PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 5
TAJUK : PENYAKIT
NAMA :MOHAMAD FATHURRAHMAN B SIBI
KELAS : 5 WIRA
KANDUNGAN
1. DEMAM CAMPAK
2. CACAR AIR
3.RUBELA
4.BEGUK
DEMAM CAMPAK
Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-
kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak
biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam
pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui
udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung
semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun
kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada
penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan
tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes
campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh
itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan
terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka
kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.
SIMPTOM • Demam
• Selesema
• Sakit tekak
• Mata berair dan sensitif pada cahaya
• Sakit otot
• Batuk
CACAR AIR
Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak
disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus
varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia
merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak
daripada seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini
akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya
merebak:
Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu
mengalami batuk atau bersin.
Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang
terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .
SIMPTOM • Demam
• Rasa letih
• Bintik merah (ruam) yang
mengandungi air dan berasa
gatal
RUBELA
Rubela ialah penyakit berjangkit yang selalu memberi kesan
kepada kanak-kanak. Rubela ialah daripada perkataan Latin.
Rubela bermaksud merah sedikit dan penyakit ini mempunyai
ruam yang merah. Ruam akan bermula di bahagian muka dan
akhirnya bergerak ke bahagian tubuh yang lain. Ia berjangkit
dalam tempoh 14 hingga 21 hari.
SIMPTOM • Demam
• Sakit tekak
• Bintik merah (ruam) di muka
dan merebak ke badan
SIMPTOMBEGUK
Beguk yang juga dikenali sebagai bengkak cantik
atau mumps, mudah berjangkit dan virus merebak
melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak
apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk
atau bersin.
Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas
pembengkakan bermula
SIMPTOM • Demam
• Sakit kepala
• Mulut kering
• Bengkak pada satu atau
kedua-dua kelenjar parotid
dan berasa sakit ketika
menelan makanan
CARA
MENCEGAH
Vaksin Mumps, Measles, Rubella(MMR) ialah vaksin yang
digunakan untuk melindungi tubuh daripada tiga jenis
penyakit, iaitu demam campak, beguk dan rubella. Suntikan
vaksin ini diberikan dua kali, iaitu ketika bayi berusia 9 dan
12 bulan.