Buku cerita digital kanak-kanak Si Singa dan si tikus
Pada suatu hari, terdapat seekor raja rimba yang dikenali sebagai Si Singa.
Selepas selesai makan tengahari, Si Singa pun tidur kerana kekenyangan.
Si Tikus terlihat Si Singa lalu ingin bermain di atas badan Si Singa.
Si Tikus melompat di atas badan Si Singa.
Dan menggelongsor di atas ekor Si Singa.
Si Singa terjaga lalu menangkap Si Tikus.
Si Singa marah lalu ingin memakan Si Tikus.
Si Tikus merayu supaya Si Singa melepaskannya dan berjanji akan menolongnya suatu hari nanti.
Si Singa melepaskan Si Tikus kerana berasa kasihan terhadapnya.
Suatu hari, Si Singa sedang berjalan-jalan di hutan.
Si Singa tidak menyedari perangkap yang berada di hadapannya.
Si Singa terperangkap lalu mengaum untuk meminta tolong.
Si Tikus terdengar ngauman Si Singa lalu berlari ke arahnya.
Si Tikus menjumpai Si Singa lalu menggigit tali perangkap itu untuk melepaskannya.
Si Singa akhirnya bebas dari perangkap itu atas pertolongan Si Tikus.
Si Singa mengucapkan terima kasih kepada Si tikus kerana telah menyelamatkannya.
Si Tikus dan Si Singa bermain bersama-sama dan menjadi sahabat baik.
MORAL Kita hendaklah membalas jasa kawan dengan membantu mereka ketika berada dalam kesusahan.
-Tamat-