The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azimishams1964, 2021-08-18 00:59:58

RIBA

RIBA

SYARIAH

TAJUK: RIBA

DEFINISI

Kata “riba” bererti bertambah, subur atau
lebih. Di antara pengertian atau definisinya
menurut hukum syarak ialah:

1. Akad bagi membuat pertukaran barang yang
tertentu tidak diketahui persamaannya mengikut
kiraan syarak ketika akad atau diketahui
persamaannya tetapi dengan menangguhkan kedua-
dua tukaran itu atau salah satunya.

2. Pertambahan pada pertukaran emas dan perak
juga pada jenis-jenis benda makanan.

HUKUM RIBA

HARAM
DALILNYA:

Surah al-Baqarah ayat 275
ertinya: Dan Allah menghalalkan jualbeli dan

mengharamkan riba.

Hikmat pengharaman Riba :

1. Menyebabkan permusuhan antara individu dan
menghilangkan perasaan ihsan dan semangat tolong-
menolong dalam masyarakat.

2. Islam menggalakkan umatnya memberi hutang yang
baik dan mendapat pahala, bukan melalui riba yang lebih
bersifat mementingkan keuntungan dan berbentuk
penindasan.

3. Riba menyebabkan seseorang itu mendapat keuntungan
dengan tidak perlu bersusah payah sedangkan Islam
menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha.

4. Memberi ruang kepada pihak pemakan riba untuk
melakukan penindasan terhadap orang miskin atau dalam
keadaan terdesak.

riba ad-duyun
(riba hutang )

riba al-buyu
( riba jual beli )

JENIS RIBA AL-BUYU( Riba jual beli )

1. Riba an-Nasa: Riba yang dibayar lebih
kerana bertangguh pembayarannya. Riba jenis
ini paling banyak terjadi di kalangan masyarakat
kita
.

2. Riba Fadhli: Riba yang dibayar lebih pada
satu pihak penukaran seperti ditukar segantang
beras malinja dengan dua gantang beras siam
.

3. Riba al-Yad: Riba kerana tidak
berterimaan di dalam majlis akad.

JENIS RIBA AL -DUYUN ( Riba Hutang )

Riba al-Qardh:sebarang manfaat tambahan yang
disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman
pokok

Riba al-Jahiliyyah:sebarang manfaat tambahan lebih
dari jumlah pokok yang dikenakan oleh pemeri
pinjaman kepada peminjam

Barang Ribawi

“ Apabila ditukar emas dengan emas, perak
dengan perak, gandum dengan gandum, tamar
dengan tamar, garam dengan garam mestilah
sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar
secara terus ( pada satu masa ) dan sekiranya
berlainan jenis , maka berjual belilah kamu
sebagaimana disukai. “

(Riwayat Muslim)

Jenis Barang Ribawi

Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk
mengelakkan riba:

Barang yang sama jenis:
a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.
b) Hendaklah sama dengan tunai.
c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

Barang yang tidak sama jenis:
a) hendaklah dengan tunai.
b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

pinjaman yang simpanan wang yang
dengan faedah dibayar faedah

insuran & takaful

Pinjaman Yang Dengan Faedah :

Perbuatan untuk mengaut keuntungan yang
mengandungi unsur riba serta
menzalimi,menindas dan membawa
kemudharatan kepada peminjam yang
terdesak dan tertekan.

Hukum : Haram

Simpanan Wang Yang Dibayar Faedah

Bank berusuran dengan pelanggan lain
dengan menggunakan riba tehadap
peminjam daan memberi keuntungan dan
faedah kepada penyimpan.

Hukum : Haram

Perbezaan antara Insuran dan Takaful

Insuran Konvensional Takaful

Pelaburan tanpa sebarang Aset hanya boleh dilabur
kekangan Syariah yang selari dengan Syariah

Wang pelanggan dianggap Wang pencarum tidak dikira
wang syarikat dan dimiliki wang syarikat malah dia
sejurus dibayar oleh diasingkan dan tidak dimiliki
pelanggan oleh syarikat

Keuntungan adalah milik Keuntungan diambil oleh
sepenuhnya oleh syarikat syarikat mengikut nisbah
dipersetuji dan baki adalah
milik pencarum

Soalan....

• Berikan definisi riba ad - duyun?
• Huraikan persamaan dan perbezaan(perbandingan)

antara riba al-nasiah dengan riba al –fadl
• Apakah yang dimaksudkan barang ribawi?
• Senaraikan jenis barang ribawi.
• Nyatakan hikmah pengharaman riba?


Click to View FlipBook Version