika kita seorang MAJIKAN, adakah, kita telah menunaikan tanggungjawab serta amanah sebagai majikan seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT serta peraturan yang telah ditetapkan. Mulakan langkah pertama Jika belum bermula, bermulalah sekarang. Mulakan yang mudah-mudah hari ini juga. Mulakan perkara-perkara yang ‘mampu milik’ dan ‘mampu buat’ hari ini juga. Jangan bertangguh lagi. Cadangan saya: 7


Selamat bermuhasabah. Semoga segala kesilapan lalu diampunkan oleh Allah SWT serta masa hadapan setiap kita sentiasa di bawah bimbingan-Nya. Jika kita seorang PEKERJA, adakah kita telah menunaikan tanggungjawab serta amanah seperti yang dikehendaki. Jika kita seorang RAKAN SEKERJA, adakah kita telah menjadi rakan kerja yang baik serta tidak menyusahkan rakan sekerja yang lain. Jika kita seorang AYAH, adakah kita telah menunaikan amanah seorang bapa kepada anak-anaknya. Misalnya, memberikan didikan agama yang sepatutnya atau sebaliknya membiarkan anak-anak hidup dalam maksiat kepada Allah SWT. Jika kita seorang IBU, adakah kita telah memberikan hak anak-anak mengikut yang sepatutnya. Jika kita seorang SUAMI, adakah kita telah menunaikan segala tanggungjawab rohani dan jasmani sebagai suami kepada isteriisteri kita. Jika kita seorang ISTERI, adakah kita juga telah menunaikan tanggungjawab rohani dan jasmani sebagai isteri kepada suami-suami kita. Jika kita seorang ANAK, adakah kita telah menunaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibubapa kita. Jika kita sorang ABANG atau KAKAK, adakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita sebagai abang atau kakak kepada adik-adik kita dan begitu juga sebaliknya. Jika kita seorang JIRAN, adakah kita telah menunaikan hak-hak jiran-jiran yang hidup berjiran dengan kita. ‘KITA’ di atas mungkin hanya sebahagian ‘KITA’ yang tidak dapat disenaraikan dalam ruang yang terbatas ini. Namun hakikatnya, setiap ‘KITA’ ada tanggungjawab serta amanah lebih daripada satu, mungkin dua, tiga, empat atau lebih yang perlu sentiasa muhasabah bagi memastikan adanya kitaran P.D.C.A (Plan, Do, Check, Act) dalam setiap tindakan kita bagi menjamin peningkatan berterusan dalam hidup. Sekiranya semua kita sedar betapa banyaknya perkara yang perlu dimuhasabahkan atas seorang ‘KITA’ itu, sesak dada jadinya atas beratnya beban tanggungjawab dan amanah yang dipikul itu. Ketiganya, sebagai khalifah, kita juga perlu menjaga hubungan kita dengan alam dengan menunaikan segala hak dan tanggungjawab manusia kepada alam. Kita juga perlu sedar bahawa setiap hubungan pasti ada timbal balik. Jika kita bersahabat dengan alam, alam akan menjadi sahabat yang baik kepada kita. Namun sebaliknya, jika kita mengkhianati alam dengan cara yang tidak sepatutnya, lambat laun pasti kita akan menerima akibat daripada pengkhianatan tersebut. Tertunaikah tanggungjawab kita? Setiap "KITA' ada amanah tersendiri Khalifah memelihara alam sekitar Sebarang gangguan yang menyebabkan ketidakseimbangan pada ekosistem akan kembali padahnya kepada manusia. Allah mengingatkan manusia berkenaan hal ini di dalam Al-Quran melalui Surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud: Telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Selamat bermuhasabah. Semoga segala kesilapan lalu diampunkan oleh Allah SWT serta masa hadapan setiap kita sentiasa di bawah bimbingan-Nya. Rujukan: https://kalam.sindonews.com/ayat/65/36/yasin-ayat-65 https://tafsirq.com/16-an-nahl/ayat-18 http://abu-najah.blogspot.com/2010/06/manusia-sebagai-hamba-dankhalifah.html https://nasional.republika.co.id/berita/q06k3s195580097023000/manusiahamba-dan-khalifah https://khairulkamaruddin.blogspot.com/2012/02/suatu-hari-nanti-mulutditutup.html https://www.mandalapos.co.id/trilogi-hubungan-tuhan-manusia-dan-alamdalam-perspektif-pendidikan-islam/ https://ismaweb.net/2020/10/21/tanggungjawab-kita-jaga-alam-sekitardengan-panduan-wahyu/ 8


U N I T P E N D I D I K A N I S L A M D A N M O R A L , J A B A T A N P E N G A J I A N A M , P T S S 2 0 2 2 Album Sepanjang Tahun 9


Bengkel Tahsin Al-Quran 10


11


12 Wajah-wajah ceria para peserta


13 Antara memori dan kenangan


AKADEMI Imam Mahasiswa 2022 14


e-PRISMA 2022 15


Kreatif Inovatif 16


Team Building 17


Cakna Agama & Asas Fardu Ain 18


hya ' amadan 19


Lecturer Sit-In Class Universitas Muhammadiyah Parepare & Unit Pendidikan Islam & Moral PTSS 20


Webinar Celik Muamalat 21


Bengkel CQI Unit Pendidikan Islam dan Moral 22


Akademi Imam Mahasiswa 2022 Program Akademi Imam Mahasiswa 2022 ini telah berjalan dengan jayanya pada 24.09.2022 dan 25.09.2022 bertempat di Bilik Seminar Sri Patawali, Paun Inn, PTSS. Program anjuran Jabatan Pengajian Am, PTSS dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis ini telah melibatkan penyertaan seramai 56 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Kolej Komuniti Arau, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis dan Kolej Universiti Islam Perlis KUIPs. Pengisian program amat bermanfaat kepada peserta dengan memberikan impak positif melalui pembentukan pelajar yang berkeyakinan tinggi, berakhlak mulia dan berani menjadi imam serta bersedia menghadapi cabaran. Majlis Penutupan Usrah 2022 Majlis Penutupan Usrah ini telah diadakan pada 30 November 2022 bertempat di Pusat Islam Lukman Al-Hakim, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Majlis yang bermula sekitar 7.30 malam ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Azli bin Adnan yang bertindak selaku Pengerusi Pusat Islam PTSS. Majlis dihadiri oleh para fasilitator dan anak-anak usrah yang terdiri daripada para pelajar semester 1. Sesi usrah yang telah dijalankan sepanjang semester berlangsung telah berjaya mendidik para pelajar mencintai ilmu serta memupuk sahsiah unggul dalam diri pelajar. Bengkel Tahsin Al-Quran telah diadakan pada 30.12.2022 jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Pusat Islam Lukman Al-Hakim, PTSS. Seramai 74 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak staf PTSS telah menyertai program ini. Sesi pengajaran dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Zamri yang menggunakan Kaedah Pengecaman Simbol (K.P.S) iaitu inovasi tahsin al-Quran bertajwid tanpa perlu mengetahui nama hukum tajwid, hanya berpandukan simbol yang terdapat di dalam al-Quran Rasm Uthmani. Sesi berikutnya diteruskan dengan solat sunat dhuha dan LDK yang dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator dari Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, PTSS. Bengkel Tahsin Al-Quran 23 Bengkel Penyediaan dan Pemurnian CQI Kursus-Kursus Unit Pendidikan Islam dan Moral ini telah diadakan pada 27 Julai 2022 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bengkel berlangsung di Bilik Seminar Si Kantan, Pauh Inn melibatkan seramai 18 orang pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, PTSS. Pengisian program amat bermanfaat dan telah mencapai objektif yang telah digariskan dengan penambahan ilmu-ilmu baharu. Antara objektif yang telah berjaya dicapai ialah penyelesaian isu permasalahan berkaitan pencapaian CLO setiap kursus UPIM serta mencadangkan CQI yang bersesuaian. Justeru, pencapaian objektif tersebut akan melancarkan serta menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Bengkel Penyediaan dan Pemurnian CQI KursusKursus Unit Pendidikan Islam dan Moral


24 Pertandingan e-PRISMA telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral, JPA yang melibatkan pertandingan video pelajar bagi penilaian kursus MPU23052 Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam, MPU23072 Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam dan DUA2042 Seni dalam Islam. Program ini telah berjaya mencetuskan kemahiran rekacipta dan inovasi dalam kalangan pelajar terlibat serta meningkatkan kemahiran ICT melalui penghasilan video bahan inovasi yang telah dihasilkan. Majlis penutup bagi mengumumkan pemenang telah diadakan pada 15 Jun 2022 secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Teams. Program Team Building, Jabatan Pengajian Am Pertandingan e-PRISMA 2022 Program Team Building Jabatan Pengajian Am telah dianjurkan pada 04 Julai 2022 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini melibatkan seramai 30 orang pensyarah Jabatan Pengajian Am, PTSS. Program yang dianjurkan ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan semua ahli JPA dalam membina semangat berpasukan. Di samping itu, ia dapat mendorong ahli mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Program ini juga merupakan inisiatif kepada kaedah pengurusan stress dalam kalangan warga JPA. Pengisian program amat bermanfaat kepada peserta dengan memberikan impak positif melalui peningkatan kemahiran dalam mengaplikasikan semangat berpasukan serta pengamalan gaya hidup yang sihat. Program Sit-In Class: Lecturer Exchange Program Sit-In Class ini telah diadakan secara berjadual sebanyak tujuh kali bermula Mac hingga Mei 2022 setiap hari Rabu jam 9.00 hingga 11.30 pagi secara dalam talian menggunakan platform Google Meet. Program ini berbentuk perkongsian ilmu yang melibatkan pensyarah dan pelajar PTSS serta Universitas Muhammadiyah Parepare (UMPAR) Indonesia. Program ini adalah julung kalinya melibatkan kerjasama dan kolaborasi pintar antara Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, PTSS dengan Fakultas Agama Islam, UMPAR. Antara pensyarah jemputan PTSS yang terlibat ialah Ustazah Suhaila binti Mustaffa, Ustaz Nik Sofri bin Nik Abdul Hamid dan Puan Azlini binti Awang serta Alumni PTSS iaitu Noor Asikin Said, manakala Dosen dan tenaga pendidik dari UMPAR ialah Dr. Andi Abd Muis (M.Pd.I), Tuan Sumadin (S.Pd.I., M.Pd.I) dan Puan Lismawati (S.Sy., M.M). Webinar Celik Muamalat ini telah dilaksanakan pada 20 April 2022 jam 8.00 hingga 10.00 pagi secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Teams. Webinar ini menampilkan ikon penceramah terkenal iaitu Ustaz Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman sebagai penceramah. Antara objektif bengkel yang telah berjaya dicapai ialah dapat membincangkan isu-isu semasa berkaitan muamalat Islam. Selain itu, bengkel ini juga dapat memupuk semangat kecintaan kepada budaya ilmu dan memberi kesedaran serta pendedahan tentang muamalat Islam dalam kalangan staf, pensyarah dan pelajar PTSS. Webinar Celik Muamalat


Program ini telah diadakan pada 17 Mac 2021 jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Housekeeping, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Program ini melibatkan semua pelajar muslim bermasalah pendengaran Semester 1 dan 2 Sesi 2 2021/ 2022. Program ini merupakan satu inisiatif untuk menerapkan pengetahuan asas fardu ain di samping membentuk sahsiah yang cemerlang dalam kalangan pelajar selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang keenam iaitu melahirkan modal insan yang seimbang di samping menyemai budaya ilmu dalam masyarakat. Program ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu teori dan praktikal wuduk dan solat serta turut melibatkan sesi soal jawab berkaitan hukum Islam berkisar kehidupan seharian pelajar. Program Cakna Agama & Asas Fardu Ain (CAKNA DEAF) 25 Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan 1443H/ 2022M Majlis Pelancaran Ihya ’ Ramadan ’ 1443H/ 2022M telah dianjurkan pada 30 Mac 2022 jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Pusat Islam Luqman al-Hakim, PTSS. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Pengarah PTSS yang bertindak merasmikan Pelancaran Ihya ’ Ramadan bagi tahun 2022 yang akan dipenuhi dengan programprogram berjadual sepanjang bulan Ramadan. Majlis ini juga turut diselitkan dengan Ceramah Ambang Ramadan yang disampaikan oleh Dr Muhamad Amar Mahmad, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. Kehadiran dan sambutan baik daripada pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar PTSS telah memeriahkan lagi majlis pelancaran ini.


J I K A K I T A T I D A K M A M P U M E M I M P I K A N S E B U A H M A S A D E P A N , M A K A K I T A A D A L A H O R A N G Y A N G T I D A K T A H U K E M A N A S E B U A H T U J U A N H I D U P . . 26


CHECKL IST GAYA HIDUP SIHAT Amalkan konsep #sukusukuseparuh. Membiasakan amalan pemakanan sihat. Mengurangkan minuman 'hipster' yang tinggi gula.. Minum air kosong secukupnya. Amalkan tiga sajian sayur dan dua sajian setiap hari. Pilih makanan segar (real food) dan kurangkan makanan segera dan diproses. Berusaha mendapatkan berat badan ideal untuk kesihatan dan kecergasan badan. Sumber info: Kementerian Kesihatan Malaysia Infografik : Ainul Farhaan binti Harun 27


TIPS MENJADI PRODUKTIF & EFISIEN DI TEMPAT KERJA 01 02 03 04 05 TETAPKAN TARGET HARIAN BUAT TO-DO-LIST KEKAL SISTEMATIK DAN KEMAS SET 'REMINDER' BEREHAT SEKETIKA Dengan menetapkan matlamat dan target harian akan menyebabkan tugasan menjadi lebih berfokus dan terancang. Perkara pertama sebelum memulakan tugasan dan kerja harian, anda perlu buat senarai semak atau to-do-list, supaya tiada tugasan yang tercicir atau terlepas pandang. Sikap sistematik dan tersusun ini amat penting kerana ia memberi motivasi kepada anda untuk terus bermotivasi dan lebih produktif. Penetapan ' reminder' bertujuan untuk mengelakkan buang masa dan sikap menangguh kerja. Ini kerana 'time wait for no man'. Ambil sedikit masa dan ruang untuk 'tinggalkan' seketika tugasan anda jika telah tepu. Ingat, kesihatan mental dan fizikal pastinya penting untuk terus produktif dan efisien Infografik : Ainul Farhaan binti Harun 28


Uji Minda Pengetahuan Agama Islam 29


UJI PENGETAHUAN ANDA !! Sila imbas (scan) QR Code di bawah dan buat latihan ulangkaji yang telah disediakan. Pengetahuan Asas Islam Akidah Syariah Selamat Menjawab 30


Buletin Al - Irsyad | Edisi 18 | Disember 2022 | Jamadil Akhir 1444H


Click to View FlipBook Version