The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noralia Harun, 2022-10-17 21:56:32

Laporan Tahunan 2021 Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak

Terbitan Tahunan

Keywords: Laporan Tahunan

B. Program Merdeka@Komuniti sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021
Latar Belakang Program
Program Merdeka@Komuniti merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bertujuan untuk menyemarak dan
menggelorakan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam Bulan Kebangsaan.
Program ini merupakan program turun padang dan sesi libat urus (engagement) JaPen bersama
rakyat dalam memasarkan maklumat-maklumat mengenai dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan,
menterjemahkan inovasi dan kreativiti melalui media baharu dan menyediakan perkhidmatan berupa
one stop centre kepada pengunjung.
Program ini melibatkan penyertaan komuniti setempat bertujuan untuk menyemai semangat
kesukarelawan dalam kalangan masyarakat terutama anak muda dan belia negara menerusi nilai–nilai
kekitaan, bersatu padu serta bekerjasama.
Objektif Program

• Menyemarak dan menggelora semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan rakyat

sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.
• Meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Menggalakkan penglibatan menyeluruh melalui badan sukarela dan masyarakat di seluruh negara

dalam kepelbagaian agama, bangsa dan budaya.
• Mengeratkan jalinan perpaduan serta menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan rakyat yang

mempunyai jati diri dan integriti.

51

PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI
DARI BULAN JULAI HINGGA SEPTEMBER 2021

BIL DAERAH PERANCANGAN PERLAKSANAAN
1 1
2 KUCHING 1 1
3 BAU 1 1
4 1 3
5 LUNDU 1 1
6 SAMARAHAN 0
7 1
8 SERIAN 1 0
9 SIMUNJAN 1 1
10 SRI AMAN 1 1
11 LUBOK ANTU 1 1
12 BETONG 1 1
13 1
14 SARATOK 1 1
15 SARIKEI 1 1
16 TANJUNG MANIS / BELAWAI 1 0
17 DARO 1 1
18 2
19 MATU 1 0
20 MERADONG 1 1
21 1 1
22 PAKAN 1 1
23 JULAU 1 10
24 SIBU 2
25 3
26 KANOWIT 1 1
27 MUKAH 1 1
28 1 1
29 BALINGIAN 1 0
30 DALAT 2
31 2
32 KAPIT 1 3
33 SONG 1 1
BELAGA 1 47
52 MIRI 1
NIAH 1 142.42%

BINTULU 1
MARUDI 1
LONG LAMA 1
TATAU 1

LIMBANG 1

LAWAS 1

JUMLAH KPI 33

PERATUS PELAKSANAAN

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Puan Roszilawati binti Nor
Aziz, KPP BPKPM kepada Pengurus Kuching Sentral.

Simbolik Hari Malaysia – Penyerahan Jalur Gemilang oleh
Encik Zaini bin Morshidi, PPD Meradong kepada

Encik Badjuri bin Haji Bidin, Pegawai Daerah Meradong
di Dewan Usu Man, Kpg Muara Lebaan.

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Penerangan
Negeri Sarawak kepada Pegawai Daerah Lundu
di Pejabat Daerah Lundu.

Kibaran Jalur Gemilang oleh Cik Sylvia Jocylena Sumping,
PPD Belaga bersama APM, BOMBA dan RELA daerah
Belaga di Tebingan Sungai Belaga.

Konvoi Jalur Gemilang dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di
Jabatan Penerangan Daerah Sri Aman dan sekitar bandar
Sri Aman.

Kibaran Jalur Gemilang di sekitar Pejabat Daerah
Telang Usan.

53

C. Komuniti Keluarga Malaysia
Latar Belakang Program
Komuniti Keluarga Malaysia merupakan sebuah badan sukarela pelbagai kaum ditubuhkan bagi
memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan untuk merealisasikan konsep Keluarga Malaysia. Gerakan
sukarela komuniti sebagai rakan strategik untuk memasarkan maklumat kenegaraan dan perpaduan
serta dasar kerajaan.
Objektif Program

• Menerapkan nilai-nilai Keluarga Malaysia dalam kalangan masyarakat melalui Komuniti Keluarga

Malaysia.
• Memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan komuniti setempat.
• Memperkasa usaha pemasaran maklumat daripada kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di peringkat akar umbi dalam merealisasikan aspirasi Keluarga
Malaysia.
• Membantu meningkatkan kefahaman rakyat dan sekaligus menangani berita palsu dan maklumat
tidak benar dalam kalangan masyarakat.
• Memantau dan mengumpul isu-isu serta menyelami denyut nadi rakyat mengenai dasar, inisiatif dan
kenegaraan bagi mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan harmoni.
• Membantu memaju dan memperkasakan keupayaan dan daya saing komuniti setempat dalam
bidang sosio-ekonomi sejajar dengan perkembangan ekonomi digital.

54

Pelaksanaan
Pelaksanaan program yang melibatkan Komuniti Keluarga Malaysia bergerak berdasarkan kepada tiga
(3) teras pendekatan iaitu:
Teras 1 : Pemasaran Maklumat
Teras 2 : Patriotik dan Kenegaraan
Teras 3 : Komuniti Digital
Bagi Negeri Sarawak, KPI penubuhan yang telah ditetapkan adalah sejumlah 246 buah komuniti.
Sehingga Disember 2021 Sarawak telah berjaya menubuhkan 169 buah komuniti dan bakinya akan
ditubuhkan sebelum 28 Februari 2022.
Sebagai simbolik penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia di Negeri Sarawak, YB Menteri KKMM, Tan Sri
Datuk Seri Panglima TPr. Annuar Haji Musa telah menyampaikan watikah pelantikan kepada beberapa
buah Komuniti Keluarga Malaysia yang telah ditubuhkan semasa Lawatan Kerja Rasmi beliau ke Sarawak
pada 11-13 Disember 2021.
Watikah tersebut telah disampaikan kepada Pengerusi KKM semasa Program Komuniti Keluarga Malaysia
SW@JaPen yang telah dilaksanakan pada 12 Disember 2021 di Restoran Pak Belalang, Stakan dan di
Anjung Usahawan, Gedong serta semasa Program Ramah Mesra Komuniti Keluarga Malaysia bersama
YB Menteri KKMM diadakan di Auditorium P.Ramlee, RTM Sarawak.

YB Menteri KKMM Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa menyerahkan watikah KKM kepada Pengerusi KKM
Kampung Bumbok semasa Program Ramah Mesra YB KKMM bersama Komuniti Keluarga Malaysia
di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching.

55

STATISIK PENUBUHAN KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA SARAWAK
DARI BULAN OKTOBER HINGGA DISEMBER 2021

BIL DAERAH PERANCANGAN PERLAKSANAAN
1 11
2 KUCHING 39 5
3 BAU 6 6
4 6 12
5 LUNDU 12 2
6 SAMARAHAN 9 9
7 11
8 SERIAN 3
9 11
10 SIMUNJAN 9 3
11 SRI AMAN 15 3
12 LUBOK ANTU 3 2
13 BETONG 12 6
14 3
15 SARATOK 9 3
16 3
17 SARIKEI 3 3
18 TANJUNG MANIS / BELAWAI 3 8
19 6 5
20 DARO 3 3
21 MATU 3
22 3
23 MERADONG 3 9
24 PAKAN 3 3
25 JULAU 3 0
26 SIBU 18 7
27 1
28 KANOWIT 6 12
29 3
30 MUKAH 3 1
31 BALINGIAN 3 3
32 3 6
33 DALAT 9 6
KAPIT 169
56
SONG 3 68.7%
BELAGA 6
14
MIRI 1
NIAH

BINTULU 12

MARUDI 3
LONG LAMA 6
3
TATAU 6
LIMBANG

LAWAS 6

JUMLAH KPI 246

PERATUS PELAKSANAAN

Gelagat Menteri KKMM, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa mencuba sendiri pengalaman memasak kuih
penyaram di Restoran Pak Belalang, Stakan semasa Program Komuniti Keluarga Malaysia SW@JaPen turut disaksikan oleh

Ketua Pengarah JaPen Malaysia, YBhg. Dato’ Sukari Abd. Hamid (kanan) dan Pengarah Penerangan Sarawak,
Tuan Haji Suwadi bin Haji Guliling (tengah).

YB Menteri KKMM Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar YB Menteri KKMM Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar
Haji Musa menyerahkan watikah perlantikan kepada Haji Musa menyerahkan watikah kepada wakil KKM semasa

Pengerusi KKM Kampung Stakan Melayu semasa program program SW@JaPen Gedong.
SW@JaPen Stakan.

57

2.1 CAWANGAN KEMPEN
2.1.1 Aktiviti-Aktiviti Cawangan Kempen

Cawangan Kempen, BPKPM Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah di Sarawak
telah melaksanakan pelbagai program bagi memastikan pemasaran maklumat (penyampaian, promosi,
advokasi, outreach dan intelligent gathering) berkenaan dengan dasar-dasar, isu-isu dan inisiatif-inisiatif
kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak berkesan dan sampai kepada masyarakat akar umbi.
Antara program dan aktiviti tersebut ialah:
• Info On Wheels
• Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri
• Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri

Sarawak

A. Info On Wheels (IOW)
Latar Belakang Program
Program Info On Wheels merupakan kempen jabatan untuk membantu kerajaan bagi memasarkan
maklumat berkaitan dengan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti kempen Perintah
Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara, Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan, Bajet 2021,
Sambutan Bulan Kebangsaan @ Merdeka, bencana banjir dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang.
JAPEN turut membantu menyebar luas kempen dan inisiatif semasa kerajaan kepada rakyat
seperti IOW MAPO, IOW aktiviti dan program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Malaysia (KPDNHEP).
IOW MAPO adalah program kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri melibatkan ceramah
serta taklimat oleh agensi seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia khusus tentang
kesalahan jenayah pemerdagangan manusia untuk membujuk masyarakat supaya keluar melaksanakan
tanggungjawab untuk mengundi.
IOW Pilihan Raya pula dilaksanakan semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 12 (PRN12)
melibatkan hebahan, sembang warung dan pertemuan dengan komuniti dalam skala kecil.
Program Info On Wheels (IOW) ini dilaksanakan melalui hebahan awam, edaran risalah, sembang
warung dan pertemuan bersemuka dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP)
yang berkuatkuasa serta terhad kepada masyarakat tempatan dengan jumlah bilangan peserta yang
dibenarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

58

Objektif Program

• Menerajui proses komunikasi bersemuka, menyebarluaskan maklumat dasar-dasar kerajaan,

memantapkan sistem penyampaian pihak kerajaan hingga ke peringkat akar umbi seterusnya
mempertingkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan;
• Memperluaskan corak penyampaian maklumat dengan merangkumkan empat pendekatan utama
jabatan iaitu advokasi, libat urus (engagement), turun padang (outreach) dan analitik data raya
(big data analytical) dapat dilaksanakan secara komunikasi bersemuka demi memastikan Jabatan
Penerangan (JaPen) kekal relevan dengan mempelbagaikan kaedah pemasaran maklumat yang
secara terus kepada rakyat.
• Menjelaskan maklumat secara terus dan meningkatkan pemahaman serta mengelakkan salah
tanggapan rakyat terhadap usaha kerajaan seterusnya menanamkan kepercayaan masyarakat
terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan.

PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN IOW
PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN (KPI) INFO ON WHEELS TAHUN 2021

BIL PROGRAM KPI LAKSANA JUMLAH PERATUS KEKERAPAN &
4,488 7,302 LOKASI 283 TEMPOH
1 IOW Kempen Dasar 428 23,577
Kerajaaan 2 kali seminggu/
957 daerah

(Jan – Dis)

2 IOW Merdeka 495 86 15 kali/daerah
(Julai – September)

3 IOW MAPO 165 129 195 78 5 kali/daerah
April – Oktober

4 IOW PRN-12 Sarawak 410 503 2,566 127 12 kali / 1 daerah
89 245 (1 – 17 Dis 2021)

5 IOW Bencana Banjir 330 5 hari (2 kali sehari) /
27 daerah

(27 – 31 Dis 2021)

Sebanyak 234,453 bahan bacaan seperti poster dan risalah telah diedarkan kepada lebih kurang
275,422 orang. Manakala sebanyak 5,920 Bendera Jalur Gemilang turut diagihkan sepanjang Program
IOW Merdeka dilaksanakan.

59

Program Info On Wheels Merdeka anjuran Pejabat Puan Maria Tungkat, Pegawai Penerangan Daerah Dalat
Penerangan Daerah Samarahan di Dewan Tan Sri Datuk Haji menyampaikan poster kepada wakil penduduk semasa

Abang Ik Wan Zaini, Asajaya Samarahan. Program Info On Wheels Merdeka di Pusat Khidmat
Masyarakat DUN N56 Dalat.

Encik Geoffery George, Pembantu Penerangan Daerah Miri Encik Mohd Saufi bin Omar, Pegawai Penerangan Daerah
(kiri) menyampaikan risalah kepada orang awam di sekitar Kapit menyerahkan poster Pembudayaan Norma Baharu

bandar raya Miri. kepada penduduk kampung pada 22.09.2021 di Rh
Rachmen Ng Semulong.

60

B. Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri
Latar Belakang Program
Pertandingan Pidato Kenegaraan adalah merupakan program tahunan yang diadakan sebagai salah satu
program teras Jabatan di bawah portfolio Program Kenegaraan kepada rakyat.
Program ini diadakan dengan konsep bersemuka dan berpidato secara ted talk bagi meningkatkan
kesedaran, pengetahuan dan kefahaman dasar-dasar negara di samping mengukuhkan dan mengekalkan
semangat jati diri, patriotisme serta perpaduan dalam kalangan masyarakat dengan tema “Kita Malaysia
Bangkit Bersama”.
Objektif Program

• Meningkatkan rasa kecintaan serta kebanggaan masyarakat terhadap negara, memupuk,

menyuburkan, mengukuhkan dan mengekalkan semangat perpaduan dan semangat patriotisme
dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia.
• Memperkasakan lagi penggunaan Bahasa Kebangsaan oleh pelbagai kaum di dalam kehidupan
seharian dan menggalakkan serta mencungkil bakat berpidato dalam kalangan masyarakat.
Pemenang
Khalid Husseine Tuah dengan tajuk pidato ‘PENJANA Menjana Ekonomi Negara’, mewakili Daerah
Kuching telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Pidato Kenegaraan 2021 Peringkat Negeri
Sarawak.
Beliau juga merupakan seorang Pensyarah Kanan di Politeknik Kuching telah membolot wang
tunai sebanyak RM1,500, piala pertandingan dan sijil penyertaan serta sijil kemenangan. Beliau turut
mewakili Negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan dan memenangi hadiah saguhati.
Seramai 26 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut di mana para peserta perlu
bertanding pada peringkat daerah masing-masing terlebih dahulu sebelum dipilih mewakili daerah ke
peringkat negeri.

61

Barisan para hakim yang terdiri daripada Encik Aziz bin Peserta pidato, Encik Khalid
Abdul Rahman (TPN), Encik Ajes bin Tuah (KPP BMKK) dan Husseine Tuah dengan tajuk pidato ‘PENJANA: Menjana
Encik Mohd Rahmad (Penolong Pengarah GSPI) mengadili
Pertandingan Pidato Kenegaraan 2021 Peringkat Negeri Ekonomi Negara’.
Sarawak yang dilaksanakan secara hibrid pada 28 Mei 2021.

Gambar kenangan pemenang Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Sarawak 2021, Encik Khalid Husseine Tuah bersama
Pengarah Penerangan Negeri Sarawak dan pegawai pengurusan tertinggi.

62

C. Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang
Peringkat Negeri Sarawak 2021
Latar Belakang Program
Program Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2021 diadakan di Atrium Bangunan
Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru pada 17 Ogos 2021. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh
Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk
Abang Haji Openg.
Objektif Program

• Meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia

berbilang bangsa dan agama, mengembalikan keyakinan serta sokongan serta penglibatan rakyat
dan pemimpin pada program dan aktiviti dan seterusnya menyokong dasar-dasar serta program-
program kerajaan dalam konteks “Malaysia Bersih”.
• Menghayati semangat Rukun Negara yang menjadi tonggak perpaduan sebagai panduan dan
amalan hidup rakyat Malaysia dan menggelorakan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur
Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan.

YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak
diiringi Pengarah Penerangan Sarawak menyempurna Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak
di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak.

63

YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak
bersama dif-dif kehormat menyanyi lagu Jalur Gemilang semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri
Sarawak.

YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyerahkan Bendera
Jalur Gemilang kepada Dato’ Amir Omar, Setiausaha Persekutuan Sarawak.

64

Promosi Billboard Bergerak sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia

Pengarah Penerangan Negeri Sarawak ditemu ramah oleh Pengarah Penerangan Negeri Sarawak menyerahkan
pihak RTM berkenaan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari bahan penerbitan berserta Jalur Gemilang kepada pihak

Malaysia di Kuching Sentral, Kuching pada 14 September pengurusan Kuching Central.
2021.

Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, para petugas dan pihak pengurusan Kuching Central merakamkan gambar kenangan
di hadapan billboard bergerak Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

65

D. Konvoi Kibar Jalur Gemilang 2021
Latar Belakang Program
Walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19 tidak menjadi penghalang untuk JaPen Malaysia
Sarawak melaksanakan Kembara Kibar Jalur Gemilang (KKJG) 2021. Program ini dilaksanakan dengan
mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan.
KKJG dilaksanakan bagi mengajak masyarakat untuk sama-sama mengibar bendera Jalur
Gemilang dan menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021. Pelaksanaannya
menunjukkan bahawa walaupun negara sedang dilanda wabak COVID-19, ia tidak menghalang untuk
rakyat meraikan hari tersebut dengan suasana norma baharu dan menanam semangat agar bersama-
sama memerangi dan memutuskan negara dari rantaian COVID-19.
Objektif Program

• Meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan tanah air dalam kalangan rakyat berbilang

kaum.
• Menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia dengan galakkan kibaran Jalur

Gemilang secara menyeluruh.
• Menanamkan rasa cinta dan sayang pada Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia
Pelaksanaan
KKJG telah dilaksanakan dua (2) fasa melibatkan 30 orang peserta konvoi dengan 6-10 buah kenderaan.
Fasa 1
KKJG bermula dari Kuching pada 24 Ogos dan berakhir di Saratok pada 29 Ogos 2021. KKJG telah
melibatkan perjalanan sejauh 1000 km telah berhenti di 10 hentian (pitstop) iaitu Sri Aman, Sibu, Mukah,
Dalat, Oya, Balingian, Niah, Bintulu, Miri dan Saratok.
Fasa 2
KKJG fasa 2 bermula dari Kuching pada 2 September hingga ke Teluk Serabang pada 4 September
2021, melibatkan perjalanan sejauh 160km. KKJG ini telah berhenti di lima (5) hentian iaitu Bau, Tasik
Biru, Pekan Lundu, Sematan dan Teluk Melano.

66

67

3.1 CAWANGAN KELAB MALAYSIAKU
2.1.1 Aktiviti-Aktiviti Cawangan Kelab Malaysiaku

A. Program Skillbox
Latar Belakang Program
Berikutan penularan jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19) yang melanda negara, semua aktiviti-
aktiviti utama Kelab Malaysiaku tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2021.
Walau bagaimanapun, satu program baharu telah dilaksanakan secara atas talian iaitu Program
Skillbox@Kelab Malaysiaku. Ia dilaksanakan sebanyak dua (2) sesi iaitu pada 25 September 2021 dan
16 Oktober 2021. Program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku merupakan webinar secara atas talian kepada
pelajar sekolah menengah khususnya sekolah yang mempunyai Kelab Malaysiaku.
Program webinar interaktif ini mengandungi pelbagai topik menarik yang bertujuan membantu
pembangunan sahsiah diri pelajar. Ia merupakan salah satu inisiatif Bahagian Perkhidmatan Komunikasi
dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM), JaPen dalam menggerakkan aktiviti Kelab Malaysiaku dan
mendekati golongan pelajar.
Program ini melibatkan Rakan Strategik dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Akademi
Pilihan Raya (APR) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Pelaksanaan
Program ini diadakan sebanyak dua (2) siri pada bulan September dan Oktober iaitu:
• 25 September 2021 (Sabtu): Program Skillbox@Kelab Malaysiaku Siri 1,‘Terima kasih Malaysia!’
• 16 Oktober 2021 (Sabtu): Program Skillbox@Kelab Malaysiaku Siri 2,‘Fairytales VS Reality :

Pembangunan Kerjaya’
Kelab Malaysiaku Negeri Sarawak telah menghantar 20 orang wakil bagi kedua-dua program tersebut.
Pengisian Program
Program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku mengetengahkan elemen ceramah berkaitan tema Patriotisme
(Siri 1) dan Pembangunan Kerjaya (Siri 2).
Selain itu, terdapat juga slot breaker sepanjang pelaksanaan SKILLBOX@Kelab Malaysiaku
iaitu Pop kuiz, Persembahan PENTARAMA, JaPen dan Tayangan Educational Video. Soalan Pop Kuiz
bertemakan kenegaraan dan pengetahuan am dan dilaksanakan menggunakan perisian google form.
Pemenang dipilih berdasarkan kepantasan masa menjawab dan jumlah soalan yang dijawab dengan
betul (Konsep: Cepat dan Tepat).
Untuk Program Skillbox@Kelab Malaysiaku Siri 1, peserta Sarawak yang memenangi Pop Kuiz
adalah Cik Shera Meena Anak Mandau manakala untuk Siri 2, wakil Sarawak yang memenangi hadiah
kuiz ialah Encik Muhammad Hafiz Umar.

68

Di sebalik tabir Program SKILLBOX@Kelab
Malaysiaku yang diadakan di Dewan B, Aras
1, Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM).

Pelajar dari SMK Matang Jaya, Kuching
yang mengikuti Program Skillbox@Kelab

Malaysiaku.

Livestorm Dashboard Report: Program
Skillbox@Kelab Malaysiaku yang
memaparkan jumlah kehadiran peserta
semasa program tersebut.

69

4.1 CAWANGAN PUSAT MAKLUMAT RAKYAT (PMR)
Objektif PMR
• Meningkatkan keupayaan dan kebolehcapaian maklumat berkaitan jabatan/agensi kerajaan yang

lebih meluas kepada masyarakat.
• Meningkatkan penglibatan Jabatan dengan lebih bertanggungjawab kepada masyarakat tempatan

dalam konteks penyebaran maklumat yang memenuhi keperluan mereka.
• Menyokong penyebaran maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan di peringkat lapangan.
• Membantu meningkatkan sistem penyampaian maklumat kepada masyarakat.
• Meningkatkan imej pegawai penerangan daerah yang tradisional kepada imej yang lebih berprestij.

A. Pengunjung Pusat Maklumat Rakyat

PENGUNJUNG PERKHIDMATAN

BIL BULAN PELAJAR K.TANGAN AWAM / ORANG AWAM GUNA INTERNET AMBIL BAHAN PENERBITAN PERTANYAAN
SWASTA
CI
M 02 L MCI LM C I L MC I L M C I L MC I L
16 00
1 JANUARI 0 04 2 407 10 64 78 1048 83 710 59 3 0 2 0 3238 288 3156 603 8 5 22 3
2 FEBRUARI 0 00
3 MAC 4 02 2 37 4 11 21 38 3 33 38 0 0 4 5 183 107 121 39 20 5 15 21
4 APRIL 3 11
5 MEI 4 00 2 71 16 46 22 105 14 49 68 3 0 2 1 580 131 175 150 25 6 17 25
6 JUN 1 05
7 JULAI 1 02 0 37 8 23 6 42 17 30 38 4 0 2 1 200 125 143 43 28 5 18 12
8 OGOS 16 02
9 SEPTEMBER 2 0 11 0 34 11 29 8 51 16 34 42 5 1 3 4 158 126 131 59 20 7 27 20
10 OKTOBER 0 00
11 NOVEMBER 0 1 32 8 24 54 36 11 78 59 61 37 6 2 4 2 145 256 108 57 14 12 16 32
12 DISEMBER 47
93 0 116 50 83 40 1658 131 711 99 1 0 0 2 2672 275 925 179 5 1 9 2
JUMLAH
0 520 25 322 5 865 103 915 512 1 0 4 2 5442 306 1662 342 8 1 19 0

2 407 10 64 78 1048 83 710 159 3 0 2 0 3238 288 3156 603 8 5 22 3

0 124 20 39 29 400 101 468 113 8 2 16 17 9569 821 6228 1448 28 8 29 18

0 181 34 91 71 474 296 608 438 8 0 19 3 3370 1315 2149 1394 10 1 23 12

0 79 10 43 17 1175 553 1266 242 2 0 12 0 10524 1624 2442 1973 12 4 29 12

16 2037 252 851 386 6973 1459 5595 1835 44 5 70 37 39319 5662 20596 6890 186 60 246 160

3526 15862 156 72467 652

JUMLAH PENGUNJUNG: 19481 PERKHIDMATAN: 73275
MELAYU 9057 GUNA INTERNET 156
CINA 1712
IBAN 6475 AMBIL BAHAN 72467
LAIN-LAIN 2237 PENERBITAN 652
PELAJAR PERTANYAAN
93
KAKITANGAN AWAM /
SWASTA 3526

ORANG AWAM 15862

70

Kiosk PMR sempena Program Info on Wheels (IOW) di Bau – Kiosk PMR sempena Program Info on Wheels (IOW) di Pasar
PMR Bau. Minggu Padawan, Kuching.

Pegawai Penerangan Daerah Betong Encik Mohd Taib Program Komuniti @ PMR Daerah Limbang di perkarangan
Ibrahim menyampaikan Jalur Gemilang di Program Wisma Persekutuan Limbang.

Komuniti@ PMR Jabatan Penerangan Malaysia Daerah
Betong di Pasar Tamu, Majlis Daerah Betong.

71

B. Program Komuniti@PMR (Pengimarahan Pusat Maklumat Rakyat)

Latar Belakang Program Kaunter PMR ketika Program Randau@Komuniti bersama
Program Pengimarahan PMR telah dijenama Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia YB Tan
semula pada 2021 kepada Program Komuniti@
PMR bertujuan untuk mempromosikan PMR kepada Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa di Dewan
masyarakat tentang perkhidmatan yang disediakan Kerubong.
dan memberi kemudahan menggunakan
komputer serta internet percuma kepada orang
ramai. Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan
Pembangunan Masyarakat telah mengagihkan
peruntukan sebanyak RM2000.00 kepada setiap
daerah untuk melaksanakan aktiviti Pengimarahan
PMR. Aktiviti Pengimarahan PMR telah berjaya
dilaksanakan di 33 Pejabat Penerangan Daerah
di Negeri Sarawak. Hasil perlaksanaan aktiviti ini
mampu meningkatkan imej serta peranan Jabatan
Penerangan Daerah selain memberi pendedahan
dan kesedaran kepada orang ramai tentang
amalan baik dalam penggunaan media sosial.

Objektif Program

• Melaksanakan promosi PMR.

• Memperkasa PMR dengan melaksanakan
aktiviti-aktiviti bersesuaian untuk
mengimarahkan Pejabat Penerangan Daerah.

• Menzahirkan kesedaran di dalam masyarakat Pengarah Penerangan Negeri Sarawak menyerahkan potret
tentang perkhidmatan yang disediakan di PMR. Perdana Menteri kepada Pegawai Pemasaran Parkcity Mall

• Memasarkan maklumat – maklumat kerajaan Bintulu di depan kaunter PMR.
terkini kepada masyarakat setempat.

Program Komuniti@PMR Daerah Samarahan sempena
Semarak Kemerdekaan bersama JaPen Samarahan dan

UKAS di Pejabat Daerah Asajaya.

72

Perlaksanaan Program Komuniti@PMR Negeri Sarawak 2021

Bil Daerah Tarikh Lokasi / Tempat
1 Belawai (Tg Manis) 23.3.2021 PMR Belawai

2 Song 9.4.2021 PMR Song

3 Dalat 12.4.2021 PMR Dalat

4 Kanowit 16.6.2021 Pusat Pemberian Vasksin 2021

5 Kuching 15.7.2021 KOZI Square & Hospital Umum Sarawak

6 Mukah 7.8.2021 PMR Mukah

7 Kapit 12.8.2021 Hospital Medan Kapit

8 Limbang 13.8.2021 Perkarangan Wisma Persekutuan Limbang

9 Julau 14.8.2021 Pasar Tamu Hujung Minggu Julau

10 Tatau 19.8.2021 Rh.Francis Ak Lagan, Sg Sap, Tatau

11 Simunjan 21.8.2021 Kpg Jalan Sawmill Sebuyau

12 Sibu 27.8.2021 Dewan Terbuka, Jalan Sukun, Sibu

13 Matu 27.8.2021 Bilik Mesyuarat, Wisma Persekutuan Matu

14 Sarikei 29.8.2021 PMR Sarikei

15 Miri 30.8.2021 Pusat Pemberian Vaksin Daerah Miri, Eastwood Valley Golf &
Country Club

16 Betong 30.8.2021 Betong Rural Produce Market Majlis Daerah Betong

17 Pakan 3.9.2021 PMR Pakan

18 Saratok 7.9.2021 Rh Rosalind Lema, Sebubu Barit Roban
8.9.2021 Rh Gubar, Lubok Mengeris Kabo

19 Bau 9.9.2021 Pasar Tamu Daerah Bau

20 Samarahan 11.9.2021 Pejabat Daerah Asajaya

21 Lawas 13.9.2021 Wisma Persekutuan Lawas

22 Belaga 15.9.2021 Pejabat Penerangan Belaga Dan Pekan Belaga

23 Balingian 16.9.2021 Market Mddm Balingian

24 Long Lama 22.9.2021 Perkarangan Tamu Long Lama

25 Lundu 28.9.2021 Balai Raya Kampung Selampit, Lundu

26 Serian 30.9.2021 Smk Serian

27 Bintulu 6.10.2021 Perkarangan Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Bintulu

28 Marudi 9.10.2021 Rh. Keir, SG. Selejau Asal Marudi

29 Lubok Antu 12.10.2021 PMR Daerah Lubok Antu

30 Meradong 13.10.2021 Pejabat Penerangan Daerah Meradong

31 Daro 13.10.2021 Pejabat Penerangan Daerah Daro

32 Niah 15.10.2021 Pejabat Penerangan Daerah Niah

33 Sri Aman 28.10.2021 Perkarangan Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu Sri Aman

73

C. Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Digital Live Facebook oleh Pejabat Penerangan Daerah Marudi
Latar Belakang Program memaparkan topik Musik Tradisional.
Selain daripada memasarkan maklumat secara
bersemuka kepada masyarakat setempat, PMR turut
memanfaatkan teknologi dengan menggunakan
platform media sosial sebagai medium pemasaran
maklumat terkini dengan cepat.
Objektif Program

• Sepanjang Masa - like, share dan retweet

hantaran (posting) maklumat/inisiatif/
dasar kerajaan di media sosial Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan
Jabatan Penerangan.
• Melaksanakan Live FB, menghasilkan hantaran
berita bergambar dan video pendek berkaitan
aktiviti yang berlaku di sekitar daerah masing-
masing yang berkait dengan inisiatif kerajaan
atau artikel yang mempunyai manfaat kepada
masyarakat (human interest) di semua platform
media sosial PMR masing-masing.

Fresh post suasana Hari Mengundi PRN-12 Sarawak di Long
Keboho Naha Jaley, Belaga yang disiarkan melalui platform

Facebook Pusat Maklumat Rakyat Belaga.

Fresh Post video pendek berkenaan hebahan turun LIVE KDS PP Encik Hamzah Bohari dari Pejabat Penerangan
mengundi dan patuhi S.O.P oleh Pejabat Penerangan Daerah Song semasa Info On Wheel Banjir.

Daerah Song.

74

5.1 CAWANGAN PENTARAMA
5.1.1 Aktiviti-Aktiviti Cawangan PENTARAMA

A. Akustika Pentarama
Latar Belakang Program
Program AKUSTIKA PENTARAMA merupakan satu inisiatif untuk terus menghebah dan memasarkan
maklumat mengenai dasar dan inisiatif kerajaan melalui hiburan bermaklumat dan pendekatan seni
persembahan yang merangkumi elemen nyanyian secara atas talian.
Objektif Program
• Menyemai dan menyuburkan rasa cinta kepada negara dan menyemarakkan semangat patriotik

dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Menyampaikan dan menghebahkan mesej, inisiatif dan dasar kerajaan secara berterusan kepada

masyarakat.
• Mendidik masyarakat khususnya golongan muda untuk menghayati kempen dan dasar kerajaan

secara seni kreatif menerusi hiburan yang terkawal.

Pelaksanaan dan Pencapaian:

BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT PESERTA (Views)
06 Mac 2021 Kuching 5.9K
1. AKUSTIKA PENTARAMA
Episod 1

2. AKUSTIKA PENTARAMA 03 April 2021 Kuching 4.6K
Episod 2

3. AKUSTIKA PENTARAMA 15 September 2021 Kuching 13.3K
Episod 3

4. AKUSTIKA PENTARAMA 19 November 2021 Kuching 1.8K
Episod 4

5. AKUSTIKA PENTARAMA 27 Disember 2021 Kuching 756
Episod 5

75

Di sebalik tabir rakaman program Akustika PENTARAMA Paparan screenshot jumlah penonton secara maya program
bertemakan Alam yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Akustika Pentarama Siri 1 di laman Facebook Jabatan
Penerangan Sarawak pada 6 Mac 2021.
JAPEN Sarawak.

Akustika PENTARAMA bertemakan Evergreen Sepanjang Paparan tangkap layar jumlah penonton secara maya
Zaman dengan koleksi lagu-lagu yang mengembalikan program Akustika PENTARAMA Episod 2 di laman Facebook
nostalgia.
Jabatan Penerangan Sarawak pada 3 April 2021.

Barisan para pemuzik yang menjayakan Akustika Paparan tangkap layar jumlah penonton secara maya
PENTARAMA. program Akustika PENTARAMA Episod 2 di laman Facebook

Jabatan Penerangan Sarawak pada 3 April 2021.

76

B. Pentarama Fit Dance
Latar Belakang Program
Program PENTARAMA Fit Dance 2021 adalah sebuah program yang dilaksanakan bertujuan untuk
merealisasikan hasrat kerajaan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk membudayakan aktiviti
bersukan dalam kehidupan seharian. Aktiviti bersukan bukan sahaja dapat membentuk tubuh badan
yang sihat, ianya juga dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan rakyat
pelbagai kaum di Malaysia. Maka dengan itu, PENTARAMA Fit Dance 2021 dilaksanakan semasa Hari
Sukan Negara secara hibrid iaitu secara bersemuka dan di atas talian.
Objektif Program

• Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bersukan bagi melahirkan masyarakat

yang yang cergas dan aktif.
• Membudayakan aktiviti kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Menggalakkan rakyat bersukan dan menjalani gaya hidup sihat dan aktif walaupun semasa berada di

dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik COVID-19.

Program Fit Dance sempena Hari Sukan Negara yang
diadakan di The Stage Studio, Kuching pada
9 Oktober 2021.

Pentarama Fit Dance yang dihadiri seramai 30 orang
termasuk Timbalan Pengarah Penerangan, Ketua-

ketua Penolong Pengarah, Ketua-ketua Cawangan,
Artis Budaya Pentarama Sarawak dan para petugas.

77

C. Program ‘Keluarga Malaysia’: Kitak Pandey Berlagu?

Latar Belakang Program

Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak melalui Pentarama Sarawak mengambil inisiatif untuk
menganjurkan program ini bagi mempelbagaikan kaedah pemasaran maklumat, dasar dan inisiatif
kerajaan kepada masyarakat setempat. Platform hiburan dipilih kerana ia lebih dekat kepada masyarakat
dan boleh menarik lebih ramai golongan muda untuk turut serta dalam aktiviti dan inisiatif yang
disediakan oleh kerajaan.

Ujibakat telah diadakan pada 10 Disember 2021 bertempat di Studio Pentarama Sarawak
melibatkan 12 peserta dan disiarkan secara Live di Facebook Jabatan Penerangan Sarawak serta telah
mendapat 1.1k views.

Keputusan penuh Pertandingan Ujibakat ‘Keluarga Malaysia’: Kitak Pandey Berlagu? adalah
seperti berikut:
• Juara : Hadril Bin Haron
• Tempat Kedua : Hazel Anak Melville
• Tempat Ketiga : Sabarina Binti Muhammad Othman
• Tempat Kelima : Alex Ng Wee Hung
• Tempat Keempat : Ismadi Bin Kipli

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar
bin Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 11 Disember 2021 sempena Program
Komuniti Keluarga Malaysia SW@JAPEN di Restoran Pak Belalang, Stakan.

Juara pertandingan turut membuat persembahan bersama Pentarama Sarawak semasa Program
Ramah Mesra YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Komuniti Keluarga Malaysia
yang diadakan di Auditorium P.Ramlee, RTM Kuching pada 11 Disember 2021 jam 7.30 malam. Turut
hadir YBhg. Dato’ Sukari bin Ab. Hamid, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia dan Tuan Haji Suwadi bin
Haji Guliling, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak.

12 Peserta Pertandingan Kitak Pandei Berlagu.

78

Penyampaian hadiah juara Ujibakat ‘Keluarga Malaysia’: Kitak Pandey Berlagu? oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia
Malaysia, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar bin Haji Musa.

Hadril merakamkan gambar kemenangan bersama Ketua Penolong Pengarah BPKPM, artis budaya Pentarama Sarawak dan
artis jemputan, Fizo Omar.

79

6.1 CAWANGAN URUS SETIA
6.1.1 Aktiviti-Aktiviti Cawangan Urus Setia

A. Majlis Perpisahan Pegawai/Anggota Bahagian Perkhidmatan Komunikasi
dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM)
Latar Belakang Program
Majlis Perpisahan Pegawai/Anggota Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat
(BPKPM) adalah majlis penghargaan kepada pegawai/anggota yang akan berpindah atau bertukar ke
daerah atau stesen lain.
BPKPM telah mengadakan beberapa majlis perpisahan bagi pegawai /anggota BPKPM yang
berpindah ke stesen baru. Antaranya pegawai/anggota yang berpindah ialah: -

Bil. Pegawai Jawatan Pertukaran
1. Encik Ajes bin Tuah
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Perkhidmatan Komunikasi Dan Media Dan Komunikasi Korporat (BMKK)
Pembangunan Masyarakat (BPKPM)

2. Puan Freda anak Ketua Cawangan Perhubungan dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Mathew Manggi Pembangunan Masyarakat (CPPM) Penerbitan Dasar Negara (BPDN)

3. Encik Mohamad Cawangan Pusat Maklumat Rakyat Ketua Cawangan Bahagian Media Dan
Sahrizan bin Putit (PMR) Komunikasi Korporat (BMKK)

4. Encik Saridin bin Cawangan Pentarama Pegawai Perhubungan Awam Hospital
Kaderi Umum Sarawak
Ketua Cawangan Pembangunan dan
5. Encik Wiazmi bin Cawangan Pentarama Logistik Bahagian Khidmat Pengurusan
Sepawi dan Kewangan (BKPK)
Penolong Jurutera Bahagian Khidmat
6. Encik Mohamad Nazri Cawangan Pentarama Pengurusan dan Kewangan (BKPK)
bin Bujang

7. Puan Lily Chiong Siew Cawangan Kelab Malaysiaku Pembantu Penerangan Bahagian Khidmat
Hwa Pengurusan dan Kewangan (BKPK)

8. Puan Fazlin binti Alias Cawangan Urus Setia Bahagian Pembantu Tadbir Bahagian Khidmat
Perkhidmatan Komunikasi Dan Pengurusan dan Kewangan (BKPK)
Pembangunan Masyarakat (BPKPM)

80

Objektif Program
• Menghargai jasa dan sumbangan pegawai / anggota sepanjang berkhidmat di Bahagian Perkhidmatan

Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM).
• Menjalinkan hubungan silaturrahim antara warga Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan

Pembangunan Masyarakat (BPKPM).

Encik Ajes bin Tuah memberi ucapan sempena majlis Puan Roszilawati binti Nor Aziz, Ketua Penolong Pengarah
perpisahan beliau. BPKPM yang baharu, menyampaikan cenderamata
perpisahan kepada Encik Ajes bin Tuah.

Penyampaian cenderamata oleh Pengarah Penerangan Penyampaian cenderamata oleh Pengarah Penerangan
Negeri Sarawak kepada Puan Freda anak Mathew Manggi Negeri Sarawak kepada Puan Nur Aisyah Humairah yang
berkhidmat dari tahun 2011 sehingga 2021 telah mengakhiri
yang berpindah ke Bahagian Penerbitan Dasar Negara
sebagai Ketua Penolong Pengarah BPDN. kontrak sebagai artis budaya.

81

B. Penyelenggaraan Perdana Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan
Pembangunan Masyarakat (BPKPM)
Latar Belakang Program
Penyelenggaraan pejabat dilaksanakan secara bergotong-royong oleh anggota Bahagian Perkhidmatan
Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM) untuk memulihara, menjaga dan membersih
kawasan persekitaran pejabat dan kabin.
Penyelenggaraan kawasan pejabat dilakukan bagi menyusun atur lokasi tempat duduk pegawai
dan aset-aset pejabat agar lebih kondusif dan selesa. Pegawai/anggota diberi tanggungjawab untuk
memastikan stesen kerja masing-masing kemas dan bersih seterusnya memberi imej yang baik untuk
Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM).

Salah seorang anggota BPKPM menyusun atur aset
pejabat.

Warga BPKPM bergotong-royong mengasingkan barang-
barang yang tidak dapat digunakan lagi.

Ketua Cawangan PENTARAMA bersama anggota
PENTARAMA sedang menyusun atur dan memeriksa alat
siar raya semasa penyelengaraan kabin dilaksanakan.

82

C. Majlis Apresiasi Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat
(BPKPM)

Latar Belakang Program
Majlis Apresiasi Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM) dan
‘Exchange Gift’ diadakan bagi meraikan dan menghargai semua pegawai/anggota BPKPM atas
perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tahun 2021.
Ia telah diadakan pada 21 Disember 2021 di The Reef dengan menggunakan dana tabung
kutipan bulanan BPKPM.
Objektif Program
• Menghargai dan mengiktiraf usaha dan sumbangan pegawai dan anggota sepanjang tahun.
• Menyuntik semangat positif dan dijadikan pendorong untuk terus memberikan perkhidmatan yang

baik serta komitmen yang tinggi.
• Menyemarakkan hubungan silaturahim antara warga Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan

Pembangunan Masyarakat (BPKPM).

Ketua-ketua Cawangan Bahagian Perkhidmatan
Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM)
merakamkan gambar kenangan.

‘Exchange Gift’ antara Ketua Cawangan Urusetia BPKPM,
Puan Barina anak Nani dan Encik Iswandi Koteng.

Puan Roszilawati binti Nor Aziz, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan
Masyarakat (BPKPM) menyampaikan cenderamata
perpisahan kepada Puan Nur Aisyah Humairah yang telah
tamat kontrak sebagai artis budaya pada pengakhiran
tahun 2021.

83

RUMUSAN / KESIMPULAN
Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM), Jabatan Penerangan
Malaysia, Sarawak merupakan nadi Jabatan telah melaksanakan aktiviti-aktiviti utama Jabatan dengan
jayanya sama ada di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri.
Walaupun pelaksanaan program terikat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan
pembudayaan norma baharu, ia tidak mematahkan semangat pegawai dan anggota untuk memastikan
perkhidmatan menyalurkan informasi sentiasa berterusan.
Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM) berharap agar
program anjuran jabatan dapat memberi impak yang besar terutamanya sokongan rakyat kepada
kerajaan dari segi dasar, falsafah dan wawasan kerajaan.

84

Penyerahan sumbangan kepada Penyelia PPV Miri, Dr. Diana oleh Hajah Riza Haji Kasim, Pemangku Pegawai Penerangan
Daerah Miri.

PPD Julau, Puan Cecilia menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kuiz Kenegaraan.

85

86

Barisan duduk (dari kiri)
Fachrio Ferdiansyah bin Abdillah, Izawati binti Eni, Ajes bin Tuah (KPP BMKK),

Mohamad Sahrizan bin Putit, Warman bin Wagiman.
Barisan kedua berdiri (dari kiri)

Nur Hani Abdullah, Lydia anak Humphrey Tungkat, Marianne Inya anak Sixtus Tegong, Norlia binti Mili,
Norhayati binti Sarkawi, Mastini binti Zaini, Etty Kaesuma binti Abdul Rahman, Lim Poh Choo.
Barisan ketiga berdiri (dari kiri)
Jemat bin Saie, Joshua Amir anak Sibat, Soprin bin Mairat, Safik Effendi bin Kassim.

87

88

1. LATAR BELAKANG BAHAGIAN
Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK) merupakan salah satu bahagian yang memainkan
peranan penting di Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak yang didukung oleh empat (4) cawangan
iaitu Cawangan Media, Cawangan Komunikasi Korporat, Cawangan Pemantauan dan Penterjemahan
dan Cawangan Urus Setia.
BMKK berperanan melaksanakan tugas sebagai perantara bagi jabatan-jabatan kerajaan, badan-
badan berkanun dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dengan pihak media.
Selain itu, BMKK berperanan untuk memberi liputan dan kawalan media bagi segala aktiviti yang
melibatkan pembesar Negara iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri
Agong, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta Toh Puan, Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menteri persekutuan dan negeri.
2. OBJEKTIF BAHAGIAN
• Mewujudkan perhubungan media yang akrab antara pihak kerajaan dengan media tempatan;
• Menyediakan khidmat pengurusan media yang professional kepada pihak media tempatan dan

nasional;
• Menyediakan khidmat pengurusan komunikasi korporat di peringkat jabatan; dan
• Meningkatkan keberkesanan kempen melalui penyediaan khidmat nasihat dan perundingan

komunikasi korporat kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan tinjauan ke Integrated Lab & Surgical Daycare di Pusat Rawatan
Harian, Hospital Umum Sarawak, Kuching.

89

3. PELAKSANAAN AKTIVITI

3.1 CAWANGAN MEDIA

A. Aktiviti-Aktiviti Utama
• Menyediakan Note To Editors (NTE) kepada Ketua-ketua Editor bagi setiap agensi media di Sarawak.

• Menyediakan e-press bagi memudahkan pengamal media mengetahui program-program yang
bakal berlangsung pada keesokan harinya.

• Memproses Siaran Media (SM) dan Berita Bergambar (BG) bagi setiap liputan yang dihadiri oleh para
pembesar negara/ negeri seperti Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong, Tuan Yang
Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta Toh Puan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menteri persekutuan/ negeri dan lain-lain sekiranya
diarahkan.

• Membuat kawalan media dalam majlis/ acara yang dihadiri oleh para pembesar negara/ negeri
seperti Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Sarawak serta Toh Puan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri
serta menteri-menteri persekutuan/ negeri dan lain-lain sekiranya diarahkan.

3.1.1 Laporan Pencapaian Cawangan Media Bagi Tahun 2021
Statistik Keseluruhan Cawangan Media bagi Tahun 2021

BULAN NTE SM BB RENCANA E-PRESS
JAN 30
FEB 35 15 9 2 11
MAC 43
APR 36 23 12 7 19
MEI 31
JUN 30 35 19 4 19
JUL 31
38 24 36 - 13
OGOS 37
SEPT 45 76 3 1
OKT 46
NOV 36 15 5 10 -
DIS
438 21 8 5 -
JUMLAH
20 12 3 -

11 31 5 8
36 25 3
30 33 - 22 Petunjuk
24 34 -
261 230 42 32 • NTE - Note to Editor
• SM - Siaran Media
3 • BB - Berita Bergambar

128 • MA - Malaysia Aktif

90

Statistik Laporan Kawalan dan Liputan Media bagi Tahun 2021

BULAN JAN FEB MAR APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH
KESELURUHAN
Jumlah 15 21 44 48 9 7 19 23 31 43 51 43
354

Statistik Kawalan dan Liputan Media bagi Tahun 2021 Mengikut Tetamu Kehormat

BULAN PM TPM KAWALAN/LIPUTAN DLL JUMLAH
- - TYT MP JAPEN 15 15
JAN - - 16 18
FEB - - --- 21 44
MAC 13 - 2- - 26 48
APR - - 4 12 7 4 9
MEI - - 81 6 7
JUN - - 11 - 17 19
JUL - - -1- 16 23
OGOS - - -2- 24 31
SEPT 5 - 313 22 43
OKT - - 322 34 51
NOV 2 - 88 - 26 43
DIS 692 354
JUMLAH 20 0 3 12 - 227

38 48 15

Petunjuk
• PM - Perdana Menteri
• TPM - Timbalan Perdana Menteri
• TYT - Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
• MP - Menteri-menteri Persekutuan
• JAPEN - Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak
• DLL - Dan Lain-Lain

91

Petugas media BMKK, Encik Joshua Amir
Sibat semasa bertugas pada sesi sidang
media setelah selesai sesi kunjungan
hormat oleh Pertubuhan Cina Sarawak di
Wisma Bapa Malaysia.
Ketua-ketua Cawangan Media BMKK,
Puan Mahdini Jaini (tengah) dan Encik
Mohd Sahrizan Putit (tiga kanan) memberi
taklimat kepada petugas media semasa
Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari
Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Sarawak yang ke-85 di perkarangan
Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Encik Jemat Saie (tiga kanan) semasa
bertugas membuat liputan media bagi
kunjungan hormat oleh Universiti Kolej
Teknologi Sarawak ke atas Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

92

3.2 CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT

A. Aktiviti-Aktiviti Utama
• Menyelaras buku direktori media peringkat negeri.

• Sekretariat mesyuarat peringkat negeri.

• Perhubungan awam Jabatan Peringkat Negeri.

• Menyediakan laporan bulanan dan tahunan bagi Bahagian Media dan Komunikasi Korporat.

• Menguruskan Kad Perakuan Media.

• Melaksanakan Program Lawatan Media.

• Melaksanakan Program Media Engagement.

• Menguruskan aduan bagi Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak.

3.2.1 Laporan Pencapaian Cawangan Komunikasi Korporat Bagi Tahun 2021

Statistik Permohonan Kad Perakuan Media bagi Tahun 2021:

BULAN BIRU HIJAU EMAS WARNA MERAH JUMLAH KESELURUHAN
KELABU 19
27
JAN 5 12 1 1 0 5
152
FEB 18 7 2 0 0 30
0
MAC 1 4 0 0 0 83
115
APR 31 14 17 90 0 0
51
MEI 15 5 8 2 0 184
4
JUN 0 0 0 0 0 670

JUL 76 3 1 3 0

OGOS 70 37 3 5 0

SEPT 0 0 0 0 0

OKT 21 29 0 1 0

NOV 71 95 1 17 0

DIS 2 2 0 0 0

JUMLAH 310 208 33 119 0

Petunjuk • Emas – anggota BMKK, PPD JaPen Sarawak -33 kad media
• Hijau – media rasmi kerajaan -208 kad media
• Biru – media swasta -310 kad media
• Kelabu – media atas talian (online) -119 kad media
• Merah – media antarabangsa –(tiada dikeluarkan setakat ini)

93

Statistik Aduan/ Pertanyaan dan Pengurusan Acara bagi Tahun 2021
• ADUAN/ PERTANYAAN - 25
• PENGURUSAN ACARA - 1
C. Perjumpaan Bersama Pegawai Perhubungan Awam (PPA) Jabatan Penerangan

Malaysia, Sarawak

Pengarah Penerangan Negeri, Tuan Haji Suwadi bin Haji Guliling mempengerusikan program perjumpaan bersama PPA
JaPen Malaysia Sarawak yang diadakan secara maya.

Antara PPA yang turut serta semasa perjumpaan PPA JaPen Malaysia Sarawak secara maya.

94

3.3 CAWANGAN PENTERJEMAHAN DAN PEMANTAUAN

A. Aktiviti-Aktiviti Utama
• Penterjemahan isu politik berkaitan kerajaan.

• Membuat analisis politik (semasa pilihan raya).

• Membuat keratan akhbar mengenai aktiviti jabatan dan isu-isu semasa dalam akhbar Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris serta Bahasa Cina.

Laporan yang diterjemah dan keratan akhbar yang dilakukan ketika ini adalah daripada akhbar
tempatan dan disimpan untuk rekod jabatan. Pemantauan turut dibuat pada akhbar nasional sekiranya
terdapat isu-isu yang berkaitan.
3.3.1 Laporan Pencapaian Cawangan Penterjemahan dan Pemantauan bagi Tahun 2021
Statistik Keratan Akhbar bagi Tahun 2021

PERKARA/ PENTERJEMAHAN KERATAN KERATAN AKHBAR KERATAN
BULAN POLITIK & ISU-ISU AKHBAR MELAYU, INGGERIS & AKHBAR
(RABIES & (COVID-19)
SEMASA DENGGI) CINA
(AKTIVITI JABATAN)

JAN 14 1 7 643
FEB 12 2 9 488
MAC 50 10 6 447
APR 36 0 36 367
MEI 24 0 6 461
JUN 0 3 71 1,241
JUL 131 3 71 1,383
OGOS 363 0 103 1,093
SEPT 75 20 121 854
OKT 137 22 98 395
NOV 879 0 12 204
DIS 1,258 0 2 62
JUMLAH 2,979 61 542 7,638

Statistik Laporan Malaysia Aktif bagi Tahun 2021

BULAN JAN FEB MAR APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH
KESELURUHAN
Jumlah - - - - - 22 12 12 10 6 11 -
73

95

Pembantu Penerbitan, Puan Marianne Thomas tekun Pembantu Penerbitan, Puan Lydia anak Humphrey Tungkat
membuat keratan akhbar bahasa Bahasa Inggeris. sedang membuat keratan akhbar Bahasa Mandarin.

3.4 CAWANGAN URUS SETIA

A. Aktiviti-Aktiviti Utama
• Pengurusan pejabat dan kewangan bagi Bahagian Media dan Komunikasi Korporat.

• Menyelaras dan memastikan sistem fail, pengurusan daftar stok, dan bekalan pejabat sentiasa
dikemaskini.

• Mengurus dan menyelaras aset alih kerajaan.

• Membantu dalam penyediaan anggaran belanjawan mengurus bagi BMKK.

B. Lain-Lain Aktiviti
Mesyuarat Luar
Cawangan Urus Setia juga bertanggungjawab merekod kehadiran mesyuarat luar yang dihadiri oleh
pegawai-pegawai Gred S (Ketua Penolong Pengarah, Penolong-penolong Pengarah S41 dan Penolong
Pegawai Penerangan S29) di BMKK.

Statistik mesyuarat luar yang dihadiri oleh pegawai-pegawai BMKK bagi tahun 2021.

BULAN JAN FEB MAR APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH
KESELURUHAN
Jumlah 6 6 4 6- - 10 7 5 2 22
50

96

Pusat Media Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak ke-12.
Pada tahun 2021, Cawangan Urus Setia BMKK telah terlibat dalam pengurusan Pusat Media PRU DUN
Sarawak ke-12 yang beroperasi di tiga zon seperti berikut;
I. Zon Selatan (Harbour View Hotel, Kuching)
II. Zon Tengah (Hotel Paramount, Sibu)
III. Zon Utara (Hotel Nur, Miri)
C) Gambar-Gambar Aktiviti
Mesyuarat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Yang Baharu

Puan Mahdini binti Jaini (dua kiri) menghadiri mesyuarat Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak yang baharu
bersama pihak Astana Negeri.

Puan Mahdini binti Jaini (empat kiri) mengadakan perbincangan bersama pihak Astana Negeri dan lawatan tapak ke tempat
Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak yang baharu setelah mesyuarat.

97

Pusat Media PRU DUN Sarawak-12 Pusat Media PRU DUN Sarawak-12
(Zon Kuching) (Zon Tengah)

Lawatan oleh Yang Berhormat Menteri KKMM, Tan Sri Datuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr. Annuar
Seri Panglima TPr. Annuar Musa (kanan) dan Pengerusi Rapaee (tengah) menandatangani buku pelawat ketika
berkunjung ke Pusat Media PRU DUN Sarawak-12 Zon
BERNAMA, Senator Datuk Ras Adiba Radzi (dua kanan) ke Tengah.
pusat media.

Para petugas di Pusat Media PRU DUN Sarawak-12 Zon Dr. Annuar (duduk, tengah) semasa mengadakan sidang
Selatan. media.

Haji Suwadi bin Haji Guliling ketika ditemubual oleh para Para petugas di Pusat Media PRU DUN Sarawak-12 Zon
wartawan di sidang media di pusat media. Tengah mengabdikan gambar kenang-kenangan bersama

Dr. Annuar (belakang, tengah).

98

Pusat Media PRU DUN Sarawak-12
(Zon Tengah)

Pengamal-pengamal media sedang membuat liputan sidang Para petugas di Pusat Media PRU DUN Sarawak-12 Zon
media oleh Parti Bumi Kenyalang (PBK) di Pusat Media PRU Utara.

DUN Sarawak-12 Zon Utara.

Puan Nur Hani (dua kanan) ketika bertugas membuat liputan
pada sidang media di Pusat Media PRU DUN Sarawak-12
Zon Utara.

4. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pada tahun 2021 semua tugas yang telah dipertanggungjawab kepada semua
cawangan di bawah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat telah dilaksanakan dengan cemerlang.
Semua kakitangan di BMKK telah menunjukkan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam
melaksanakan setiap tugasan yang diberikan.

99

100


Click to View FlipBook Version