The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU DIGITAL PSS AL-JAUHAR, 2023-05-26 05:43:23

Hadiah Hari Jadi Ibu

Hadiah Hari Jadi Ibu

Suri Teladan pep adiah Hari Jadi lbu Dekad Membaca Kebangsaan Salmiah Jusoh


O


Hari itu hari Ahad. Matahari bersinar ke atas rumput yang menghijau. Sungguh indah suasana pada pagi itu. S .. Cip! Cip! Cip! Chou Ming dapat mendengar bunyi burung yang berkicau di atas pokok. Kicauan burung itu membuat Chou Ming berasa sangat gembira. 2


Ibu sangat suka akan kasut merah di Kedai Kasut Jimmy, bisik Chou Min9. Alangkah baiknya kalau aku dapat membeli kasut itu. PERPUSTAKAAN SEREMBAN RM60 Tetapi kasut itu sangat mahal Harganya enam puluh ringgit, bisiknya lagi. 3


Chou Ming masuk ke dalam rumah. Dia mengambil tukul besi dari kotak peralatan ayahnya. Kemudian, dia berjalan masuk ke dalam biliknya. Y a Chou Ming memecahkan tabungnya dengan tukul besi itu. Kemudian, dia mengira jumlah wang yang disimpannya. Dia cuma ada lima ringgit empat puluh sen. 4


Setiap hari, Chou Ming akan pergi ke Kedai Kasut Jimmy untuk melihat kasut merah itu. Dia sangat berharap agar dia dapat membeli kasut itu. 5


Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang dari sekolah, Chou Ming lalu di hadapan Kedai Gula-gula Orkid. Di dalam kedai itu, dia ternampak sekotak coklat yang sangat menarik kotaknya. Di atass kotak itu terdapat tanda harga bernilai RM5.00. Kedai Gula-gulaa Orkid RA 13 6


Chou Ming berfikir sebentar. Kalau aku beli coklat itu, aku masih ada baki empat puluh sen. Bolehlah aku membeli sekeping kad ucapan untuk dilekatkan di atas kotak hadiah itu nanti. Setelah berfikir, Chou Ming pun masuk ke dalam kedai gula-gula itu. Dia akan memberi coklat tersebut sebagai hadiah hari jadi ibunya. 7


Boleh saya bantu kamu?" tanya Encik Kamal sambil tersenyum. Encik Kamal pemilik kedai itu. "Saya hendak membeli coklat yang dipamerkan di situ, encik," jawab Chou Ming. "Oh, coklat itu ya! Nanti saya ambilkan," kata Encik Kamal yang baik hati itu. 8


Encik, bolehkah encik balut kotak coklat itu?" tanya Chou Ming kepada Encik Kamal. Boleh, pembalut ini saya beri percuma," kata Encik Kamal sambil membalut kotak coklat itu. Sementara itu, Chou Ming memilih kad ucapan yang berwarna hijau. Setelah selesai, Chou Ming membayar harga coklat dan kad ucapan itu. 9


Selepas itu, Chou Ming segera pulang. Dia menyembunyikan hadiah itu di dalam beg sekolahnya. Dia tidak mahu ibunya nampak hadiah itu. Di dalam biliknya, Chou Ming duduk di meja tulis sambil memikirkan apa yang harus ditulisnya pada kad ucapan itu. 10


Setelah berfikir, dia pun mula menulis sajak: Bagai bintang di langit yang gelap cahayamu bersinar sungguh gemilang terima kasih kuucapkan padamu ibu kerana kau selalu menyayangiku ibu, kaulah RATU hatiku. SELAMAT HARI SAD EU SELAMAT HARI JADI, IBU! 11


Chou Ming tidak tahu di mana hendak menyembunyikan hadiah itu. Oleh itu, dia meminta bantuan bapanya. 5 Pada mulanya, bapa Chou Ming hendak menyembunyikan hadiah itu di dalam biliknya, tetapi ibu Chou Ming membersihkan bilik itu setiap hari. Oleh itu, dia pun menyembunyikan hadiah itu di dalam but keretanya. 12


Akhirnya, hari Ahad, 15 Julai pun tiba. Hari itu hari jadi ibu Chou Ming. PERPUSTAKA UK (C) CHAN WA SAEMRA "Selamat hari jadi, ibu!" kata Chou Ming dengan gembira. Dia pun memberikan hadiah itu kepada ibunya. 13


Ibunya berasa sungguh terkejut. Terima kasih, Chou Ming." katanya lalu memeluk Chou Ming. (a Ibu Chou Ming membuka coklat itu lalu mereka makan bersama-sama. Pada hari itu, mereka bertiga berasa sungguh gembira. 14


Buku cerita ini mengisahkan Chou Ming yang ingin membeli hadiah hari jadi untuk iburya, Pada mulanya, Chou Ming bercadang untuk membeli sepasang kasut berwarna merah untuk ibunya, Namun, harga kasut itu terlalu mahal. Chou Ming tidak cukup wang untuk membeli kasutt tersebut Kemudian, Chou Ming ternampak sekotak coklat yang dipamerkan dii sebuah kedai. Harga coklat itu agak murah. Adakah Chou Ming membeli coklat itu sebagai hadiah untuk ibunya? Tkutilah cerita yang menarik ini untuk mengetahui kisah selanjutnya Judul-judul dalam siri ini Jalal dan Penunggu Pak Dolah A yang Tamnak Tempayan Puteri dan Budak Biskut Hadiah Hari Jadi lbu Lanun dan Harta Karun Pencuri Jam Tangan Kelip-kelip Di Tebing Sungai Ayam Kesayangan Amy EE Oep pEP PUBLICATIONS SDN BHD (811705- T 43300 Lot 1&2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Bhg. Bhg. Penjualan: Editorial: 03- 8959 2001/3001/ 4003 Faks: 03-8957 3611 03- 6150 3009 Faks: 03 - 6150 1007 E-mel: [email protected] Laman Web; www.pep-publications.com ISBN 978-967-24S 9"789672"462286"


Click to View FlipBook Version