BAB 1 PENGERTIAN UMRAH Hukum Ziarah dan Kelebihannya : Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi Baginda SAW adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidilharam. Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. : Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r. a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku Bahasa Ziarah Mengunjungi baitullah (kaabah al-musyarrafah) untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat tertentu Syara’
Panduan Perjalanan Ketika Melakukan Umrah Dan Haji
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Umrah ke Umrah yang berikutnya menjadi penebus dosa yang dilakukan di antara keduanya manakala Haji yang mabrur pula tidak ada balasan selain syurga." Diriwayatkan daripada Jabir r. a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Jemaah Haji dan Umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepada Nya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon ampun daripadaNya, Dia akan mengampunkan mereka." SUNAT SEMASA IHRAM Memakai pakaian ihram yang berwarna putih,manakala lelaki dikehendaki memakai selipar iaitu yang kelihatan tumit kaki dan jari-jari kaki
Kemudian mengerjakan solat sunat ihram dengan niat “sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana allah taala” Dibaca pada rakaat pertama selepas surah al-fatihah surah al-kafirun dan pada rakaat kedua selepas surah al-fatihah surah al-ikhlas. Rukun Umrah Ihram Pakai pakaian ihram. Lelaki harus terdiri daripada 2 lembar kain yang tidak berjahit manakala pakaian ihram wanita lebih bebas namun disunatkan berwarna putih, menutup aurat wanita dan tidak berjahit. Pakaian ini dipakai untuk menuju ke masjidil Haram untuk tawaf, sai, tahallul dan tertib. Tawaf Mengelilingi kaabah 7 pusingan. Niat tawaf adalah : “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.
Syarat sah tawaf: Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar. Badan suci dari najis. Menutup aurat. Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama. Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf. Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah). Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis. Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin. Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam. Setelah selesai tawaf, di sunatkan sembahyang tawaf di ruang sembahyang yang disediakan untuk melakukan rukun umrah ke tiga iaitu sai. Saie Berjalan berulang alik dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak 7 kali. Syarat sah saie harus dilakukan selepas tawaf dan bertujuan hanya untuk saie. Perjalan dimulai dengan bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah mencukupi sebanyak 7 kali. Kemudian setelah selesai saie , kemudian bolehlah bertahallul dengan menggunting sebahagian rambut(digunting oleh orang yang sudah bertahallul) atau ke kedai gunting. Tahalul Apabila sudah selesai memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai , afdhal bagi lelaki untuk bercukur kepala. Dan bagi yang tiada rambut dikepala pula , sudah memadai melalukan pisau di kulit kepala.
Tahallul bagi wanita atau perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya asalkan tidak kurang dari 3 helai. Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu. Tertib Melakukan rukun umrah ikut turutan. Kita perlu ikut tertib umrah dari niat sampailah bercukur. Jika sudah selesai umrah barulah boleh menanggalkan baju ihram dan tamatlah pantang larang dalam ihram. Kemudian , boleh melakukan tawaf sunat atau umrah yang berikutnya. Niat Ihram Di Miqat .
LARANGAN SEMASA IBADAH UMRAH
1 Memakai pakaian berjahit,bersarung seperti baju,seluar,kasut dan lain-lain
2 Menutup semua atau sebahagian kepala
Larangan Semasa Ihram
RUKUN –RUKUN UMRAH
RUKUN UMRAH Masa mengerjakan umrah Ibadah Ini Boleh Dilakukan Sepanjang Tahun Kecuali Semasa Mengerjakan Ibadah Haji
NOTA Senarai Barang Yang Harus Dibawa Semasa Ibadah Umrah Jubah Carilah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, dengan poket yang agak dalam dan berzip (kalau boleh). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket. Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang terutamanya wanita untuk kelihatan lebih sopan Stokin Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarung stokin, apabila sampai di masjid, buka sarung ini dan pakai yang putih sahaja. Selipar Jepun Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan beli yang murah sahaja. Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen, buat sendiri dan tanda nama – initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari poket jubah atau beg sandang dan masukkan selipar ke dalam uncang tadi. Semasa sembahyang letakan uncang ini di hadapan sejadah sebelah kiri ataupun kanan. Ingat, tandakan nama anda pada selipar yang dibawa untuk mengelakkan kehilangan! Surah Yassin Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah juga di adakan semasa wuquf . Sejadah Kecil Boleh digunakan apabila tiada ruang di masjid ataupun ketika melawat masjid lain kerana sesetengah karpet di sana kotor dan berdebu. Sekira tiada, pakai sahaja tuala kecil. Tag Nama Bagasi Tulis/taip dengan terang di sekeping kertas A4 : alamat hotel, No penerbangan, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Malaysia utk digunakan digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat rumah, boleh ditampal di kotak yang hendak di pos dari Mekah/Madinah ke Malaysia.
Toiletries Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Seba-Med, dll., kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah ‘treated sea water’ untuk kegunaan harian selain dari untuk minum. Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia. Harganya lebih murah berbanding yang di jual di Mekah/Madinah. Beg Sandang Bawa beg ini setiap kali ke masjid. Barang-barang yang perlu dibawa ialah: Buku sembahyang sunat Tasbih Botol ‘Spray’ Air (saiz kecil) – untuk ambil air wuduk Tuala Kecil – untuk melapik jubah semasa air wuduk Kad Kesihatan – untuk kecemasan Kad Pengenalan yang disediakan oleh Agensi Pelancongan– untuk pengesahan diri sekiranya tersesat Kad Alamat Hotel – sekiranya sesat tunjukkan alamat hotel Beg Plastik Bawa beg plastik – Giant/Jusco dll untuk merendam kain maka tidak perlu beli baldi. Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas breakfast boleh basuh. Penyangkut Baju Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekung, tuala dan juga untuk mengeringkan pakaian di dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah ‘air-cond’ supaya cepat kering. Ubat-Ubatan Bawa Strepsils, Fisherman’s Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sakit tekak) Vicks,minyak cap kapak,dll dari Malaysia. Di Mekah/Madinah, harganya agak mahal. Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (batuk kering dan batuk berkahak) dari doktor di Malaysia. Bawa juga asam jawa untuk di minum sekiranya tekak gatal. Botol Spray Sesetengah masjid di sana, orang terlalu ramai ataupun tiada air langsung dalam bilik air. Bawa botol spray apabila ke masjid untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol
mineral. Bagi wanita, longgarkan telekung dan tutup kepala dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Botol Air Travel-Friendly Air masak dan bahan untuk membuat air disediakan oleh pihak hotel Mekah/Madinah. Eloklah bawa mug/tupperware dengan tutup untuk menggelakkan air tertumpah di dalam lif. Banyak insiden ini berlaku dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan, dan jemaah bawa air milo/kopi utk minum dari dewan makan ke bilik tertumpah dan kena pada jemaah yang lain. Moisturiser & Lip Balm Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak tidur malam dan siang hari.Elakkan beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam ihram!) Cracked Heel Balm Anda akan berjalan dengan banyak sepanjang ibadah umrah. Bawa cracked heel balm untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah. Boleh dibeli di farmasi berdekatan seperti Watsons dan Guardian. Cermin Mata Hitam Sekiranya kawasan dalam masjid penuh ketika waktu solat Zohor atau Asar, and mungkin harus menunaikan embahyang di kawasan luar masjid. Dengan adanya cermin mata hitam, dapat mengurangkan silau semasa beribadat. Tuala Kecil Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk menggunakan spray. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 2-3 helai untuk memudahkan proses umrah anda. Buku Sembahyang Sunat Bawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa menunggu untuk waktu subuh – sembahyang sunat tasbih,tahajjud, taubat, hajat, witir.
Nasihat-Nasihat Umrah dan Haji Ibadah umrah dan haji adalah ibadah yang mencabar. Terutamanya kesabaran dan kekuatan fizikal. Justeru kami kumpulkan nasihat-nasihat daripada mereka yang pernah mengikuti umrah dan haji untuk panduan bersama. 1. Mengelakkan diri dari berhutang untuk mengerjakan ibadat Haji kerana tindakan sedemikian adalah salah memandangkan Haji tidak diwajibkan melainkan kepada orang-orang yang berkemampuan untuk mengerjakannya sahaja. 2. Cuba berusaha mempelajari ibadat ini supaya tidak mendedahkan diri anda ke dalam perkara yang boleh merosakkan pekerjaan anda atau mengurangkan pahala anda dalam keadaan anda tidak sedar. 3. Cuba berusaha untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w mengikut kemampuan anda dan keadaan anda. 4. Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa mengikut mazhab adalah merupakan suatu kemestian di dalam Haji dan jangan cuba untuk membebankan diri anda lebih dari kemampuan anda kerana (Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya). 5. Cuba berusaha untuk mengelakkan diri anda dari memerhati manusia dan tumpukan kepada pekerjaan anda dan cara melakukan ibadat anda. 6. Elakkan diri anda dari melakukan maksiat dan jauhkan diri anda dari bertengkar dan berbalah. Nasihat Semasa Tawaf 1. Menutup aurat dan suci dari hadas besar dan kecil. 2. Jangan berdiri terlalu lama di HajarulAswad kerana mengucup Hajarulaswad hukumnya sunat dan jangan sampai tercedera. 3. Kusyuk dan tenang dalam tawaf. 4. Makruh tawaf ketika menahan kentut, buang air kecil mahupun air besar. 5. Muwalat (berturut-turut) di antara pusingan-pusingan di dalam tawaf adalah sunat muakkad. 6. Elakkan bercakap dengan suara yang tinggi.
7. Elakkan dari berlari-lari anak di dalam setiap pusingan tawaf kerana berlari-lari anak adalah sunat pada tiga pusingan pertama tawaf sahaja yang selepasnya disusuli dengan saie selepasnya. 8. Elakkan dari ittiba' ketika selawat. 9. Elakkan dari menyentuh maqam Ibrahim dan menciumnya kerana perbuatan ini adalah bidaah bercanggah dengan sunnah begitu juga dengan berpegang pada dinding kaabah. NASIHAT di Madinah 1. Menyampaikan salam kepada Rasulullah SAW. 2. Berusaha untuk mendirikan sembahyang di Raudhah kerana Raudhah adalah merupakan sebahagian dari taman-taman syurga. 3. Tidak memegang dan mencium dinding maqam. 4. Berjalan dengan tenang dan sopan. 5. Dilarang merokok kerana ia perbuatan fasiq terutama di Madinah Rasulullah s.a.w. malah ia juga dianggap sebagai tidak beradab bersama Rasulullah s.a.w. 6. Melawat tempat-tempat bersejarah dengan mengetahui sejarahnya. 7. Memperbanyakkan zikir dan bacaan Al-Quran. 8. Datang awal ke Masjid Nabawi. Panduan Umrah dan Haji ini adalah sebagai panduan untuk membantu para jemaah sekalian. Ianya mungkin tidak sempurna. Namun insyaAllah boleh membantu. Apa yang penting adalah niatkan betul-betul tujuan menunaikan umrah dan haji kerana Allah s.w.t.
Politeknik Sultan Idris Shah Sungai Lang,45100 Sungai Air Tawar Selangor No Tel:03-3280 6200 No Faks:03-3280 6400 Email: [email protected] laman Web: www.psis.edu.my