50 JUDUL ADILAH CIK SERBA TAHU BAHASA Bahasa Melayu TAHUN TERBIT 2014 PEGARANG AIZAM AIMAN PENERBIT PTS PUBLISHING JENIS Fiksyen MUKA SURAT 352 RUMUSAN Kaunselor tidak bertauliah. Tanpa berkenalan, tanpa bersua muka, dan tanpa berkawan, begitu mudah orang berkongsi masalah di Kaunter Pertanyaan Cik Serba Tahu. Sesungguhnya, Cik Serba Tahu sama sekali tidak boleh mengecewakan pembaca yang berkongsi masalah dengannya. Jangan main-main. Ada nama baik perlu dijaga. Ada reputasi perlu dipertahankan! Berusaha, Cik Serba Tahu!
51 JUDUL OMG A+ BAHASA Bahasa Melayu TAHUN TERBIT 2017 PEGARANG Ain Maisarah PENERBIT Blink Book JENIS Fiksyen MUKA SURAT 111 RUMUSAN Raina seorang calon SPM, terkenal dengan kebijaksanaan. Sentiasa mendapat markah tertinggi dan tempat pertama. Namun, dalam peperiksaan awal tahun, keputusannya sedikit merudum walaupun masih mengekalkan takhta pertama. Ayahnya yang bergelar Profesor pula mengugut dan menekan. Meletakkan syarat mesti mendapat semua gred A+ dalam peperiksaan. Gred lain hanyalah gred murahan. Gred kelas bawahan! Jika tidak capai target, Rania tidak dibenarkan sambung pelajaran di luar negara seperti yang diimpikan. Disediakan oleh NUR AINA ATHIRAH BT JAMALUDDIN 6 Seroja
52 JUDUL CIK AKADEMIK LAWAN SAMSENG MERENG BAHASA Bahasa Melayu TAHUN TERBIT 2016 PEGARANG AIN MAISARAH DAN RASHIELA NUR AIN PENERBIT Blink Book JENIS Fiksyen MUKA SURAT 111 RUMUSAN Ada pelajar baru masuk kelas tingkatan 4A di Sekolah Sri Bangsar. Siapa gerangannya? Pelajar baru itu bukan betul-betul baru, Chiew Kok Yung, dia pelajar corot yang diserapkan ke kelas cemerlang. Dia dihukum oleh Cikgu Amnah. Biar berubah perangai, harapnya mmpu terkena tempias kerajinan rakanrakan. Disediakan oleh NUR AINA ATHIRAH BT JAMALUDDIN 6 Seroja
53 JUDUL Gadis Ungu Bertukar BAHASA Bahasa Melayu TAHUN TERBIT 2013 PEGARANG SITI ANNE PENERBIT Galeri Ilmu JENIS Fiksyen MUKA SURAT 192 RUMUSAN Ayah Raihanah dipindahkan ke sekolah yang terletak di Kampung Santubong, Kuching, Sarawak. Raihanah sedih kerana terpaksa berpisah dengan temantemannya dan bimbang seandainya dia tidak akan mempunyai kawan di sekolah baru nanti kerana sikapnya yang kelelakian. Raihanah mula menyesuaikan diri di kampung dan berkenalan dengan Balqis di sekolah. Balqis mempunyai sepupu yang bernama Azfar. Azfar pula bersahabat dengan Firdaus dan Ah Seng.
54 JUDUL Geng Besi BAHASA Bahasa Melayu TAHUN TERBIT 2018 PEGARANG Nita Yusof PENERBIT Galeri Ilmu JENIS Fiksyen MUKA SURAT 128 RUMUSAN Hafsah ialah seorang Pengawas di Sekolah Sri Aminah. Dia terkenal dengan ketegasan dan sifat garangnya yang langsung tidak bagi peluang kepada mana-mana pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Oleh sebab itu, dia dikenali sebagai Kak Long Kawasan di sekolahnya.
55 JUDUL Bawang Merah Bawang Putih BAHASA Bahasa Melayu TAHUN TERBIT 2009 PEGARANG Rubiah Jusoh PENERBIT KUALITI BOOKS JENIS Fiksyen MUKA SURAT 19 RUMUSAN Bawang Merah mempunyai seorang adik tiri bernama Bawanng Putih. Bawang Putih tidak suka kepada Bawang Merah dan sentiasa mencari salah. Setiap hari, Bawang Merah dipaksa untuk melakukan kerja-kerja rumah sementara Bawang Putih hanya duduk dan bermain. Apabila dewasa, Bawang Putih semakin cemburu kepada Bawang Merah. Bawang Merah membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Ramai pemuda kampung yang terpikat padanya.
S Samprizal B Selamat Panitia Bahasa Melayu SK Tamn Bersatu TUGASAN PdPR BAHASA MELAYU MEI 2021