MINDA SIHAT KEKAL POSITIF E - M AJALA H PEND ID IKAN ABA D KE - 2 1 MIN EDISI JANUARI 2022 DA KESIHATAN MENTAL COVID-19 BERITA SEMASA FAKTOR KESAN KEPADA MASYARAKAT LANGKAH MENGATASI
MINDA EDISI JANUARI 2022 E - M AJALA H PEND ID IKAN ABA D KE - 2 1 TINTA EDITOR 02 KESIHATAN MENTAL 03 07 10 KESAN KEPADA MASYARAKAT LANGKAH MENGATASI COVID-19 BERI IMPAK KESIHATAN MENTAL 13 ISU KESIHATAN MENTAL JADI KEUTAMAAN CABARAN COVID-19 14 COVID-19 TINGKAT PENYAKIT MENTAL, KEMURUNGAN 15 SYAIR: KESIHATAN MENTAL DAN EMOSI 16 PANTUN: GAYA HIDUP SIHAT 17
TINTA EDITOR Syukur ke hadrat Allah SWT dan segala kurniaan kesihatan serta peluang dalam merakamkan kata-kata dalam e-majalah MINDA. Segala pujian juga bagi Allah SWT yang telah memberikan kemudahan dan kesenangan untuk menyiapkan e-majalah ini. E-majalah MINDA ini merupakan e-majalah edisi pertama. Ianya diterbitkan semasa era pandemik covid-19 yang melanda negara Malaysia untuk memberikan satu platform kepada para pelajar sekolah, masyarakat mahupun pelajar pendidikan tinggi dalam mengetahui isu-isu semasa dalam mengekspresikan diri mereka dalam teknologi dan maklumat. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada madam Syahidatul Munirah Binti Badrul Munir selaku pensyarah Pengantar Penulisan (SBLM 1023) Universiti Utara Malaysia (UUM) atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi dalam menyiapkan dan melaksanakan emajalah ini. Terima kasih juga kepada kumpulan pengarang yang turut menggembleng tenaga dan bertungkus-lumus dalam menyiapkan emajalah ini. Sebelum menutup tirai, saya mewakili kumpulan ini ingin memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam emajalah ini. Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan sebaliknya datang daripada kami sendiri. Akhir kalam, saya berharap agar para pembaca mendapat maklumat dan manfaat sepenuhnya daripada e-majalah MINDA ini. Yang benar, Nur Hafizah Binti Azman 02 Oleh: NUR HAFIZAH BINTI AZMAN
KESIHATAN MENTAL Oleh: NOR DIYANA BINTI MAT JUSOH Sejak kebelakangan ini, isu tentang kesihatan mental semakin hangat diperkatakan oleh semua pihak. Seiring dengan kemajuan negara yang kian membangun, masalah kesihatan mental kini dilihat semakin membimbangkan dan meningkat dari tahun ke tahun. Hasil kajian mendapati bahawa peningkatan yang ketara dalam isu penyakit mental dan kadar bunuh diri sejak beberapa tahun yang lalu adalah disebabkan oleh tahap kesihatan mental yang kurang baik. Oleh hal yang demikian, seluruh rakyat Malaysia perlulah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang penyakit mental, sentiasa peka terhadap gejala-gejala masalah mental dan sedar akan pentingnya memelihara kesihatan mental dengan baik. APA ITU KESIHATAN MENTAL? Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera, misalnya individu itu sedar akan kebolehan diri, dapat bekerja secara berkesan, dapat mengawal emosi dengan baik, dan mampu memberi sumbangan kepada orang sekeliling. Ini bermaksud, kesihatan mental adalah penting untuk mewujudkan kehidupan individu yang sejahtera dan keupayaan masyarakat untuk melakukan sebarang kerja dengan lebih berkesan. Oleh itu, kesihatan mental sangat penting kepada individu yang mempunyai pandangan dan sikap yang positif terhadap orang lain, diri sendiri, dan persekitaran. Kesihatan mental yang baik sering dikaitkan dengan kemampuan individu untuk menikmati, menghargai dan menjalani kehidupan secara seimbang, produktif dan positif. Sementara individu yang mempunyai kesihatan mental yang buruk pula tidak mampu untuk mengawal masalah tekanan, keresahan dan juga kemurungan dengan baik. Namun, kesihatan mental yang buruk dalam jangka masa lama tidak semestinya boleh menyebabkan seseorang individu itu menghadapi masalah sakit mental. Sebaliknya, penyakit mental adalah suatu keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan perubahan pada kemampuan individu untuk bertindak, rasa dan berfikir. Justeru, seseorang yang sakit mental akan mengalami kesukaran untuk melakukan urusan harian, menjejaskan hubungan antara satu sama lain, dan boleh mempengaruhi perubahan tingkah laku serta emosi individu terbabit. 03
FAKTOR GANGGUAN KESIHATAN MENTAL Adalah penting untuk mengetahui bahawa kesihatan mental merupakan suatu perubahan keadaan yang pada mulanya hanya berasa kurang selesa pada diri sendiri, persekitaran sekeliling, dan orang lain dalam menempuhi rintangan kehidupan sehinggalah menyebabkan kehidupan seharian tergganggu dan perlu dirawat. Oleh itu, setiap individu perlu mengenal pasti punca atau faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan kesihatan mental ini agar ia tidak bertambah buruk. Secara umumnya, faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama ialah faktor yang boleh diubah manakala faktor yang kedua pula ialah kekal atau tidak berubah. FAKTOR YANG BOLEH DIUBAH: 1. Faktor Pekerjaan. Umum mengetahui bahawa terdapat banyak tekanan yang perlu dihadapi ketika berada di tempat kerja. Hal ini kerana para pekerja perlu menyiapkan semua tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan dan terpaksa bekerja keras untuk mencapai target yang diinginkan oleh syarikat. Justeru, perkara inilah yang banyak menyumbang kepada masalah kemurungan dan tekanan perasaan yang melampau dalam kalangan pekerja di sesebuah organisasi. 3. Faktor Keluarga. Selain itu, kajian turut membuktikan bahawa individu yang tinggal dalam suasana keluarga yang bermasalah, misalnya ibu bapa bercerai atau kerap bergaduh akan menyebabkan mereka berasa sangat tertekan. Hasil kajian daripada portal kesihatan MyHealth sumber KKM mendapati bahawa, masalah gangguan mental yang tertinggi sekali adalah disebabkan oleh masalah penceraian iaitu sebanyak 13.6%, kemudian diikuti oleh mereka yang belum berkahwin sebanyak 13.1%, isteri yang kematian suami sebanyak 12.2%, dan mereka yang telah berkahwin sebanyak 10.5%. FAKTOR TIDAK BOLEH DIUBAH. Faktor ini meliputi struktur umur, etnik dan jantina setiap individu. Hasil kajian mendapati bahawa kaum wanita lebih ramai menghadapi gangguan mental iaitu sebanyak 55% berbanding kaum lelaki yang hanya mencatatkan sebanyak 45% sahaja. Sementara faktor biologi pula ialah sejarah silam keluarga yang pernah mengalami masalah gangguan mental, misalnya kemurungan. Oleh itu, risiko untuk ahli keluarga mengalami masalah gangguan mental juga adalah tinggi. ARTIKEL UTAMA 04 2. Faktor Pendidikan. Tingkat pendidikan individu turut mempengaruhi masalah gangguan mental. Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah mental dalam kalangan mereka yang tidak berpendidikan adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 15-16% berbanding mereka yang berpendidikan.
ARTIKEL UTAMA KESIHATAN MENTAL SEMASA PANDEMIK COVID-19 Pandemik Covid-19 sememangnya banyak mendatangkan kesan kepada kesihatan mental individu di seluruh negara, termasuklah Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, sebahagian besar individu mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan mental seperti kemurungan lebih-lebih lagi semasa menjalani tempoh kuarantin atau berada dalam suasana yang amat tertekan. Jika kemurungan ini tidak dicegah dan dirawat dengan lebih awal, maka ia boleh menyumbang kepada masalah bunuh diri. Berdasarkan sumber yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), didapati bahawa berlaku peningkat kes bunuh diri pada tahun 2020 iaitu sebanyak 631 kes berbanding tahun 2019 yang hanya mencatatkan sebanyak 609 kes. Sementara kes bunuh diri yang dicatatkan pada bulan Mac 2021pula adalah sebanyak 336 kes berkurang daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sejurus daripada itu, masyarakat diminta agar sentiasa mengambil berat dan prihatin kepada orang sekeliling serta ahli keluarga dalam mengenal pasti tanda-tanda awal kemurungan yang boleh membawa kepada kes bunuh diri. Antaranya ialah sering berasa murung dan sedih, selera makan dan pola tidur tergganggu, menyalahgunakan dadah dan alkohol, serta kerap menyendiri. Tambahan pula, individu yang sering menyatakan bahawa dia sudah bosan dan hilang harapan untuk meneruskan kehidupan juga merupakan tanda-tanda awal masalah kemurungan. 05
Sekiranya terdapat mana-mana individu yang mengalami simptom seperti yang dinyatakan di atas, maka segeralah berjumpa dengan pakar perubatan supaya ia tidak bertambah buruk. Selain daripada itu, masyarakat juga boleh menggunakan kaedah komunikasi yang berkesan dengan individu yang mengalami kemurungan. Misalnya, memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi, memberikan sokongan sosial dan meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hati mereka. Di samping itu, Kementerian Keihatan Malaysia (KKM) turut menyambut baik pengumuman daripada YAB Perdana Menteri Malaysia berkaitan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat semasa mendepani cabaran pandemik Covid-19 ini. Justeru, bantuan makanan dan peralatan daripada masyarakat sekitar kepada golongan yang terjejas juga amat dialu-alukan. Kesimpulannya, semua pihak perlu peka dan mengambil berat terhadap ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat setempat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini agar mereka tidak menghadapinya seorang diri. Selain itu, setiap individu juga hendaklah melaksanakan tugas masing-masing dalam memelihara kecergasan mental diri, masyarakat, dan ahli keluarga semasa wabak Covid-19 ini. ARTIKEL UTAMA 06
Sejak akhir ini, tahap kesihatan mental masyarakat Malaysia berada pada tahap yang amat membimbangkan semua pihak. Secara umumnya, kesihatan mental merupakan sejenis penyakit yang akan mempergaruhi kesihatan fizikal seseorang individu. Masalah kesihatan mental juga merupakan penyakit kedua terbesar yang membahayakan masyarakat Malaysia selepas penyakit jantung. Mengikut satu Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa masalah kesihatan mental bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang dewasa malahan juga berlaku dalam kalangan remaja. Sebagai contoh dalam 10 orang remaja 3 orang daripadanya menghidapi masalah kesihatan mental. Penyataan ini bersamaaan dengan 29.2 % atau 4.2 juta. Masyarakat yang menghidapi masalah kesihatan mental akan mengalami beberapa kesan yang negatif. 07 KESAN MASALAH KESIHATAN MENTAL OLEH: LIM GAIK CHENG
08 1.Membunuh Diri Antara kesan yang menunjukkan masyarakat menghadapi masalah kesihatan mental ialah masyarakat mempunyai kecederungan untuk membunuh diri. Hal ini dikatakan sedemikian kerana seseorang individu yang menghadapi bebanan mental yang tinggi akan melakukan perbuatan di luar jangkaan tanpa sedar. Sebagai contoh, individu yang menghadapi penyakit kesihatan mental merupakan individu yang tidak dapat berfikir secara rasional. Keadaan tersebut secara tidak langsung akan mendorong individu tersebut untuk melakukan perbuatan untuk membunuh diri. Kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat yang menghadapi masalah kesihatan mental ialah menjejaskan kesihatan fizikal. Hal ini kerana individu yang menghadapi penyakit kesihatan mental mempunyai imum tubuh badan yang lemah berbanding dengan individu biasa. Sebagai contoh kebanyakkan individu yang mengalami penyakit mental tidak mempunyai selera makan menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badanya. Serterusnya, hormon stress dalam individu yang menghadapi penyakt mental adalah sangat tinggi. Hal ini kerana individu yang menghidapi penyakit tersebut tidak dapat menagani masalah stress dengan baik. Situasi tersebut telah menyebabkan sistem peredaraan darah dalam badanya tidak dapat berfungsi dengan lancar. Sebagai contoh individu yang menghidap masalah mental mudah mendapat penyakit jantung dan strok. Keadaan tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan kesihatan fizikal individu yang mengalami penyakit mental. 2. Menjejaskan Kesihatan Fizikal ARTIKEL SAMPINGAN
09 Seterusnya, kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat yang mengalami masalah mental ialah masyarakat akan mengalami masalah kemurungan atau dikenali sebagai “ depression ”. Secara umumnya kemurungan boleh didefinisikan sebagai satu penyakit mental yang organik, psikologikal atau interpersonal. Bukan itu sahaja, masyarakat yang mengalami masalah kemurungan sukar untuk mengawal emosinya. Hal ini dikatakan sedemikian kerana masyarakat yang menghadapi masalah kemurungan kesan daripada menghidapi penyakit kesihatan mental akan mempunyai perasaaan sedih pada sepanjangan masa tanpa mempunyai sebarang punca. Masalah yang menyebabkan masyarakat Malaysia menghadapi masalah kemurungan adalah disebabkan oleh sukar untuk melawan stress yang dihadapi dalam kehidupannya sama ada tekanan tersebut datang daripada aspek pekerjaan,keluarga, pendidikan mahupun dalam aspek kewangan. Masalah kemurungan yang dihadapi oleh masyarakat juga akan menyebabkan masyarakat tidak mempunyai minat dan tenaga dalam menjalankan kehidupan seharian. Sebagai contoh masyarakat yang mengalami masalah kemurungan akan mudah berputus asa dan sering mengalami keletihan semasa menjalankan tugas. Selain itu, mengikut sumber daripada (Sinar Harian, 2019) pada tahun 2019 terdapat satu per tiga rakyat Malaysia menghadapi masalah kemurungan. Oleh itu sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin kita mestilah memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah kemurungan yang berlaku kesan daripada kesihatan mental. Hal ini dikatakan sedemikian kerana dengan adanya pengetahuan yang mendalam mengenai masalah kemurungan kita dapat membantu masyarakat di sekeliling kita yang menghadapi masalah kemurungan untuk menerima rawatan pada peringkat yang ringan supaya individu tersebut dapat pulih daripada masalah mental yang dihadapinya. 3. Penyakit Kemurungan ARTIKEL SAMPINGAN
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH KESIHATAN MENTAL Oleh: MUHAMMAD AMIRUL BIN MUHAMMAD NASIR Masalah kesihatan mental atau juga dapat diertikan sebagai gangguan yang berlaku ke atas mentaliti seseorang individu kerana faktor-faktor tertentu sering kali berlaku dalam masyarakat pada masa kini. Masalah kesihatan mental ini perlu di pandang serius kerana akan menyebabkan masa depan individu yang menghadapi masalah mental menjadi kelam. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang menghadapi masalah ini dipercayai akan mengalami kemurungan dan yang lebih teruk lagi ada yang menjadi gila atau sakit jiwa. Menurut akhbar berita harian yang diterbitkan pada tahun 2018 menyatakan bahawa hampir 30 peratus populasi rakyat negara Malaysiamengalami masalah penyakit mental dan majoriti wanita lebih berisiko menghidapi penyakit ini. Persoalannya apakah langkahlangkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini? 10 ARTIKEL SAMPINGAN
1.Berfikir Positif Antara langkah untuk mengatasi masalah kesihatan mental ialah berfikir positif. Seseorang individu perlu berfikir positif pada diri sendiri dan membuang segala fikiran negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana berfikiran positif pada diri sendiri dapat memberi keyakinan pada diri dalam melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan mahupun ketika sendirian atau dalam masyarakat. Hal ini dapat diaplikasikan dengan mengamalkan berfikir dan bercakap positif pada diri kita. Misalnya, perkataan atau pemikiran saya akan, saya boleh, saya akan cuba, saya juara, saya disayangi, saya menarik, dan sebagainya. Kesannya, jati diri pada diri seseorang individu itu akan 0makin kukuh dan sentimen fikiran negatif dalam diri dapat dibasmi serta ini secara tidak dapat mengelakkan berlakunya masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan sakit jiwa pada seseorang individu itu. Langkah mengatasi masalah kesihatan mental juga boleh dilakukan dengan perkhidmatan bimbingan kaunseling dan psikoterapi. Perkhidmatan psikoterapi adalah sejenis rawatan gangguan mental melalui kaedah psikologi. Kaunseling boleh membantu individu yang bermasalah mengurangkan konflik hidup mereka. Perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi berperanan memberi ruang kepada mangsa tekanan mental meluahkan perasaan. Selepas mendengar masalah tersebut, kaunselor memberikan nasihat untuk membantu individu tersebut menyelesaikan masalah tersebut. Kaunseling juga diberikan kepada keluarga yang mengalami penyakit mental bagi mengurangkan tekanan kepada mereka yang terpaksa menjaga pesakit. Dengan itu, jelaslah bahawa perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi merupakan langkah penting dalam mengatasi masalah kesihatan mental atautekanan yang berlaku pada mentaliti seseorang. 2. Khidmat Kaunseling ARTIKEL SAMPINGAN 11
Di samping itu, pendidikan agama atau moral juga mampu mengatasi masalah kesihatan mental. Agama dipandang sebagai unsur penting untuk menanam ciri-ciri kemanusiaan yang mulia. Ibu bapa harus memberi didikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana “ anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya ”. Individu yang mempunyai asas nilai-nilai murni mampu menguasai nafsu mereka. Pendidikan moral dan agama boleh mengatasi masalah jiwa kosong dan memberikan kesedaran melawan nafsu yang keterlaluan. Dengan kesedaran tersebut, seseorang akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Pendidikan agama atau moral dapat mengatasi masalah kesihatan mental kerana mampu mengurangkan tekanan mental pada diri seseorang melalui kawalan keinginan. Jika dibuat kajian dengan lebih mendalam tentang masalah kesihatan mental kita dapat mengetahui bahawa masalah kesihatan mental tidak akan memudaratkan seseorang sekiranya ditangani dengan hati yang tenang dan relaks. Analogi mudah bagi tekanan mental ialah “ pengambilan vitamin ”. Pada prinsipnya, tekanan mental sama seperti pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang seimbang akan meningkatkan sistem immunisasi individu. Walaupun begitu, pengambilan vitamin yang berlebihan pula akan mendatangkan kesan sebaliknya! Begitu jugalah dengan masalah kesihatan mental kerana tekanan mental yang optimum akan memajukan seseorang tetapi tekanan mental yang terlampau akan membebankan dirinya. 4. Pengambilan Vitamin 3. Pendidikan Agama dan Moral ARTIKEL SAMPINGAN 12
BERITA Oleh: NUR ZU H L A K Z I W FL A I NI BINTI SEMASA Masyarakat di Malaysia semestinya tidak terkecuali daripada menerima impak kesihatan mental akibat berlakunya pandemik COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Menurut beliau, faktor sosial yang menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan mental adalah kerana tekanan yang terlampau seperti contoh hilang pekerjaan atau sumber pendapatan, masalah keluarga dan cemuhan orang sekeliling boleh memberi kesan kepada sesetengah individu untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuklah kemurungan dan lain-lain. “Kemurungan biasanya gagal dikenal pasti dan dirawat kerana ia sangat berisiko sehingga boleh melibatkan tingkah laku membunuh diri (Suicidal ideation), rancang membunuh diri (Suicidal plan), cubaan membunuh diri (Suicide attempt) dan kematian akibat tindakan membunuh diri, ” katanya dalam kenyataan media sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia. Tema sambutan pada tahun ini adalah ‘Bertindak Segera, Harapan Terbina ’ dengan tujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan masyarakat yang memainkan peranan penting dalam mencegah kes-kes bunuh diri dan menghapuskan pemikiran negatif berkaitan tingkah laku bunuh diri. Selaras dengan Konsep Keluarga Malaysia, Dr Noor Hisham berkata, masyarakat perlu turut sama aktif dalam mengenal pasti simptom awal kemurungan dan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan orang sekeliling sepanjang pandemik COVID-19 ini. “Masyarakat juga perlu membuang pemikiran negatif dalam kalangan keluarga serta individu yang terlibat dengan masalah mental dan perasaan ingin membunuh diri. Di samping itu juga dapat mengekalkan hubungan keluarga dan memberi sokongan sosial terutama selepas krisis berlaku, ” katanya. COVID-19 beri impak kesihatan mental – Dr Noor Hisham Dr Noor Hisham berkata, KKM akan terus komited dalam menjalinkan kerjasama serta mengalu-alukan pelbagai agensi lain supaya dapat mengambil bahagian dalam pelaksanaan pencegahan tingkah laku bunuh diri. Usaha ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pencegahan tingkah laku bunuh diri, menghapuskan stigma terhadap tingkah laku bunuh diri dan seterusnya dapat menurunkan kadar kematian akibat bunuh diri. - BERNAMA 13
Pengurusan berkaitan isu kesihatan di Malaysia menjadi keutamaan cabaran pada masa kini dalam usaha menyelesaikan masalah wabak Covid-19 yang berleluasa. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, permasalah ini sangat penting bukan sahaja dalam kalangan petugas baris hadapan tetapi rakyat juga perlu memainkan peranan masing-masing. “Dalam menangani isu ini, bidang yang paling penting perlu dititikberat ialah isu kesihatan mental kerana psikologi manusia semestinya akan terganggu akibat pandemik ini, ” katanya ketika menyampaikan ucaptama pembukaan Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2021 yang berlangsung selama dua hari dan secara atas talian hari ini. Mengulas lebih lanjut, beliau menerangkan berkaitan strategi yang bersesuaian untuk mengurus masalah kesihatan mental seperti sakit jiwa adalah perkara penting bagi menyelesaikan masalah keganasan wabak berbahaya ini. “Kita perlu menggunakan pendekatan yang kognitif tingkah laku, kesedaran dan kerohanian supaya dapat meningkatkan komitmen dan keyakinan dalam menempuh kehidupan normal, ” katanya. Justeru, penggunaan media sosial perlu diambil tanggungjawab berdasarkan tindakan penyebaran informasi salah yang boleh menimbulkan salah faham warganet. Dalam hal ini, beliau memberi contoh pentadbir akaun sosial popular Facebook yang telah membuat penetapan polisi maklumat tidak sahih berhubung dengan isu pandemik ini. “Bidang kesihatam awam seharusnya konsisten dalam menyebarkan maklumat sahih dan menambah dana bagi nenyaring semua informasi yang mengelirukan sebelum situasi bertambah teruk, ” katanya – UTUSAN ONLINE Isu kesihatan mental jadi keutamaan cabatan COVID-19 BERITA SEMASA 14
Penyakit mental yang dijangka menjadi masalah kedua terserius di Malaysia selepas penyakit jantung pada tahun 2020. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) terkini, tiga daripada setiap 10 orang dewasa berusia 16 tahun ke atas di Malaysia akan menderita menghidap masalah kesihatan mental. Isu ini semakin membimbangkan apabila talian telefon yang disediakan oleh Mercy Malaysia dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) bagi mereka yang terjejas sepanjang Covid-19 dan menunjukkan 46.8 peratus panggilan adalah daripada individu yang mengalami masalah mental. Walaupun tujuan sekatan pergerakan dijalankan bagi melindungi rakyat daripada berjangkit, tetapi secara tidak sengaja akan memberi tekanan kepada kesihatan mental. Banyak perniagaan yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak Mac yang lalu sehingga menyebabkan ramai diberhentikan kerja. Individu yang menganggur akan berasa tidak yakin dan selamat dengan diri mereka sehingga menyebabkan masalah mental dan kemurungan. Selain itu, PKP turut memberi kesan negatif kepada mereka yang menghidap penyakit mental yang teruk dan disebabkan kebimbangan terhadap virus yang berleluasa, penyakit mental mereka berpotensi untuk menjadi lebih teruk. Individu yang mengalami tekanan disarankan mendapatkan tidur yang cukup, sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, makan makanan berkhasiat, elak merokok dan menyelahgunaan dadah. Mereka juga perlu mengurangkan melayari media sosial bagi mengalihkan perhatian dari berfikiran negatif dan tertekan. Sementara itu, majikan bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan mental pekerja mereka seimbang kerana risau dengan bebanan kerja akan mendorong mereka ke arah tekanan mental. Majikan seharusnya mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan menyediakan khidmat kaunseling bagi pekerja yang mengalami masalah untuk mengelakkan dari mereka berfikir sehingga boleh menyebabkan kesihatan mental dan kemurungan. Covid-19 tingkat penyakit mental, kemurungan BERITA SEMASA 15
SYAIR 16 KESIHATAN MENTAL DAN EMOSI Fikiran yang sihat satu anugerah, Perlu dijaga usaha dikerah, Elak terganggu ditimpa masalah, Jauhi tekanan dan rasa bersalah. Perasaan kita perlu dijaga, Elakkan tekanan tidak terduga, Semasa di sekolah di rumah juga, Suasana tenang amat berharga. Otak kita khazanah kita, Nilainya tinggi amatlah nyata, Setiap indera dikawal sekata, Kiri dan kanan sudah terpeta. Perasaan kita penting dikawal, Ambil tindakan sedari awal, Berjumpa kaunselor untuk berbual, Agar taulan tidaklah mual. Emosi sihat kita selesa, Lakukan senaman setiap masa, Minda sihat jiwa perkasa, Fikiran dan emosi tenang sentiasa.
PANTUN 17 GAYA HIDUP SIHAT Bunga kembang di pagi Jumaat, Kumbang minat mencari agas, Makanan seimbang mesti berkhasiat, Badan sihat otak cergas. Udara dihirup anak Pak Sarat, Bunga di taman igauan Seman, Amalan hidup gaya sihat, Senaman ringan jadi peneman. Mendayung sampan di pinggir jeti, Hembusan angin sejuk terasa, Mari bersenam setiap hari, Penguat minda cergas sentiasa. Benihnya mangga ingin di tanam, Boleh dimakan tiba masanya, Elakkan diri malas bersenam, Barulah hidup yakin sentiasa. Jatuhnya tongkat si nenek tua, Dibantu ikhlas niat di hati, Kuat dan cergas impian semua, Pengubah hidup yang lebih berkualiti.
18
19
20