MAgeusnyguPaIrBaGt
20KALI KE
SK BANDAR SERI ALAM
Dirasmikan Oleh
EN AB AZIZ BIN ABDULLAH
Ahli Majlis MBPG Zon Seri Alam 1
26AHAD, DEWAN TERBUKA
JUN SKBSA
2022
Masa :
26 ZULKAEDAH 1443 H
7.30 - 12.00 Tengah Hari
Sekapur Sireh
GURU BESAR
EN YUSRI BIN ZAKARIAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Terlebih dahulu ingin saya merafaqkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, di atas limpahan
nikmat dan rahmatNya yang begitu besar dan tidak ternilai, memberikan keizinan kepada
saya untuk mencoretkan sepatah dua kata kepada siding mesyuarat yang dihormati. Mudah-
mudahan persidangan mesyuarat pada hari ini nanti akan berjalan dengan lancar dan
sempurna serta mendapat keberkatan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan AJK PIBG sesi 2021/2022, di bawah
pimpinan YDP Encik MD Razi bin Johari, kerana berjaya menyusun atur program dan aktiviti
serta memberikan kerjasama yang baik kepada pihak sekolah untuk merealisasikan usaha
dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Kita tidak nafikan banyak kejayaan yang telah
dicapai oleh pelajar-pelajar kita pada tahun lepas terutama semasa kita berada dalam fasa
COVID-19, di mana PDPR dijalankan adalah gabungan usaha pihak semua pihak terutama ibu
bapa, guru-guru dan pihak sekolah. Kegigihan dan kesabaran kita melalui fasa PDPR sangat-
sangat memberi makna kepada kita pada hari ini. Sehubungan itu, saya amat berbesar hati
dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Akhir sekali, ingin saya merakamkan
syabas dan terima kasih kepada semua AJK pengelola, AJK PIBG, para ibu bapa, para guru
yang menghadirikan diri dalam menjayakan program Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 ini.
Terima kasih. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang kurang itu
adalah kelemahan manusia itu sendiri.
1
Seulas Pinang
YDP
EN MD RAZI BIN JOHARI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillahirrahmanirrahim dan Salam Sejahtera
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 20 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua
ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya
ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung
PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang
lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa
bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi
kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. Syabas kepada
semua tenaga pendidik yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan anak - anak
yang belajar di sekolah ini. Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha
untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala
tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini
dan sentiasa ingin memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan
kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang diberikan oleh
tuan puan telah digunakan dengan sebaik–baiknya untuk membantu membiayai program-
program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di
sekolah ini. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah
memberi sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat
dilaksanakan demi pembelajaran anak - anak.Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan
setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut bukan semata - mata wang
ringgit tetapi termasuk juga kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak–anak
sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih
utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa
turut membantu anak–anak dalam proses pembelajaran mereka. Akhir kata, sekali lagi saya
menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama
yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SK Bandar Seri Alam terus melakar
kejayaan. Saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan
lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun
tenaga.
2
Seulas Pinang
7.30 pagi : Pendaftaran
8.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 dimulakan
9.45 pagi : Persediaan menyambut ketibaan Ahli
10.00 pagi Majlis MBPG Zon Seri Alam 1.
10.15 pagi : Ketibaan Ahli Majlis MBPG Zon Sei Alam 1
En. Ab. Aziz bin Abdullah
11.15 pagi : Bacaan doa
: Ucapan oleh Encik Md Razi bin Johari,
12.00 tengahari YDP PIBG
: Ucapan oleh Encik Yusri bin Zakariah,
Guru Besar
: Ucapan Perasmian oleh
En Ab. Aziz bin Abdullah
: Persembahan
: Penyampaian sijil / cenderamata AJK
PIBG 2020/2021
: Nyanyian lagu Negaraku
: Bersurai
3
Pembentangan Usul
NAMA PENCADANG USUL 1
CADANGAN
: Subaida Binti Dullah
KEPUTUSAN : Mencadangkan nilai sumbangan dana PIBG sebanyak
RM50.00 dikekalkan.
:
USUL 2
NAMA PENCADANG : Ruby Rafael
Mohammad Radzi bin Mustafa
Ruzawati binti Jumiran
CADANGAN :
i) Kualiti kebersihan kantin perlu dipertingkatkan.
ii) Tambah baik fasiliti di kantin. Tambah bilangan kerusi yang baik dan selamat untuk
murid duduk.
iii) Pelbagaikan menu di kantin & tingkatkan kesedapan/rasa makanan yang dijual.
iv)Sediakan makanan kantin yang lebih berkhasiat & pelbagaikan menu
(weekly/monthly lunch box package)
KEPUTUSAN :
USUL 3
NAMA PENCADANG : Rahman bin Hashim
CADANGAN : Anak-anak jika tidak sihat minta terus hantar ke klinik
KEPUTUSAN dulu oleh pihak sekolah.
:
USUL 4
NAMA PENCADANG : Suzainah Rahmat
Mazrizan bin Majid
Sharefah binti Abd Rahman
CADANGAN
i) Wujudkan tabung kelas dimana ibubapa bapa boleh menyumbang / diwajibkan
menyumbang mengikut amaun tertentu. Oleh itu duit tabung boleh digunakan untuk
kegunaan akademik anak-anak di dalam kelas berkenaan.
ii)Keceriaan kelas dipertingkat
iii)Menambah kipas di dalam kelas
KEPUTUSAN :
4
Pembentangan Usul
USUL 5
NAMA PENCADANG : MOHAMAD D.ZUL IKHRAM BIN ARIFFIN
CADANGAN : Penambahan mesin air memudahkan anak-anak mengisi air
di dalam botol bila kehabisan serta menggalakkan anak-anak minum lebih banyak air ketika
cuaca panas.
KEPUTUSAN :
USUL 6
NAMA PENCADANG : UDZAIRAH UGHAYIA NORZIAH BINTI ZAKARIA
NIK MOHD FAIZAL BIN SALLEH
FAIRUZ BIN MD ALI
NOR HAFSAH BINTI MOHD SULAIMAN
IR. MUHAMMAD ZAMIR BIN MOHD ZAMBERI
KHAIRUL IZWAN BIN MOHD YUSOF
NORMINDAH BINTI SALEH
CADANGAN :
i) Semua buku teks tidak perlu dibawa pulang untuk mengelakkan dari rosak atau hilang. Hanya
dibawa pulang jika ada kerja sekolah sahaja.
ii) Maksimumkan penggunaan buku yang dibeli di koperasi sekolah
iii) setiap kelas untuk sediakan kotak simpan buku/ rak buku
iv) Sediakan loker untuk penyimpanan buku
KEPUTUSAN :
USUL 7
NAMA PENCADANG : MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD NOR
MAZILLAH BINTI MUHAMMAD PIAH
MOHD ZAKI BIN HARUN
JELENING ANAK EMPARAN
MOHD FAZLI BIN MD SUBOH
HIRMINA BTE TAIB
MOHD FIRDAUS BIN CHE ME
CADANGAN :
i) Isu kesesakan waktu kemuncak menghantar dan mengambil anak di jalan raya hadapan sekolah.
ii) Adakan laluan sehala waktu datang dan balik bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas juga
mengelakkan berlaku kemalangan.
iii) Membuat atap tempat menurunkan anak-nak dari van agar saat hujan anak-anak tidak basah.
iv) Menyediakan koridor laluan penjalan kaki kepada pelajar-pelajar yang pergi dan balik dari
sekolah.
v) Memasang cctv
vi) Sediakan khemah/ruangan yang lebih luas dan selesa untuk anak-anak menunggu ibu bapa
mereka.Hal ini berikutan keadaan yang sesak berlaku di hadapan pintu A terutama semasa hari
hujan.
KEPUTUSAN :
45
Pembentangan Usul
USUL 8
NAMA PENCADANG : NUR KAMARLIAH KAMARDIN
NORLIANA BT AHMAD JALINI
SUNIDAH BINTI YEM
CADANGAN :
i) Untuk subjek DSV adalah lebih baik guru sediakan/belikan barang,dan tentang duit untuk
beli barang,ibu bapa sanggup bayarkan.
ii)Subjek yang memerlukan murid untuk membawa peralatan, saya ingin meminta kerjasama
daripada cikgu-cikgu untuk memaklumkan kepada pihak ibu bapa sehari awal dan pada waktu
siang.
iii)Kerja dalam buku kerja buat terus hantar.
KEPUTUSAN :
USUL 9
NAMA PENCADANG : SITI NORAZILA BINTI DAUD
MOHD AZIZUL BIN ABU KASSIM
SALLAUDIN BIN HASSAN
CADANGAN :
i) Kerap mengadakan perjumpaan antara ibu bapa dan guru bagi memaklumkan prestasi
murid.
ii) Mencadangkan agar program homeroom atau keluarga angkat (seperti modul MRSM).
Nisbah dicadangkan seorang guru bagi 10 murid yang sama aliran. Objektif utama adalah untuk
memantau perkembangan sahsiah dan akademik murid.
iii)Mengadakan Hari Anugerah Pencapaian Terbaik Pelajar bagi tahun 1 sehingga 6.
KEPUTUSAN :
USUL 10
NAMA PENCADANG : Mohammad Alif bin Abdullah
Monira Binti Mohd.Ali
Nadzrah Binti Sa'adan
Maimon Binti Yahya
Mohd Farhan Bin Sopri
CADANGAN :
i) Acara sukan tahunan diperbanyakkan. Tidak tertumpu pada acara padang semata, mungkin
boleh masukan acara sukaneka juga untuk pelajar.
ii)Tukar design baju sukan dan PJK. Syor menggunakan jenis kain jersi agar tidak nampak pudar.
iii)PAJSK - guru kokurikulum perlu menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan perlaksaan
PAJSK bagi memastikan semua ibu bapa maklum dan mengambil tindakan agar markah PAJSK
yang baik dapat diperolehi.
iv)Menganjurkan kempen sukan.
v)Aktiviti sekolah rendah seperti hari sukan, tidak bertindih dengan jadual harian sekolah
agama.
KEPUTUSAN : 64
Jawatankuasa PIBG
JAWATANKUASA PIBG
SK BANDAR SERI ALAM
TAHUN 2022 – 2023
En Md Razi bin Johari : Yang Dipertua
En Mohd Noor Aidil bin Md Said : Naib Yang Dipertua
Cik Nur Fatin Afiqah binti Abd Rahman: Setiausaha kehormat
Pn. Nor Atikah binti Omar : Bendahari
En Aris Fadzillah bin Basrah : AJK Ibu Bapa
En Azmi bin Sidek : AJK Ibu Bapa
Siti Sulaida binti Hamzah : AJK Ibu Bapa
En Asri bin Hj Abd Rahman : AJK Ibu Bapa
En Mohd Zulhuzairi bin Mohammad : AJK Guru
Cik Najwaa binti Muslim : AJK Guru
Muhamad Mursyid Mohamad Zakaria : AJK Guru
Pn. Yokhana A/P Palani : AJK Guru
En Wan Mohammad Aiman Azri Bin
Wan Yusoff : Pemeriksa Kira-kira
En Thevakumar A/L Sivam : Pemeriksa Kira-kira
7
Agenda Mesyuarat
AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG
AGENDA 2 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
AGENDA 3 : Agung PIBG kali ke-19
AGENDA 4 : Pembentangan dan Pengesahan Penyata
Kewangan berakhir 31 Disember 2021
AGENDA 5 : Membentang dan menerima penyata
AGENDA 6 : kewangan yang berakhir pada 31
Disember 2021
Perbincangan dan penetapan sumbangan PIBG bagi
tahun 2022 jawatankuasa 2022/2023
Pembentangan usul/cadangan
AGENDA 7 : Perbahasan dan penerimaan usul-usul /
AGENDA 8 : Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG sesi
2022/2023
8
Minit Mesyuarat
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI ALAM
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG BIL KE-19 SESI 2021 / 2022
Tarikh/ Hari : 10 Oktober 2021 / Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Destinasi masing-masing
Medium : Atas talian (Google Meet & YouTube Live)
Pengerusi : En. Md Razi Bin Johari
Kehadiran : 267 orang
1.0 Perutusan Pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah melalui PDPR yang
telah dijalankan.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa PIBG telah membantu dalam memberikan
bantuan gajet dan bantuan lain kepada pelajar yang memerlukan sepanjang PDPR
1.3 Pengerusi juga mendoakan agar tahun seterusnya anak-anak dapat belajar secara
bersemuka dengan guru-guru.
1.4 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua yang
terlibat dengan mesyuarat agung PIBG hari ini.
Tindakan:YDP PIBG
2.0 Ucapan Guru Besar
2.1 Guru Besar mengucapkan kesyukuran kerana mesyuarat Agung PIBG dapat juga
dijalankan dalam norma baru
2.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG atas kerjasama yang baik.
2.3 Guru Besar memohon maaf atas kekurangan yang ada sepanjang PDPR dan mesyuarat
yang berlangsung.
2.4 Guru Besar juga mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua ibu bapa dan guru.
Tindakan:Guru Besar
3.0 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 2020/ 2021
3.1 Encik Mohd Haziq bin Jebat selaku Setiausaha Kehormat PIBG telah membentangkan
minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-18.
3.2 Cadangan untuk pengesahan: Encik Najib Jasmani.
3.3 Disokong oleh: Puan Miz Efya.
Tindakan : Setiausaha Kehormat
98
Minit Mesyuarat
4.0 Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan PIBG sesi 2020 / 2021 (berakhir 31
Disember 2020)
4.1 Puan Nor Atikah binti Omar selaku Bendahari Kehormat PIBG membentangkan penyata
kewangan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2020.
4.2 Cadangan untuk Pengesahan: Betta Suria Resources.
4.3 Disokong oleh: Encik Al-Hasmier Abdulsalim.
4.4 Ahli mesyuarat PIBG bersepakat mengekalkan jumlah Dana PIBG bagi satu keluarga
sebanyak RM50.
Tindakan: Bendahari Kehormat
5.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
5.1 En. Md. Razi mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG bagi sesi 2020/2021 atas
sumbangan khidmat bakti yang telah diberikan seterusnya beliau membubarkan AJK
PIBG 2020 /2021.
5.2 En Yusri bin Zakariah selaku Guru Besar dilantik sebagai pengerusi sementara.
Tindakan: YDP PIBG
6.0 Pemilhan dan Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa PIBG Sesi 2021 / 2022
6.1 Pihak jawatankuasa telah menetapkan tempoh pelantikan adalah selama 1 tahun bagi
sesi 2021 / 2022.
6.2 Keputusan mengekalkan / membuat pemilihan baru melalui Google Form.
6.3 Jawatankuasa yang telah dilantik bagi sesi 2021/2022
Yang Dipertua PIBG En Md Razi bin Johari
Timb. Yang Dipertua PIBG En Mohd Noor Aidil bin Md Said
Setiausaha Kehormat Cik Nur Fatin Afiqah binti Abd Rahman
Bendahari Kehormat Pn. Nor Atikah binti Omar
AJK Ibu Bapa En Aris Fadzillah bin Basrah
En Azmi bin Sidek
AJK Guru Siti Sulaida binti Hamzah
En Asri bin Hj Abd Rahman (wakil
pemandu bas/van sekolah)
En Mohd Zulhuzairi bin Mohammad
Cik Najwaa binti Muslim
En Mohd Shaharudin bin Abd Rahim
Puan Yokhana A/P Palani
10
Minit Mesyuarat
6.4 Mesyuarat telah sebulat suara melantik dua orang juru audit iaitu:
Pemeriksa kira-kira 1 : En Wan Mohammad Aiman Azri Bin Wan Yusoff (wakil guru)
Pemeriksa kira-kira 2 : En Thevakumar A/L Sivam ( wakil ibu bapa )
7.0 Membahas dan Menerima Usul
Usul 1 :
Anak-anak yg mengikuti pembelajaran secara online atau via Google
Meet masih sangat minimum. Ada beberapa subjek pelajaran yang hanya diikuti oleh
3 orang murid sahaja. Bagaimana dengan murid-murid yang tidak ikut serta?
Pencadang : Rosman bin Sujagi
Kehadiran : Tidak hadir
Kenyataan :
Makluman : Guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah bertindak
dengan guru kelas dan guru kaunseling akan menghubungi ibu bapa yang terlibat untuk
mendapatkan makluman tentang sebab tidak turut serta PDPR. Pihak sekolah juga telah
menyediakan modul khas untuk murid cicir. Guru besar juga memaklumkan jika ibu bapa
mempunyai sebarang cadangan dan idea tentang PDPR boleh terus berhubung dengan
Guru Besar.
Usul 2 :
i) Penambahbaikan pembelajaran dalam talian. Setiap kelas perlulah membuat kelas
guna Google Meet sekurang-kurangnya sekali seminggu ikut giliran subjek. Guru
mata pelajaran boleh berbincang subjek mana yang akan ada Google Meet untuk
minggu tersebut. Setiap sesi maksimum 30 minit pun sudah mencukupi. Ini
bertujuan untuk menaikkan semangat pelajar yang dapat peluang untuk
berinteraksi dengan guru dan pelajar lain, berbanding offline. Terutama pada
pelajar tahun 1 dan 2, yang mula bersekolah ketika covid 19 ini tercetus.
ii) Penambahbaikan pembelajaran dalam talian. Untuk tugasan offline, boleh diberi
terus ikut subjek pada hari tersebut tanpa ikut jadual waktu kelas. Contohnya, pada
hari tersebut ada 4 subjek, jadi tugasan offline boleh diberi terus tanpa ikut waktu
5 petang contohnya. Belajar di rumah tidak sama seperti di kelas nak kena ikut
setiap pembahagian waktu per subjek
Pencadang : Azavitra Zainal
Kehadiran : Tidak hadir
Kenyataan :
Makluman : Guru Besar memaklumkan bahawa dalam mesyuarat bersama semua guru
September lalu telah menetapkan bahawa kelas yang diajar paling kurang hendaklah
mempunyai kelas secara Google Meet satu kali seminggu.
11
Minit Mesyuarat
Guru Besar juga memaklumkan bahawa lebih 90 peratus telah melaksanakan kelas
secara Google Meet. Guru Besar juga akan mengambil maklum sekiranya terdapat
aduan lagi. Guru Besar memaklumkan jika ada guru yang tidak membuat Google Meet
dikehendaki mempunyai alasan yang kukuh. Guru Besar berharap agar perkara yang
melibatkan hal sekolah tidak disebarkan diluar seperti media sosial. Sebarang masalah
berhubung terus dengan Guru Besar untuk sekolah memperbaiki kekurangan yang ada.
Usul 3 :
Waktu balik musim covid terlalu sesak di luar pagar.
Pencadang : Nor Hasnizah binti jamil
Kehadiran : Tidak hadir
Kenyataan :
Makluman : Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah akan dibuka secara
berperingkat dan belajar secara bergilir. Pihak sekolah juga tengah menyusun atur tertib
pelajar datang dan balik. Guru-guru juga diingatkan untuk sentiasa memakai penutup
muka dan mematuhi SOP.
Usul 4 :
i) Berharap pihak sekolah menyediakan loker untuk setiap kelas bagi menyimpan buku
buku dan alatan anak anak . Ia boleh membantu meringankan beban anak murid
membawa beg berat ke sekolah. Pihak ibu bapa juga boleh menyumbang dana untuk
penyediaan loker anak anak di setiap kelas.
ii) Saya berharap pihak sekolah tegas dengan jualan kantin sekolah supaya tidak menjual
air kordial manis. Adalah lebih baik menjual air mineral botol ataupun digantikan buah
potong. Berhenti menjual minuman manis atau jajan kepada anak anak, ia tidak sihat
untuk perkembangan anak anak dan boleh menyebabkan anak anak terlebih aktif.
Pencadang : Noriah binti Abdullah
Kehadiran : Tidak hadir
Kenyataan :
Makluman : PK HEM Puan Norafizah memaklumkan perkara ini akan berjalan agar
tiada penjualan air kordial di kantin demi kesihatan murid. Pihak sekolah akan
bekerjasama dengan pihak kantin dalam hal ini. Guru Besar memaklumkan usul loker
akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama dengan AJK PIBG yang baru.
12
Minit Mesyuarat
Usul 5 :
Saya mencadangkan pelaksanaan PdPR yang lebih sistematik dengan lebih banyak Google
Meet dan komunikasi 2 hala melalui telegram/WhatsApp.
Pencadang : Nor Hasnizah binti jamil
Kehadiran : Tidak hadir
Kenyataan :
Makluman : Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah akan dibuka secara
berperingkat dan belajar secara bergilir. Pihak sekolah juga tengah menyusun atur tertib
pelajar datang dan balik. Guru-guru juga diingatkan untuk sentiasa memakai penutup
muka dan mematuhi SOP.
Usul 6 :
i) Berkenaan PDPR perlu disemak semula adakah perlu untuk semua subjek atau fokus
kepada subjek teras memandangkan ada ibu bapa yg masih bekerja sepanjang PKP.
Subjek tersebut juga perlu diterangkan secara lebih detail memandangkan tidak semua
ibu bapa memahami silibus terkini.
ii) Modul- jika menggunakan modul, guru perlu memulangkan kembali modul terdahulu yg
telah ditanda kpd para pelajar utk dibincangkan bersama ibu bapa. Ini perlu
memandangkan bkn semua ibu bapa mengetahui jwpn yg btul.
Pencadang : Farah Idayu Binti Mohd Salleh
Kehadiran : hadir
Kenyataan :
Makluman : PK Pentadbiran memaklumkan bahawa proses pengambilan dan
pemulangan modul semasa PKP hendaklah mengikut sop yang telah ditetapkan MKN.
PDPR untuk semua subjek teras dan elektif tetap dijalakan mengikut waktu yang telah
ditetapkan. Pemulangan modul tertakluk kepada ibu bapa dan guru, sekiranya ada
masalah boleh maklum.
Usul 7 :
i) Kebersihan dan kemudahan tandas. Perkara yang amat penting dalam kebersihan anak-
anak di sekolah.
ii) Penekanan/ nasihat kepada anak murid setiap hari tentang menjaga hubungan/ tutur
kata yang baik di antara kawan2 di sekolah.
Pencadang : Nor Hasnizah binti jamil
Kehadiran : Tidak hadir
Kenyataan :
Makluman : Usul selesai. PK HEM iaitu Puan Norafizah memaklumkan bahawa tandas
telah dinaik taraf untuk kegunaan murid. Pihak sekolah juga merujuk kepada Sistem
SSDM. Sekiranya pelajar menunjukkan sahsiah yang baik, guru boleh merekodkan dalam
sistem SSDM.
13
Minit Mesyuarat
Usul 8 :
i) Perkemaskan PDPR dengan membuat jadual mengandungi kelas online (Google
Meet/Zoom) dan tutorial.
ii) Guru-guru yang tidak IT savvy harus diberikan kursus dalam penghasilan hasil bahan
mengajar yang efektif.
Pencadang : Nadzrah
Kehadiran : Tidak hadir
Kenyataan :
Makluman : Guru Besar memaklumkan sekolah telah membuat jadual mengikut situasi
guru dan murid. Setiap hari Sabtu, guru perlu memuatnaik pelan pdpr dalam grup kelas.
Guru Besar memohon maaf jika ada kelewatan pihak guru berkongsi pelan PDPR. Guru
Besar memaklumkan Unit Kurikulum dan panitia telah mendedahkan guru-guru supaya
celik ICT dengan mengadakan e-PLC di mana aplikasi yang sesuai digunakan semasa
PDPR dalam panitia masing-masing.
-PK Pentadbiran En Anuar juga memaklumkan bahawa unit kurikulum telah mewajibkan
setiap guru wajib menonton 3 webinar. Pihak sekolah berharap ibu bapa menerapkan
kepercayaan kepada guru-guru SKBSA. Superhero PDPR telah diadakan bagi memberi
pengiktirafan kepada guru-guru yang menunjukkan komitmen dan kreativiti tinggi
sepanjang PDPR. Pihak sekolah juga berharap ibu bapa mendoakan agar guru-guru
bersemangat membuat bahan-bahan ICT baru untuk pelajar.
Usul 9 :
i) Beg sekolah terlalu berat. Cadangan diadakan loker.
ii) Untuk PDPR seeloknya menggunakan Google Classroom /Zoom platform yang melibatkan
komunikasi dua hala dengan pelajar.
Pencadang : Mohd Khairul Thani
Kehadiran : Tidak hadir
Kenyataan :
Makluman : Guru Besar memaklumkan bahawa usul loker akan dibincangkan dengan Ajk
PIBG. Guru besar memaklumkan bahawa telah mengarahkan guru melaksanakan Google
Meet bersemuka secara maya paling kurang 50 peratus.
Usul 10 :
Jika dapat dipertimbangkan, latihan untuk murid sepanjang pdpr terus diberi untuk
tempohseminggu dan semasa hari pembelajaran, cikgu hanya jelaskan cara menjawab atau
penerangan berkaitan topik. Perkara ini yang telah dilakukan oleh subjekEnglish semasa pdpr
baru baru ini. Ini memudahkan ibu bapa memantau kerja anak, kerana kami yang kedua-
dua bekerja masa terhad hanya waktu malam untuk rekod dan semak kerja yang diberikan.
Pencadang : Siti Zaleha A Rahim
Kehadiran : Tidak hadir
Kenyataan : Guru Besar memaklumkan bahawa modul telah digunakan untuk 4 minggu.
Modul juga dibina untuk subjek teras sahaja.
PK Pentadbiran En Anuar memaklumkan pelan PDPR telah dilaksanakan. Pihak sekolah juga
meraikan pandangan ibu bapa yang lain. Oleh itu soal selidik telah dijalankan berkenaan
PDPR.
1140
Minit Mesyuarat
8.0 Lain-lain hal
8.1 Guru ada yang tidak pernah menjalankan Google Meet: Guru wajib membuat Google
Meet sekurang-kurangnya seminggu sekali. Guru yang tidak membuat Google Meet
perlu ada alasan yang kukuh.
8.2 Ibu bapa yang tidak divaksin dibenarkan masuk ke sekolah mengikut SOP sekiranya ada
urusan penting.
8.3 Pelajar akan divaksin bermula 14 Oktober 2021 melibatkan pelajar darjah 6 yang
bertempat di Pusat PPV Taman Mawar.
8.4 Sekiranya ibu bapa tidak bersetuju menghantar anak ke sekolah, ibu bapa hendaklah
mengisi surat yang akan diuruskan oleh pihak HEM sekolah.
8.5 Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
8.6 Pihak sekolah akan memaklumkan kepada pihak koperasi berkenaan stok baju pada awal
tahun. Stok baju dikira berdasarkan data bilangan pelajar sekolah.
8.7 Tarikh pembukaan sekolah tertakluk kepada pengumuman terkini daripada KPM. Jadual
pembukaan sekolah adalah mengkut fasa yang telah ditetapkan.
8.8 Sebanyak 97% guru telah menerima vaksin.
8.9 Tandas perempuan yang kerap terkunci akan dibaik pulih semula selepas ini.
9.0 Penutup
9.1 En Radzi selaku wakil AJK yang dilantik mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa dan sokongan yang diberikan. Sekiranya terdapat masalah ibu bapa boleh
berhubung dengan wakil PIBG. YDP juga mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah
dilantik
9.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang
menunggu sehingga mensyuarat berakhir.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,
fatin afiqah (MD RAZI BIN JOHARI)
YDP PIBG
(NUR FATIN AFIQAH BINTI ABD RAHMAN) SK Bandar Seri Alam
Setiausaha Kehormat PIBG
SK Bandar Seri Alam
15
Laporan
Kewangan
16
Jawatankuasa Kerja
Penasihat : En. Yusri bin Zakariah (GB SKBSA)
Pengerusi : EN Md Razi bin Johari (YDP PIBG SKBSA)
Naib Pengerus : En. Hasrul bin Ismail (GPK Pentadbiran)
: Pn. Noor Afizah bt Ali (GPK HEM)
Setiausaha : PN. Rosiah bt Jami’an G(PK Kokurikulum)
Bendahari : Pn. Nor ‘Azura bt Ahsain (GPK Petang)
: Nur Fatin Afiqah Bt Abd Rahman
: Nora’tikah Binti Omar
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENYAMBUT TETAMU CENDERAMATA VIP VIP & ‘DOOR GIFT’
/PROTOKOL MAJLIS 1. Najwaa Binti Muslim(k)
1. YDP PIBG, 2. Noraishah Binti Mohd Salimin
2. NYDP PIBG
3. Semua AJK PIBG (Cenderahati Vip)
4. Barisan pentadbir 3. Rosmaliza Bt Ismail
5. Nur Fatin Afiqah Bt Abd 4. Norliza Binti Mohd Nor
Rahman BACAAN DOA
6. Zalina binti mohsin 1. Muhammad Iqbal Bin Shahidan
7. Yokhanah a/p palani
PENCATAT MINIT
PENGACARA MAJLIS Azrin Binti Shamsuddin(k)
1. Muhamad Afuw Fataah Bin 1. Siti Nur Syahirah Bt Mohd Sukri
2. Noraida Binti Che Ahmad
Rahmat 3. Sarmila A/P Sundar
2. Siti Hawa Binti Mohd Yunus
PENGIRA UNDI
PENDAFTARAN /PENGEDARAN 1. Muhammad Ismat Bin Mohamed
BUKU PROGRAM
1. Siti Awatif Binti Azizan (K) Razali
2. Nur Liyana Binti Zaini
3. Najiah Binti Ab Halim PA SISTEM
4. Aathi Letchumi A/P Muhammad Zafrul Hafiz bin Zaaba
Muthusamy
5. Siti Janila Binti Saram
17
Jawatankuasa
JAMUAN VIP Kerja
1. Norsiah Binti Mamat(k) JAMUAN GURU
2. Nur Faezah Binti Abd Rashid 1. Norashikin Binti Othman (K)
3. Norhasliza Binti Rosli 2. Nurathirah Binti Juhari
4. Noriani Binti Sulong 3. Nurul Izyanti Binti Ideris
4. Amylia Binti Hamzah
PERSEMBAHAN MURID 5. Rohaiza Binti Mohd Soom
1. Hafifah Bt Mohamed Noordeen (K)
2. Hermayati Binti Johar JAMUAN IBU BAPA
3. Nor Hafizah Binti Abdul Malek 1. Salbina Binti Muda(k)
2. Norisa Binti Muhammad
BUKU PROGRAM 3. Sarimah Binti Tasmin@sadyo
1. Noraizah Bt Abd Rahman (K) 4. Wan Rohayani Binti Wan Yusof
2. Muspirah Binti Said 5. Noriza Binti Kassim
3. Nur Afiqah Husna Binti Hassim 6. Sarojinee A/P Kuttiappan
4. Nur Adila Sakinah Bt Hassan
5. Nurul Nadia Binti Misman PERSIAPAN PENTAS
1. AMINAH CENDRAKASIH BT
P.A. SISTEM
1. Muhamad Mursyid Mohamad SUHAIMEE (K)
2. Zakaria (K) 2. Noor Azean Binti Sikh Maidin
3. Muhamad Ridhwan Bin Ibrahim 3. Nawaitul Jamilah Bt Tahjuddin
4. Mohd Ridzuan Bin Desa 4. Nurmahfuzah Binti Mahamaddin
5. Mohd Zakwan Bin Mohd Zamri 5. Nursyahirah Fazlia Ahmad Zamri
6. Mohamed Farhan B Abdul Aziz 6. Salasiah Binti Idris@ismail
7. Norzulhilmi Bin Mohamad 7. Nur Ilyana Binti Ishak
8. Nurhanis Nabila Bt Abdullah
PERSIAPAN TEMPAT / KEBERSIHAN 9. Nor Sabrina Binti Mohd Fuzi
1. Mohd Faizullah Bin 10. Rusmiyati Binti Kamaruddin
2. Mohamed(k) 11. Tg Harziannti Tg Abdul Hamid
3. Mohd Zulhairi Mohammad
4. Muhamad Amiruddin Bin Ismail
5. Mohd Nazri Bin Mat Daud
6. Muhammad Afiq Irfan Bin Azri
7. Hilmi Bin Mohd Yaidin
8. Radzuan Bin Kasim
9. Nora’tikah Binti Omar
18
Jawatankuasa
TEKS UCAPAN KerjaDOKUMENTASI
1. Amilia Binti Arsat(K) 1. Nur Fadhilah Binti ArifinRuhaizat (K)
2. Rusmiza Binti Mat 2. Nurul Syazwani Binti Ramli
3. Norhayati Binti Kemad 3. Nur Amalina Binti Esa
JEMPUTAN RUNNER
1. Nur Fatin Afiqah Bt Abd Rahman 1. Muhammad Zulfahmi Bin Yahaya
2. Mohd Haziq Bin Jebat
BANNER/POSTER (GEGANTUNG)
1. Melvin Georage A/L Maria Razal (K) KEBERSIHAN
2. Wan Mohamad Aiman Azri Wan 1. Alisya Raihan Binti Abdul Rahman(K)
2. Radhiah Binti Mat Min
Yusoff 3. 'Ain Izza Asniera Binti Ab Rahman
3. Muhammad Syafiq Bin Muhammad 4. Zuraidah Binti Paraman
5. Norliza Binti Mohd Nor
Zulkifli 6. Ruzawati Binti Miran
7. Prasana A/P Asokan
FOTOGRAFI 8. Yaziah Binti Khamis
1. Muhammad Halim Bin Salleh 9. Nural Hayati Binti Muhammad
2. Nor Hadeka Binti Hadan 10. Siti Liyana Binti Rozmi
3. Wan Noor Adawiyah Wan Roslee 11. Maziyan Binti Moh Zaid@md Zaid
12. Norzakiah Binti Hamzah
SUMBANGAN / PENAJAAN
1. Norhalifah Binti Eshak (K) PENGURUSAN SIJIL
2. Barisan Pentadbir 1. Nur Farhana Binti Roslley (K)
3. Zuria Binti Yahaya 2. Nurhakimah Binti Abdul Rohim
4. Moniza Binti Suradi 3. Sakinah Binti Che Ibrahim
5. Raymona Sain
6. Thanalechemy A/P Kuttiannan 19
7. Mohd Syahrulnizzar Bin Mohammad
CABUTAN BERTUAH
1. Nurul Aifa Fariha Mohd (K)
2. Elisa Binti Hashim
3. K Nalini A/P Kumarasamy
4. Husna Binti Othman
5. Nur Adila Binti Che Rahim
6. Haryanie Binti Abdul Aziz
FOTOGRAFI
1. Muhammad Halim Bin Salleh
2. Nor Hadeka Binti Hadan
3. Wan Noor Adawiyah Wan Roslee
Cucur badak di kedai nenek,
Murahnya harga dapat berjimat;
Ajar budak akhlak yang baik,
Dunia dibangga, akhirat selamat
Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa;
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.
Ayu semarak di sisi bonda,
Kekal berseri jambangan gelora;
Guru pencorak generasi muda,
Bakal mengisi kepimpinan negara.