The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AMALAN TERBAIK SEKOLAHKU SEJAHTERA SERONOK & CERIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BADERUL HISHAM Ishak, 2023-02-13 10:44:49

AMALAN TERBAIK SEKOLAHKU SEJAHTERA SERONOK & CERIA

AMALAN TERBAIK SEKOLAHKU SEJAHTERA SERONOK & CERIA

SEKOLAH KEBANGSAAN FRANCIS LIGHT 10150 JALAN PERAK, PULAU PINANG 04-2294295 / [email protected] AMALAN TERBAIK SEKOLAHKU SEJAHTERA : “ ”


SEKOLAHKU SEJAHTERA : “ ” LAMAN REKREASI ILMU PENGENALAN Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. TS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Sekolah Transformasi ini menjadi peneraju atau model kepada sekolah lain dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan; diterajui kepimpinan berkualiti dan berwawasan; memiliki guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, dan mempunyai komitmen padu dengan komuniti. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Sudut Ilmu yang dirancang adalah bahan rangsangan yang boleh digunakan oleh murid dalam proses pembelajaran mereka. Laman rekreasi ilmu ini diharapkan agar dapat memberi peluang kepada murid untuk belajar secara kendiri melalui pemerhatian dan perkongsian ilmu dalam kalangan mereka. Selain itu juga, diharapkan agar dapat memberi peluang kepada murid untuk belajar secara didik hibur sekaligus meningkatkan motivasi mereka untuk belajar.


RASIONAL Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan para murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui sudut ilmu interaktif yang menyajikan ilmu pengetahuan akan terasa lebih mesra. Ini adalah satu usaha pihak sekolah yang terancang dan berperingkat untuk mencapai hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan kemenjadian murid seterusnya mampu melahirkan modal insan unggul. OBJEKTIF I. Menjadikan Sudut Ilmu sebagai pusat untuk para murid menambah ilmu pengetahuan. II. Membina kesimbangan intelek , jasmani, emosi dan rohani semasa program dijalankan, disamping menghilangkan tekanan. III. Menjana nilai kepimpinan cemerlang serta mempamerkan kemenjadian pelajar melalui penglibatan dalam aktiviti yang dirancang. IV. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah V. Melahirkan kerjasama dan mengeratkan silaturrahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan pihak luar melalui Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa. VI. Membina keyakinan diri setiap murid untuk berdepan dengan situasi sebenar Mencungkil bakat pelajar dalam bidang pengucapan awam dan kewartawanan. VII. Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah. VIII. Memberi peluang kepada murid untuk belajar secara kendiri dan memupuk perasaan ingin tahu dalam kalangan murid


SEKOLAHKU SEJAHTERA : “ ” LAMAN REKREASI ILMU 1. KOLAM CERIA : KOLAM HIDUPAN AKUATIK Pelbagai hidupan akuatik : flora dan fauna membantu menceriakan suasana dan mendamaikan keadaan. – ALIRAN AIR Mewujudkan suasana tenang dan tenteram/nyaman dan selesa - SUDUT REFLEKSOLOGI Membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal 2. SUDUT INTERAKTIF ILMU – SAINS – INFOGRAFIK – DATA Pelbagai info-info menarik sains yang disampaikan/dipamerkan untuk memberi pengalaman murid belajar di luar kelas. (data update sebulan) - SUDUT KUIZ/TUGASAN : Kuiz/tugasan untuk murid sertai dalam tempoh yang ditetapkan. Menggalakkan murid melayari intenet untuk mengumpul data-data dan maklumat penting. – PERSEMBAHAN Memberi peluang murid menyampaikan info-info penting tentang sains kepada rakan-rakan. Membina keyakinan murid untuk tampil kehadapan - TAMAN HERBA : Mempamerkan tumbuh-tumbuhan herba kepada murid Menambahkan pengetahuan murid tentang nama-nama tumbuhan herba dan nama saintifik 3. SUDUT INTERAKTIF ILMU – BAHASA MELAYU – SERLAHKAN BAKATMU : PIDATO : PENGUCAPAN AWAM Murid mempamerkan pelbagai bakat masing-masing Membina keyakinan murid Membantu mengurangkan rasa gemuruh murid semasa di hadapan kelas dan perhimpunan Gabungjalin dengan matapelajaran lain untuk mencungkil bakat-bakat murid Pelbagai info-info menarik tentang Bahasa dan pertuturan 4. SUDUT INTERAKTIF ILMU – BAHASA INGGERIS - HIP : Mempamerkan pelbagai info-info menarik Memperkenalkan kepada murid bahasa Inggeris Bahasa kedua di Malaysia


Click to View FlipBook Version