Kisah Si Penjual Belon Disediakan oleh : Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bagan Serai Dengan Kerjasama MGKK Daerah Kerian Cerita Motivasi
Bicara Kaunselor dan Motivasi UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BAGAN SERAI, PERAK Di sebuah kampung tinggal seorang penjual belon yang sangat miskin. Penjual itu tinggal bersama ibunya yang telah tua. Hasil jualan belon digunakan untuk menampung kehidupan mereka berdua. Apa yang menjadi tarikan kepada semua penduduk kampung termasuk kanakkanak, apabila matahari telah mula menyinari si penjual belon ini akan melepaskan 1 belon ke udara.
Bicara Kaunselor dan Motivasi UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BAGAN SERAI, PERAK Ada belon yang terbang tinggi, ada belon yang terbang rendah dan ada juga yang terbang hanya jatuh di bumbung rumah jiran. Setiap hari pelbagai warna belon akan dilepaskan. Ada hitam, biru, hijau, putih dan sebagainya.
Bicara Kaunselor dan Motivasi UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BAGAN SERAI, PERAK Apabila kanak-kanak terlihat belon yang dilepaskan ke udara itu maka kanak-kanak akan menangis dan menyuruh ibu bapanya untuk membelikannya belon. Sangat cerdik si penjual belon itu.
Bicara Kaunselor dan Motivasi UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BAGAN SERAI, PERAK Dijadikan cerita suatu hari datanglah seorang kanak-kanak perempuan bertanya kepada si penjual belon. Kanak-kanak : Pakcik, warna belon yang mana satu kalau dilepaskan akan terbang tinggi.
Bicara Kaunselor dan Motivasi UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BAGAN SERAI, PERAK Ketika mendengar pertanyaan kanakkanak itu, si penjual belon hanya tersenyum. Sekali lagi kanak-kanak itu bertanya dan terus bertanya.
Bicara Kaunselor dan Motivasi UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BAGAN SERAI, PERAK Akhirnya . penjual belon itu duduk dan memegang bahu kanak-kanak tersebut dan berkata, Penjual belon : "Nak, warna dan kecantikkan belon itu bukan penentu setinggi mana ia mampu terbang tapi kandungan angin yang ada dalam belon itulah yang menentukan sama ada belon itu akan terbang di awan tinggi atau hanya sekadar terbang lalu tersangkut di pokok atau bumbung rumah"...
Bicara Kaunselor dan Motivasi UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BAGAN SERAI, PERAK . Pengajaran Apa yang ada dalam diri dan hati kita akan menentukan sejauh mana kita mampu terbang. Fikir-fikirkan… Cc FB Himpunan Cerita Motivasi SELAMAT BELAJAR
Bicara Kaunselor dan Motivasi UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BAGAN SERAI, PERAK Sekian, Terima Kasih