Suhaedah
Maya
Givenie
Ardienex
WATAK
Badang
Ibu bapa
Badang
Nenek
Raja
kayangan
Pada suatu hari, tinggal
seorang budak lelaki yang
berhati murni bernama
Badang. Badang ke hutan
untuk mendapatkan sumber
makanan untuk
keluarganya.
Pada hari itu, Badang
menyedari jalan yang
dilaluinya sungguh pelik.
Ternyata Badang tersesat
ke dalam kerajaan langit.
Badang sungguh risau kerana
hari sudah senja !
Tiba-tiba..
Kerisauan Badang hilang apabila
dia terlihat sekeping poster yang
tertampal di sebatang pokok.
Poster tersebut menyiarkan
tentang pertandingan gusti
lengan. Pada pendapatnya, ini
adalah peluang untuk dia
membantu keluarga dan
orang-orang kampung.
untuk menjadi kuat.
Badang berminat tentang
pertandingan tersebut lalu
berlatih untuk menjadi kuat.
Setelah penat berlatih, Badang
berasa haus lalu meminum air
yang ada di tepi tempatnya
berlatih tanpa berfikir panjang.
Tanpa disedari, rupa-rupanya air yang
diminum Badang mengandungi ulat ajaib!
Ternyata, air tersebut telah membuatkan
Badang menjadi lebih kuat. Badang tidak
menyedari kekuatan yang dimilikinya
setelah meminum air ajaib tersebut. Namun,
pada suatu petang, Badang begitu terkejut
apabila dia berjaya mengangkat barang
nenek tua yang sungguh berat itu hanya
dengan sebelah tangan sahaja. Badang
berasa sungguh teruja dengan kekuatan
yang ada pada dirinya. Hari demi hari
Badang gigih berlatih untuk persediaan
pertandingan gusti lengan tersebut.
Hari yang dinantikan pun
telah tiba, Badang sungguh
bersemangat untuk
bertanding kerana Badang
sudah bersedia dari segi
mental dan fizikal. Akhirnya,
Badang telah memenangi
pertandingan tersebut dan
berjaya memperoleh hadiah
yang dipertandingkan iaitu
angsa bertelur emas.
Badang akhirnya berjumpa
dengan raja kerajaan langit
untuk meminta pertolongan
agar dia boleh kembali ke
tempat asalnya. Kini, Badang
menjalani hidupnya dengan
senang serta rajin membantu
orang tanpa memandang darjat,
usia mahupun warna kulit.
N I L A I
M O R A L
1. Kita tidak seharusnya
melupakan orang tua
walaupun sudah senang.
2. Kita mestilah berusaha
untuk mencapai sebuah
matlamat.
3. Kita hendaklah membantu
orang dengan hati yang
ikhlas.