The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU DIGITAL PSS AL-JAUHAR, 2023-05-30 11:41:18

Fikir Positif

Fikir Positif

SMK SENAI


SMK SENAI Tentukan matlamat yang mampu dicapai. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif. Kerap mengamalkan senaman relaksasi Amalkan jenaka dalam kehidupan harianketawa boleh membantu Selalu berada di tempat-tempat pembinaan kerohanian.


SMK SENAI Adaptasi daripada: Kementerian Kesihatan Malaysia SENTIASA BERSYUKUR CAKAP YANG BAIK-BAIK MEMAAFKAN DIRI DAN ORANG LAIN BERSABAR


Adaptasi daripada: Kementerian Kesihatan Malaysia BERSABAR Sabar adalah kesanggupan dan kemahuan untuk menunda kepuasan. Kita semua perlu untuk sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan kerana sabar itu adalah melambangkan kekuatan jiwa kita. Setiap perkara yang berlaku di dalam hidup kita pasti ada hikmah yang tidak terjangkau oleh akal kita, dan sentiasa bersangka baiklah dengan tuhan.


SMK SENAI Adaptasi daripada: Kementerian Kesihatan Malaysia SENTIASA BERSYUKUR Bermula dengan mensyukuri apa sahaja yang ada dalam genggaman kita. Harta, keluarga, kejayaan, kehidupan dan segalanya. Di kala kita mampu bersyukur, bermakna kita sedang berterima kasih kepada diri sendiri, kepada orang yang memberi dan yang lebih penting adalah kepada Tuhan yang memberi segala nikmat tanpa kita sedar.


SMK SENAI Adaptasi daripada: Kementerian Kesihatan Malaysia #KITAJAGAKITA #JOMSEBARKANAURAPOSITIF MEMAAFKAN DIRI DAN ORANG LAIN Sebelum belajar memaafkan orang lain, kita harus belajar memaafkan diri kita sendiri. Menerima kesilapan diri dengan hati terbuka merupakan langkah awal bagi mengosongkan fikiran dan hati kita dari perkara-perkara negatif. Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam, bayangkan orang yang berbuat kesilapan pada kita, dan bisiklah dengan perlahan “aku memaafkanmu sahabatku”. Cuba kita buat setiap hari sebelum tidur, atau saat kita terlihat atau teringat tentang orangorang yang kita tidak suka. Percayalah saat kita memaafkan orang lain, kita akan jadi lebih tenang dan gembira. Sebagaimana kita ingin dimaafkan dan diberi peluang kedua, begitu juga orang lain.


SMK SENAI Adaptasi daripada: Kementerian Kesihatan Malaysia Cakap yang baik-baik Cakaplah yang baik- baik. Pilih perkataan yang tidak akan menyinggung hati sesiapa. Percakapan yang baik menggambarkan ketinggian kita dalam berbudi bahasa dan kepada nilai diri kita. Perkataan yang negatif bukan sahaja merosakkan emosi kita, tetapi semua orang di sekitar kita. Antara kata positif yang boleh kita amalkan. 1. Saya sudah buat yang terbaik. 2. Saya bangga dengan diri saya. 3. Saya yakin dengan diri saya. 4. Saya sangat berharga. 5. Saya pilih untuk positif. 6. Saya sayang diri saya.


SMK SENAI Cenderung melihat kebaikan orang lain Merasa lebih bahagia Disenangi dan dihormati Berupaya menangani stres Dapat jalin hubungan sosial yang baik Mudah mendapat kawan


Click to View FlipBook Version