Surat Pemberitahuan Meyuarat Agung PIBG kali ke 47 2 Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 4 - 5 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-47 6 Usul/ Cadangan 17 - 19 Penyata Kewangan PIBG Tahun 2022 15 - 16 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 7 - 14 Senarai Kehadiran ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 20 - 21 02 01 03 04 06 05 07 08 09 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 22 Aktiviti PIBG sesi 2022/2023 23 1 10 Aturcara Program 3 11 Penghargaan 24
2
S A B T U 8:30 PAGI Ketibaan Yang Dipertua PIBG, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 8:35 PAGI Nyanyian lagu Bangsa Johor Negaraku 8:00 PAGI Pendaftaran Ibu bapa dan Guru ATUR CARA PROGRAM 3 8:45 PAGI Bacaan Doa 8:50 PAGI ucapan Guru Besar 9:00 PAGI Perasmian Mesyuarat oleh YDP PIBG 9:10 PAGI Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PBG/KSIB/PIBK tahun 2022/2023 9:20 PAGI Mesyuarat Agung PIBG SK Angkatan Tentera kali ke-47 bermula. 10:50 PAGI Cabutan Bertuah 11:10 PAGI Jamuan makan Bersurai
Ex-Officio: En. Abdullah bin Sulaiman (Guru Besar SKAT) Yang Dipertua PIBG: En Norhisyam bin Husin Naib Yang Dipertua PIBG: Mejar. Karimah Hafizah binti Zainal Setiausaha : En Ahmad Ihsan bin Aziz Penolong Setiausaha: Cik Sofea Asmira binti Mohd Zan Bendahari : Cik Ruhana binti Abd Rahman Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 4
AJK Juruacara Pn Fetty Christlla Afeeya Refin Abdullah (k) Pn Khoiriah binti Abdul Hadi En. Ja'far bin Abu Rahim MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 AJK Persiapan Tempat/ Hiasan Dewan Cik Sofea Asmira binti Mohd Zan (K) En Shazan Izzat bin Sharom Pn Nurul Izza bin Osman Pn Norsuziati bin Yusri Pn. Malarvili a/p Vajravelu Pn Hamidah binti Yusop En Faziran bin Dollah En Mohd Riduan bin Mohd Hashim Pn Suraya Hani binti Abd Halim AJK Siaraya/ Jemputan En. Ahmad Ihsan bin Aziz (K) En. Mohd Haziq bin Hassan En. Muhammad Hanafi bin Hamdan En Ungku Luqmanulhakim bin Ungku Ahmad AJK Buku Program Cik Ruhana binti Abd Rahman (K) Cik Norfazierah binti Azaha Pn Roslah binti Abdul Kadir AJK Pendaftaran Pn Rohaizah binti Abd Rahim (K) Pn Nurul Ainina binti Mohd Anas Pn Shahidah binti Mat Pn Hawa binti Ali Pn Sabihah binti Mat AJK Sambutan Tetamu En Norhisham bin Husin (K) En Abdullah bin Sulaiman En Islah bin Mat Zin Pn Sujatha A/P Kandasami Dr. Abdul Majeed bin Makkai Kutty AJK Cenderahati/ Hadiah/Cabutan Bertuah Pn Norhazirah binti Kamdani (K) Pn Norhasyah binti Ibrahim Pn. Munaliza binti Selamat Pn Hamidah binti Raoff Pn Rini binti Ithnin Pn Norhayati binti Othman Pn norhayati binti Sabar Cik Aida Suryani binti Ghazali Pn Noor Azurian binti Parman Pn Zarina binti Hisham Hariri AJK Jamuan Ibubapa / VIP En Mohd Iqtaruddin bin Md Noor (K) Pn. Norraliza binti Jahari Pn Norshahira binti Nasir Pn. Suraidah binti Mahat En Abu Suffian bin Kamaruddin AJK Kebersihan Semua Guru Pekerja kebersihan sekolah AJK Fotografi Cik Durga A/P Chandiran (K) Pn. Mazhatul Shima binti Hamdan AJK Kawalan Keselamatan/ Parkir Sjn. Norazman bin Ahmad Sukhemi (K) Sjn. Noorlailie binti Adanan Kpl. Muhammad Faiz bin Rusman Pengawal Keselamatan AJK Bacaan Doa En. Hairul Hakim bin Ahmad 5
01 03 04 AGENDA MESYUARAT KATA ALUAN YDP PIBG SETERUSNYA MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 02 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU KALI KE-46 05 06 PEMBUBARAN AJK PIBG SK ANGKATAN TENTERA 2022/2023 MEMBENTANGKAN USUL-USUL MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN KEGIATAN PIBG SK ANGKATAN TENTERA JOHOR BAHRU PADA TAHUN 2022/ 2023 07 MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 08 UCAPAN PENANGGUHAN MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) BAGI TAHUN 2023/2024. 6 09
7 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ANGKATAN TENTERA JOHOR BAHRU TEL/FAX: 07-3339334 25 Jun 2022 PIBG/AG/46/2022 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 46 SK. ANGKATAN TENTERA JOHOR BAHRU DI DEWAN SK ANGKATAN TENTERA PADA 25 JUN 2022 PUKUL 9.00 PAGI- 11.20 PAGI. Kehadiran : 77 orang AGENDA 1- UCAPAN PENGERUSI 1.1 Yang DiPertua PIBG mengalu-alukan kedatangan semua AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. 1.2 Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan AJK PIBG kerana dapat menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini dengan jayanya. AGENDA 2 – UCAPAN EX-OFFICIO DAN PEMBENTANGAN PROGRAM DAN PERANCANGAN SEKOLAH 2.1 Ex-officio mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat secara bersemuka setelah hampir 2 tahun tidak dijalankan akibat PKP. 2.2 Ex-officio juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa PIBG bagi tahun 2021/2022 kerana banyak membantu pengurusan sekolah. 2.3 Ex-officio memaklumkan hasil dari program kunjung bantu pada 11 Oktober 2020, semua wakil PIBG dapat melihat sendiri pelbagai fasiliti di sekolah seperti tandas murid, stor, serta bumbung yang mengalami kerosakan dan perlukan pemantauan segera. 2.4 Ex-officio menjelaskan hasil dapatan daripada program kunjung bantu tersebut, pihak PIBG telah menyerahkan surat kepada Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Parlimen Johor Bahru serta pihak MINDEF hasil bantuan daripada wakil tentera. KALI KE-46 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKAT
2.5 Ex-officio mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil-wakil tentera dalam jawatankuasa PIBG kerana membantu menyampaikan surat permohonan senggaraan sekolah kepada pihak MINDEF. Hasilnya, pihak MINDEF telah menghantar wakil bagi melihat kerosakan yang berlaku di kawasan kolam dan tandas, seterusnya mengarahkan pihak kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja baikpulih yang menelan kos keseluruhan RM305,000. AGENDA 3 – MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK ANGKATAN TENTERA KALI KE 45 3.1 Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-45 dan meminta ahli mesyuarat menyemak dan membuat pindaan jika ada dan seterusnya mengesahkan minit mesyuarat tersebut. 3.2 Pn. Suraya Hani Binti Abd. Halim mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 diterima dan disokong oleh Puan Zaidah. AGENDA 4 – MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN KEGIATAN PIBG SK ANGKATAN TENTERA BAGI TAHUN 2021/2022 4.1 Setiausaha PIBG telah membentangkan Laporan Tahunan PIBG SK Angkatan Tentera untuk tahun 2021/2022. 4.2 Laporan Tahunan Kegiatan PIBG SK Angkatan Tentera untuk tahun 2021/2022 ini dicadang untuk diterima oleh Puan Sharizah Binti Mahadzir. Disokong oleh Puan Mazhatul Shima Binti Hamdan. Dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat. AGENDA 5 – MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 5.1 Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021. 5.2 Baki berakhir pada 31 Disember 2021 ialah RM 23,508.07. 5.3 Penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 ini dicadang untuk diterima oleh Encik Abu Suffian Bin Kamaruddin dan disokong oleh Pn. Sharizah Binti Mahadzir. Dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 8
9 AGENDA 5 – USUL - USUL 5.1 Yang DiPertua PIBG membentangkan usul daripada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Angkatan Tentera. Beliau berharap agar tidak timbul sebarang isu mengenai kutipan sumbangan ini kerana semua hasil sumbangan ini akan digunakan untuk kepentingan semua murid. Ex-officio menjelaskan amaun sumbangan yang dicadangkan sebenarnya agak murah jika dibandingkan dengan di sekolah-sekolah lain. Selain itu, pihak sekolah juga telah kehilangan tenaga mahir dalam baikpulih komputer yang akan memberi kesan kepada kos baikpulih komputer pada masa akan datang. 5.1.1 Encik Norhisham Bin Husin mencadangkan jumlah sumbangan PIBG bagi tahun 2022 adalah seperti berikut : Sumbangan PIBG (satu keluarga) = RM 60 Keputusan: Disokong oleh En. Mohd Riduan Bin Mohd Hashim. Sumbangan PIBG 2022 adalah RM60.00 untuk satu keluarga. 5.1.2 Yang DiPertua PIBG, Encik Norhisham Bin Husin mencadangkan mengekalkan bayaran RM20 untuk senggaraan komputer sekolah. Keputusan: Cadangan diterima dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli Mesyuarat Agung PIBG.Bayaran senggaraan komputer 2022 adalah RM20.00 setahun untuk satu keluarga. 5.1.3 Usul daripada ibu bapa 5.1.3.1 Usul daripada Puan Nor Azah Binti Mohd Salleh i) Mencadangkan agar pihak kantin menambah baik kualiti makanan kerana kurang menyelerakan untuk anak-anak, selain menjual dengan harga yang tidak sepadan dengan apa yang diberi. Terdapat juga kes keracunan yang mungkin disebabkan makanan dari kantin. Penjelasan: GPK Hal Ehwal Murid menyatakan bahawa pihak sekolah belum menerima mana-mana kes keracunan makanan melibatkan murid. Selain itu, makanan juga disediakan mengikut peruntukan yang diberi pihak kementerian bagi murid-murid RMT, dan mengikut harga bersesuaian bagi murid-murid biasa. Namun, pihak sekolah akan berbincang dengan pihak kantin bagi mempelbagaikan menu.
Penjelasan: Ex-officio memaklumkan jika terdapat kes keracunan yang berpunca dari makanan di kantin, jumlah murid yang terkesan semestinya ramai dan bukan hanya melibatkan satu atau dua murid. Disamping itu, ex-officio serta warga sekolah juga makan makanan yang sama dengan apa yang murid makan. Justeru, kes keracunan disyaki berpunca dari makanan luar. Pihak sekolah sentiasa menitikberat aspek kebersihan dan sentiasa memantau proses penyediaan makanan dari pihak kantin. 5.1.3.2 Usul daripada Puan Norsarizawati Binti Mattusar i) Pihak sekolah perlu mewujudkan petak meletak kenderaan khas untuk bas sekolah bagi mengelakkan kesesakan di waktu puncak. Setiap hari ibu bapa perlu berhadapan dengan kesesakan lalulintas yang teruk ketika mengambil anak-anak pulang. Tambahan pula jalan di hadapan sekolah merupakan jalan yang sibuk. Penjelasan: Ex-officio menjelaskan bahawa pihak sekolah sudah lama merancang mewujudkan petak bas. Wakil PIBG termasuk ex-officio juga telah menghadap Datuk Bandar bagi memohon petak untuk kegunaan sekolah, serta memohon menjadikan Jalan Balau sebagai jalan sehala di waktu puncak. Namun, permohonan tersebut ditolak kerana Jalan Balau adalah jalan utama selain terdapat lot kedai di kiri dan kanan jalan. Pihak sekolah hanya berjaya mendapatkan lintasan zebra dan bonggol di hadapan sekolah. Ex-officio mencadangkan pihak PIBG menghantar wakil ke pejabat daerah bagi membuat permohonan sekali lagi. 5.1.3.3 Usul daripada En. Abdul Rahim Bin Mohd Yusof i) Tandas perlu diperbaharui dan diselenggara untuk keselesaan murid dan bagi mencerminkan kebersihan sekolah. Penjelasan: Ex-officio menjelaskan pihak sekolah sudah menjalankan renovasi dan senggaraan di semua tandas sekolah hasi peruntukan dari pihak MINDEF pada tahun 2021. Setiap peralatan di tandas juga telah digantikan dengan material berkualiti tinggi, siap beserta nombor siri JKR. Namun, tidak sampai setahun selepas sekolah kembali beroperasi, peralatan-peralatan dalam tandas sudah banyak yang rosak. Exofficio memohon jasa baik ibu bapa untuk berpesan kepada anak-anak supaya dapat menggunakan fasiliti dalam tandas dengan lebih cermat. Pihak sekolah akan tetap menggantikan peralatan di tandas yang rosak, namun kini terpaksa menggunakan alat ganti yang lebih murah akibat kekangan kewangan. 10
11 5.1.3.4 Usul daripada Puan Dewi Ariyani i) Sewaktu menghantar anak pada waktu pagi, ada segelintir ibu bapa mengambil masa terlalu lama untuk menurunkan anak di depan pagar sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas. ii) Terdapat segelintir ibu bapa meletak kenderaan secara melawan arus yang membahayakan murid dan pengguna jalanraya lain. Penjelasan: Yang Dipertua memohon jasa baik semua ibu bapa mempercepat masa menghantar anak di depan sekolah bagi meredakan kesesakan di waktu datang dan pulang. Selain itu, Yang Dipertua juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa peka dengan keselamatan anak-anak terutama sewaktu melintas jalan supaya dapat mengelakkan sebarang tragedi tidak diingini, AGENDA 6 – PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2020/2021 6.1 Yang DiPertua PIBG mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022. 6.2 Guru Besar, Encik Abdullah Bin Sulaiman mencadangkan En. Ahmad Ihsan Bin Aziz sebagai pengerusi sementara untuk Mesyuarat Agung PIBG ke-46. Disokong majoriti ahli mesyuarat. 6.3.1 Yang Dipertua Puan Sharizah Binti Mahadzir mencadangkan Encik Norhisham Bin Husin sebagai Yang DiPertua PIBG. Di sokong oleh En. Abu Suffian. Keputusan : Encik Norhisham Bin Husin dilantik menjadi Yang DiPertua PIBG SKAT dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 6.3.2 Naib Yang Dipertua Ex-officio memaklumkan bahawa pemilihan jawatan ini akan dilakukan oleh Panglima 7 Briged. 6.3.3 Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, dan AJK Guru Ex-Officio menjelaskan bahawa pihak sekolah akan melantik jawatan-jawatan tersebut bagi sesi 2022/2023 dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
6.3.4 AJK Wakil Awam Encik Suraya Hani Binti Abd. Halim mencadangkan En. Ungku Luqmanulhakim. Disokong oleh En. Mohd Riduan Bin Mohd Hashim. En. Abu Suffian mencadangkan Puan Noor Azurian Binti Parman. Disokong oleh En. Mohd Riduan Bin Mohd Hashim. En. Abu Suffian mencadangkan En. Mohd Riduan Bin Mohd Hashim. Disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Puan Munaliza Binti Selamat mencadangkan En. Abu Suffian Bin Kamaruddin. Disokong sebulat suara oleh ahli mensyuarat. En. Abdul Rahim Bin Mohd Yusof mencadangkan Encik Ja’far Bin Abu Rahim. Disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Puan Mohd Iqtaruddin Bin Md Noor mencadangkan Puan Suraya Hani Binti Abd. Halim. Disokong Puan Hamidah Binti Raoff. En. Mohd Riduan Bin Mohd Hashim mencadangkan cadangan ditutup. Keputusan : En. Ungku Luqmanulhakim, Puan Noor Azurian Binti Parman, Encik Mohd Riduan Bin Mohd Hashim, Encik Abu Suffian Bin Kamaruddin, En. Jafar Bin Abu Rahim, dan Puan Suraya Hani Binti Abd. Halim dilantik sebagai wakil awam dengan sokongan sebulat suara oleh ahli Mesyuarat Agung PIBG. 6.3.5 AJK Wakil Tentera Ex-officio mencadangkan agar mandat diberikan kepada Pegawai Memerintah dan Pegawai Pemerintah untuk melantik wakil tetap unit masing-masing bagi sesi 2022/2023 dan disokong oleh majoriti ahli mesyuarat. Keputusan : Tiada bantahan. Keputusan diterima sebulat suara ahli mesyuarat. AGENDA 7 – PEMILIHAN JURUAUDIT DALAMAN DAN KETUA BIRO KSIB 7.1 Encik Abu Suffian Bin Kamaruddin mencadangkan Puan Norhazirah Binti Kamdani dikekalkan sebagai Juruaudit Dalaman PIBG dan disokong majoriti ahli mesyuarat. Bagi wakil guru, pihak sekolah akan membuat lantikan. Keputusan : Cadangan diterima sebulat suara dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli Mesyuarat Agung PIBG. 12
13 7.2 En. Shazan Izzat Bin Sharom mencadangkan Puan Sabihah Binti Mat sebagai Ketua Biro KSIB. Disokong oleh majoriti ahli mesyuarat. Keputusan : Cadangan diterima sebulat suara dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli Mesyuarat Agung PIBG. 7.3 Pn. Munaliza Binti Selamat mencadangkan Puan Zarina Binti Hisham Hariri sebagai Rakan Biro KSIB. Disokong oleh majoriti ahli mesyuarat. Keputusan : Cadangan diterima sebulat suara dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli Mesyuarat Agung PIBG. AGENDA 8 – HAL-HAL LAIN 8.1 Pn. Nor Azah Binti Mohd Salleh mencadangkan aktiviti sukan yang lebih kerap dan melibatkan semua murid. Penjelasan: Ex-Officio memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kebenaran bagi menjalankan aktiviti kokurikulum. Beberapa kejohanan juga akan dijalankan sepanjang bulan Jun dan Julai seperti merentas desa, bola sepak dan bola jaring. Exofficio juga memaklumkan kos penyertaan kejohanan juga agak mahal iaitu RM250 bagi setiap kejohanan yang mengekang pihak sekolah untuk menghantar penyertaan. Selain itu, Ex-officio juga memaklumkan aktiviti sukan sekolah akan dijalankan pada 15 September depan dan pihak sekolah akan melibatkan semua murid dalam sukan tahunan tersebut dan aktiviti kokurikulum yang lain. Disamping itu, Ex-officio menasihatkan semua murid untuk memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya ada menyertai dan memenangi apa-apa kejohanan luar agar boleh dimasukkan dalam markah PAJSK. Selain itu, sukan boling padang SKAT juga masih aktif dan pernah mencapai peringkat negeri. Murid-murid dialu-alukan untuk menunjukkan bakat mereka dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 8.2 Yang DiPertua PIBG menyatakan aktiviti seni menggunakan cat air kerap menyebabkan baju murid kotor. Yang Dipertuan memohon jasa baik ibu bapa memberi pandangan bagi menyelesaikan masalah ini. Penjelasan: Ex-officio menjelaskan pihak sekolah akan melakukan penambahbaikan bagi aktiviti yang melibatkan cat air. Pihak sekolah juga akan mencadangkan kepada panitia Seni untuk membeli apron bagi membendung masalah tersebut.
14 AGENDA 9 – UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Yang DiPertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi melantik beliau sebagai Yang Dipertua PIBG yang baharu. Beliau berharap agar bekerjasama dengan baik bersama pihak sekolah dan semoga ibu bapa dapat memberikan komitmen yang sebaiknya kepada beliau. Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 11 :20 pagi. Disediakan oleh : Disemak oleh : ………………………………… ………………………………… (AHMAD IHSAN BIN AZIZ) (ENCIK NORHISHAM BIN HUSIN) Setiausaha PIBG Yang Di Pertua PIBG SK Angkatan Tentera, Johor Bahru SK.AngkatanTentera, Johor Bahru Tarikh : Tarikh :
LAPORAN KEWANGAN PIBG SKAT BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 15
LAPORAN KEWANGAN PIBG SKAT BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 16
Usul - USUl PEMBENTANGAN SITI NORKHADIJAH BINTI ARJUNA MUHAMMAD KHALIL NAUFAL BIN NURAIMEE (5 LEFTENAN) Mohon jasa baik cikgu selepas habis waktu mengajar untuk mengambil gambar kerja sekolah di papan putih atau muka surat dan hantar didalam group kelas. Tujuan perkara ini adalah supaya murid tidak ketinggalan dalam pelajaran atau kerja sekolah, dan sebagai rujukan anak-anak yang tidak siap kerja sekolah mahupun yang tidak hadir ke sekolah. SITI NADIAH BINTI DAUD LUTHFIYAH NOURA BINTI MOHD PANDI (1 KAPTEN) Mohon penjelasan mengapa pakaian sukan masih belum diterima. FARAH NADIAH AYUNI BINTI ZAMRI MOHD NUR KABIR BIN MOHD FIRDAUS (2 KAPTEN) Mohon kerjasama guru untuk respon pertanyaan di whatapps berkenaan kerja rumah atau apa-apa pertanyaan rasional dari ibu bapa. Jika ada kerja sekolah yg diberikan kepada murid, mohon jasa baik guru untuk maklumkan dalam group whatsapp. Bagi tugasan di papan putih, guru boleh mengambil gambar untuk dihantar ke Whatsapp kelas, kerana ada murid yang tidak sempat salin. Jika ada murid yg lemah dalam mata pelajaran, mohon guru pantau dan jelaskan apa tindakan atau langkah yang ibu bapa harus lakukan. Mohon guru beri peluang buat anak murid berbeza bagi aktiviti koko atau kurikulum. Setiap murid harus diberi peluang, terutama bagi yang belum pernah menyertai apa apa aktiviti . Bukan hanya ketengahkan anak murid yang sama. 1. 2. 3. 4. 17
SHAFIQ BIN AMAN ALIFF HALIIM (2 LEFTENAN) Mohon pengawalan harga di kantin 1. Cadangan menaik taraf kebersihan kelas dan tandas- tandas sekolah 2. Mengadakan kuiz matapelajaran dgn menawarkan hadiah yg berpatutan bagi menarik perhatian murid dalam pelajaran. 3. Menaik taraf kipas dan lampu agar berfungsi dengan baik. Memantau anak murid bagi mengelakkan sebarang kes buli (pergaduhan/memeras wang dll). NURUL HUDA BINTI RAHMAT MUHAMMAD SYAFIQ IRFAN BIN MOHD AFIQ (1 LEFTENAN) 18 MUNALIZA BINTI SELAMAT ATHIRAH HUSNA (5 LEFTENAN) ATHILAH HUSNA (1 KAPTEN) Memohon sumbangan 1 rim kertas A4 (ketebalan 70-80gsm) dari setiap murid. Sumbangan kertas ini sangat diperlukan bagi Program Pembangunan Murid Tahap 2, bertujuan meningkatkan kemahiran asas dalam semua subjek teras khasnya , selain bagi pembinaan modul subjek utama. NUR ANIS BINTI CHE MAN NUR RAISYA DARIYAH BINTI MOHD HAFIZ (1 KAPTEN) Kemahiran pelajaran anak murid
MOHD AZRUL BIN ABDUL KHALID ZLATAN IBRAHIM BIN MOHD AZRUL (2 KAPTEN) NAZRUL AZHAR MUHAMMAD NAUFAL AZFAR (2 LEFTENAN) Buat program pemberian taklimat mengenai kesedaran tentang beberapa jenis penyakit yang semakin menular. Setiap murid memerlukan keseimbangan tahap pembelajaran dan keserasian pelajar tanpa diasingkan mengikut kepandaian. Di usulkan tiada ruang perbezaan antara pelajar yang cemerlang dan corot . Diserasikan antara yang cemerlang membimbing yang corot, dan yang corot belajar daripada yang cemerlang. 19
20 SENARAI KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK ANGKATAN TENTERA KALI KE-46
SENARAI KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK ANGKATAN TENTERA KALI KE-46 21
AJK PIBG GURU BESAR/EX-OFFICIO EN ABDULLAH BIN SULAIMAN SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU SESI 2022/2023 YANG DIPERTUA PIBG EN NORHISYAM BIN HUSIN NAIB YANG DIPERTUA PIBG MEJAR KARIMAH HAFIZAH BINTI ZAINAL SETIAUSAHA PIBG EN AHMAD IHSAN BIN AZIZ BENDAHARI PIBG CIK RUHANA BINTI ABD RAHMAN AJK GURU PN MUNALIZA BINTI SELAMAT PN ROHAIZAH BINTI ABD RAHIM EN HAIRUL HAKIM BIN AHMAD CIK DURGA A/P CHANDIRAN AJK IBU BAPA EN. UNGKU LUQMANULHAKIM BIN UNGKU AHMAD PN. NOOR AZURIAN BINTI PARMAN EN. ABU SUFFIAN BIN KAMARUDDIN PN. SURAYA HANI BINTI ABD HALIM EN. MOHD RIDUAN BIN MOHD HASHIM EN. JA’FAR BIN ABU RAHIM PN SABIHAH BINTI MAT (KETUA BIRO KSIB) PN. ZARINA BINTI HISHAM HARIRI (RAKAN KSIB) PEMERIKSA KIRA-KIRA PN NORHASYAH BINTI IBRAHIM (GURU) PN. NORHAZIRAH BINTI KAMDANI WAKIL TENTERA SJN NORAZMAN BIN AHMAD SUKHEMI SJN NOORLAILIE BINTI ADANAN KPL MUHAMMAD FAIZ BIN RUSMAN PENOLONG SETIAUSAHA PIBG CIK SOFEA ASMIRA BINTI MOHD ZAN PROGRAM MANAGER PIBK PN SUJATHA A/P KANDASAMI PENYELARAS PIBK EN MOHD IQTARUDDIN BIN MD NOOR 22
Aktiviti Pibg SESI 2022/2023 23 Sambutan Hari Raya Lawatan ke Pameran Tentera Sambutan Maulidurrasul Kejohanan Sukan Tahunan Program Transisi Sambutan Hari Kanak-Kanak
P E N G H A R G A A N Jutaan terima kasih kepada para dermawan tidak terkira yang terdiri daripada organisasi atau orang perseorangan, Ahli Jawatankuasa PIBG SKAT 2022/2023, Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 , warga SK Angkatan Tentera, ibu bapa / penjaga dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan mesyuarat agung PIBG pada tahun ini. 24