The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU DIGITAL PSS AL-JAUHAR, 2023-05-27 06:59:13

KIT 10 CERITA MOTIVASI

KIT 10 CERITA MOTIVASI

KIT 10 CERITA MOTIVASI Sekolah Kebangsaan Sahabat II 91125, Lahad Datu


1 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu MAJLIS GURU KAUNSELING LAHAD DATU UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK SAHABAT II, LAHAD DATU


2 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu ✓ Prasekolah Cadangan waktu pelaksanaan adalah selama 5 minggu, iaitu 2 cerita dalam masa seminggu. ✓ Murid Sekolah Rendah Tahap 1 Cadangan waktu pelaksanaan adalah selama 3 minggu, iaitu 3 cerita dalam masa seminggu dan 4 cerita pada minggu terakhir. ✓ Murid Sekolah Rendah Tahap 2 Cadangan waktu pelaksanaan adalah selama dua minggu, iaitu 5 cerita dalam masa seminggu pada setiap hari isnin hingga jumaat sahaja. ✓ Murid Sekolah Menengah Cadangan waktu pelaksanaan adalah selama seminggu, iaitu 2cerita sehari.


3 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu BIL TAJUK CERITA TARIKH PELAKSANAAN CATATAN 1 Antara Kentang, Telur & Biji Kopi 2 Kisah Semut & Belalang 3 Emak Bermata Satu 4 Hanya Kerana Jeans 5 Pengembara & Sebatang Pokok 6 Lebah & Helang 7 Si Penjual Belon 8 Perempuan & Burung Pipit 9 Kisah Pahat & Kayu Jati 10 Kisah Semut & Lalat


4 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Penghargaan 1 Panduan Pelaksanaan 2 Senarai Semak 3 Antara Kentang,Telur & Biji Kopi 5 Kisah Semut & Belalang 7 Emak Bermata Satu 8 Hanya Kerana Jeans 11 Pengembara & Sebatang Pokok 14 Lebah & Helang 15 Si Penjual Belon 17 Perempuan & Burung Pipit 19 Kisah Pahat & Kayu Jati 21 Kisah Semut & Lalat 24


5 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Suatu masa dahulu, seorang anak perempuan sentiasa mengadu kepada ayahnya tentang hidupnya yang selalu diuji sehingga dia tidak tahan untuk menghadapinya. Dia terlalu penat untuk melawan dan meronta. Masalah sering datang bersilih-ganti. Ayahnya seorang tukang masak membawa anak perempuan tersebut ke dapur. Ayah beliau mengisi tiga periuk dengan air dan kemudian meletakkan di atas dapur dengan api yang kuat. Apabila ketiga-tiga periuk berkenaan mulai mendidih, ayahnya meletakkan ubi kentang ke dalam periuk yang pertama, telur ke dalam periuk kedua disusuli biji kopi ke dalam periuk yang ketiga. Beliau kemudiannya duduk dan dibiarkan mendidih tanpa mengeluarkan sepatah kata terhadap anaknya. Anak perempuannya melihat dan tidak sabar menanti apa yang akan berlaku seterusnya. Selepas dua puluh minit, ayahnya mematikan api di dapur. Dia mengeluarkan ubi kentang dan meletakkan ke dalam mangkuk. Dia menarik keluar telur dan meletakkan ke dalam mangkuk. Dia kemudiannya menyenduk keluar kopi dan meletakkan di dalam cawan. Beliau menoleh ke arah anak perempuannya seraya bertanya, “ Anakku, apa yang kamu lihat?’’ “Kentang, Telur dan Kopi,” anaknya menjawab ‘ Lihat dengan baik’,beliau berkata “cuba sentuh kentang.” Anaknya menyentuh kentang berkenaan dan ianya lembut. Beliau kemudiannya menyuruh anaknya mengeluarkan telur dan memecahkannya. Selepas kulit telur dikupas, dia memerhatikan telur yang telah pejal.


6 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Akhirnya beliau mengarahkan anaknya untuk menghirup kopi. Aroma kopi yang kaya mengukirkan senyuman di wajah anaknya.. "Ayah, apakah maksud semua ini?" anaknya bertanya. Ayahnya menerangkan bahawa kentang, telur dan biji kopi telah melalui proses pendidihan yang sama. Bagaimanapun, setiap satu mempunyai tindak balas yang berlainan. Kentang pada asalnya keras, tetapi bila diletakkan di dalam air yang mendidih, akhirnya menjadi lembut dan lemah. Telur mempunyai struktur yang rapuh dengan kulit yang nipis untuk melindungi cecair di dalam. Selepas diletakkan di dalam air yang mendidih, cecair di dalam pada asalnya telah berubah menjadi keras dan pejal. Bagaimanapun, biji kopi mempunyai sifat yang unik. Apabila diletakkan di dalam air yang mendidih, ia merubah sifat air dan membentuk seuatu yang baru. "Mana satukah kamu, wahai anakku?" beliau bertanya kepada anaknya. "Apabila suatu dugaan datang mengetuk pintu hidup kamu, bagaimana kamu bertindak balas? Adakah kamu kentang, telur atau biji kopi?" MORAL: Di dalam kehidupan sekeliling kita, sesuatu akan terjadi kepada kita. Apa yang penting adalah bagaimana kita berinteraksi terhadap sesuatu kejadian tersebut dan apa yang anda akan lakukan terhadapnya. Kehidupan merupakan proses pembelajaran, mengadaptasi dan mengubah seluruh kepayahan kepada sesuatu yang positif. Jadi, manakah diri anda? Apakah anda adalah sebuah kentang, telur, atau biji kopi?


7 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Seekor Belalang bersantai sambil bernyanyi di bawah pohon yang rindang. Ia memerhatikan kawanan semut dari kejauhan,yang tengah bekerja keras mengumpulkan bahan makanan. Sesekali, Belalang mentertawakan apa yang sedang dikerjakan kawasan semut tersebut. Kemudian, belalang mendekati kawanan semut tersebut “ untuk apa bersusah payah mengumpulkan makanan? Disini, makanan melimpah ruah di sini,”Kata Belalang. “Musim dingin akan segera pun tiba. Kami mempersiapkan diri agar bersedia bertahan hidup”.jawab semut. Belalang tak peduli dengan apa yang dikatakan semut. Musim dingin pun tiba,Belalang menangis dan meringis kerana kelaparan serta kedinginan. Seluruh wilayah yang sebelumnya menyediakan banyak bahan makanan,kini tak terlihat kerana tertutup oleh salji tebal. Belalang baru menyedari usaha keras yang dilakukan kawanan semut tersebut. Ia menyesali kesombongannya pada hari sebelum ini. MORAL : Kerja keras tidak akan pernah membohongi hasil yang kita lakukan. Kalau inginkan kejayaan perlu ada usaha yang dilakukan sebelum itu.


8 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Emak saya hanya mempunyai satu mata. Apabila saya meningkat usia, saya membencinya. Saya benci kepada perhatian dari kawan-kawan sekolah. Saya benci bagaimana kanak-kanak lain melihat dan melarikan diri dari beliau. Emak saya melakukan dua kerja hanya untuk menyara keluarga, tetapi saya malu dengannya, dan tidak mahu dilihat oleh beliau. Setiap kali emak melawat saya di sekolah, saya hendak beliau terus hilang. Saya rasa terdapat satu kebencian kepada wanita tersebut yang membuatkan saya menjadi bahan ketawa di sekolah. Ketika marah, pernah saya memberitahunya yang saya hendak beliau mati. Saya tidak peduli langsung tentang perasaannya. Apabila saya dewasa, saya lakukan apa sahaja hanya untuk menjarakkan diri dari emak saya. Saya belajar bersungguh-sungguh dan mendapat tawaran belajar ke luar negara, jadi saya mempunyai alasan untuk tidak berjumpa dengannya. Saya berkahwin dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga saya. Saya terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga saya demi sebuah kehidupan yang selesa untuk anak-anak saya. Saya tidak terfikir langsung tentang emak saya. Di suatu hari yang tenang, emak saya telah datang melawat saya di rumah. Wajahnya yang bermata satu telah menakutkan anak saya dan mereka menangis. Saya memarahinya kerana datang tanpa diundang, dan saya melarangnya untuk


9 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu menjejakkan kaki ke rumah saya lagi. Saya menjerit dan memarahi beliau, tetapi emak saya hanya diam dan hanya memohon maaf dan berlalu tanpa sepatah kata. Memenuhi jemputan majlis perjumpaan alumni sekolah memaksa saya untuk kembali ke kampung halaman setelah berpuluh tahun berlalu. Saya melewati rumah dimana saya dibesarkan dan berhenti di sebuah teratak using. Jiran saya memberitahu yang emak saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sekeping surat untuk saya. “Anakku sayang : ” Dengan ucapan maaf kerana melawat rumahmu tanpa diundang dan menakutkan anakmu yang comel. Saya betul-betul meminta maaf kerana saya menjadi punca hidup kamu dalam ejekan. Saya tahu yang kamu akan kembali ke kampung untuk perjumpaan sekolah kamu. Mungkin pada saat itu, saya sudah tiada lagi di dunia ini, dan saya rasa itulah saat yang sesuai untuk menceritakan kepada kamu kemalangan yang berlaku semasa kamu masih kecil. Kamu lihat, wahai anakku sayang, kamu terlibat dalam kemalangan dan kamu kehilangan satu mata. Luluh hati saya bila melihat anak yang disayangi hanya membesar dengan sebiji mata sahaja. Saya ingin kamu melihat keindahan dunia, jadi saya berikan mata saya kepada kamu, wahai anakku. Anakku sayang, saya sentiasa menyayangi kamu sepenuh hati saya. Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan saya memberi kamu mata saya, dan saya berasa tenang kerana dapat memberi kamu keupayaan untuk kamu menikmati hidup kamu.


10 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Emak bermata satu yang sentiasa mencintaimu… Dipetik dari cerpen versi bahasa Inggeris, "The Mother With One Eye". MORAL: Sayangilah ibu anda walau bagaimana keadaan beliau sekalipun. Islam meletakkan ibu di taraf yang tertinggi selepas Allah dan rasul, sehingga syurga seseorang hamba terletak pada keredhaan ibunya.


11 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Pada hal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia. Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia. Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar. Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia. Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia. Mak cakap,aku tak ada buat salah kat dia, dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia.Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari itu aku datang nak minta maaf kat dia. Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak. Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah.


12 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia" Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu. Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid. Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lamalama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu. Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bilabila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak


13 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu pun nangis time tu. Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ini. Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan: “Maafkan Kami ayah,Kami banyak buat salah pada ayah”. Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana. MORAL : Anak-anak semua, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka. tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik.


14 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Dua lelaki telah berjalan bersama di bawah sinar matahari yang terik sehingga akhirnya cuaca menjadi terlalu panas yang menghadkan perjalanan mereka. Lalu mereka terjumpa pokok yang besar untuk dijadikan tempat berteduh. Salah seorang daripada mereka menghalakan pandangan ke ranting pokok berkenaan dan berkata, "Pohon tak guna, tiada satu pun buah atau kacang yang boleh dijadikan makanan kita, kayunyajuga tidak dapat digunakan untuk buat apa-apa." "Jangan jadi manusia yang tidak bersyukur," pokok berkenaan berbicara. "Aku menjadi sangat berguna untuk kamu berdua sekarang, melindungi kamu dari sinar terik mentari, dan kamu menggelar diriku pokok tidak berguna.” MORAL : Setiap sesuatu kejadian Allah mempunyai sebab dan hikmah. Bersyukur dengan setiap perkara adalah sebaik-baiknya.


15 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Di pagi yang cerah, di celahan pepohonan, ada seekor burung helang yang malas, sedang berehat di dahan sebatang pokok. Selama beberapa hari, burung helang tersebut hinggap di dahan pohon yang sama kerana tertarik melihat sekumpulan lebah yang ternyata sibuk bekerja bersama-sama untuk membina sarang yang berjuntai di dahan sebatang pohon. Ternampak seekor lebah yang hinggap di antara bunga-bunga hutan yang mekar, menghisap madu, dan menghantarnya ke sarang, kemudiannya terbang kembali ke dahan tersebut. Begitulah seterusnya aktiviti lebah berkenaan. Burung helang yang dari tadi tertanya-tanya kemudiannya bertanya kepada lebah berkenaan, "Hai lebah kecil, kamu kelihatan sibuk terbang dari bunga ke sarangmu,apa yang kamu sedang lakukan”? Lebah itu menjawab, “Aku dan kawan-kawan sedang membuat sarang.” “Untuk apa kamu membuat sarang sebesar itu? Umur kaliankan sangat pendek. “Sudahlah...tidak perlu susah-susah bekerja! Santai-santai saja dan nikmati kehidupanmu yang singkat itu," demikian burung helang menasihati si lebah berkenaan. "Umurku memang tidak sepanjang umurmu wahai helang. Disebabkan singkatnya waktu yang aku ada, aku tidak boleh menyia-nyiakannya. Aku mestillah


16 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu gigih bekerja dan rajin supaya kami dapat menyiapkan sarang kami sesingkat umur kami," jawab lebah berkenaan. "Untuk apa kamu membina sarangmu cepat-cepat sedangkan kamu akan mati," helang itu bertanya. "Nanti kamu tidak akan dapat merasa sarang yang telah dihasilkan dengan susah payah." "Hahahaha, tuan helang yang gagah lagi berumur panjang, sungguh kasihan cara mu berfikir. Disebabkan umur kami yang singkat inilah, kami harus menghargainya dengan sebaik-baiknya. Kami memang makhluk kecil dan berumur pendek, tetapi kami berbangga dan bahagia kerana kami memberi manfaat kepada makhluk lain dengan memberi semua hasil kerja keras kami sepanjang hidup. Itulah erti kebahagiaan buat kami," balas lebah sambil terbang berlalu. Mendengar ucapan lebah kecil tersebut, si burung helang terdiam. Ia tidak mampu untuk berkata-kata lagi serta bersombong diri. Ternyata, disebalik penampilan makhluk kecil dan berumur pendek, mereka mempunyai kehidupan yang cukup bererti. MORAL : Ajal dan maut ketentuan Ilahi. Kita tidak mengetahui bila akan sampai ajal kita. Disetiap baki masa yang tersisa ini, laluilah ia dengan sikap yang positif, dan berdedikasi dalam melakukan setiap perkara serta supaya kita beroleh manfaat darinya dan juga memberi manfaat kepada sekeliling kita.


17 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu "Di satu kampung tinggal seorang penjual belon yang sangat miskin.Penjual itu hanya tinggal bersama ibu nya yang telah tua dan dengan hasil jualan belonlah dia menampung kehidupan mereka berdua. Apa yang menjadi tarikan kepada semua penduduk kampung termasuk kanak-kanak si penjual belon ini apabila matahari telah mula menyinari dia akan melepaskan 1 belon ke udara. Ada belon yang terbang tinggi, ada belon yang terbang rendah dan ada juga yang terbang hanya jatuh di bumbung rumah jiran. Setiap hari akan berlainan warna belon yang dilepaskan.ada hitam, biru, hijau,putih dan sebagainya. Apabila belon yang dilepaskan ke udara itu terlihat oleh kanak-kanak maka kanak-kanak akan menangis dan menyuruh ibu bapa nya untuk membelikannya belon. Sangat cerdik si penjual belon itu. Dijadikan cerita suatu hari datanglah seorang kanak-kanak perempuan bertanya kepada si penjual belon. Kanak-kanak : pak cik, warna belon yang mana satu kalau dilepaskan akan terbang tinggi. Ketika mendengar pertanyaan kanak-kanak itu, si penjual belon hanya tersenyum. Sekali lagi kanak-kanak itu bertanya dan terus bertanya. Akhirnya penjual belon itu duduk dan memegang bahu kanak-kanak tersebut dan berkata penjual belon: "Nak..warna dan kecantikkan belon itu bukan penentu setinggi mana ia mampu terbang tapi kandungan angin yang ada dalam belon itulah yang menentukan sama


18 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu ada belon itu akan terbang di awam tinggi atau hanya sekadar terbang lalu tersangkut di pokok atau bumbung rumah”.. MORAL : Apa yang ada dalam diri dan hati kitalah yang akan menentukan sejauh mana kita mampu terbang ...fikir-fikirkan..


19 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Alkisah seorang perempuan pergi ke suatu negeri melewati beberapa tempat hanya untuk mencari sebuah kebahagiaan. Di sebuah desa, dia terpandang seekor burung pipit yang sangat cantik lalu dia menangkapnya. Ternyata burung tersebut pandai berbicara. "Kakak, tolong lepaskan saya, nanti saya akan penuhi permintaan kakak," berkata si burung berkenaan."Baiklah, kalau kamu dapat menjawab pertanyaan saya, saya akan melepaskan kamu," ujar perempuan tersebut. "Di mana, bila dan bagaimana untuk saya memperoleh kebahagiaan?" Pertama, jawab si burung, jangan percaya kepada siapa pun kecuali Tuhan. Kedua, jangan terlalu berharap sesuatu yang kamu tak akan sanggup melakukannya.. Ketiga, jangan menyesali masa silam mu. Merasa puas dengan jawapan si burung, perempuan berkenaan melepaskan burung tersebut. Burung itu berkata, "Dasar perempuan bodoh. Kalau kamu tidak melepaskan saya, maka saya akan berikan telur emas kepada kamu." Perempuan itu menyesal dan terus mengejar burung pipit tersebut. Burung itu terbang lalu hinggap di ranting pohon cemara. Perempuan yang marah itu lantas berusaha untuk memanjat pohon cemara lalu terjatuh dan pengesan. Tersedarnya perempuan berkenaan,burung tersebut mendekatinya lantas berkata,”Dasar manusia baru beberapa minit yang lepas saya telah memberi petunjuk kebahagian kepada kamu,tetapi kamu sudah lupa.”


20 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu “Ingat wahai kakak,jangan percaya pada sesiapa kecuali pada Tuhan. Saya ini burung, kenapa kamu percaya kepada saya”? “Kedua, tadi saya telah katakana kepada kamu,jangan berharap pada sesuatu yang kamu tidak dapat melakukannya. Kamu sudah tua,tetapi kamu memaksakan diri untuk memanjat pokok tersebut yang akhirnya kamu jatuh dan pengesan”. "Ketiga," sambung burung berkenaan, "jangan sesali masa silam mu. Mengapa kamu menyesal? Bukankah kamu telah melepaskan diriku sudah terjadi?" Burung itu lantas terbang ke angkasa meninggalkan perempuan itu dengan penuh persoalan.. MORAL : Setiap sesuatu perkara telah ditentukan dan pasti ada hikmat disebaliknya.


21 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Alkisah seorang tukang pahat yang ingin menghasilkan sebuah karya pahat yang mempunyai kesenian yang tinggi dari sebatang kayu jati. Sambil menghalakan mata pisau tatahnya sang pemahat berkata,” Wahai, batang kayu, izinkanlah aku memahatmu menjadi sebuah benda seni.”Batang kayu pun menjawab,”silakan pemahat.”apabila mata pisau tatah mengenai batang kayu,maka menjeritlah batang kayu itu, Aduh!Aduh!....sakit sekali wahai pemahat. Sakit sekali rasanya badanku.” Sang pemahat berkata kepada batang kayu tersebut,” Bersabarlah,bertahanlah…sebentar saja aku menyakiti dirimu wahai batang kayu. Sang pemahat pun meneruskan pekerjaannya. Namun batang kayu itu sekali lagi menjerit,”Aduh!Aduh!Sakit sekali…Ampunnn!Sudah,sudah, batalkan saja niatmu pemahat.Aku sudah tidak tahan lagi.” Meskipun ia memujuk untuk bertahan,namun batang kayu tersebut tetap tidak merelakan badannya dipahat sehingga akhirnya si pemahat membatalkan niatnya. Batang kayu itupun ditinggalkan tergolek begitu saja.Sang pemahat akhirnya mengambil batang kayu yang lainnya lalu meletakkan di meja. Kembali ia berkata.” Wahai batang kayu,izinkan aku memahat dirimu untuk ku jadikan benda seni.”Silakan,wahai pemahat,” begitu saja jawab batang kayu kedua. Sebaik sahaja mata pisau tatah mengenai batang kayu,maka menjeritlah batang kayu itu,”Aduh!aduh!...Sakit sekali wahai pemahat. Sakit sekali rasanya badanku.” Sang


22 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu pemahat memujuk batang kayu tersebut, “Besabarlah,bertahanlah…sebentar saja aku menyakiti dirimu wahai batang kayu. Sang pemahat pun kembali meneruskan pekerjaannya. Namun kali ini batang kayu kedua patuh terdiam sambil menahan sakit. Sang pemahat tersenyum sambil meneruskan pekerjaannya. Akhirnya selesailah sudah karya pahat tersebut. Beberapa orang melewati tempat sang pemahat tersebut melihat karya pahat itu lalu tertarik dan mendekati karya tersebut. “Sungguh luar biasa indahnya!Karya pahat citarasa seni yang tinggi. Wah,karya agung..begitulah ungkapan kekaguman orang-orang itu sambil tangan mereka memegang dan mengelus batang kayu kedua yang telah menjadi benda seni. Tentu saja batang kayu kedua merasa bangga dan tersanjung. Sedangkan batang kayu pertama yang tidak tahan ditatah kini hanya diduduki para pengunjung. Ia dijadikan tempat duduk. Malam harinya setelah tempat tersebut sunyi, berkatalah batang kayu pertama,” Ini tidak adil,sungguh tidak adil.Mengapa orang-orang mengagumimu,sedang aku hanya dijadikan tempat duduk. Padahal kita sama-sama kayu yang berasal dari tempat yang sama” Batang kayu kedua menjawab sambil tersenyum,”Saudaraku,mengapa kelmarin kamu menolak ketika akan dipahat? Sekarang kamu tidak dapat menerima kenyataan.” “Tentu saja aku menolak karena tubuhku sakit ketika terkena mata pisau pemahat,” “Itulah.Mengapa kamu tidak diam


23 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu saja dan bertahan dari rasa sakit sepertiku sehingga pemahat tidak mencampakanmu?” “keterlaluan mereka. Mengapa malah menjadikanku sebagai tempat duduk mereka,sungguh sebuah pelecehan” “Jangan begitu saudaraku, sekecil apapun sungguh engkau telah berguna bagi mereka.” “Huh! Hanya sebagai alas duduk kau bilang berguna? Tidak! Aku ingin dikagumi seperti dirimu.” Demikianlah sampai pagi menjelang percakapan berlangsung antara kayu pertama yang selalu menggerutu dan kayu kedua yang sabar dan bijaksana. MORAL : Sahabat, dalam kehidupan ini kadang kita tidak cukup kuat untuk menahan sakit, kesulitan dan penderitaan atau menghadapi tentangan. Kita kadang terlalu cepat menyerah, memberontak dan putus asa. Padahal segala rasa sakit, kesulitan dan penderitaan tadi menjadikan diri kita insan yang lebih dewasa, lebih matang, lebih bijak, lebih mulia dan lebih berharga. Sikap cepat menyerah hanya menghasilkan kegagalan dan kekecewaan saja. Jangan cepat menyerah sahabat!


24 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Beberapa ekor lalat nampak terbang berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup kembali pintu rumah. Kemudian nampak seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan yang penuh dengan makanan lazat. “Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ini saatnya menikmati makanan segar,” katanya. Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju pintu saat dia masuk, namun ternyata pintu kaca itu telah terutup rapat. Si lalat hinggap sesaat di kaca pintu memandangi kawan-kawannya yang melambailambaikan tangannya seolah meminta agar dia bergabung kembali dengan mereka. Si lalat pun terbang di sekitar kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca itu, dengan tak kenal menyerah si lalat mencuba keluar dari pintu kaca. Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan, dan terus berulang-ulang. Hari makin petang, si lalat itu nampak kelelahan dan kelaparan. Esok paginya, nampak lalat itu terkulai lemas terkapar di lantai. Tak jauh dari tempat itu, nampak serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Dan ketika menjumpai lalat yang tak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni dan beramai-ramai menggigit tubuh lalat itu hingga mati. Kawanan semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang mereka.


25 Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu Dalam perjalanan, seekor semut kecil bertanya kepada rekannya yang lebih tua, “Ada apa dengan lalat ini, Pak? Mengapa dia sekarat?” “Oh.., itu sering terjadi, ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini. Sebenarnya mereka ini telah berusaha, dia sungguh-sungguh telah berjuang keras berusaha keluar dari pintu kaca itu. Namun tak juga menemukan jalan keluar, dia kecewa dan kelelahan hingga akhirnya jatuh sekarat dan menjadi menu makan malam kita.” Semut kecil itu nampak seakan keliru, namun masih ingin tahu dan bertanya lagi, “Aku masih tidak mengerti, bukannya lalat itu sudah berusaha keras? Kenapa tidak berhasil?” Masih sambil berjalan dan mengangkat bangkai lalat, semut tua itu menjawab, “Lalat itu adalah seorang yang tak kenal menyerah dan telah mencuba berulang kali, hanya saja dia melakukannya dengan cara-cara yang sama.” Semut tua itu memerintahkan rakan-rakanya berhenti sejenak seraya melanjutkan perkataannya, namun kali ini dengan mimik dan nada lebih serius, “Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeza, maka nasib kamu akan seperti lalat ini.” MORAL : Orang yang berjaya tidak melakukan hal-hal yang berbeza, mereka hanya melakukannya dengan cara yang berbeza.


Click to View FlipBook Version