The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noraizah, 2021-09-17 23:45:55

TOKOH IBU ZAIN

TOKOH'

TOKOH
MERDEKA

ivbu zain

"siapa nak merdeka sila ikut saya"

PENDAHULUAN

Ibu Zain
"sIAPA NAK MERDEKA SILA IKUT SAYA..."
tokoh srikandi yang tersohor
telah mendapat pelbagai anugerah tempatan,
di atas sumbngan dan jasa yang ditaburkan
dengan mendapat pingat daripada
Sultan dan Agong
seperti anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota

yang membawa gelaran
Tan Sri, serta dinobatkan sebagai
Tokoh Sastera dan Tokoh Pendidikan.

BIODATA
SAYA

Rif'ah al Ezzah
binti Abdullah

MAAHAD PONTIAN, TINGKATAN 2/ 2021

menimba ilmu di
Maahad Pontian


dilahirkan pada
15 disember 2007

saya anak jati

johor




saya suka sejarah

BIODATA
TOKOH

Tan Sri Hajah Zainon Binti Munshi Sulaiman
atau lebih dikenali ibu Zain dilahirkan di Nyalas,

Melaka.
Ibu Zain merupakan anak ke-6 dari lapan adik
beradik. Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari
Tanjung Pinang, Riau. Ibu Zain bertuah kerana
Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang
tinggi peri pentingnya pendidikan di kalangan

anak-anaknya, tidak kira lelaki mahupun
perempuan.

Malah, ayahnya melanggar tradisi masyarakat
Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan

dari belajar, selain daripada belajar mengaji Al-
Quran.

Munshi Sulaiman merupakan seorang guru agama
Islam dan Bahasa Melayu. Guru bahasa pada masa

itu digelar 'munshi'.
Daripada beliaulah, Ibu Zain mendapat pendidikan

tidak formal.

Seorang anak kecil yang cergas dan cerdas akal, Zainon
gigih menimba ilmu. Ketika mengikut ayahnya menetap di
Melaka, beliau belajar di Methodist Girls School, Tengkera
(1909 - 1912) diikuti Tengkera School (1913 - 1915) sehingga

lulus Junior Cambridge.
Suatu pencapaian yang tidak ramai mampu gapai,

khususnya di kalangan anak gadis.
Lebih membanggakan Ibu Zain mampu mempertahankan

akidahnya yang terdidik dari kecil ketika ditawarkan
menjadi mubaligh Kristian.

Kejayaan yang dicapainya dikongsi pula dengan
masyarakat. Beliau mempunyai kesedaran yang sangat
tinggi untuk melihat lebih ramai kaum wanita pandai
membaca dan menulis kerana ilmu merupakan kunci yang
membentuk jati diri beliau sendiri. Semuda usia 17 tahun,
Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya,

Negeri Sembilan.

Sejak itu, beliau semakin mendapat perhatian. Pada
tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar untuk berkhidmat

di Sekolah Perempuan Bandar Maharani. Tahun 1924,
beliau dilantik menjadi Guru Besar sekolah yang sama.
Kemudiannya, dilantik menjadi Guru Pelawat/Penyelia
bagi sekolah perempuan daerah Muar dan Batu Pahat,

seterusnya bagi seluruh negeri Johor. Di sana, beliau
mengasaskan sekolah agama petang dan menjadi

penyelia kegiatan tersebut. Selain itu, sekolah tersebut
juga menjadi sekolah agama perempuan yang pertama di

Johor.

Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara
mereka yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan

Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri
Johor. Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli,
untuk melantiknya sebagai Presiden pertama persatuan
itu. Beliau juga menubuh dan menyandang jawatan Yang
Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu

selama 19 tahun sejak tahun 1930.
Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menghasilkan
majalah untuk wanita, bergelar "Bulan Melayu". Dengan
daya juang yang tinggi, beliau merupakan salah seorang
perintis UMNO dan Ketua Kaum Ibu, UMNO (sekarang

Ketua Wanita UMNO).

RASIONAL
PEMILIHAN TOKOH

saya memilih ibu zain

kerana beliau :

GIGIH WANITA

HEBAT

memartabatkan

PENDIDIKAN

misi yang berjiwa
jelas besar

contoh srikandi yang terbaik
dicontohi untuk anak remaja seperti saya

KELEBIHAN
TOKOH

Ibu Zain merupakan pejuang nasionalis
dalam kalangan kaum ibu di Tanah Melayu.

Beliau sealiran dengan Dato’ Onn Jaafar yang
ketika itu gigih memperjuangkan hak kaum
Melayu dan bumiputera daripada terus
ditindas oleh pihak penjajah.

Digelar ibu Pembebasan Wanita Melayu
kerana usaha gigih dalam perjuangannya
memartabatkan kedudukan dan maruah
wanita di Tanah Melayu sebelum Perang
Dunia Kedua lagi.

BUKTI
KREDIBILITI

TOKOH

ANUGERAH

TOKOH SASTERA DAN TOKOH
PENDIDIKAN.

ANUGERAH LUAR NEGARA SEPERTI
PINGAT LADY OF BURMA DARIPADA

KERAJAAN MYANMAR.

TOKOH GURU KEBANGSAAN
PERTAMA DAN IJAZAH KEHORMAT

SARJANA MUDA SASTERA
UNIVERSITI MALAYA

JASA &
SUMBANGAN

DUNIA
PENDIDIKAN

MENUBUHKAN PERSATUAN GURU-
GURU SEKOLAH MELAYU DAN SEKOLAH

AGAMA NEGERI JOHOR.

MENUBUHKAN KOLEJNYA SENDIRI YANG
BERNAMA KOLEJ TUNKU AMPUAN MARIAM

DI JOHOR BAHRU. KINI IDIKENALI
MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA JOHOR

BAHRU DAN MERUPAKAN SMKA YANG
TERBAIK DI NEGERI JOHOR.

MEMBINA SEBUAH SEKOLAH DI
NEGERI SEMBILAN DENGAN
MENGGUNAKAN DUIT BELIAU
SEPENUHNYA.

PENUTUP

Ibu Zain, Ikon pendidikan
wajar menjadi contoh kepada

para pelajar agar teruskan
meningkatkan ilmu

pengetahuan, gigih berusaha
bagi memanstikan falsafah
pendidikan dapat dicapai .
Usaha beliau yang tidak
mengenal erti penat lelah,
merupakan semangat yang

patut dipupuk dalam diri para
pelajar agar transformasi
pendidikan dapat dicapai

melalui kemenjadian murid.

rifah


Click to View FlipBook Version