The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Legenda Puteri Walinong Sari mengisahkan Puteri Wanang Seri yang cantik dan berani. Baginda puteri Bendahara Paduka Raja di negeri Inderapura. Puteri Wanang Seri terkenal oleh kehandalannya bersilat. Banyak panglima yang mencuba menewaskannya dalam pertandingan silat kerana sesiapa yang dapat menewaskannya boleh berkahwin dengannya. Akan tetapi, semua gagal. Pada suatu hari, Puteri Wanang Seri bertemu dengan burung merpati yang sebenarnya putera kayangan, Raja Mambang Segara. Raja Mambang Segara menyamar sebagai lelaki miskin lalu menghadiahi Puteri Wanang Seri kain cindai, payung kuning dan melur putih untuk memikat hatinya. Mereka menjadi rakan dan beradu silat, tetapi Raja Mambang Segara jatuh pengsan apabila melihat kecantikan Puteri Wanang Seri. Akhirnya, Puteri Wanang Seri mencari Raja Mambang Segara di Gunung Tahan setelah mendengar petunjuk dalam mimpi. Kisah ini menunjukkan nilai keberanian, cinta, dan pengorbanan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-43516583, 2023-06-30 09:59:07

Legenda Puteri Walinong Sari

Legenda Puteri Walinong Sari mengisahkan Puteri Wanang Seri yang cantik dan berani. Baginda puteri Bendahara Paduka Raja di negeri Inderapura. Puteri Wanang Seri terkenal oleh kehandalannya bersilat. Banyak panglima yang mencuba menewaskannya dalam pertandingan silat kerana sesiapa yang dapat menewaskannya boleh berkahwin dengannya. Akan tetapi, semua gagal. Pada suatu hari, Puteri Wanang Seri bertemu dengan burung merpati yang sebenarnya putera kayangan, Raja Mambang Segara. Raja Mambang Segara menyamar sebagai lelaki miskin lalu menghadiahi Puteri Wanang Seri kain cindai, payung kuning dan melur putih untuk memikat hatinya. Mereka menjadi rakan dan beradu silat, tetapi Raja Mambang Segara jatuh pengsan apabila melihat kecantikan Puteri Wanang Seri. Akhirnya, Puteri Wanang Seri mencari Raja Mambang Segara di Gunung Tahan setelah mendengar petunjuk dalam mimpi. Kisah ini menunjukkan nilai keberanian, cinta, dan pengorbanan.

Legenda Puteri Walinong Sari


Pada zaman dahulu, negara Inderapura diperintah oleh Bendahara Paduka Raja. Puteri baginda bernama Puteri Wanang Seri.


Puteri Walinong Seri sangat pandai bersilat dan melambung senjata.


Bendahara Paduka Raja berjanji mana-mana panglima yang dapat menewaskan Puteri Wanang Seri dalam pertandingan silat boleh berkahwin dengan puteri baginda.


Namun begitu, semua panglima tewas kepada Puteri Wanang Seri dalam silat.


Pada suatu hari, Puteri Wanang Seri dan inangnya pergi ke Pekan untuk membelibelah.


Puteri Wanang Seri menjumpai seekor merpati putih yang amat cantik di kolam. Baginda amat menyukainya, tetapi melepaskan burung itu kerana enggan mengurungnya.


Selepas Puteri Wanang Seri pergi, burung merpati itu bertukar menjadi Raja Mambang Segara, putera kayangan.


Raja Mambang Segara ingin memikat Puteri Wanang Seri. Raja tersebut mengikut Puteri Wanang Seri ke Pekan.


Raja Mambang Segara menyamar sebagai lelaki yang berpakaian compangcamping.


"Ampun tuanku, sembah pacal yang hina. Terimalah pemberian hamba yang tidak seberapa ini, " lelaki miskin itu menyembah.


Puteri Wanang Seri menarik tabir usungan. Mukanya merah seperti bunga raya berkembang. Baginda menerima hadiah itu sambil mengucapkan terima kasih.


Puteri Wanang Seri berkunjung ke Pekan lagi. Lelaki yang compangcamping itu menghadiahkan sekaki payung pada hari pertama dan bunga melur pada hari yang seterusnya.


"Anak muda, kamu tahu bersilat?" Puteri Wanang Seri bertanya. "Hamba tahu sedikit, " lelaki comot itu menjawab. "Mahu bertanding dengan beta di gelanggang silat?" Puteri Wanang Seri bertanya lagi. "Jika itu kemahuan tuanku, patik menurut sahaja, " lelaki comot itu menyembah.


Puteri Wanang Seri dan lelaki miskin itu bertarung. Lelaki miskin itu lebih hebat. Puteri itu pun menggunakan helah. Baginda membuka tudungnya. Wajahnya gilang gemilang. Lelaki miskin itu pengsan.


Lelaki miskin itu bertukar semula kepada rupa asalnya, iaitu Raja Mambang Segara.


Terdapat seorang raja di puncak Gunung Tahan, Raja Laksamana Petir. Baginda murka terhadap Raja Mambang Segara yang kalah kepada perempuan.


Petir sabung-menyabung. Puteri Wanang Seri melihat badan Raja Mambang Segara semakin menipis.


Akhirnya, Raja Mambang Segara lenyap. Puteri Wanang Seri pun pengsan.


Setelah pengsan, Puteri Wanang Sari bermimpi. Baginda bertemu dengan seorang pendeta. “Wahai Puteri Wanang Seri. Nama anak raja itu ialah Raja Mambang Segara. Ayahandanya Raja Laksamana Petir. Jika tuan puteri kasih akan dia, carilah ia di puncak Gunung Tahan."


Pada hari esok, Puteri Wanang Seri lenyap dari istana. Ada yang mengatakan bahawa baginda telah berangkat ke Gunung Tahan. Pada hari ini, Puteri Wanang Seri lebih dikenal sebagai "Puteri Walinong Sari".


Click to View FlipBook Version