Jenny Majinkin Buku Cerita Kanak-kanak
Di dalam sebuah hutan, ada tiga ekor sahabat karib iaitu Nala, Miki dan Tander. Jenny 1
Nala ialah seekor anak harimau. Dia tinggal bersama ibu dan bapanya. Bapanya adalah ketua di dalam hutan itu. Jenny 2
Tander ialah seekor anak gajah. Keluarga Tander sangat peramah. Ibu dan bapa Tander suka menolong haiwan lain. Jenny 3
Miki pula ialah seekor anak zirafah. Mereka tinggal di kawasan padang yang banyak pokok tinggi. Ibu dan bapa Miki sangat sayang kepada Miki. Jenny 4
Suatu pagi, Nala, Miki, dan Tander bermain di taman bunga. Mereka bercadang hendak mandi di kolam yang tidak jauh dari tempat rumah mereka. Jenny 5
Mereka pun berjalan menuju ke kolam. Mereka juga membawa bekalan makanan untuk dimakan bila lapar. Jenny 6
Mereka tiba di kolam itu. Kolam itu sangat cantik dan bersih. Jenny 7
Nala, Miki dan Tander mandi dan bermain di dalam kolam. Mereka berasa sangat seronok. Jenny 8
Selepas mandi, mereka berasa lapar. Lalu, mereka pun makan bekalan makanan yang dibawa. Selesai makan, mereka bercadang untuk pulang. Jenny 9
Dalam perjalanan pulang, mereka terjumpa seekor anak burung yang sedang menangis. Nala bertanya, “Kenapa kamu menangis?”. Burung itu berkata,“saya terjatuh dari sarang di atas pokok itu.” Jenny 10
“Jangan menangis burung, saya akan tolong kamu,” pujuk Miki. Lalu dia pun meletakkan burung itu ke dalam sarangnya. “Terima kasih, kawan-kawan. Kamu semua sangat baik hati.” Ucap burung. Jenny 11
Kemudian, mereka meneruskan perjalanan pulang sambil bernyanyi riang. Mereka sangat bangga dan gembira kerana dapat membantu burung. Jenny 12
Sedang berjalan, tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor arnab. Arnab itu kelihatan sedih. Lalu, Tander pun bertanya, “ Hai arnab, kenapa kamu sedih? Arnab pun berkata, “saya mencari lobak saya yang hilang, saya lapar.” Jenny 13
Tiga sahabat itu berasa sangat kasihan kepada arnab. Lalu, mereka pun berbincang dan bersetuju memberi baki makanan mereka tadi. Jenny 14
“Usah bersedih arnab. Ambillah makanan ini”, kata Tander. “Terima kasih kawan-kawan, saya sangat bertuah berjumpa dengan kamu semua yang sangat pemurah.” Kata arnab dengan gembira. Jenny 15
Hari semakin gelap, tiga sahabat ini meneruskan perjalanan pulang. Walaupun penat, namun mereka sangat gembira kerana dapat membantu burung dan arnab. Jenny 16
Setibanya di simpang rumah masing-masing, mereka berkata, “ Selamat tinggal kawan-kawan, esok kita bermain lagi ya.” Kemudian mereka pun pulang ke rumah masing-masing. Jenny 17
PENGAJARAN MORAL : Adik-adik haruslah sentiasa berbuat baik terhadap semua orang. Sikap saling bantu-membantu merupakan amalan yang mulia. Jenny
Buku cerita digital ini dihasilkan untuk memenuhi penilaian tugasan kerja kursus: PAKK2233D Bahasa Dan Komunikasi Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak Cerita adalah hasil karya peribadi. Sumber ilustrasi daripada carian image google Jenny