BEKERJA 24 JAM Majalah Gaya Hidup Sihat DUNIA SIHAT GAYA HIDUP ZAMAN KONTEMPORARI JULAI 2022 www.duniasihat.com AKTIVITI MUDAH COVID-19 PUNCA KESIHATAN MENTAL JANGAN MENGGANGGU MENTAL SUPLEMEN TAMBAHAN TERPEDAYA
KETUA EDITOR PEREKA GRAFIK PENOLONG WARTAWAN ALWANIE WARDATI BINTI AZHARI NURUL SYAFIZA BT MUHAMMAD SURANI NUR SYAZILA BINTI HAMSAH Sidang Redaksi PENOLONG EDITOR KETUA WARTAWAN SITI NORYUSFARINA BT A. WAHAB NUR AIN BINTI RAPPE
J ULAI 2 0 2 2 Tinta Editor Assalamualaikum dan salam sejahtera, Syukur ke hadrat Illahi dengan izinnya, kami dapat menyiapkan e-majalah ini sekali gus dapat menyempurnakan keseluruhan tugasan bagi subjek SBLM1023 Pengantar Penulisan bagi sesi 2021/2022. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami, Dr. Zamimah Binti Osman yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan sedia membantu kami sehingga dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih ini juga turut ditujukan kepada rakan-rakan sidang redaksi yang telah banyak menyumbang idea dan pendapat bersama-sama sepanjang proses menyiapkan naskhah e-majalah ini. E-majalah ini diberi nama “Dunia Sihat” yang berkonsepkan gaya hidup yang sihat yang perlu diamalkan oleh semua masyarakat terutamanya selepas tercetusnya pelbagai wabak sejak kebelakangan ini seperti virus covid-19, penyakit tangan, kaki dan mulut dan banyak lagi. Pengamalan gaya hidup yang sihat dapat meningkatkan imunisasi badan, mengurangkan stress serta dapat mengurangkan risiko penyakit merbahaya seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan sebagainya. Secara keseluruhannya, majalah ini berkisarkan tentang aspek-aspek utama yang membawa kepada amalan gaya hidup sihat seperti aspek pemakanan, kesihatan fizikal, kesihatan mental dan sebagainya yang selaras dengan arus kemodenan pada masa kini. Harapan saya agar pembaca e-majalah Dunia Sihat berpuas hati dengan hasil yang telah diterbitkan ini serta dapat menerima pelbagai manfaat dari input yang disediakan. Selain itu, semoga semua anggota masyarakat dapat mempraktikkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian seterusnya dapat menjadikan dunia kita dunia yang sihat. Akhir kata, saya mewakili pihak sidang redaksi yang lain ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menerbitkan e-majalah ini. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku sepanjang penerbitan emajalah ini dijalankan. Sekian, terima kasih. Ketua Editor Alwanie Wardati Majalah Dunia Sihat 0 2
ISI KANDUNGAN Gaya Hidup Zaman Kontemporari Kesihatan Mental Pemakanan Peradaban 04 05 06 07 Perubahan gaya hidup, pemakanan, cara pergaulan dan peradaban manusia. Bekerja 24 jam tanpa henti menggangu mental petugas barisan hadapan. Tabiat pemakanan yang tidak sihat Perkembangan peradaban manusia 03 www.duniasihat.com
Jangan Tepedaya Pemakanan Seimbang & Aktiviti Mudah 09 11 Impak negatif dari suplemen tambahan Pengambilan corak pemakanan dan kesihatan kardio 12 Punca Kesihatan Mental Meningkat Covid-19 menyebabkan kemurungan 04 www.duniasihat.com
GAYAHIDUP ZAMAN KONTEMPORARI Ditulis olehNurSyazilaHamsah Kemajuan dunia masa ini bukan hanya dapat diukur dengan kepelbagaian teknologi canggih sehingga berupaya menggantikan tempat manusia dalam sektor pekerjaan kilang dan kerja rumah. Bahkan, perkembangan manusia di seluruh pelusuk dunia dapat dilihat dengan perubahan gaya hidup, pemakanan, cara pergaulan dan peradaban. Gaya hidup biasanya dikaitkan dengan amalan gaya hidup sihat bagi menjamin kesejahteraan hidup sepanjang hayat. Gaya hidup sihat pastinya membawa kesan positif khususnya kepada individu, keluarga dan umumnya terhadap masyarakat sejagat. Keperluan memiliki gaya hidup yang sihat pada zaman yang diwarnai dengan pelbagai cabaran dan pancaroba ini adalah menjadi suatu kemestian. Justeru, beberapa usaha perlu diambil dalam pada mencapai makna gaya hidup sihat itu sendiri. Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ْبَل َهَرِمَك َو ْبَل َخْمٍس : َشَباَبَك َق َق َتِنْم َخْمًسا ْغ ِا َغَك َرا ْقِرَك َو َف ْبَل َف ْبَل َسَقِمَك َو ِغَناَك َق ِص َّحَتَك َق ْبَل َمْوِتَك ْبَل َشْغِلَك َو َحَياَتَك َق َق “Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara : [1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, [2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, [3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, [4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, [5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat BukhariMuslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir) 05
Kebiasaannya, keutamaan akan diberikan dari sudut pemakanan. Amalan pemakanan yang baik menjamin tubuh badan yang sihat, manakala cara hidup dan senaman yang berkala menjamin tubuh badan yang cergas selain dapat mencerdaskan minda. Namun, berlainan pula halnya dengan keperluan semasa yang menunjukkan kesihatan mental adalah lebih utama. Lebih-lebih lagi semenjak kes Covid 19 yang menular dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga menyebabkan petugas barisan hadapan 24 jam tanpa henti bekerja untuk membendung wabak ini daripada terus berleluasa. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan pada 16 Mac pula memberikan kesan negatif kepada banyak rakyat Malaysia. Semasa sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada 10 September, 2021, Dr Noor Hisham berkata bahawasanya jika masalah kemurungan gagal dikenal pasti dan dirawat sebaiknya, mangsa berisiko untuk melakukan tingkah laku bunuh diri, seperti idea untuk bunuh diri, rancangan untuk membunuh diri, cubaan utuk membunuh diri serta kematian akibat tindakan bunuh diri. KESIHATAN MENTAL 06 GAYA HIDUP ZAMAN KONTEMPORARI
Kini, melalui televisyen atau mana-mana jenis platform media sosial banyak memaparkan pelbagai jenis iklan yang mengiklankan makanan segera. Hal ini mendedahkan masyarakat kita tanpa mengira peringkat umur kepada pemikiran bahawa makan makanan segera dan tidak bernutrisi adalah suatu kebiasaan. Selain itu, makanan segera juga dilihat sebagai 'penyelamat' yang berupaya untuk menyelesaikan masalah ketiadaan masa untuk memasak dan makan disebabkan kesibukan bekerja. Dengan itu, ibu bapa bekerjaya mengambil jalan singkat dengan membekalkan makanan segera yang sedia digoreng dalam beberapa minit untuk menjadi bekalan makanan anak-anak mereka ke sekolah. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bagaimana kaitan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan kemurungan. Di Malaysia 1 dari 7 orang dewasa menghidap diabetes. Pesakit diabetes pula mempunyai lebih 3 kali risiko untuk mendapat kemurungan berbanding dengan individu yang sihat. Buktinya, pesakit diabetes mampu mengalami masalah kesihatan mental akibat perasaan bimbang menghadapi masa hadapan selain turut mengahadapi beban penjagaan kesihatan diri yang bertambah. PEMAKANAN 07 GAYA HIDUP ZAMAN KONTEMPORARI
Tidak dapat dinafikan bahawa manusia sebagai unsur terpenting dalam memastikan kelangsungan sesebuah peradaban. Peradaban pula hanya dapat berkembang dan berupaya mencapai tahap kecemerlangan jika disokong dengan kekuatan cara pemikiran serta ditunjangi penghayatan sebenar agama. Akan tetapi, atas nama globalisasi yakni era tanpa sempadan, pelbagai percampuran adat dan budaya dapat dilihat. Bagi amalan positif, dapat kita praktikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kemajuan teknologi perhubungan dan komunikasi yang dibawa dari Barat iaitu penggunaan telefon atau komputer sebagai wadah untuk berkomunikasi. Hal ini memudahkan urusan masyarakat Malaysia selain mampu menjadi cara terpantas untuk memaklumkan hal-hal penting. Dalam masa yang sama, unsur negatif hasil percampuran peradaban dan cara berfikir pula muncul sebagai suatu masalah di negara kita. Sebagai contoh, budaya pemakaian dan pergaulan Barat yang sangat bertentangan dengan pegangan agama Islam selain orang kita yang terkenal dengan kesantunan masyarakat Timur. PERADABAN 08 GAYA HIDUP ZAMAN KONTEMPORARI
3H 2M PROMO RM100 Penginapan 3H2M Kereta Sewa 3 hari Percuma servis 'pickup' di Jeti/Lapangan Terbang www.duniasihat.com 09 DisediakanolehNurulSyafiza
Sejak akhir-akhir ini, produk suplemen atau turut dikenali sebagai produk makanan tambahan banyak dijual di farmasi, drug store, dan kios-kiosk jamu. Tambahan pula, pada masa sekarang jualan secara dalam talian atau online business semakin banyak dipraktikkan. Tetapi tahukah kita bahawa produk suplemen ini boleh memberi impak negatif kepada kesihatan diri kita terutamanya kesihatan buah pinggang? Bagi merungkai persoalan berkaitan produk suplemen ini, Doktor Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, telah memberi penerangan tentang mengapa masyarakat perlu berhenti membeli dan memakan produk suplemen menerusi penulisannya di laman Facebook, Instagram dan Twitter miliknya. Hakikatnya, ramai yang menghidap penyakit kronik dan kemudian mengamalkan pengambilan produk suplemen lain kerana percaya dan yakin bahawa produk tersebut mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Orang ramai jangan sesekali terpedaya dengan iklan yang bersifat ‘OVERCLAIM’ dengan menjanjikan kesan mujarab dan bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. JanganTerpedayaDengan ProdukSuplemen 10 Ditulis olehSitiNoryusfarina Doktor Rafidah Abdullah turut menegaskan bahawa orang ramai jangan sesekali terpedaya dengan iklan yang bersifat ‘OVERCLAIM’ dengan menjanjikan kesan mujarab dan bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Sesungguhnya kesan pengambilan suplemen bukan boleh dilihat dalam jangka masa pendek ia akan menunjukkan kesan pada jangka masa panjang. Perlu diingatkan bahawa produk suplemen bukanlah pengganti diet seimbang. Setiap individu perlu berusaha untuk mendapatkan nutrien daripada sumber semula jadi iaitu melalui diet seimbang. Diet seimbang mempunyai zat lengkap dan mempunyai komponen nutrien yang pastinya lebih menjamin kesihatan. Justeru, untuk kekal sihat, amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
Turunkan berat badan? Amalkan Makanan Ini Untuk Diet Sihat Anda Tinggi serat, Rendah kalori Tinggi protein Tinggi karbohidrat Mengawal paras gula dalam darah Padat dengan nutrien Tinggi serat dan fiber Tinggi khasiat Mengekalkan otot Kaya dengan fiber Epal Telur rebus Oat Kangkung Yogurt Avocado Minyak Zaitun Ikan Sardin Blueberri www.duniasihat.com 11 DisediakanolehNurulSyafiza
Pengambilan corak pemakanan yang seimbang adalah penting untuk kesihatan diri sendiri. Secara amnya, makanan seimbang merupakan makanan yang perlu dimakan oleh setiap individu untuk memastikan tubuh badan mereka berfungsi secara normal dan baik. Pengambilan pemakanan yang seimbang akan memberikan tenaga, karbohidrat, protein dan lemak yang mencukupi dan di paras yang baik dan kandungan fiber yang mencukupi. Hal ini sekali gus dapat menjauhi seseorang itu daripada sebarang penyakit. Manusia memerlukan makanan dan vitamin yang sangat mencukupi untuk melakukan kegiatan harian, tumbesaran dan penjagaan kesihatan. PEMAKANAN SEIMBANG MEMPENGARUHI KESIHATAN DIRI “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ” BERJALAN AKTIVITI MUDAH GAYA HIDUP SIHAT Berjalan kini merupakan salah satu bentuk senaman yang amat mudah dilakukan walau dimana sahaja. Justeru, sekiranya individu itu tidak gemar untuk melakukan senaman, namun ingin mendapatkan kesiahatan kardio, aktiviti berjalan adalah jalan penyelesaian terbaik. Kini, terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa melalui berjalan dapat mengurangkan tekanan serta mampu membaiki 'mood' individu tersebut. Banyak kebaikan berjalan dan sewajarnya diamalkan. Ditulis olehNurAin 12 www.duniasihat.com
13 "COVID 19 Pandemik COVID-19 yang melanda seantero dunia telah memberikan dampak dan beban yang signifikan terhadap kesihatan mental. Pelbagai insiden yang berlaku berkaitan dengan COVID-19 seperti di jangkiti virus COVID-19 sehingga menyebabkan kematian seseorang yang rapat, kehilangan pekerjaan dan masalah kewangan menyebabkan ramai yang mengalami masalah stress dan kemurungan. Malah, individu yang menghidap penyakit psikiatri sebelum munculnya COVID-19 berhadapan dengan cabaran yang lagi besar. Terdapat juga individu yang menghadapi gejala penyakit mereka berulang dan bertambah teruk semasa pandemik. PUNCA KESIHATAN MENTAL MENINGKAT" Ditulis olehNurAin
PROFESSIONAL DIGUNAKAN OLEH Rasai kesegarannya Dapatkan di: tresemme.com 14 DisediakanolehNurulSyafiza
TEKA SILANG KATA MAKANAN BERKHASIAT Cari perkataan berikut: M T E D D A B E A R A K E J U R O L E R C I G X O I V N W T U M B I K N R R H T O L L Q A T A C W E D L C O I U T C N F R T S C K M P U T E R G G M E A O Z D A L O R E N U G G B H I W V U C P L A N E U W B E D K X G B A H L U Z R R M A P C A Y M L N J V Y G P E X L A A N G O R G P E S U S U K L L R KEKACANG ROTI IKAN TOMATO ANGGUR SUSU AIR KEJU EPAL OREN Kesihatan & Pemakanan Makan makanan yang sihat boleh mengisi badan anda dengan tenaga dan nutrien yang secukupnya. Bayangkan sel badan tersenyum kepada anda dan mengucapkan 'Terima Kasih!' DisediakanolehNurulSyafiza 15
1 - 10 JULAI 2022 Ikuti Watsons Malaysia di: 50 % DDIISSKKAAUUNN untuk semua produk KAW KAW! PROMOSI RM10 Diskaun* untuk pembelian atas talian RM15 perbelanjaan minimum RM100 KOD: DIS100 BELI 1 PERCUMA 1 untuk produk tertentu sahaja 16 DisediakanolehNurulSyafiza DisediakanolehNurulSyafiza
NO 6, JALAN KRISTAL L8/L, SEKSYEN 13, SHAH ALAM SEM M'SIA RM16.00 TERBITAN BULANAN DUNIA SIHAT DUNIASIHAT @dunia_sihat @dunia_sihat www.duniasihat.com