The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU DIGITAL PSS AL-JAUHAR, 2023-05-30 11:30:08

KARYA AGUNG

KARYA AGUNG

KARYA AGUNG PSS SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3 PSS SMK BUD 3


DEFINISI KARYA AGUNG • KARYA AGUNG ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. • Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. PSS SMK BUD 3


• Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsabangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini. PSS SMK BUD 3


KARYA AGUNG MELAYU • KARYA AGUNG MELAYU ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini. PSS SMK BUD 3


• Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. PSS SMK BUD 3


CIRI-CIRI KARYA AGUNG 1. Lambang atau pesanan yang disampaikan oleh karya. Karya ulung seperti Sejarah Melayu membentangkan alam yang cukup luas dalam penulisannya. Hasil tulisan pengarang telah berjaya membawa khalayak pembaca merentas kawasan setempat dan kawasan Nusantara sehingga mereka mampu menerokai dunia-dunia lain, alam maya dan tidak ketinggalan juga dunia kayangan. Selain itu, kita juga dapat menonton kisah peperangan, persengketaan istana, kekejaman, peristiwa fitnah, hasad dengki dan akibatnya, malapetaka. Melalui pengamatan dan pengalaman yang dilalui oleh pengarang semasa hayatnya, panorama ceritera yang sangat besar dan luas itu menjadi landasan kepada pengarang untuk diketengahkan ke dalam penulisan. PSS SMK BUD 3


Selain asal usulnya yang luar biasa, tema keagungan kerajaan Melayu-Islam ini dikembangkan lagi dengan memaparkan kepintaran orang Melayu yang menandingi kepintaran rakyat China sehingga raja China memilih raja Melaka sebagai menantunya. Selain itu, turut dimuatkan kisah raja China yang gering dan tidak dapat diubati oleh tabib China. PSS SMK BUD 3


2. Nilai seni budaya dan falsafah atau pandangan hidup bangsa. Menerusi Sejarah Melayu, kebudayaan masyarakat Melayu turut diselitkan oleh pengarangnya untuk tatapan khalayak pembaca. Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat Melayu purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning, adat menyambut bulan Ramadhan dan pelbagai lagi.. Selain itu, pengarang turut menggambarkan hubungan individu sesama masyarakat dalam penulisannya. Sebagai contoh, sikap hormat menghormati. Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budaya dan budi pekertinya. Hal ini telah berjaya digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam karyanya, Sejarah Melayu. Adat istiadat Diraja turut dimuatkan dalam karangan beliau bagi memperlihatkan kedaulatan Raja-raja Melayu. PSS SMK BUD 3


3. Nilai ilmu. Ilmu merupakan salah satu unsur kehidupan intelektual terpenting. Kadar perkembangan dan penyebaran ilmu pada pandangan umum menunjukkan darjah kemajuan kesedaran sosial dan perkembangan masyarakat. Apabila ilmu kuat dan penting dalam masyarakat Melayu dan mempengaruhi kehidupan manusia, hal ini pasti tercermin di dalam penulisan pengarang. Dalam teks Sejarah Melayu, terdapat banyak maklumat tentang karya ilmiah dan agama yang diajarkan dan dibaca dalam masyarakat Melayu. Buku-buku tersebut berkaitan dengan ilmu agama, falsafah, fiqah, sejarah, bahasa dan sebagainya. Berdasarkan kepada beberapa pecahan nilai ilmu yang telah dipaparkan dalam Sejarah Melayu, hal ini dengan jelas menunjukkan ciri penting keagungan karya agung Melayu terletak pada ketamadunan ilmu yang dipancarkan oleh karya itu. PSS SMK BUD 3


4. Teknik kepengarangan dan seni bahasa. Jika diteliti isi kandungan Sejarah Melayu, pengarangnya dilihat sebagai seorang intelek Melayu yang berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di Melaka waktu itu. Selain itu, pengarang amat berminat membaca berbagai-bagai naskhah hikayat daripada kesusasteraan asing yang diterap daripada kesusasteraan Hindu.. Pengaruh kesusasteraan Jawa seperti cerita panji dan Cerita Damar Wulan turut dibawa masuk oleh pengarang. Pengarang juga amat mahir menggarap corak penulisan kesusasteraan Parsi dan Arab. Hal ini dapat dibuktikan melalui gaya penulisan pendahuluan teks yang mempunyai gaya masnawi. Selain itu, pengarang turut memasukkan petikan syair dan bidalan Arab, termasuklah juga ayat-ayat al-Quran. Penggunaan kalimahkalimah Arab juga amat ketara dalam Sejarah Melayu. PSS SMK BUD 3


SULALATUS SALATIN HIKAYAT HANG TUAH HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA CONTOH KARYA-KARYA AGUNG PSS SMK BUD 3


HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI TUHFAT ALNAFIS HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI CONTOH KARYA-KARYA AGUNG PSS SMK BUD 3


SULALATUS SALATIN PSS SMK BUD 3


• Naskah asal karya ini bernama Hikayat Melayu. • Sulalatus Salatin bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja • Karya ini menceritakan asal-usul keturunan raja Melaka, adat-istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. • Pada tahun 1612, karya ini telah disusun dan ditulis semula oleh Tun Sri Lanang. PSS SMK BUD 3


• Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Namun terdapat pendapat yang mengatakan bahawa setelah Portugis menjajah Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa. • Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila pihak Portugis datang menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa di tanah India sebelum dibawa balik ke Johor beberapa tahun kemudian oleh orang Kaya Suguh. PSS SMK BUD 3


• Sejarah Melayu ini ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. • Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808. PSS SMK BUD 3


HIKAYAT HANG TUAH PSS SMK BUD 3


Dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya & bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing, yakni sumber hubungan luar ketamadunan Melayu pada zaman prapencerobohan Portugis di Melaka. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini : “Takkan Melayu hilang di dunia”. PSS SMK BUD 3


Laksamana Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15. Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya bermula pada tahun 1400 sehingga 1511. Menurut rekod sejarah, Laksamana Hang Tuah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka iaitu pada tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika duhulu manakala ibunya pula merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya. PSS SMK BUD 3


HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA PSS SMK BUD 3


Hikayat Merong Mahawangsa mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa. Beliau menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan. Hikayat ini dibahagikan kepada lima bahagian. Pada bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri mengikut mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah diceritakan nenek moyang raja-raja Kedah yakni Raja Merong Mahawangsa. Beliau dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Raja Rom serta menjadi pembesar kepercayaannya. PSS SMK BUD 3


Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal usul keturunan raja-raja Kedah dari mitos & legenda. Penulisan ini menyatukan mitos & realiti sejarah, antaranya: pemberontakan rakyat menentang Raja bersiung, kisah Raja Buluh Betung, perhubungan kerajaan Kedah dan Siam, proses pengislaman raja Kedah dan lain-lain. Karya Hikayat Merong Mahawangsa ini ditulis bagi memenuhi suruhan sultannya iaitu Sultan Muadzam Syah yang dipercayai sebagai sultan Kedah kedua daripada jurai keturunannya yang beragama Islam. Arahan ini bertujuan untuk memastikan agar anak cucu keturunan sultan Kedah mengetahui tentang asal usul, peraturan segala raja-raja Melayu dan istiadat raja-raja Melayu. PSS SMK BUD 3


HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI PSS SMK BUD 3


Selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik & budaya yang luar biasa dari Barat (Eropah). Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran & kepercayaan lama yang tidak progresif. Beliau menjadi tokoh yg memperkenalkan genre autobiografi & genre jurnalistik dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Buku ini mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka & Singapura, yang merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting. PSS SMK BUD 3


Hikayat ini merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan kehidupan penulis dan penduduk negeri Melaka serta peristiwa harian terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam atau di luar kerajaan, penduduk tempatan dan pemerintah. Abdullah juga telah menurunkan pemikiran dan falsafah beliau terhadap bahasa Melayu, sikap orang Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan sistem pemerintahan Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan, bersistem serta teratur. Hikayat ini juga cuba memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi semasa tinggal di Melaka. PSS SMK BUD 3


TUHFAT AL-NAFIS PSS SMK BUD 3


Menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultananan Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat alNafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi. Tuhfat al Nafis merupakan sebuah karya Raja Ali Haji yang menceritakan susur galur sejarah orang Bugis di Melaka, Johor dan juga Riau. Raja Ali Haji menekankan konsep historigrafi tentang perihal orang Bugis dalam penjajahan dan penaklukan yang mengandungi bayak siri peperangan antara Raja Melayu dan Raja Bugis. PSS SMK BUD 3


Buku tersebut adalah hasil daripada catatan Raja Haji Ahmad, iaitu ayahanda kepada Raja Ali Haji, setelah Raja Haji Ahmad wafat maka tugas penulisan disambung oleh Raja Ali Haji. Di dalam Tuhfat Al Nafis banyak menyelitkan unsur sejarah yang mencatatkan peristiwa dan pentarikhan yang tepat. Gaya kepengarangan beliau yang lebih objektif kepada mengangkat martabat dan keagungan orang Bugis kepada beliau sendiri berketurunan Bugis. Bahkan setiap bab, Raja Ali Haji memperincikan secara mendalam tentang hubungan kerabat dan peristiwa yang mengangkat orang Bugis sebagai pemerintah Johor yang meluaskan kuasa pemerintahan melalui pengembaraan, pelayaran dan peperangan bersiri. PSS SMK BUD 3


HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI PSS SMK BUD 3


Kemungkinan dikarang dalam jangka masa dari tahun 1211-1400. Mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula-mula bertapak pada abad ke-13. Walaupun hikayat ini mengandungi unsur-unsur bersifat mitos setempat tetapi terdapat juga yang didasarkan kepada fakta sejarah, yang dibuktikan dengan penemuan nisan Malikul Salih (nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah memeluk Islam). Karya ini memaparkan kisah kelahiran & kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang. PSS SMK BUD 3


Antara pemikiran yang terdapat dalam Hikayat Raja-raja Pasai ialah kedatangan Islam ke negeri Pasai, jurai keturunan raja Pasai, sejarah pembentukan negeri Pasai, Kezaliman pemerintahan raja, dan kesetian kepada pemerintah. Hikayat Raja Pasai tergolong dalam genre sejarah yang banyak menceritakan tentang kisah Raja Pasai yang telah memeluk agama Islam. Ia meliputi kisah pembukaan negeri, corak pentadbiran, politik, sosial sejak dari kewujudan, perkembangan, zaman keemasan, kekalahan hinggalah zaman keruntuhannya. PSS SMK BUD 3


CERITA JENAKA MELAYU PSS SMK BUD 3


Dalam edisi karya agung ini, termuat sebelas buah cerita jenaka Melayu, iaitu Hikayat Sang Kancil, Pelanduk dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Fungsi Cerita Jenaka bukan sahaja sekadar hiburan malah menjadi alat penyampaian ilmu yang biasanya disampaikan oleh tukang cerita dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Begitulah salah satu cara orang Melayu dahulu kala menyampaikan sesuatu ilmu atau pengajaran, iaitu melalui cerita. PSS SMK BUD 3


Misalnya daripada cerita Pak Kaduk, pengajaran atau ilmu yang ditinggalkan ialah “Menang Sorak Kampung Tergadai”. Melalui cerita ini, kita dapat melihat bagaimana orang desa yang tidak “berkuasa” tidak mempunyai pilihan apabila berhadapan dengan pihak yang berkuasa sehingga dia terpaksa menyerahkan atau menukarkan “hak”nya atau asetnya (iaitu ayam sabung yang jaguh) dengan “aset” yang tidak berharga milik pihak berkuasa. Cerita ini menggambarkan kebijaksanaan rakyat, iaitu orang Melayu mentafsirkan keadaan sosial dan struktur kuasa masyarakatnya. PSS SMK BUD 3


PENUTUP • Karya agung ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyrakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya. PSS SMK BUD 3


Click to View FlipBook Version