The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU DIGITAL PSS AL-JAUHAR, 2023-05-31 07:01:08

HARIMAU DAN KUCING

HARIMAU DAN KUCING

HARIMAU DAN KUCING NURUL IMAN RAZALI


Ketika wilayah kita ini belum diduduki ramai orang dahulu, Kucing dan Harimau adalah kawan karib. Mereka gemar tinggal bersama kerana bulu mereka seakan sama iaitu halus dan berwarna-warni. Kedua-duanya suka makan daging. Oleh itu, mereka kerap kali pergi memburu. Bagi haiwan-haiwan lain kehadiran mereka amat menggerunkan. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Harimau dan Kucing mahir bergerak dalam hutan secara senyap sambil mengintai mangsa-mangsa mereka. Mangsa Harimau ialah Rusa, Kijang dan Pelanduk. Sementara Kucing suka menangkap Tikus, Tupai, Katak dan Ikan. Usaha mereka memburu jarang sekali menghampakan. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Pada suatu hari, mereka terperanjat mendapati tiga orang pemburu sedang menggalas seekor Rusa. “Cuba kau perhatikan ke mana pemburu itu membawa bangkai Rusa itu. Mungkin ada serpihan daging tertinggal nanti, “kata Harimau. Air liur Harimau meleleh daripada tepi mulutnya tanpa disedarinya. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Harimau dan Kucing mengekori pemburu itu perlahan-lahan sambil menyusuri sebatang denai. Kelihatan bangkai Rusa itu diletakkan di atas tanah, beralaskan daun-daun kering. Dua orang jejaka telah diarahkan oleh ketua mereka supaya mendapatkan beberapa batang kayu untuk dibuat tungku. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Tidak lama kemudian, dua orang jejaka itu kembali membawa beberapa batang kayu dan rotan. Mereka lantas mendirikan tungku. Sebentar kemudian, mereka pun menghidupkan api. Harimau dan Kucing tidak tahu apa sebenarnya api. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Kemudian Harimau dan Kucing mendapati pemburu itu meletakkan badan Rusa di atas tungku. Api pantas menjilat bulu Rusa dan menyebabkan daging Rusa mendidih dan berbau sedap. Kemudian, badan Rusa telah dipotong dan anggota dalamnya dikeluarkan. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Seorang pemburu telah mengerat sedikit daging di bahagian badan Rusa dan mencampakkannya ke dalam semak samun. Harimau dan Kucing bergegas serta menerkam daging itu. ARENA BOOKS ENTERPRISE


“Waah! Betapa sedapnya daging bakar ini. Sungguh beruntung Manusia kerana memiliki api,” kata Harimau. Harimau dan Kucing balik perlahan-lahan ke tempat persembunyian mereka. Mereka masih teringat-ingat akan daging bakar yang begitu lazat itu. ARENA BOOKS ENTERPRISE


“Alangkah baiknya jika kita tahu menggunakan api,” keluh Harimau. “Jika kita memilikinya, macam mana kita nak tahu menggunakannya pula,” jawab Si Kucing. “Cuba kau dapatkan api,” cadang Harimau. “Eh, mana boleh. Nanti diketahui oleh kaum manusia.” jawab Si Kucing dalam ketakutan. ARENA BOOKS ENTERPRISE


“Apa yang ditakutkan? Kau berhatihatilah. Cuba perhatikan pergerakan mereka. Selepas itu, kau masuk ke dalam pondok mereka,” cadang Harimau. Kucing menggigil memikirkan betapa sukarnya tugas yang akan dipikul. ARENA BOOKS ENTERPRISE


“Kenapa kau belum pergi lagi?” sergah Harimau yang terus mengaum kuat. “Aku akan pergi esok. Malam ini kita samasama berdoa supaya mendapat mimpi-mimpi yang baik,” jelas Kucing. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Pada keesokan harinya, awal-awal lagi Kucing memulakan perjalanannya ke arah rumah keluarga kaum Manusia. Harimau mengekori Kucing dari belakang. Si Kucing kemudiannya memerhatikan pergerakan keluarga Manusia tersebut. Ketika itu, suasana begitu sunyi dan sepi. ARENA BOOKS ENTERPRISE


“Pasti keluarga Manusia sudah pergi ke tempat lain,” fikir Kucing. Kucing lantas mara perlahan-lahan. Harimau menunggu di satu tempat berdekatan untuk memerhatikan apa yang telah berlaku. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Kucing sedang menjejaki anak tangga pondok. Dia dengan pantas naik ke atas. Waktu berada di anjung pondok itu, dia ternampak pintu rumah terbuka sedikit dan seterusnya mencuri masuk ke dalam. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Di dalam pondok, keluarga Manusia sedang menikmati hidangan makanan yang diletak ke dalam mangkukmangkuk beberapa keping pinggan di tengahtengah tempat hidangan. Di dalam mangkuk, terdapat beberapa kerat daging bersama kuahnya. Kucing belum berjaya mendapatkan penggores api. Seorang ahli keluarga Manusia bangun untuk memukul Kucing. ARENA BOOKS ENTERPRISE


“Jangan pukul dia ayah! Biar dia masuk. Banyak tulang ni,” kata si anak. Bapa itu terus memberi nasi bercampur kuah daging Rusa. “Alangkah sedapnya makanan ini,” kata Kucing terkenang akan Harimau. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Sejurus kemudian, seorang ahli keluarga Manusia lantas membelai-belai Kucing. Kucing tahu keluarga itu sukakannya. “Ada baik jika dia menetap di sini. Kita tidak akan diganggu oleh tikus lagi,” kata seorang ahli keluarga. Mereka memberi Kucing makan sekali lagi. Kucing merasakan daging itu sungguh enak. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Selepas makan, Kucing berehat dan tertidur. Dia terperanjat mendengar ngauman Harimau. “Wahai Kucing. Keluar kau dari pondok itu. Dimana api yang aku suruh kau ambil? Kenapa kau tidak kembali dengannya? Aku telah menunggu kepulangan kau begitu lama,” rungut Harimau. ARENA BOOKS ENTERPRISE


“Aku tidak berjaya mendapatkan api. Sebenarnya aku tidak memerlukan api. Aku tidak ingin kembali ke dalam hutan lagi. Aku senang hidup di sini,” beritahu Kucing. “Kau lupakan kawan selepas kau menjadi senang. Kita seharusnya taat dan setia kepada janji. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” kata Harimau. Kucing tidak menjawab. ARENA BOOKS ENTERPRISE


“Kau tidak boleh diharap. Kau mungkir janji. Aku akan sentiasa mengintai kau. Jika aku dapatkan kau, maka akan kumakan kau habis-habisan. Bukan sahaja kaki tapi seluruh tubuh badan akan kumakan juga,” kata Harimau. Harimau pun beredar dari situ dengan perasaan marah. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Setiba Harimau di puncak gunung, ia mengaum begitu kuat. Kucing amat takut dan bersembunyi di satu sudut dalam pondok itu. Ketika dia keluar, dia amat berhati-hati. Setiap kali dia membuang air besar, dia segera menimbus tahinya. Dia tidak lagi memburu pada waktu siang. ARENA BOOKS ENTERPRISE


Akibat perbuatan Kucing pada masa lampau, wujudlah satu pepatah bagaikan Kucing menimbus tahinya, seumpama menyembunyikan kesalahan diri. Harimau pun menyimpan dendam terhadap kaum Manusia. Justeru, Harimau memasang umpanan buahbuahan di dalam hutan untuk mengenakan Manusia. Umpanan itu jika disentuh, boleh menyebabkan seseorang itu dibaham oleh Harimau. ARENA BOOKS ENTERPRISE


PENGAJARAN ” Maksud: Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita.


Click to View FlipBook Version