1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU KALI KE 46 SESI 2024/2025 8 JUN 2024 (SABTU) 08:00 PAGI DEWAN SERI TANJONG SK GUAR PERAHU DIRASMIKAN OLEH : ENCIK SHARUL NIZAM BIN IBRAHIM YDP PIBG SK GUAR PERAHU
2 KATA ALU ALUAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK GUAR PERAHU Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, salam maufakat, salam Malaysia Madani, salam ukhwah buat semua warga SK Guar Perahu, ibu bapa, waris anak didik Sekolah Kebangsaan Guar Perahu yang dikasihi. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya jua saya diberi ruang dan kesempatan bagi merakamkan sepatah dua kata di ruangan ini. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tingi penghargaan buat semua warga Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dan ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 ini. Alhamdulillah berkat dengan izinNya, dan berkat usaha gigih dan kerjasama semua pihak, Sekolah Kebangsaan Guar Perahu telah menunjukkan transformasi dalam pimpinan berkesan, guru berkualiti, persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dan sokongan PIBG dan komuniti. Sehubungan itu, saya berharap, agar semua ibu bapa dapat memberikan kerjasama yang baik bagi memantapkan lagi kualiti pembelajaran anak-anak kita di sekolah ini. Saya turut mengharapkan agar semua ibu bapa dapat seiring dengan guru bagi merealisasikan hasrat negara bagi mewujudkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Kebersamaan permuafakatan antara kita perlu diteruskan supaya dapat berfikir aras tinggi bagi memastikan anak anak warga Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dapat menggapai kecemerlangan dan kegemilangan secara berterusan. Akhir kata saya menyeru dan mengharapkan agar semua warga Sekolah Guar Perahu, ibu bapa dan komuniti terus melipat gandakan usaha selari dengan Slogan Sekolah iaitu Ilmu Daulatkan Kami. Saya turut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 Sekolah Kebangsaan Guar Perahu. Sekian, Terima kasih. (Mariyatul Kaptiah binti Md Sabiani) Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Guar Perahu
3 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh, dan salam sejahtera, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan izinNya jua dapat kita bertemu kembali dalam Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Guar Perahu kali ke-46. Kepada semua, saya ucapkan syabas dan tahniah atas kehadiran semua ibu bapa dan waris dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46. Di harapkan perjumpaan kali ini dapat dapat memberikan manfaat untuk kebaikkan sekolah kita. Sepanjang tahun 2023/2024 barisan jawatankuasa telah bersama-sama pihak sekolah melaksanakan tanggungjawab atas kepercayaan yang diberikan dalam pelbagai bentuk. Perkara yang dilakukan ini sebagai tanda sokongan bagi membantu usaha pihak sekolah mendidik anak–anak menjadi insan yang cemerlang akademik serta sahsiah yang terpuji. PIBG adalah salah satu medium yang sesuai untuk membincangkan berkaitan dengan kemajuan pendidikan anak anak. Sebolehnya sekiranya mempunyai isu yang ingin dibincangkan perlulah diselesaikan melalui platform PIBG. Hal ini adalah tanda hubungan baik diantara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Pada kesempatan ini, saya mengharapkan semua pihak agar dapat menonjolkan diri dengan niat berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing demi membina kecemerlangan akademik dan sahsiah anak anak kita. Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi perghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Guar Perahu kali ke-46. Sekian, terima kasih. (Sharul Nizam bin Ibrahim) Yang DiPertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Guar Perahu
4 TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI 8:00 pagi Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru 8:30 pagi Ketibaan tetamu kehormat Ucapan Aluan Pengacara Majlis Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang Bacaan Doa Tayangan Montaj Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Mariyatul Kaptiah binti Md. Sabiani Ucapan Yang DiPertua PIBG & Ucapan Perasmian En. Sharul Nizam bin Ibrahim Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada AJK PIBG Kali ke-46 Tahun 2024 Penyampaian cenderahati kepada perasmi Jamuan makan tetamu dan ibu bapa. 9:45 pagi Mesyuarat dimulakan : 1. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung yang lalu. 2. Membentangkan aktiviti kerjasama warga PIBG bersama PIBG. 3. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Mac 2024 4. Membahas Usul Mesyuarat Agung PIBG 2024 5. Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 6. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 7. Pemilihan Juru Audit Dalaman 8. Hal-hal lain 9. Ucapan penangguhan 10. Cabutan bertuah 11:05 pagi Bersurai
5 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG SK GUAR PERAHU KALI KE-46, TAHUN 2024 Penasihat : Puan Sharifah binti Wan Nik (Guru Besar) Pengerusi : Encik Sharul Nizam bin Ibrahim (YDP PIBG) Naib Pengerusi : Encik Mohd. Badrul Arif bin Iswady (NYDP PIBG) Setiausaha : Puan Norazmin Syuhada binti Mat Desa Bendahari : Puan Nur Isdawani binti Hassan SAMBUTAN DAN PROTOKOL Barisan Pentadbir En. Sharul Nizam bin Ibrahim En. Mohd. Badrul Arif bin Iswady Semua AJK PIBG PENDAFTARAN IBU BAPA / WARIS Pn. Zuraida binti Mansor (K) - Tahun 1 & Tahun 2 Pn. Nurlina binti Harun – Tahun 3 & Tahun 4 Pn. Jusnita binti Jamaludin – Tahun 5 & Tahun 6 PENGACARA MAJLIS Pn. Adilah binti Khosin PENYELARAS TEKNIKAL Pn. Mahfuzah binti Othman (K) Pn. Izyani Raiha binti Ilias BACAAN DOA En. Mohd. Zahir bin Abdul Ghani BUKU PENYATA MESYUARAT AGUNG Pn. Noraini binti Ismail (K) Pn. Siti Nurhidayah binti Abdullah Pn. Veethiyasri a/p Prakasam HIASAN PENTAS & BANNER Pn. Fatin Suhilah binti Awaluddin (K) Pn. Zuraidah binti Abd. Rahman Pn. Hartini binti Arjan CENDERAHATI & SIJIL Pn. Rozilawati binti Mohamed Salleh (K) Pn. Siti Ratna binti Abd, Rahman JAMUAN VIP Pn. Norhayati binti Mohamad (K) Pn. Norliza binti Abu Ahmad Pn. Intan Nur Izzati binti Fadhil Pn. Norhayati binti Shafie Pn. Siti Faizah binti Mohamad Hanafiah Pn. Hazwani binti Zakaria JAMUAN GURU & WARIS Pn, Norbayani binti Baharum (K) Pn. Norhayati binti Ishak Pn. Normazlenha Azma binti Ab Manaf Pn. Aminah binti Mansor Pn. Azlina binti Awang Pn. Hafizah binti Ayob Pn. Norfarhana binti Zakaria PERSIAPAN & PENGEMASAN DEWAN En. Mohamad Mahran bin Mohd Aini (K) En. Muhamad Nor bin Bakar En. Salmezi bin Mohamed En. Mohd Ridhwan bin Ahmad Khairi Pekerja pembersihan PENCATAT MINIT Pn. Suraya binti Yusoff (K) Pn. Ruhani binti Abdul Rahman Pn. Fatimah binti Teh@Abdul Latif Pn. Haliza binti Mat Lin Pn. Jamaliah binti Harun Pn. Ros Aini binti Ismail
6 FOTOGRAFI & DOKUMENTASI Pn. Nazahiyah binti Samsurijjal (K) Pn. Nordazrina binti Danial Pn. Nureen Tasnim binti Azizan CABUTAN BERTUAH Pn. Haslinda binti Md. Saad (K) Pn. Siti Asmah binti Nor Pn. Azwin Farazahida binti Ismail Pn. Nur Husnayati binti Ibrahim Pn. Noor Hasniyati binti Aris EDARAN BUKU PENYATA MESYUARAT Pn. Hashanurmima binti Hashim (K) Pn. Azirah binti Ismail Pn. Farah Waheda binti Abdul Shukor Pn. Norhaida binti Senawi
7 AHLI JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU 2023/2024 PENASIHAT Puan Sharifah binti Wan Nik Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Perahu YANG DIPERTUA PIBG Encik Sharul Nizam Bin Ibrahim NAIB YANG DIPERTUA PIBG Encik Mohd. Badrul Arif bin Iswady SETIAUSAHA Puan Zuliana Binti Ibrahim BENDAHARI Nur Isdawani Binti Hassan AHLI JAWATANKUASA ( WAKIL GURU ) Puan Norazmin Syuhada Binti Mat Desa Puan Haslinda Binti Saad Encik Muhamad Nor Bin Bakar Encik Mohamad Fahmi Bin Azemi Puan Hasnah binti Hussin AHLI JAWATANKUASA ( WAKIL WARIS ) Encik Muhammad Ridhwan bin Ahmad Khairi Puan Hafizah binti Ayob Puan Hazwani binti Zakaria Puan Siti Faizah binti Mohamad Hanafiah Puan Noor Farhana binti Zakaria JURU AUDIT Puan Azirah binti Ismail (Wakil Guru) Puan Norhaida binti Senawi ( Wakil Waris )
8 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU KALI KE – 45 TAHUN 2023 Tarikh : 10 Jun 2023 Masa : 9:30 pagi Tempat : Dewan Seri Tanjung, SKGP Kehadiran : 173 orang 1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG ENCIK SHARUL NIZAM BIN IBRAHIM 1.1 Yang di Pertua PIBG Encik Sharul Nizam Bin Ibrahim mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru dan waris yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45. 1.2 Beliau berharap semua waris memberikan kerjasama kepada pihak sekolah bagi melancarkan lagi setiap program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Tindakan : Makluman 2. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-44, PEMBENTANGAN AKTIVITI KERJASAMA ANTARA SEKOLAH DAN PIBG SERTA PENGESAHAN MINIT MESYUARAT. 2.1 Puan Zuliana binti Ibrahim selaku setiausaha PIBG membentangkan tentang minit mensyuarat PIBG kali ke 44. 2.2 Setiausaha turut membentangkan berkaitan aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. 2.2 Beliau turut memaklumkan semua waris agar merujuk link anyflips yang telah disertakan atau merujuk paparan di hadapan yang telah disiapkan. Cadangan : Puan Nur Farhana Binti Zakaria Sokongan : Puan Hazwani Binti Zakaria Tindakan: Makluman 3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN KEWANGAN PIBG BERAKHIR APRIL 2023 3.1 Puan Nur Isdawani Binti Hassan selaku bendahari membentangkan kewangan PIBG yang berakhir pada April 2023. Cadangan : Puan Mariana Binti Abdullah Sokongan : En Mohamad Nor Bin Bakar.
9 4. PERBAHASAN USUL. CADANGAN DAN USUL PIBG 1. Mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan tempat bagi waris menunggu anak ketika menjemput anak waktu pulang dari sekolah. Cadangan : Abdul Fatah Bin Musa Pencadang tidak hadir, Yang Di pertua PIBG encik Sharul Nizam Bin Ibrahim menerangkan pelbagai prosedur perlu diambil kira sekiranya ingin membina tempat menunggu waris secara kekal. Ianya melibatkan kebenaran pihak Majlis Bandaran. Tindakan: Makluman 2. Mencadangkan agar buku teks dan buku aktiviti dibawa balik supaya waris dapat memantau pembelajaran murid serta kebolehan anak. Cadangan : Siti Nor Marlina Binti Othman. Pencadang tidak hadir, perbahasan usul tidak dilaksanakan namun dibahaskan oleh Puan Guru Besar di dalan hal-hal lain. Tindakan: Makluman 3. Mencadangkan agar pihak sekolah sentiasa memastikan agar tandas berada di dalam keadaan yang bersih, tidak rosak demi memastikan murid selesa ketika menggunakan tandas. Cadangan : Mohamad Zohairi Saad Pencadang tidak hadir, perbahasan usul tidak dilaksanakan namun dibahaskan oleh Puan Guru Besar di dalan hal-hal lain. Tindakan: Makluman 4. Mencadangkan agar menyelaraskan waktu pulang murid bagi tahap 1 dan tahap 2, serta mengurangkan harga buku sekolah yang dijual oleh kedai buku. Cadangan:Ashraf Bin Hassan. Pencadang tidak hadir, perbahasan usul tidak dilaksanakan namun dibahaskan oleh Puan Guru Besar di dalan hal-hal lain. Tindakan: Makluman 5. Mencadangkan agar sekolah mengambil inisiatif bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas terutamanya pada hari Isnin dan Jumaat. Cadangan: Nordiana Binti Abdullah Sokongan: Hazwani binti Zakaria Yang Di Pertua PIBG akan memaklum kepada pengawal keselamatan agar meletakkan kon di kawasan luar sekolah Pagar B agar tiada waris meletakkan kereta di kawasan yang boleh menyebabkan kesesakkan. Tindakan: Makluman
10 6. Mencadangkan agar setiap kelas mempunyai loker atau almari bagi tujuan menyimpan bukubuku yang ditinggalkan oleh murid selepas waktu balik. Cadangan: Nur Aini Farhana Binti Rosli Pencadang tidak hadir, perbahasan usul tidak dilaksanakan namun dibahaskan oleh Puan Guru Besar di dalan hal-hal lain. Tindakan: Makluman 7. Mencadangkan penambahan bilangan kipas dinding di dewan Seri Tanjung bagi kemudahan pelajar terutamanya ketika program dijalankan di dewan. Cadangan: Norazmin Syuhada Binti Mat Desa Sokongan: Mohamad Badrul Arif bin Ismadi Yang Di Pertua PIBG En Sharul Nizam Bin Ibrahim memaklumkan bahawa pihak PIBG akan mempertimbangkan usul tersebut dan PIBG juga mengambil makluam akan keadaan cuaca sekarang. Tindakan: Makluman 8. Mencadangan pihak sekolah memaklumkan tentang sistem Pemarkahan UASA bagi sesi 2022/2023 yang belum diterima. Cadangan: Shakirah Binti Ahmad Pencadang tidak hadir, perbahasan usul tidak dilaksanakan namun dibahaskan oleh Puan Guru Besar di dalan hal-hal lain. Tindakan: Makluman 9. Mencadangkan agar barang keperluan seperi kemudahan barang keperluan sekolah terutamanya pakaian sukan sekolah sentiasa mempunyai stok dari awal sesi sehingga akhir sesi persekolahan bagi memudahkan urusan murid membeli. Cadangan: Khairul Azmi Bin Abdul Rahman. Pencadang tidak hadir, perbahasan usul tidak dilaksanakan namun dibahaskan oleh Puan Guru Besar di dalan hal-hal lain. Tindakan: Makluman 10. Mencadangkan kutipan sumbangan dana PIBG RM 30.00 satu keluarga. Cadangan: Hasnah Hussain Sokongan: Mohd Rizuan Bin Husin Mesyuarat sebulat suara bersetuju agar kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM 30.00 sekeluarga diteruskan. Tindakan: Makluman 11. Mencadangkan agar pihak sekolah boleh mengadakan kutipan wang kepada waris bagi aktiviti lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Cadangan : Nur Dazrina Binti Danial Sokongan : Hazwani Binti Zakaria Mesyuarat sebulat suara bersetuju agar pihak sekolah dapat mengadakan kutipan wang daripada waris bagi tujuan lawatan dianjurkan oleh pihak sekolah. Tindakan: Makluman
11 5. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI AKADEMIK 2022/2023 DAN PERLANTIKAN AJK SESI AKADEMIK 2023/2024 5.1 Mesyuarat bersetuju melantik AJK PIBG 2022 seperti berikut : Yang Di Pertua : Sharul Nizam bin Ibrahim Naib Yang Di Pertua : Mohd Badrul Arif Bin Iswardi Setiausaha : Zuliana binti Ibrahim Bendahari : Nur Isdawani binti Hassan AJK Guru : Mohammad Fahmi bin azemi Muhamad Nor bin Bakar Hasnah Binti Hussain Norazmin Syuhada bt Mat Desa Haslinda bt Md. Saad AJK Waris : Mohd Ridhwan Bin Ahmad Khairi Siti Faezah Binti Hanafiah Hazwani Binti Zakaria Nor Farhana Binti Zakaria Hafizah Binti Ayob Juru Audit : Nor Haida Binti Senawi (Waris) Azirah Binti Ismail (Guru) Tindakan: Makluman 5.2 Sehubungan dengan itu, berikut merupakan penandatangan cek bagi akaun PIBG SK Guar Perahu : 5.3 Mandat tandatangan adalah dua daripada tiga penama di atas. Bendahari merupakan penandatangan wajib. Tindakan: Makluman JAWATAN PENANDATANGAN Yang Di-Pertua Sharul Nizam Bin Ibrahim No. KP : 780517 – 07 – 5217 Setiausaha Zuliana Bt Ibrahim No. KP : 780919 – 09 – 5018 Bendahari Nur Isdawani Bt Hassan No. KP : 870804 – 02 – 5342
12 6. HAL-HAL LAIN 6.1 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG bagi sesi akademik 2022/2023 dan mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baharu dilantik bagi sesi akademik 2023/2024 Tindakan: Makluman 6.2 Puan Guru Besar menerangkan pihak guru tidak menghalang buku teks mahupun buku aktiviti di bawa balik sekiranya mempunyai tugasan. Tujuan tidak membenarkan buku teks yang tiada tugasan di bawa pulang ke rumah bagi mengatasi masalah beg berat. Tindakan: Makluman 6.3 Puan Guru besar menerangkan bahawa lokar tidak dapat disediakan memandang Sekolah Kebangsaan Guar Perahu merupakan sebuah sekolah satu sesi. Sekolah satu sesi mempunyai satu meja bagi setiap murid. Murid tidak perlu berkongsi meja, keadaan ini memudahkan urusan menyimpan buku teks di sekolah tanpa memerlukan loker. Tindakan: Makluman 6.4 Puan Guru Besar turut memaklumkan bahawa tandas dibersihkan sebanyak dua kali sehari oleh pihak pengurusan kebersihan, namun Sekolah kebangsaan Guar Perahu merupakan sebuah sekolah yang dikategorikan sekolah lama yang telah uzur dan memerlukan peneyelenggaraan selalu.. Tindakan: Makluman 6.5 Puan Guru Besar turut memberikan penerangan dan makluman kepada waris bahawa Pihak Sekolah tidak boleh menyelaraskan waktu pulang bagi tahap 1 dan 2 memandangkan jumlah jam belajar dan waktu bagi bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Melayu adalah berbeza. Murid tahap dua juga perlu menambah beberapa matapelajaran lain seperti Reka Bentuk dan Teknologi serta Sejarah. Tindakan: Makluman 6.6 Bagi Ujian Akhir sesi Akademik pula, pihak sekolah memohon maaf kerana guru tidak menyerahkan kepada waris slip UASA, namun beliau memaklumkan bahawa Slip UASA dan slip Pentaksiran Bilik Darjah telah dimasukkan ke dalam fail peribadi murid. Pihak guru telah menyerahkan semua slip dapa bulan Mei yang lepas melalui aplikasi di atas talian. Tindakan: Makluman 6.7 Bagi barang keperluan sekolah seperti baju sukan pula, Puan Guru Besar, memaklumkan bahawa berlaku pertukaran pengusaha kedai buku. Beliau telah memaklumkan tentang keperluan pakaian sukan murid serta keperluan barangan sekolah perlu sentiasa ada dan tersedia. Tindakan: Makluman
13 7 UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baharu dilantik. Beliau turut mengharapkan kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan PIBG dapat diteruskan. 7.2 YDP PIBG sesi akademik 2023/2024 berharap semua AJK yang baharu dilantik dapat memberikan komitmen yang tinggi bagi kemajuan Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dan kejayaan anak-anak.semua. Tindakan: Makluman Mesyuarat di tangguhkan pada jam 11.00 pagi. Disediakan oleh (ZULIANA BINTI IBRAHIM) Setiausaha PIBG Sekolah Kebangsaan Guar Perahu
14 PROGRAM ANJURAN SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BIL UNIT AKTIVITI TARIKH 1. Kurikulum Pelaporan PBD 22 September 2023 Taklimat dan Dialog Prestasi Guru Besar bersama Waris Murid Pemulihan Khas 29 November 2023 Hari Apresiasi Akademik 2023/2024 27 Januari 2024 Majlis Sentuhan Kasih Tahun 6 (Graduasi Tahun 6) 01 Februari 2024 2. Hal Ehwal Murid (HEM) Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah 07 Disember 2023 Program Tanaman Sejuta Pokok 22 April 2024 Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Sekolah @ Majlis Warna Warni Aidil Fitri 24 April 2024 Gotong-royong Madani 11 Mei 2024 3. Kokurikulum Kejohanan Sukan Tahunan Peringkat Sekolah 22 Julai 2023 Koku-Mania 25 November 2023 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 03 Mei 2024
15 PENYATA KEWANGAN TAHUNAN BERAKHIR 30 APRIL 2024
16 HADIAH CABUTAN BERTUAH – YAYASAN TYT
17 CADANGAN DAN USUL PIBG 1. Mencadangakan pihak sekolah agar dapat menyediakan penjaga lalu lintas jalan pada waktu pagi untuk membantu pelajar-pelajar melintas jalan pada waktu kemuncak bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini. Cadangan : En. Shahnaz bin Ibrahim 2. Mencadangkan agar kerja sekolah yang perlu dibuat dikemas kini dan merekod murid yang bermasalah. Cadangan : Pn. Hazwani binti Zakaria 3. Mencadangkan penambahbaikan pada lampu isyarat (pagar padang) kerana ramai murid dan waris terpaksa melintas jalan sendiri. Cadangan : Pn. Hazwani binti Zakaria 4. Mencadangkan dan penambah baikan sekolah sahaja. Cadangan : En. Ahmad Mawardi bin Yahya 5. Mencadangkan agar pihak sekolah menyelaraskan waktu balik persekolahan bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Cadangan : En. Abdul Razak bin Ghazali 6. Mencadangkan agar pihak sekolah menetapkan waktu pulang pada hari Jumaat seperti sebelum ini iaitu pada jam 11.40 pagi. Cadangan : Pn. Norizan binti Ahmad 7. Mencadangkan sumbangan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid untuk tujuan pembelian tshirt Tahun 6 dan Majlis Graduasi Tahun 6. Cadangan : Pn. Suraya binti Yusoff 8. Mencadangkan persetujuan ibu bapa dan waris murid Tahun 6 untuk kutipan bayaran lawatan sambil belajar. Cadangan : Pn. Suraya binti Yusoff 9. Mencadangkan penambahan kipas angin di Dewan Seri Tanjong yang menjadi tempat pelbagai program dan aktiviti sekolah dijalankan. Cadangan : Pn. Norazmin Syuhada binti Mat Desa 10. Mencadangkan agar kutipan dana PIBG sebanyak RM 50.00 satu keluarga. Cadangan : Pn. Adilah binti Khosin
18 AHLI JAWATAN KUASA PIBG SESI 2024/2025 Jawatan Nama No. Telefon Yang Dipertua : .............................................................. ........................... Naib Yang Dipertua : .............................................................. ........................... Setiausaha : .............................................................. ........................... Bendahari : .............................................................. ........................... Ahli Jawatankuasa : Wakil Guru 1. ............................................................. ........................... 2. ............................................................. ........................... 3. ............................................................. ........................... 4. ............................................................. ........................... 5. ............................................................. ........................... Ahli-ahli Jawatankuasa : Wakil Ibubapa/Waris 1. ............................................................. ........................... 2. ............................................................. ........................... 3. ............................................................. ........................... 4. ............................................................. ........................... 5. ............................................................. ........................... Juru Audit : 1. .................................................... ........................... 2. .................................................... ...........................
19 Sekalung Penghargaan Pihak Majlis Merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan & Jutaan Terima Kasih Kepada Encik Sharul Nizam bin Ibrahim YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru Sesi 2023/2024 Pihak Pentadbir & Jawatan Kuasa PIBG Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Guar Perahu Serta Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke 46, Tahun 2024 Sesungguhnya yang baik itu Datangnya dari Allah S.W.T Yang lemah itu Datangnya dari kelemahan hambaNya. Terima Kasih Daun Keladi Tahun Hadapan Berjumpa Lagi