The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU DIGITAL PSS AL-JAUHAR, 2023-06-01 00:56:52

Zoo Mini Saya

Zoo Mini Saya

ZOO MINI SAYA OL EH IBU ANISA


Hai! kawan-kawan, hari ini Dhia nak bawa kawan-kawan melawat 'Zoo Mini' kepunyaan Dhia. Kawan-kawan nak ikut Dhia tak?... Jom berkenalan dengan haiwanhaiwan didalam Zoo Mini saya.


Kawan-kawan nak tahu tak, haiwan apa ini?... Ini adalah seekor monyet, saya beri nama Ciko. Ciko suka makan pisang dan kekacang. Ciko suka menari. Ciko seekor monyet yang ceria.


Kawan-kawan nak tahu tak, haiwan apa ini?... Ini adalah seekor kura-kura, saya beri nama greeny, kerana cenkerangnya berwarna hijau. Greeny suka makan sayursayuran. Greeny kurakura yang pemalu.


Kawan-kawan nak tahu tak, haiwan apa ini?... Ini adalah seekor landak. Landak mempunyai duri yang banyak diseluruh tubuhnya. walaupun begitu, landak seekor haiwan yang comel. Nama landak ini Kobi, Kobi suka makan serangga dan tumbuhan.


Kawan-kawan nak tahu tak, haiwan apa ini?... Ini Hemi, Hemi adalah seekor ayam betina. Hemi juga mempunyai anak-anak ayam yang comel. Setiap pagi Hemi akan bawa anak-anaknya makan gandum dan tumbuhtumbuhan. Hemi seekor ayam yang penyayang.


Mari kita lihat... apa lagi haiwan yang ada dalam zoo mini Dhia ini. Oh! ini seekor burung kakak tua. Cantik warna bulu burung ini. Burung kakak tua sangat mesra. Nama burung ini Fufu, Fufu suka makan kekacang dan buah-buahan.


Lihat! ada seekor anak panda yang comel. Anak panda ini bernama Ziome. Comel kan? anak panda ini. Ziome juga suka menari dan mesra. Makanan kegemaran Ziome buah-buahan dan sayuran. Bulu Ziome cantik dan bersih. Ziome juga suka membersihkan bulunya.


Ini pula B'bug, ia seekor arnab jantan. B'bug suka melompat dan bersiar-siar ditaman. B'bug juga seekor arnab yang manja dan suka dibelai. Makanan kegemarannya adalah sayur-sayuran dan bijirin.


Dhia juga ada memelihara ulat. Ulat ini mempunyai corak pada permukaan badannya. Sangat menarik sekali. Apabila cukup matang, ulat akan bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik. Ulat suka makan seranga kecil dan tumbuhan.


Kawan-kawan... kenal tak haiwan ini?. Ya, ini seekor burung hantu. Burung hantu memang tidur di siang hari dan berjaga di malam hari. Oleh kerana sifatnya begitu, Dhia memberi nama Si Gelap. Si Gelap, gemar makan haiwan kecil seperti tikus dan cicak. walaubagaimanapun di zoo mini, Dhia beri makan daging ayam yng di beli dipasar.


Hai kawan-kawan, ini Mimi, Mimi seekor anak kucing. Mimi juga haiwan kesayangan Dhia. Mimi sangat manja dengan Dhia. Makanan kegemaran Mimi adalah ikan goreng dan susu. Mimi suka bermain dan berlari-lari. Setiap hari Dhia bersihkan bulu dan mandikan Mimi.


Kawan-kawan, nampaknya kita sudah selesai melawat zoo mini Dhia. Seronok tak kawan-kawan?... Dhia pun rasa seronok kerana boleh bercerita tentang haiwan peliharaan Dhia. Ok kawan-kawan sampai berjumpa lagi. Selamat membaca dan terima kasih.


TAMAT


Click to View FlipBook Version