LUQMAN HAKIM BIN AHMAD • IZZ DAYANA NURSYAHMINA NOR HIDAYU BTE SHAMSHUDIN • MOHD FADHIL BIN SHOIMI NCT1A
ii
iii DISEDIAKAN OLEH: LUQMAN HAKIM BIN AHMAD 2021290826 IZZ DAYANA NURSYAHMINA 2021285994 NOR HIDAYU BTE SHAMSHUDIN 2021839408 MOHD FADHIL BIN SHOIMI 2021839274 ICT400 (NCT1A) SEMESTER 1 SESI 2021 EDISI PERTAMA
iv UITM Publishing House Sdn. Bhd. Aras 2, UiTM-MTDC Technopreneur Centre Universiti Teknologi MARA UiTM, 40450 Shah Alam, Selangor Tel: 6012-3456 789 Faks: 603-4567 8912 E-mel: [email protected] Terbitan Pertama 2022 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan denga napa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain kecuali keizinan bertulis daripada Universiti Teknologi Mara, 40450, Shah Alam, Selangor. Pengarah Penerbitan Luqman Hakim bin Ahmad Pengurus Penerbitan Izz Dayana Nursyahmina Editor Nor Hidayu bte Shamshudin Penyunting Mohd Fadhil bin Shoimi Dicetak oleh PRINT FILA SDN. BHD. No, 74, Jalan 4/148D Taman Sungai Lui 57100, Kuala Lmpur
v DEDIKASI Buku ini didedikasikan untuk semua para pembaca lebih-lebih lagi kepada mereka yang menikmati cerita-cerita rakyat. Sekalung penghargaan buat pensyarah subjek ini, Puan Mudiana Mokhsin. yang banyak berjasa dalam memberikan sokongan dan mengajar kami selama ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini, jasa kalian amat dihargai. Tidak lupa juga kepada keluarga kami yang sentiasa mendoakan kami, memberi nasihat dan sentiasa memberi sokongan kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.
vi ISI KANDUNGAN DEDIKASI ............................................................................................................................................. v KATA PENGANTAR......................................................................................................................... vii KATA PENDAHULUAN .................................................................................................................. viii PENGAKUAN...................................................................................................................................... ix PENDAHULUAN.................................................................................................................................. x PATUNG CENDANA............................................................................ Error! Bookmark not defined. PAK AWANG DAN MAK DAYANG.................................................................................................8 AWANG YANG LURUS ...................................................................................................................15 PUTERI TIGA BERADIK..................................................................................................................18 CIK SITI WAN KEMBANG...............................................................................................................22 KESIMPULAN....................................................................................................................................28 RUJUKAN...........................................................................................................................................30
vii KATA PENGANTAR Alhamdulillah, puji dan syukur kehadrat Allah SWT atas segala rahmat, kasih sayang dan kesempatan yang diberikanNya cerita ini dapat penulis selesaikan. Cerita Rakyat ini disusun bagi memenuhi tugas akhir semester subjek ICT 400 - Fundamentals Of programming. Semoga cerita rakyat ini dapat menambah pengetahuan kita tentang cerita mitos yang merupakan cerita dongeng atau lagenda dimana ia berfungsi untuk menerangkan asal usul kejadian tertentu seperti kejadian manusia, alam, binatang dan penempatan. Cerita seperti ini dianggap sebagai sebuah cerita yang benar-benar berlaku pada suatu masa dahulu dan dianggap suci atau sakral atau kudus oleh masyarakat ketika itu. Selama penyusunan cerita rakyat ini, penulis melalui banyak kesulitan antaranya ialah keterbatasan waktu, bahan dan juga pengetahuan. Oleh kerana itu, penulis menyedari bahawa cerita rakyat ini jauh dari kata sempurna dan penulis memohon seribu kemaafan jika terdapat kekurangan serta ketidaksempurnaan sepanjang penulis menamatkan pengolahan cerita. Dikesempatan ini, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu penulis dalam proses penyusunan cerita rakyat ini. Semoga cerita rakyat yang sangat sederhana ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Kritikan dan saran yang bersifat membangun sangat penulis harapkan.
viii KATA PENDAHULUAN Puji syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan kurnianya, kami dapat menyelesaikan buku cerita rakyat ini dengan baik. Buku Cerita Rakyat ini sangat menarik dan mudah difaham oleh pembaca kerana jalan ceritanya yang menarik dan penggunaan bahasa yang mudah difahami. Mudah-mudahan buku ini bermanfaat dan dapat menghiburkan hati para pembaca lantas dapat menelusuri setiap nilai murni yang cuba disampaikan di dalam buku ini.
ix PENGAKUAN Alhamdulillah, puji syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan kurnianya, kami dapat menyelesaikan buku cerita rakyat ini dengan baik. Sekalung penghargaan buat pensyarah subjek ini, Puan Mudiana Mokhsin. yang banyak berjasa dalam memberikan sokongan dan mengajar kami selama ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini, jasa kalian amat dihargai. Tidak lupa juga kepada keluarga kami yang sentiasa mendoakan kami, memberi nasihat dan sentiasa memberi sokongan kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Buku Cerita Rakyat ini sangat menarik dan mudah difaham oleh pembaca kerana jalan ceritanya yang menarik dan penggunaan bahasa yang mudah difahami. Mudah-mudahan buku ini bermanfaat dan dapat menghiburkan hati para pembaca lantas dapat menelusuri setiap nilai murni yang cuba disampaikan di dalam buku ini.
x PENDAHULUAN Cerita rakyat ialah cerita rekaan daripada masyarakat zaman dahulu yang berkisarkan kisah tentang suatu kejadian atau asal asal suatu tempat. Penceritaan kisah rakyat masih lagi mendapat tempat di hati masyarakat. Walaupun cerita-cerita rakyat ini mempunyai tokok tambah atau pengurangan isi kandungannya, ianya masih diperdengarkan dan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain sama ada secara lisan atau penulisan. Malahan cerita rakyat turut diwujudkan dalam bentuk binatang, manusia mahupun dewa. Sepanjang generasi, cerita rakyat ini biasanya berubah-ubah, mempunyai pelbagai versi namun inti patinya tetap sama. Cerita rakyat boleh dianggap sebagai sebuah hiburan yang memberi pengajaran, menerapkan nilai-nilai murni yang dapat kita contohi dan pelajari.
xi PROLOG Patung Cendana Tersebutlah kisah di Kampung Desa Tualang, ada seorang ibu tunggal bernama Mak Melati tinggal bersama dengan anak gadisnya, Melur. Pada suatu hari, seorang lelaki yang sudah agak berumur datang meminang Melur. Apakah tindakan Mak Melati yang seterusnya? Pak Awang dan Mak Dayang Di Kampung Indah Sri Bayu, terdapat sepasang suami isteri bernama Pak Awang dan Mak Dayang. Mereka tidak hidup senang seperti penduduk kampung yang lain. Mereka berdua sudah mendirikan rumah tangga hampir sedekad lamanya, namun masih tidak dikurniakan cahaya mata. Tetapi ada seekor kucing yang muncul dalam hidup mereka dan ada sesuatu yang terjadi selepas itu. Awang yang Lurus Diceritakan kisah seorang lelaki lurus bendul bernama Awang yang tinggal bersama ayahnya. Awang seorang anak yang taat dan akan membuat apa sahaja yang disuruh. Akibat sikap Awang yang terlalu lurus bendul telah menyebabkan rumah usang tempat dia dan ayahnya berteduh hangus terbakar. Apakah nasib Awang selepas itu? Puteri Tiga Beradik Mengisahkan tentang tiga orang puteri raja. Mereka selalu turun ke dunia untuk bermain. Pada suatu hari, ketiga-tiga puteri itu turun ke dunia dengan menggunakan baju terbang mereka. Malang menimpa Puteri Cahaya Bintang apabila baju terbang miliknya telah hilang ketika mereka sedang leka bermain dan bermandi manda. Cik Siti Wan Kembang Cik Siti Wan Kembang adalah merupakan hasil dari perkahwinan permerintah Kerajaan Serendah Sekebun Bunga di Kelantan. Cik Siti Wan Kembang menjadi Puteri yang mempunyai peribadi yang indah di samping mempunyai rupa yang jelitawan dan rupawan.
xii SENARAI GAMBAR Gambar 1 ................................................................................................................... 2 Gambar 2 ................................................................................................................... 3 Gambar 3 ................................................................................................................... 4 Gambar 4 ................................................................................................................... 5 Gambar 5 ................................................................................................................... 6 Gambar 6 ................................................................................................................... 7 Gambar 7 ................................................................................................................... 9 Gambar 8 ................................................................................................................. 10 Gambar 9 ................................................................................................................. 11 Gambar 10 ............................................................................................................... 12 Gambar 11 ............................................................................................................... 13 Gambar 12 ............................................................................................................... 14 Gambar 13 ............................................................................................................... 16 Gambar 14 ............................................................................................................... 17 Gambar 15 ............................................................................................................... 19 Gambar 16 ............................................................................................................... 20 Gambar 17 ............................................................................................................... 21 Gambar 18 ............................................................................................................... 23 Gambar 19 ............................................................................................................... 24 Gambar 20 ............................................................................................................... 25 Gambar 21 ............................................................................................................... 26
1
2 PATUNG CENDANA Gambar 1 Tersebutlah kisah di Kampung Desa Tualang, ada seorang ibu tunggal bernama Mak Melati tinggal bersama dengan anak gadisnya, Melur. Mak Melati mengerjakan sawah padi manakala anak gadisnya tinggal keseorangan di rumah. Mereka berdua hidup serba sederhana. Pada suatu hari, seorang lelaki yang sudah agak berumur datang meminang Melur. Namun Mak Melati meminta tempoh tangguh. Apabila genap masanya, lelaki tua itu datang semula menagih janji Mak Melati. Kali kedua ini, Mak Melati meminta tangguh selama setahun lagi. Kemudian pada kali ketiga lelaki tua itu menagih janji Mak Melati, Mak Melati memberi helah, “Anak aku masih budak lagi. Dia belum tahu mengurus rumah tangga.” Lelaki tua itu pulang ke rumahnya setelah diminta untuk menangguhkan selama setahun lagi. Pada kali keempat, lelaki tua itu datang ke rumahnya untuk meneruskan urusan peminangan. Mak Melati jadi serba salah. Dia sebenarnya tidak mahu berpisah dengan anak tunggalnya itu, selain dia tidak suka bermenantukan lelaki tua yang hampir sebaya dengannya itu. “Tunggulah enam bulan lagi. Pada waktu itu, aku tentu akan memberi jawapannya,” janji Mak Melati buat kesekian kalinya. Setelah lelaki tua itu pergi, Mak Melati segera mencari helah untuk mengelakkan Melur berkahwin dengan lelaki tua itu. Dia yakin lelaki tua itu tidak akan berputus asa untuk memperisterikan anaknya itu. Pada masa dia memerah otaknya itu, dia teringat akan seorang tukang ukir yang masyhur. Tukang ukir itu sangat tersohor kerana mampu mengukir kayu persis menyerupai manusia. Mak Melati hanya risaukan satu perkara, iaitu upah mengukir.
3 Dia mendengar cerita orang kampung bahawa tukang ukir itu mengenakan upah yang tinggi. Lebih-lebih lagi jika mahu mengukir kayu yang sebesar saiz manusia. Gambar 2 Pada keesokan harinya, pergilah Mak Melati ke rumah tukang ukir yang mahir lagi masyhur itu. Tukang ukir itu sanggup mengukir patung yang menyerupai Melur jika dia mendapat kayu cendana sebagai bahan ukirannya. Tetapi bukan itu sahaja pintanya, tukang ukir itu sebenarnya sudah lama berkenan akan Mak Melati. Syaratnya yang kedua, Mak Melati perlu mengahwininya, barulah dia bersetuju untuk mengukir patung yang menyerupai Melur itu. Tanpa berfikir panjang, Mak Melati bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan oleh tukang ukir kayu itu. Dengan segera dia mencari kayu cendana tersebut lalu menyerahkannya kepada tukang ukir itu. Mak Melati masih dengan sikapnya yang suka memberi helah, seraya berkata kepada tukang ukir itu, “Kau buat dahulu patung yang menyerupai anakku, selesai sahaja itu, aku akan berkahwin dengan kau,” ujar Mak Melati. “Baiklah, berikan aku tempoh selama enam bulan,” ujar tukang ukir itu. Mak Melati pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat gembira. Dia yakin bahawa dia dapat menjayakan rancangannya dan menghindarkan dirinya daripada berpisah dengan anak gadis tunggalnya itu. Setelah enam bulan berlalu, lelaki tua itu datang semula menagih janjinya. “Seperti yang kita berjanji dulu, enam bulan sudah berlalu, aku datang hendak menuntut janji,” kata lelaki tua itu kepada Mak Melati. Mak Melati tidak dapat berdalih lagi. Dia percaya patung kayu cendana ditempahnya itu pasti sudah disiapkan oleh tukang ukir itu.
4 “Kalau sungguh kau hendak meminang anak aku, aku terima,” jawab Mak Melati sambil tersenyum. “Bilakah dapat ditetapkan hari persandingan itu?” tanya lelaki tua itu. “Hari persandingan itu kita langsungkan dua bulan dari sekarang,” jawab Mak Melati. Lelaki tua itu lantas menyerahkan sejumlah wang hantaran dan duit belanja untuk persediaan majlis persandingan serta keperluan lain yang ditetapkan Mak Melati. Setelah selesai semuanya, dia pun berangkat pulang. Sejurus kemudian, dengan segeranya Mak Melati pergi menuju ke rumah tukang ukir. Dia berasa amat gembira kerana patung kayu cendana yang ditempah itu sudah disiapkan tukang ukir dengan sebaiknya. Mak Melati mendapati patung ukiran itu benar-benar menyerupai Melur. Jikalau sudah berpakaian yang lengkap, tiada sesiapa yang akan menyangka bahawa itu adalah anak patung yang diperbuat daripada kayu cendana. Tukang ukir lalu menuntut syarat yang kedua yang dia berikan kepada Mak Melati. Seperti biasa, Mak Melati masih memberi helah. Dia berkata dia akan mengahwini tukang ukir itu setelah selesainya majlis kahwin anak gadis tunggalnya yang akan berlangsung dalam tempoh dua bulan dari sekarang. Gambar 3 Tukang ukir itu bersetuju memikirkan mungkin banyak yang perlu diselesaikan Mak Melati kerana anak gadis tunggalnya itu akan mengadakan majlis perkahwinan dalam masa terdekat ini. Mak Melati mengupah 2 orang pemuda kepercayaannya untuk membawa patung kayu cendana itu pulang ke rumahnya pada waktu malam. Patung itu disimpan di dalam sebuah almari khas lengkap berkunci di dalam biliknya.
5 “Jangan beritahu kepada sesiapa pun tentang patung kayu ini,” pesan Mak Melati kepada Melur. “Patung yang menyerupai kamu inilah yang akan emak sandingkan pada hari pernikahan kamu dengan lelaki tua itu nanti,” sambung ibu tunggal itu lagi. Gambar 4 Menjelang hari persandingan seperti yang dirancangkan, semua persiapan telah siap dibuat. Pada hari persandingan itu, semua jemputan hadir dengan gembiranya. Pelamin indah sudah didirikan di ruang tengah rumah Mak Melati. Pengantin perempuan yang sebenarnya patung menyerupai Melur itu telah berada di atas pelamin lengkap berpakaian pengantin yang serba indah. Melur yang sebenarnya dia sembunyikan di dalam almari khas yang terletak di dalam bilik. Tiada sesiapa yang menyangka bahawa pengantin perempuan yang duduk itu sebenarnya sebuah patung kayu cendana kerana patung itu mirip benar dengan Melur. Akhirnya rombongan pengantin lelaki tua itu tiba. Hajat lelaki tua itu hendak memperisterikan gadis cantik anak tunggal kepada Mak Melati itu akhirnya tercapai.
6 Gambar 5 Setelah agak lama duduk bersanding di atas pelamin, pengantin lelaki itu mula berasa syak wasangka. Pengantin perempuan di sisinya itu tidak menguit atau bersuara sekali pun. Malah dia juga menyedari dada isterinya tidak berombak hembusan nafas. Tanpa disangka oleh sesiapa pun, tiba-tiba pengantin lelaki itu bergegas bangun dari tempat duduknya dan turun dari atas pelamin. Dengan langkah yang cepat, dia melulu keluar dari rumah Mak Melati lalu berjalan ke pintu pagar rumah itu. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berasa hairan. Sesampainya di pintu pagar, pengantin lelaki itu lalu berpaling seraya berseru, “Hai patung cendana, bangkitlah engkau dan ikutlah ke mana-mana sahaja aku pergi!” Sesudah dia berseru-seru buat sekian kalinya, pengantin lelaki itu pun berjalan terus meninggalkan rumah Mak Melati yang masih riuh gegak gempita dengan para jemputan itu. Di atas pelamin, pengantin perempuan yang diam membatu itu tiba-tiba menggerakkan badannya lantas bangun berjalan menuruni pelamin dan mengikuti pengantin lelaki itu. Mak Melati benar-benar terkejut melihat pengantin perempuan itu berlari keluar dari rumahnya. Tanpa membuang masa, dia mempercepatkan langkahnya masuk ke dalam bilik lantas membuka almari yang dikuncinya itu. Dia mendapati anaknya Melur telah bertukar menjadi patung cendana. Lantaran terlalu terkejut, Mak Melati meraung sekuat-kuatnya. Para jemputan gempar apabila mendapat tahu bahawa pengantin perempuan yang duduk di atas pelamin itu tadi adalah patung cendana rupanya. Manakala anak gadis tunggal Mak Melati yang disembunyikan dalam almari itu telah bertukar menjadi patung cendana. Patung cendana itu sudah bertukar tempat dengan Melur.
7 Pada petang itu, tukang ukir kayu pun terdengar desas desus tentang kisah yang terjadi di majlis perkahwinan anak tunggal Mak Melati itu. Lalu dia pergi ke rumah Mak Melati kerana menuntut janjinya. Setibanya tukang ukir kayu itu di perkarangan rumah, dia terus dimarahi oleh Mak Melati. “Kau buat apa di sini? Aku sudah kehilangan anakku, yang tinggal hanyalah patung cendana buatan kau! Aku sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan kau, aku hanya bilang bersetuju agar kau ukirkan patung kayu itu!” jerit Mak Melati. Gambar 6 Tukang ukir itu berasa sangat geram dan malu kerana Mak Melati menjerit kepadanya sehingga jiran-jiran di sekelilingnya mendengar. Tanpa berfikir panjang, Tukang ukir itu mencari kayu cendana dan diukirnya patung menyerupai Mak Melati. Dia tidak pernah tahu bahawa patungnya boleh berubah menjadi manusia sebenar. Setelah mengetahui kejadian yang berlaku di perkahwinan Melur itu, dia pula ingin membuat perkara yang sama seperti pengantin lelaki itu lakukan. Tukang ukir itu berusaha menyiapkan patung cendana itu dengan kadar secepat yang.mungkin. Selepas 3 purnama, tukang ukir itu berjaya menyiapkan ukiran patungnya. Lalu dia berseru, “Hai patung cendana, bangkitlah engkau dan jalanilah kehidupan bersamaku!” Sesudah dia menyeru ungkapan itu berulang kali, patung cendana tersebut mulai bergerakgerak dan bertukar menjadi manusia. Patung itu sudah bertukar tempat dengan Mak Melati dan meneruskan kehidupannya bersama tukang ukir kayu itu buat selamanya. Dampak dari perbuatan Mak Melati yang tidak jujur dan sering memberi alasan dalam kehidupannya telah mendatangkan padah. Akhirnya, Mak Melati dan anak gadisnya Melur telah bertukar menjadi patung cendana untuk selama-lamanya
8
9 PAK AWANG DAN MAK DAYANG Gambar 7 Di Kampung Indah Sri Bayu, terdapat sepasang suami isteri bernama Pak Awang dan Mak Dayang. Mereka tidak hidup senang seperti penduduk kampung yang lain, tetapi cukup seadanya buat mereka berdua meneruskan kelangsungan hidup. Mereka tidak pernah mengeluh sekalipun dan sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Pak Awang bekerja sebagai seorang penangkap ikan, manakala Mak Dayang pula merupakan seorang pembantu rumah. Mereka berdua sudah mendirikan rumah tangga hampir sedekad lamanya, namun masih tidak dikurniakan cahaya mata. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan zuriat yang akan menyerikan kehidupan alam berumahtangga. Redha dengan ketentuan Ilahi, mereka yakin jika ada rezeki buat mereka, maka adalah. Pada suatu hari, Pak Awang pergi mengangkat bubunya yang dia tahan di sebatang anak sungai petang semalam. Sementelah pada hari tersebut Pak Awang kurang sihat, jadi dia keluar agak lewat pada pagi itu. Seperti kebiasaan, Pak Awang memasang bubunya di tiga tempat yang berasingan. Sampai di tempat bubunya yang pertama, dia mengangkat bubunya dan berasa sangat gembira kerana terdapat banyak ikan di dalam bubunya. Pak Awang cepatcepat memindahkan semua ikan itu ke dalam sebuah raga. Selesai itu, Pak Awang menahan semula bubunya di tempat yang sama lalu berjalan ke tempat bubunya yang kedua. Bak kata pepatah, “rajin mengais, tembolok berisi”, sama seperti Pak Awang yang rajin bekerja mencari nafkah, rezeki akan bertambah. Bubunya yang kedua juga penuh berisi ikan. Dia terus memindahkan ikan-ikan tersebut ke dalam raga lalu memasang semula bubu di tempat asalnya. Memandangkan hasil tangkapan ikan yang dia dapat pada hari itu agak banyak dan mentari sudah membumbung tinggi, Pak Awang membuat keputusan untuk terus ke pasar
10 untuk berjualan. Untung-untungan, pasar itu masih ramai pengunjungnya walaupun hari sudah hampir tengah hari. Ikan-ikan yang Pak Awang bawa habis laku terjual semuanya. Setelah semua jualannya habis, Pak Awang pergi membeli sedikit keperluan dapur sebelum pulang ke rumahnya. Di pertengahan jalan, tiba-tiba Pak Awang baru teringat bahawa ada satu lagi bubunya belum diangkat. Lalu dia menuju ke sungai semula sebelum berjalan pulang ke rumahnya. Gambar 8 Setibanya dia di bubu yang ketiga itu, Pak Awang tersentak apabila melihat ada seekor kucing hitam di dalam bubunya dah bukannya ikan-ikan sungai. Pak Awang cepat-cepat mengeluarkan kucing hitam tersebut kerana kasihan melihatnya terperangkap dan menggigil kesejukan. Dengan pantas Pak Awang membalut kucing itu dengan kain ikat kepalanya yang lusuh. Tanpa berlengah lagi, Pak Awang membawa kucing itu pulang. Mak Dayang juga terkejut apabila diberitahu Pak Awang kucing hitam itu dijumpai dalam salah satu bubu tahanannya. Mak Dayang menamakan kucing itu Hitam. Dia membersihkan kucing tersebut dan memberinya makan. Pak Awang dan Mak Dayang berhasrat untuk terus menjaga Hitam di rumah mereka memandangkan mereka tidak dikurniakan cahaya mata, dengan harapan kehadiran Hitam dapat menghilang rasa sunyi di rumah mereka. Sewaktu Pak Awang lena tidur pada malam itu, dia bermimpi didatangi seekor ikan yang sangat cantik seperti permaisuri ikan. Ikan itu meminta Pak Awang membela Hitam dengan baik. Menurut ikan yang sangat cantik itu, Hitam akan membawa tuah kepada keluarga Pak Awang dan dia berterima kasih kerana menyelamatkan Hitam tempoh hari. Sejurus kemudian, Pak Awang terjaga dari lenanya. Dia masih teringat akan mimpinya dan merasa hairan dengan pesanan ikan yang cantik itu. Dia dapat melihat ikan itu tersenyum tetapi matanya penuh dengan kesedihan. Pak Awang cuma menganggap itu hanyalah mainan mimpi sahaja, lalu dia segera menunaikan solat Subuh memandangkan fajar sudah menyinsing.
11 Gambar 9 Sudah seminggu Hitam tinggal bersama Pak Awang dan Mak Dayang. Pak Awang mendapati Hitam selalu mengikutinya pergi ke sungai. Selepas kedatangan Hitam, setiap hari dia mendapati banyak hasil tangkapan ikan di dalam ketiga-tiga bubunya itu. Dia mengasingkan sedikit ikan untuk habuan Hitam. Pak Awang membawa ketiga-tiga bubunya pulang untuk dibersihkan setelah selesai berjualan di pasar petang. Pada keesokan harinya, Pak Awang bersiap sedia hendak membawa bubu-bubunya ke sungai. Dia terkejut dan hairan apabila mendapati semua bubunya tidak ada di bawah rumahnya seperti biasa. Dia mencari bubunya di setiap sudut tetapi tetap tidak ditemui. Pak Awang terus bertanya kepada Mak Dayang yang sedang bersiap untuk pergi bekerja ke rumah majikannya. Mak Dayang berkata dia juga nampak bubu-bubu Pak Awang ada di bawah rumah mereka petang semalam. Mereka berasa pelik akan kejadian tersebut. Kemudian Pak Awang mengajak Mak Dayang untuk pergi ke sungai untuk mencari bubu-bubu miliknya. Sewaktu tiba di sungai, Pak Awang mendapati bubunya sudah ada di dalam air di tempat biasa. Pak Awang dan Mak Dayang tertanya-tanya siapakah gerangan yang menahan bubunya itu. “Cuba abang angkat bubu itu” pinta Mak Dayang. Tanpa berlengah, Pak Awang mengangkat bubu tersebut dan dia terkejut kerana sudah banyak ikan dia dalam bubunya itu. Pak Awang membelek-belek bubu itu dan dia pasti bubu itu kepunyaannya. Lalu mereka pergi ke tempat bubunya yang lain dan ternyata semua bubu yang ditahan itu penuh berisi ikan. Pak Awang dan Mak Dayang berasa sangat gembira. Pada hari itu, Pak Awang mendapat banyak duit hasil jualan ikannya. Mak Dayang pula tidak pergi bekerja pada hari itu, dia membantu Pak Awang untuk membersihkan bubu-bubunya. Sesudah bubu-bubu itu dibersihkan, Mak Dayang meletakkannya di bawah rumah. Mak Dayang memasak dan berkemas rumah sambal ditemani Hitam dan menunggu kepulangan suaminya. Apabila Pak Awang pulang, mereka duduk makan bersama-sama. Setelah itu, Pak Awang keluar lagi kerana hendak memasang bubunya. Dia dan Mak Dayang berasa hairan sekali lagi apabila mendapati bubu-bubunya tiada sekali lagi. Mereka langsung pergi ke sungai semula dan
12 memang benar seperti yang mereka sangka, bubu-bubunya sudah ditahan di dalam air sungai itu. Perkara itu berlaku setiap hari dan hasil dapatan ikan dari tahanan bubu-bubu itu sangat banyak. Pada satu malam, Mak Dayang pula yang bermimpi. Kali ini, dia melihat Hitam telah bertukar menjadi seorang gadis yang anggun. Mak Dayang terjaga. Kemudian dia teringat akan cerita Pak Awang akan mimpinya didatangi ikan yang cantik itu. Esok paginya Mak Dayang menceritakan tentang mimpinya kepada Pak Awang. Mereka mengambil kata sepakat untuk memperhatikan gerak-geri Hitam pada hari itu. Gambar 10 Pak Awang dan Mak Dayang berpura-pura pergi kerja seperti biasa. Mereka berpatah balik lalu bersembunyi di balik pintu rumah mereka. Mereka melihat Hitam berjalan mundar-mandir untuk beberapa ketika. Mereka terpegun apabila melihat di suatu sudut rumah mereka, Hitam keluar dari sarungnya dan berubah menjelma menjadi seorang gadis yang anggun sama seperti dalam mimpi Mak Dayang. Kemudian, gadis itu keluar membawa bubu-bubu mereka pergi ke sungai. Tanpa berlengah, Pak Awang dan Mak Dayang segera mengekori gadis itu. Persoalan yang berlegar di pemikiran mereka selama ini telah terjawab. Rupa-rupanya “Hitam” lah yang membantu memasang bubu-bubu itu di tempat yang biasa di pasang Pak Awang. Pak Awang dan Mak Dayang bergegas pulang ke rumah untuk menunggu kepulangan Hitam dan mereka bercadang untuk menyembunyikan sarung yang ditinggalkan Hitam tadi. Tidak lama selepas Hitam selesai memasang bubu-bubu Pak Awang, dia terus pulang ke rumah. Hitam tidak sedar akan kehadiran Pak Awang dan Mak Dayang, dia terus ke sudut rumah untuk memakai semula sarungnya itu. Dia terkejut apabila melihat sarungnya sudah hilang. Dia lalu ke ruang tamu dan tersentak apabila melihat wajah Pak Awang dan Mak Dayang. “Jangan sembunyikan apa-apa lagi Hitam, kami dah lihat semuanya.” kata Pak Awang.
13 “Mulai hari ini, janganlah kamu menjadi seekor kucing lagi. Kekallah menjadi seorang manusia dan hidup sebagai anak kami,” ujar Mak Dayang. Terharu mendengarnya, Hitam menerpa tangan Pak Awang dan Mak Dayang seraya berkata “Mak, Ayah!”. Kemudian dia mendakap kedua suami isteri itu. Pak Awang dan Mak Dayang berasa sangat gembira mendengar Hitam memanggil mereka dengan panggilan mak dan ayah. Mereka tidak sangka akan dikurniakan seorang anak dengan sekelip mata. Mereka bertiga lalu duduk di ruang tamu dan Hitam menerangkan siapa diri dia yang sebenarnya. “Nama saya Seroja, sebenarnya saya seekor ikan yang disumpah raja ikan iaitu ayah saya sendiri. Dia telah menyumpah sekiranya saya lari dari rumah lalu terperangkap di dalam sebuah bubu, saya akan menjadi seekor kucing. Ini kerana saya tidak mahu berkahwin dengan pilihannya. Saya tidak sangka yang saya akan terperangkap ke dalam sebuah bubu. Mujur ayah datang dan menyelamatkan saya. Jika tidak pasti saya sudah mati lemas!” Pak Awang dan Mak Dayang hanya berdiam sahaja mendengarkan cerita Seroja. Gambar 11 “Jika ada manusia yang baik membela saya, saya akan berubah menjadi manusia.” sambung Seroja. Pak Awang lalu bercerita, “Ayah ada bermimpi seekor ikan yang sangat cantik pada hari ayah selamatkan kamu tempoh hari. Dalam mimpi itu, dia berpesan untuk menjaga kamu dengan baik dan berterima kasih kepada ayah kerana telah menyelamatkan kamu keluar dari bubu.” Seroja yang kini seorang gadis terus mengeluarkan air mata. Dia yakin itu adalah ibunya. Mak Dayang terus memeluk Seroja dan mereka berjanji akan menjaga Seroja dengan penuh kasih
14 sayang. Pak Awang dan Mak Dayang menasihati Seroja untuk sering berdoa untuk ahli keluarganya yang lain dan jangan bersedih lagi. Keesokan harinya Seroja membantu Pak Awang mengangkat bubu-bubu mereka. Pak Awang hairan kerana mendapati kesemua ikan yang ada di dalam bubu mereka berwarna putih seperti kapas. Dalam perut ikan-ikan itu pula bersinar-sinar dengan warna kuning keemasan. Gambar 12 “Eh, ini ikan-ikan apa? Tidak pernah ayah lihat sebelum ini.” tanya Pak Awang “Ayah jangan jual ikan-ikan ini, kita bawa pulang dan belah perutnya.” kata Seroja. Pak Awang menurut sahaja kata-kata anaknya itu. Setibanya di rumah, Seroja membawa ikan-ikan itu ke dapur untuk membantu Mak Dayang membelah perut ikan-ikan itu. “Abang! Lekas ke mari!” laung Mak Dayang. Pak Awang bergegas ke dapur untuk mendapatkan isteri dan anaknya. Mak Dayang menunjukkan ketulan-ketulan emas yang diperolehi dari dalam perut ikan putih itu. Seroja menjelaskan kebarangkalian mungkin ibu kandungnya yang menghantar ikan-ikan ini sebagai tanda terima kasih kerana menyayangi dan menjaga anaknya dengan baik. Mereka menjualnya di pekan dan mendapat wang yang banyak. Kehidupan Pak Awang, Mak Dayang dan Seroja bertambah mewah sejak hari itu. Walaupun begitu, Pak Awang masih meneruskan pekerjaaan menangkap ikan setiap hari kerana dia tidak mahu bergantung hanya dengan ketulan emas itu sahaja. Mak Dayang pula sudah tidak bekerja sebagai pembantu rumah. Dia kini membantu suaminya menjual ikan di pasar bersama Seroja. Mereka tidak sombong terhadap orang kampung walaupun taraf kehidupan mereka bertambah senang. Malah mereka turut membantu penduduk kampung yang memerlukan bantuan. Pak Awang dan Mak Dayang sangat bersyukur dengan kehadiran Seroja yang menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna.
15
16 AWANG YANG LURUS Awang tinggal bersama-sama ayahnya. Ayahnya seorang yang sangat alim dan Awang juga merupakan seorang anak yang sangat taat. Dia akan membuat apa sahaja yang disuruh. Pada suatu hari, ayah Awang dipanggil membaca doa di rumah jiran. Sebelum pergi, ayahnya sempat berpesan kepada anaknya. "Jika ada orang memanggil ayah, kamu hendaklah segera memanggilku" kata ayahnya. "Baik ayah" balas Awang sambil mengangguk paham. Gambar 13 Tidak lama kemudian ada orang datang memanggil ayah Awang. Dia pun memanggil bapanya dari rumah hinggalah ke tempat ayahnya berada sambil berlari dan termengahmengah.Setibanya dia di sana, ayahnya mula memarahinya kerana caranya yang tidak sopan. Diwaktu yang lain, ayah Awang memberitahunya agar sentiasa bersifat tertib semasa berada dirumah tetamu sebelum berjumpa dengan ayahnya. Hendaklah memberi salam, kemudian naik kerumah tetamu dengan penuh teratur, berjabat tangan dengan tuan rumah dan tetamu yang berada berdekatan ayahnya dan baharulah mendekati ayahnya dan berbisik ke telinga ayahnya. Awang mengangguk tanda paham pesanan ayahnya. Pada hari yang lain pula terjadi kebakaran dirumah yang mereka diami. Awang teringat akan pesanan ayahnya. Lalu dia mula berjalan lambat-lambat ke rumah jiran di mana tempat ayahnya sedang membaca doa. Dengan penuh sopan dan tertib Awang memberi salam, naik kerumah dan berjabat tangan kepada semua tetamu yang hadir seterunya dia mendekati ayahnya dengan penuh sopan dan selembutnya dia berbisik ke telinga ayahnya.
17 "Ayah, rumah kita terbakar" bisik Awang dengan penuh senyuman dan sopan santun. Terbeliak mata ayahnya. "Apa?! Rumah kita terbakar?!" melantun tinggi suara ayahnya hingga mengejutkan tetamu yang ada. Ayah Awang mula memarahi Awang dan bergegas pulang ke rumah tetapi malangnya semua itu telah terlambat. Rumah yang mereka diami sudah menjadi abu dan debu. Akibat terlalu marah dengan Awang yang lurus ini, ayahnye telah menghalau awang dan kini Awang mula jalani hidup sebatang kara tanpa ayahnya disisi. Awang melakukan pelbagai pekerjaan bagi kelangsungan hidupnya. Disebabkan perngai Awang yang baik dan terlalu lurus, dia telah diterima bekerja sebagai pegawai istana. Gambar 14 Sewaktu di istana, Awang telah disuruh oleh sekumpulan pencuri untuk membantu mereka mencuri harta raja. Awang yang terlalu lurus dan patuh itu mula mengumpul semua peti harta milik raja. Pencuri yang mengambil kesempatan ke atas kelurusan Awang mula mengambil langkah mudah dengan membiarkan Awang membawa harta raja seorang diri. Mereka menunggu Awang di bawah tembok. Apabila Awang tiba dengan membawa peti harta, pencuri yang berada di bawah tembok mula menjerit ke arah Awang untuk meletakkan peti harta itu di tepi tembok. Awang yang melihat pencuri dibawah melambai-lambai tangan ke arahnya beranggapan bahawa pencuri itu menyuruhnya melepaskan peti harta itu kepada mereka dan tanpa berfikir panjang Awang terus melepaskan peti harta itu ke arah pencuri tersebut. Pencuri yang tergamam melihat Awang menjatuhkan peti harta itu tidak sempat mengelak dan terhempap peti itu lalu mati di situ juga. Awang ditangkap oleh pengawal istana tetapi tidak lama selepas itu dia dibebaskan di atas kepercayaan raja terhadap kelurusannya. Raja amat gembira dengan keberanian Awang lalu melantik Awang menjadi panglima di istana.
18
19 PUTERI TIGA BERADIK Kononnya ada tiga orang puteri raja yang cantik-cantik belaka. Mereka tinggal di kayangan. Puteri sulung bernama Puteri Suria Pagi. Yang tengah bernama Puteri purnama Sari manaka yang bongsu bernama Puteri Cahaya Bintang. Ayahanda mereka, Sultan Malim Di Awan memerintah di kayangan. Permaisuri baginda bernama Puteri Mega Bestari. Puteri tiga beradik selalu turun ke dunia kerana bermain dan mandi di sebuah kolam yang cantik. Sultan Malim Di Awan menasihati puteri-puterinya agar pulang ke kayangan sebelum senja. Pada suatu hari, ketiga-tiga puteri itu turun ke dunia dengan menggunakan baju terbang mereka. "Mari kita bersiram di dalam kolam" kata Puteri Purnama Sari. Tanpa berlengah, mereka pun menanggalkan baju terbang dan menyangkutnya di ranting pokok. Sedang mereka leka mandi dengan seronok sekali, ada seorang putera raja telah mengintai mereka tanpa mereka sedari iaitu Putera Panji Alam. Gambar 15 Putera Panji Alam jatuh cinta pandang pertama kepada puteri yang memakai baju terbang bewarna merah jambu lalu dia menyembunyikan baju terbang puteri itu. Apabila petang mula menjengah bumi, ketiga-tiga puteri kayangan itu mula bersiap mahu pulang ke kayangan. Semasa mengambil baju terbang, alangkah terperanjatnya Puteri cahaya Bintang apabila baju terbang miliknya tiada di situ. Dicarinya ke sana ke mari tetapi
20 tidak juga dijumpai. kedua-dua kakaknya turut sama membantu mencari baju terbang milik adinda mereka. Malangnya mereka temui jalan buntu. Puteri Cahaya Bintang mula menangis kerisauan kerana senja kian melabuhkan tirainya. Mereka perlu segera pulang ke kayangan seperti yang diperintahkan oleh ayahanda mereka. Kedua-dua kakandanya memujuk dan mereka sepakat untuk pulang dahulu ke kayangan untuk memberitahu ayahanda mereka perkara yang sedang terjadi. Mereka berjanji kepada Puteri Cahaya Bintang untuk datang kembali ke bumi menjemputnya nanti. Puteri Cahaya Bintang bersetuju dengan cadangan kakandanya. Maka, tinggallah Puteri cahaya Bintang di tepi kolam itu seorang diri. Putera Panji Alam yang tidak berganjak dari tempat mengintainya mula mendekati Puteri Cahaya Bintang. Dengan ilmu sakti yang dimilikinya, Putera Panji Alam segera menukarkan dirinya menjadi seorang pengail tua. Dia mula melangkah menghampiri Puteri cahaya Bintang. Gambar 16 "Siapakah cucu ini? Apa yang cucu buat di sini pada waktu senja begini?" tanya Putera Panji Alam. "Baju terbang saya hilang" jawab Puteri Cahaya Bintang. "Oh kasihan! Marilah ikut tuk ke rumah Nenek Kebayan" kata Putera Panji Alam Puteri Cahaya Bintang tidak berani menerima perlawaan pengail tua itu kerana khuatir kakandanya tidak menjumpainya di tepi kolam jika dia pergi ke rumah Nenek Kebayan. "Saya sudah berjanji akan menunggu kakanda saya disini" kata Puteri Cahaya Bintang.
21 Putera Panji Alam lalu membalas. "Jangan bimbang! Tentu mereka dapat mencari tuan puteri kerana rumah Nenek Kebayan itu tidak jauh dari kolam ini" Puteri Cahaya Bintang mula bersetuju dan mengikut Putera Panji Alam yang disangkanya pengail tua itu ke rumah Nenek kebayan. Keesokan paginya, kedua-dua kakanda, ayahanda serta tiga orang pengiring turun ke kolam untuk mengambil Puteri Cahaya Bintang. Setelah puas mencari Puteri cahaya Bintang, mereka pulang semula ke kayangan selepas pencarian mereka menemui jalan buntu. Selang tiga hari, si pengail tua menukar rupanya kepada rupa asalnya dan dia menunggang kudanya menuju ke rumah Nenek kebayan. Setibanya dihadapan rumah tersebut, Nenek Kebayan bertanya dengan penuh hairan. "Siapakah kamu wahai orang muda?" tanya Nenek Kebayan "Nama hamba Putera Panji Alam. Hamba ini putera raja di negeri ini" kata baginda sambil pura-pura bertanya lagi, "Siapakah yang berdiri di tepi tingkap itu, nenek?" Nenek kebayan pun menceritakan kisah malang yang menimpa diri Puteri Cahaya Bintang. Apabila Puteri Cahaya Bintang terpandang wajah Putera Panji Alam, dia segera tertarik. Mereka saling berbalas senyuman. Gambar 17 Seminggu kemudian tibalah rombongan daripada pihak Putera Panji Alam ke rumah Nenek Kebayan untuk meminang puteri kayangan itu. Puteri Cahaya Bintang dikahwinkan dengan Putera Panji Alam dan mereka hidup aman bahagia.
22
23 CIK SITI WAN KEMBANG Malaysia dipenuhi dengan cerita rakyat yang pernuh warna dan budaya. Terdapat pelbagai cerita rakyat yang diturunkan dari zaman ke zaman bagi dijadikan iktibar dan juga panduan untuk diri sendiri. Hampir setiap negeri mempunyai lagendanya yang tersendiri seperti contoh negeri Kedah yang terkenal dengan Sultan Muhammad Jiwa II dan Mahsuri, negeri Johor dengan Hang Nadim dan banyak lagi. Negeri Kelantan juga mempunyai kisah lagendanya yang tersendiri iaitu tentang serorang gadis melayu yang bernama Cik Siti Wan Kembang. Gambar 18 Cik Siti Wan Kembang adalah merupakan hasil dari perkahwinan permerintah Kerajaan Serendah Sekebun Bunga di Kelantan iaitu Sultan Ahmad dan juga Permaisuri Che Banun. Cik Siti Wan Kembang yang lahir pada tahun 1570, masih lagi dikenang oleh seluruh rakyat Kelantan sehingga sekarang hasil daripada gaya kepimpinanya. Tidak hairanlah bagaimana cik Siti Wan Kembang membesar menjadi tokoh yang hebat kalau peribadi ayahnya juga hebat. Siapa yang tidak kenal pada pemerintahan Sultan Ahmad ketika itu. Negeri Serendah Sekebun Bunga begitu makmur di bawah pemerintahan ayahnya yang mengamalkan ciri-ciri pemerintahan Islam. Bahkan dicatatkan bahawa begitu makmurnya Kerajaan Negeri Serendah Sekebun Bunga sehinggalah ada pedagang yang sanggup memusnahkan kapal dagang mereka kerana mahu terus bermaustatatin di negeri ini. Para ulamak juga datang dari keseluruhan Kepulauan Melayu ke kerajaan ini menyebarkan Islam dan berdakwah membentuk masyarakat yang hebat di kerajaan ini. Dari lambakan ulamak yang datang ke
24 Serendah Sekebun Bunga, Sultan Ahmad mengamanahkkan beberapa ulamak terkemuka pada zaman itu untuk mendidik Cik Siti Wan Kembang. Hasil dari pembelajaran itu maka membesarlah Cik Siti Wan Kembang menjadi Puteri yang mempunyai peribadi yang indah di samping mempunyai rupa yang jelitawan dan rupawan. Bahkan dari proses pembelajarannya dengan ullamak-ulamak ini, dapat dilihat minat dan sayangnya Cik Siti Wan Kembang pada ilmu tassawuf yang seperti mana kita tahu nanti akan mempengaruhi pada saat usia beliau. Gambar 19 Cik Siti Wan Kembang mewarisi takhta daripada Raja Hussien yang diamanahkan oleh ayahnya Sultan Ahmad ketika usia Cik Siti Wan Kembang masih lagi kecil agar menjaga takhta itu untuk anak perempuannya. Ketika baginda menaiki takhta, maka pemerintahan yang hebat seperti mana yang dibawakan oleh ayahandanya diteruskan pula oleh Cik Siti Wan Kembang. Maka pada tahun 1610 Masihi adalah pertabalan Cik Siti Wan Kembang sebagai pemerintah ke-6 kerajaan Serendah Sekebun Bunga. Mendengarkan khabar raja pertama dari kalangan wanita itu, bahkan dengan khabar angin kejelitaannya yang tiada tandingan, maka seluruh raja-raja Melayu di seluruh Nusantara pun berpakat menghantarkan rombongan peminangan ke atas Cik Siti Wan Kembang. Namun semuanya ditolak dengan sopan oleh Cik Siti Wan kembang dengana alasan sekiranya dia menerima salah satu daripada peminangan raja-raja tersebut, maka pastinya raja lain akan terasa dan ianya akan mencetuskan pada peperangan. Dan dari kedudukan di Cerang Tegayung yang sangat strategik itu, maka pelabuhan yang ditubuhkan pun menjadi pesat, lalu menarik perhatian para pedagang dari seluruh dunia untuk menjejakkan kaki ke Cerang Tegayung. Ada yang datang daripada Jepun, China, Eropah, India, Indo-China dan Arab. Pedagang Arab yang datang berniaga di Serendah Sekebun Bungalah yang memberikan gelaran “paduka cik siti” kepada Wan Kembang yang kononnya mengikut catatan sejarah bermaksud Perempuan Mulia.
25 Sangat sesuai gelaran tersebut dengan Cik Siti Wan Kembang kerana betapa kerajaan yang diperintahnya ketika itu sangatlah makmur dari segi ekonomi, pendidikan sehinggalah ke sahsiah rakyatnya. Dicatatkan bahawa Cik Siti Wan Kembang bukan sahaja menyediakan peluang pendidikan kepada kaum lelaki, bahkan kaum perempuan turut mendapat hak yang sama rata. Ketika kaum perempuan di eropah masih menjadi mangsa penindasan kuasa kaum lelaki, tetapi tidak di Tamadun dan Peradaban Melayu di mana kaum lelaki dan perempuan mendapat pendidikan yang setimpal. Bahkan Cik Siti Wan Kembang dicatatkan membawa masuk para ulamak dari seluruh dunia semata-mata demi memastikan bahawa rakyatnya mendapat pendidikan agama yang terbaik. Ini menyebabkan kadar jenayah ketika itu sangatlah rendah dan amatlah jarang ditemui sebarang perilaku yang melanggar undangundang negara. Dan tentu ramai tertanya-tanya entah bagaimanalah Kelantan sinonim dengan lambang seekor Kijang? Ini tak lain tak bukan adalah kerana sebuah peristiwa yang mempamerkan sisi indah pemerintah hebat ini. Gambar 20 Dicatatkan bahawa terdapat hadiah daripada pembesar di dalam negerinya yang mempersembahkan seekor anak kijang yang sangat jinak dan comel kepada Cik Siti Wan Kembang. Cik Siti Wan Kembang sangat sayang akan anak kijang kerana mengisi kesunyian dalam hidupnya sehinggakan mata wang Kelantan diletakkan cop kijang sebagai lambang negeri. Dari peristiwa ini, lambing seekor Kijang menjadi sangat sinonim buat negeri Kelantan sehinggakan ianya digunakan sebagai salah simbol jata negeri Kelantan. Turut diceritakan juga bahawa Cik Siti Wan Kembang dikatakan memerintah selama 67 tahun, menandakan bahawa beliau antara raja paling lama memerintah di Alam Melayu. Maka tanggungjawab memerintah negerinya diserahkan pada Puteri Saadong yang merupakan
26 anak angkatnya yang dijaga dari kecil. Terdapat sebilangan ahli sejarah tempatan berpendapat bahawa Raja Loyor berkahwin dengan Namng Cayang yang dikatakan seorang raja perempuan Pattani yang melarikan diri ke Kelantan, daripada perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan yang diberi nama Puteri Saadong, Puteri Saadong kemudiannya diambil oleh Cik Siti Wan Kembang sebagai anak angkatnya, kerana beliau sendiri tidak mempunyai anak. Puteri Saadong pun berkahwin dengan sepupunya yang bernama Raja Abdullah, kemudian Raja Abdullah mengangkat sumpah sebagai raja di sebuah tempat bernama Print (di Jajahan Pasir Mas). Tidak lama selepas itu, Raja Abdullah berpindah menetap di Kota Mahligai (di Wilayah Melor sekarang). Gambar 21 Setelah Raja Abdullah dan Puteri Saadong memerintah di Kota Mahligai, barulah Cik Siti Wan Kembang bersemayam di Gunung Ayam, selepas itu tiada lagi cerita tentang Cik Siti Wan Kembang. Maka ketika itulah, dicatatkan bahawa Cik Siti Wan Kembang membawa diri ke Gunung Ayam dan menjadi ahli sufi serta menghabiskan sisa hayatnya beribadah dan mengabadikan diri kepada ALLAH. Tiada siapa yang tahu tarikh sebenar pemergian pemerintah agung ini. adakah baginda berpindah ke tempat lain atau mati di tempat itu. Memang sukar untuk menentukan kedudukan sebenar kediaman Cik Siti Wan Kembang, kerana di bumi Kelantan terdapat dua buah gunung yang dinamakan Gunung Ayam, salah satunya terletak kira-kira 17 batu di sebelah barat Gua Musang, ketinggian gunung itu adalah 2,945 kaki tinggi, ia juga terletak ke dalam hutan yang amat sukar untuk disiasat, sebuah lagi Gunung Ayam terletak berhampiran dengan sempadan negari Terengganu iaitu kira-kira 15 batu ke timur laut Kuala Kerai, gunung itu adalah 2,674 kaki tinggi, ia juga terletak jauh ke dalam hutan. Gunung Ayam yang mana satu tempat dan pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.
27 EPILOG Melalui kisah rakyat, kami mempelajari bahawa perbuatan tidak jujur dan sering memberi alasan akan mendatangkan padah dan musibah. Manakala sikap sabar dan baik hati akan membawa kesenangan dan keberkatan serta meningkatkan harga diri. Selain itu, amalan bantu-membantu dan kasih sayang dalam keluarga mahupun pasangan turut membawa kebahagiaan dan keamanan dalam melayari bahtera kehidupan. Akhir sekali, turut dititik beratkan ialah kepentingan seorang pemimpin memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh sebuah masyarakat. Nilai-nilai ini secara tidak langsung mampu mendidik keperibadian dan jati diri seseorang agar menjadi insan berguna. Maka jelaslah bahawa hasil kesusasteraan mampu memberi pedoman mengukuhkan nilai-nilai sosial budaya kepada masyarakat.
28 KESIMPULAN Kami mempelajari bahawa perbuatan tidak jujur dan sering memberi alasan akan mendatangkan padah, sikap sabar dan baik hati akan membawa kesenangan dan berkat dalam kehidupan. Selain itu, sifat bantu-membantu dan kasih saying sesama keluarga mahupun pasangan juga membawa kebahagiaan dan keamanan dalam kehidupan. Akhir sekali, kepentingan seorang pemimpin dalam sebuah masyarakat dan tanggungjawab merupakan amanah yang harus dipikul. Nilai-nilai ini secara tidak lansung mampu mendidik peribadi seseorang agar menjadi insan berguna. Jelaslah bahawa hasil kesusasteraan merupakan pemberi pedoman kepada masyarakat.
29 POS SKRIP Cerita rakyat melayu merupakan sebahagian daripada sastera rakyat milik masyarakat Melayu. Cerita rakyat adalah hasil pengucapan masyarakat berbangsa Melayu. Cerita rakyat melayu juga merupakan khazanah yang dipanjangkan untuk generasi akan datang sebagai contoh cerita rakyat melayu yang menjadi bualan sehingga kini aialah Lagenda Cik Siti Wan Kembang. Cerita rakyat hiburan pula merupakan tarikab awal bagi kanak-kanak dan segi pembacaan mereka. Selari dengan tugas perkembangan kanak-kanak di peringkat petengahan yang gemarkan bacaan-bacaan berbentuk ringan tetapi menghiburkan, maka difikirkan wajar buku berkaitan cerita rakyat ini diadakan. Selain mengesan bentuk penyampaian yang baik, cerita rakyat ini juga turut melihatkan bahan pengajaran yang terbaik bagi semua lapisan umur terutamanya kanak-kanak. Menerusi pengolahan jalan cerita ini diharapakan ianya dapat membantu dari segi peningkatan dan penambahbaikan dalam bidang penulisan dan penerbitan bahan bacaan kanak-kanak agar lebih menarik, interaktid serta menyebarluaskan bidang kajian dalam kesusateraan kana-kanak di masa akan datang.
30 RUJUKAN .Yasir, A. M. (22 12, 2011). Cerita Rakyat Orang Melayu. Retrieved from Anak Bujang Pak Awang dan Mak Dayang: http://manafyasir.blogspot.com/2011/12/anak-bujang-pak-awang-dan-makdayang.html Effendy, H. (28 5, 2017). The Patriots. Retrieved from Alam Melayu: https://www.thepatriots.asia/cik-siti-wan-kembang-lambang-ketamadunanmelayu-kelantan/ Said, O. P. (1995). 366 Cerita Rakyat Malaysia. Retrieved from https://books.google.com.my/books?id=xaDvPTglxZUC&printsec=frontcover# v=onepage&q&f=false Wikipedia. (6 6, 2021). Retrieved from https://en.wikipedia.org/wiki/Siti_Wan_Kembang Yasir, A. M. (6 12, 2011). Cerita Rakyat Orang Melayu. Retrieved from Cerita Gadis Patung Cendana: http://manafyasir.blogspot.com/2011/12/cerita-gadispatung-cendana.html
31 Berseronoklah menikmati cerita rakyat yang telah kami olah jalan ceritanya. Cerita menarik yang terkandung dalam buku ini ialah: Patung Cendana • Pak Awang dan Mak Dayang • Puteri Tiga Beradik • Awang yang Lurus • Cik Siti Wan Kembang ILAF 987-65-4321-0 UITM Publishing House Sdn. Bhd. ILAF 987-65-4321-0