NATURE’S SECRET: CAMPING & SURVIVAL SKILLS AKMAL HANIF AZLAN, MUHAMMAD AIMIN ZAIRIL SAAD, MUHAMMAD IZZWAN ALIF RODSEE, NADIA SYUHADA ZULKIFFLI, NUR BATRISYIA MOHD SABRI, NUR SYUHADA MOHD FAUZI ADVENTURE RAHSIA ALAM: PERKHEMAHAN DAN IKHTIAR HIDUP SESUAI UNTUK 10-12 TAHUN
PENGHARGAAN Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kami bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menghasilkan buku yang telah diusahakan selama ini bertajuk “Perkhemahan dan Ikhtiar Hidup”. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada seorang pendidik yang sangat berdedikasi iaitu pensyarah kami yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang penghasilan buku ini. Seterusnya, terima kasih juga kepada ahli keluarga kami kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kami terutama di semester akhir ini. Terima kasih buat pihak UiTM kerana memberi peluang kepada kami untuk mencoret bakat sepanjang menghasilkan buku ilmiah ini. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan iaitu penulis-penulis buku yang sama-sama berhempas pulas dalam meyempurnakan senaskhah buku ini. Kami juga merakamkan penghargaan kepada semua rakan sekelas atas sumbangan idea kalian. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang penghasilan buku ini. Sekian, terima kasih.
KANDUNGAN 01 02 03 04 05 Pengenalan kepada Ikthiar Hidup (1 - 3) Keperluan Asas (4 - 8) Navigasi (9 - 13) Tempat Perlindungan (14 - 28) Unggun Api (29 - 38) ISI-ISI 06 07 Sumber Semulajadi (39 - 47) Kit Pertolongan Cemas (48 - 54) 08 Kesimpulan & Sumber Rujukan (55 - 58)
PENULIS AKMAL AIMIN IZZWAN NADIA BATRISYIA SYUHADA
PETA MALAYSIA MALAYSIA Daun,pedia.(2013).Jenis-JenisHutandiMalaysia.blogspot.com. 2023, https://daunpedia.blogspot.com/2013/02/draf-2.html
PENGENALAN Untuk mengenal pasti situasi kecemasan dan bagaimana untuk mengatasinya. 1. Untuk menyediakan keperluan asas kehidupan manusia termasuk air, makanan, dan tempat perlindungan. 2. Untuk menyokong pengetahuan yang betul dan interaksi yang baik dengan alam. 3. IIkhtiar hidup merujuk kepada pemahaman dan pelaksanaan langkah-langkah praktikal untuk memenuhi keperluan asas kehidupan. Terdapat beberapa aspek utama dalam ikhtiar hidup: Pengenalan Situasi Kecemasan Penyediaan Asas Kehidupan Kemahiran Pertolongan Pertama Kemahiran Navigasi dan Penyelidikan Kemahiran Komunikasi Pengetahuan Mengenai Alam Sekitar Ketahanan Mental dan Emosi Pelatihan dan Latihan 1 Ikhtiar hidup adalah pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk bertahan dalam apa-apa keadaan kecemasan. Ikhtiar itu sendiri adalah keadaan untuk terus hidup, untuk mempertahankan hidupnya dari berbagai ancaman. Hutan Hujan Tropika Hutan Gunung Hutan Pantai Hutan Paya. Kepada Ikhtiar Hidup PENCAPAIAN! JENIS-JENIS HUTAN IKHTIAR HIDUP!
MURID-MURID, SEPANJANG CUTI SEKOLAH APAKAH AKTIVITI YANG KAMU LAKUKAN? “BERCUTI!” “MEMANCING BERSAMA ABANG!” “TIDUR!” “RING!!!!!” WAKTU PERSEKOLAHAN BERMULA SEMUA MURID SEMANGAT MENJAWAB SOALAN GURU MEREKA SEHINGGALAH...... 2
CIKGU! SAYA PERGI BERKHEMAH DENGAN AYAH DI DALAM HUTAN! WAH SYAFIQ, MENARIK SEKALI AKTIVITI KAMU. BOLEH KAMU CERITAKAN KEPADA RAKAN-RAKAN? BOLEH CIKGU! BERMULALAH KISAH EKSPEDISI SYAFIQ BERSAMA AYAHNYA DI HUTAN. SEGALA TIPS DAN ILMU YANG DIPELAJARI DISAMPAIKAN KEPADA KAWAN-KAWANNYA. 3
KEPERLUAN A S A S I K H T I A R H I D U P SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN KE DALAM HUTAN, PENTING UNTUK MENYEDIAKAN KEPERLUAN ASAS. 4
HARI INI ADALAH HARI YANG DINANTI-NANTI IAITU HARI SYAFIQ AKAN PERGI KE HUTAN UNTUK PERTAMA KALI BERSAMA AYAHNYA... SYAFIQ BANGUN DAN BERGEGAS KE DAPUR UNTUK SARAPAN. DIA MEMBAYANGKAN SEGALA KEAJAIBAN YANG AKAN DITEMUI DALAM HUTAN. 5
AYAH NAK BERITAHU SYAFIQ TENTANG KEPERLUAN ASAS SEBELUM KITA MEMASUKI HUTAN WAHH! APA ITU AYAH? 6
KEPERLUAN ASAS SEBELUM MEMASUKI HUTAN Pemetikapi Mancis Begtidur Air mineral Makanan dalam tin 7
Lampusuluh Parang Sarungtangan Tali Ubatnyamuk Khemah 8
NAVIGASI ARAH PANDU J A L AN NAVIGASI ADALAH PROSES MENENTUKAN ARAH UNTUK MENCAPAI TUJUAN, MELIBATKAN PENGGUNAAN PETA, KOMPAS, GPS, ATAU CARA LAINNYA. 9
SELAIN RIBEN, APAKAH YANG BOLEH MENJADI PANDUAN ARAH KETIKA KITA BERADA DI DALAM HUTAN? SELAIN RIBEN, KITA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN KOMPAS, BURUJ DAN MATAHARI SEBAGAI PENANDA ARAH. AYAH, MENGAPA AYAH MENGIKAT RIBEN PADA RANTING-RANTING POKOK TERSEBUT? AYAH MENGIKAT RIBEN PADA RANTING POKOK SEBAGAI PENANDA JALAN MASUK DAN KELUAR KITA DARI HUTAN INI. DALAM PERJALANAN KE DALAM HUTAN, SYAFIQ TERLIHAT AYAHNYA MENGIKAT RIBEN DI RANTING- RANTING POKOK. 10
NAVIGASI 1) RIBEN Riben digunakan untuk menanda jalan masuk dan keluar 2) BURUJ Buruj menjadi petanda pada waktu malam. 3) KOMPAS Kompas digunakan untuk menentukan arah 4) MATAHARI Matahari berfungsi sebagai penanda arah timur pada waktu siang 11
AYAH, APAKAH YANG KITA PERLU LAKUKAN JIKA MASIH TERSESAT SETELAH MENGGUNAKAN KESEMUA NAVIGASI ITU? JANGAN RISAU, KITA MASIH ADA CARA LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN. CARANYA ADALAH.. 12
Isyarat SOS adalah isyarat yang digunakan untuk meminta pertolongan ketika kecemasan. Menggunakan asap untuk memberi tahu kedudukan kita. Mengetuk batang pokok untuk menghasilkan bunyi. Menggunakan batu atau ranting pokok untuk meminta bantuan dari udara. 13
TEMPAT P E R L I N D U N G A N PERKARA UTAMA DALAM IKHTIAR HIDUP DI HUTAN IALAH MEMBINA SEBUAH TEMPAT PERLINDUNGAN YANG SELAMAT. 14
SYAFIQ, APA PERKARA PENTING APABILA KITA MASUK KEDALAM HUTAN? HAA!... SYAFIQ TAHU! MEMBUAT TEMPAT PERLINDUNGAN AYAH. BETUL. JADI SEKEJAP LAGI KITA AKAN MEMASANG KHEMAH YANG AYAH BAWA INI. YEAY! TAK SABARNYA SYAFIQ NAK BELAJAR MEMASANG KHEMAH. 15
SEBELUM PACAK KHEMAH, KITA KENA TENGOK KEADAAN PERSEKITARAN SAMA ADA SESUAI ATAU TIDAK. MACAM MANA TU AYAH? HAA.. MARI AYAH BAGI TIPS KEPADA SYAFIQ UNTUK KEGUNAAN MASA HADAPAN 16
Pastikan kawasan selamat dari bahaya seperti tanda-tanda kehadiran binatang buas, pokok mati, dahan mati, kawasan tanah runtuh dan laluan air. Amalkan 3P: Pandang atas, pandang bawah dan pandang sekeliling. MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN YANG SELAMAT. Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati. Tidak mendirikan tempat perlindungan di bawah tebing yang berkemungkinan akan runtuh atau mempunyai kesan hakisan. Jika berdekatan dengan sungai pastikan tidak membina tapak perkhemahan di selekoh “S” sungai. Kebiasaannya air sungai akan naik mendadak di tempat tersebut bila berlaku banjir atau kepala air. Jauhkan dari tempat yang mempunyai kesan panahan petir dikhuatiri boleh berulang di tempat yang sama. Banyak kesan pokok mati disekeliling. Tidak membina tempat perlindungan berdekatan dengan air terjun yang bising yang boleh menghalang pendengaran kehadiran atau isyarat dari pasukan SAR atau menghalang pendengaran dari ancaman yang menghampiri tempat anda. Tempat perlindungan hendaklah tempat yang senang melarikan diri sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. TIPS 17
KHEMAH KENALI JENIS Sebelum memasang khemah, mari kenali jenis-jenis khemah yang ada. 1) KHEMAH GEODESIK Reka bentuk seperti dome dengan tiang yang bersepadu membentuk rangkaian segitiga. Ia sesuai untuk keadaan cuaca yang sukar. Khemah ini biasanya digunakan dalam pendakian gunung. 2) KHEMAH DOME: Reka bentuk yang bulat atau berbentuk dome menggunakan tiang fleksibel yang bersilang di atas untuk membentuk dome. Sesuai untuk perkhemahan umum kerana mudah dipasang. 3) KHEMAH TEROWONG: Reka bentuk seperti terowong panjang dengan tiang fleksibel membentuk lengkungan yang ringan dan mudah dipasang. Sesuai untuk aktiviti backpacking. 18
KHEMAH KENALI JENIS Sebelum kita memasang khemah, mari kenali jenis-jenis khemah yang ada. 4) KHEMAH TIRUS: Reka bentuk segitiga yang sederhana, dengan dua tiang di setiap hujung untuk menyokong tiang tengah di bahagian atas. Biasa digunakan oleh pemburu. 5) KHEMAH PIRAMID: Reka bentuk seperti piramid, dengan satu tiang pusat yang menyokong puncak dan kain khemah yang meluas ke bawah ke tanah. Biasa digunakan untuk backpacking dan perkhemahan minimalist. 19
CARA-CARA Khemah yang digunakan adalah: KHEMAH DOME MEMASANG KHEMAH Komponen-Komponen Khemah : Khemah utama (1 unit) Pancang (6 unit) Fibre penyambung (2 batang) Fly sheet (1 unit) Tali FLY SHEET KHEMAH PANCANG TALI NILON BEG KHEMAH BAG FIBRE PENYAMBUNG BEG PANCANG &TALI FIBRE PENYAMBUNG 20
CARA-CARA MEMASANG KHEMAH Langkah-Langkah Memasang Khemah Dome: 1.Pastikan semua komponen mencukupi. 2.Mulakan dengan menyambungkan fibre penyambung. Masukkan fibre penyambung ke lubang luar, atas khemah utama sebagai rangka khemah. Pastikan tiang itu tidak terputus di tengah-tengah. 3. Selesai dimasukkan fibre penyambung, tegakkan dan kuncikan fibre penyambung di setiap sudut khemah utama. 4. 5.Pasangkan pancang dihujung sudut khemah utama. Pasangkan fly sheet diatas khemah utama dan pasangkan pancang dihujungnya. 6. Seterusnya, ikat fibre penyambung pada atas khemah bagi menstabilkan rangka khemah. 7. 21
YEAY! SYAFIQ DAH BERJAYA PASANG KHEMAH AYAH. BAGUS ANAK AYAH NI. CEPAT BELAJAR. 22
KEADAAN SESAT APA YANG PERLU KITA LAKUKAN SEKIRANYA SESAT DIDALAM HUTAN? KITA BOLEH MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN DI SEKELILING! DENGAN HANYA BERBEKALKAN: PARANG MANCIS/PEMETIK API PANDAI! 23
TEMPAT Membina Tempat Perlindungan Sementara PERLINDUNGAN SEMENTARA Bahan-bahan yang diperlukan : Kayu panjang (3 batang) Daun-daun dan ranting pokok (dari sekeliling dan dari pokok) pelepah pokok Akar pokok (Sebagai tali) Langkah membina tempat perlindungan sementara: Dua(2) batang kayu sama panjang dipacak pada tanah dengan kukuh dan silangkan menjadi bentuk segitiga. 1. Satu(1) lagi kayu yang lebih panjang daripada kayu tadi dipacakkan di sudut tengah sebagai atap khemah. 2. Ikatkan dengan ketat ketiga kayu tersebut dengan menggunakan akar pokok yang mudah lentur. 3. Daun-daun pokok serta pelepah pokok ditaburkan dan dihamparkan di tapak tempat perlindungan sebagai lantai. (tapak segitiga) 4. Daun-daun dan ranting pokok yang lebih besar disandarkan pada rangka yang dibina sebagai dinding tempat perlindungan. 5. 24
TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA Inilah rupa tempat perlindungan sementara yang sudah siap. Masa yang diambil untuk membina: lebih kurang 3 jam. 25
SELAIN ITU, KITA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN AKAR BANIR SEBAGAI TEMPAT PERLINDUNGAN. APA ITU AKAR BANIR AYAH? MARI AYAH TERANGKAN! 26
AKAR BANIR SEBAGAI TEMPAT BERLINDUNG Akar Banir KEGUNAAN AKAR BANIR Menghantar isyarat kepada penyelamat dan pendaki lain ketika kecemasan. Sebagai tempat berteduh dan berlindung sementara menunggu bantuan tiba. Struktur perlindungan semulajadi disaat genting ketika di dalam hutan. Membuat rangka tempat perlindungan AKAR BANIR SEBAGAI TEMPAT PERLINDUNGAN Sandarkan pelepah pokok serta ranting- rating pokok pada banir. 27
AKAR BANIR SEBAGAI TEMPAT BERLINDUNG Akar Banir ISYARAT KECEMASAN MENGGUNAKAN AKAR BANIR Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu dengan kuat. Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain. Pastikan anda menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar. Bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi anda ketika itu. 28
UNGGUNAN API DINYALAKAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA BINATANG BUAS, MEMANASKAN BADAN, ISYARAT BAHAYA, UPACARA KEAGAMAAN ATAU PERAYAAN, ATAU SEBAGAI PERAPIAN UNTUK MEMASAK MAKANAN. UNGGUN API 29
Syafiq dan ayahnya terkejut apabila mereka mendapati dapur portable yang mereka bawa rosak. Mereka terpaksa mencari cara lain untuk memasak makanan mereka. Lalu Syafiq bertanya kepada ayahnya apakah cara lain untuk menyediakan makanan mereka. 30
APAKAH BAHANBAHAN ITU AYAH? KITA BOLEH MEMBUAT UNGGUN API MENGGUNAKAN UMPAN API, RANTING KAYU & DAHAN KAYU AYAH, APAKAH CARA LAIN UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN? CARA LAIN IALAH KITA BOLEH MEMBUAT UNGGUN API MENGUNNAKAN BAHANBAHAN YANG ADA DI PERSEKITARAN KITA 31
BAHAN-BAHAN Pengeseran Pemetik api Mancis 1. SUMBER API UNGGUN API 32
BAHAN-BAHAN Daun kering Lumut Kertas 2. UMPAN API UNGGUN API Kapas 33
BAHAN-BAHAN 3. RANTING/KAYU-KAYU KECIL UNGGUN API 4. DAHAN KAYU BERSAIZ BESAR 34
OKAY AYAH, APAKAH CARA-CARA HIDUPKAN API? JOM KITA BUAT..... 35
n Bahan umpan api digenggam & buat gumpalan tidak padat. Tip: Tak perlu padatpadat. Api perlukan ruang dan oksigen. Susun ranting atau dahan kayu kecil di keliling umpan api. Biasanya disusun secara kon Acuhkan api ke umpan dari banyak arah. Tip: Tiup perlahan ke arah umpan api bagi bekalkan lebih udara untuk cepatkan pembakaran. JOM BUAT! UNGGUN API 36
n Biarkan bara api terpadam. Sebaiknya kambus bara api dalam tanah. Tinggalkan tempat tanpa jejak Matikan api menggunakan tanah/pasir dan air apabila tidak diperlukan. Pastikan api sudah terpadam sepenuhnya sebelum bergerak meninggalkan tempat tersebut Apabila api semakin marak, letakkan dahan kayu bersaiz besar sebagai bahan bakar utama. JOM BUAT! UNGGUN API 37
AYAH, ADAKAH KITA BOLEH BUAT UNGGUN API KETIKA KEADAAN BASAH? BOLEH. CARANYA DENGAN MEMBUANG LUARAN KULIT KAYU YANG BASAH DAN AMBIL BAHAGIAN DALAM KAYU SAHAJA UNTUK DIJADIKAN BAHAN BAKAR WAH KITA DAH BOLEH MASAK AYAH! BETUL TU! AYAH MASAK RAMEN UNTUK KAMU 38
SUMBER S E M U L A J A D I SUMBER SEMULAJADI MERUJUK KEPADA PENGGUNAAN DAN KEBERGANTUNGAN KEPADA SUMBER-SUMBER ALAM 39
AYAH, MENGAPA KITA TIDAK MEMASAK MAKANAN YANG KITA BAWA? DALAM KEADAAN KECEMASAN, DARI SUNGAI INILAH KITA BOLEH MENCARI SUMBER MAKANAN SEPERTI IKAN. 40
AYAH, LIHAT! SAYA JUMPA BUAH! BOLEH SYAFIQ MAKAN BUAH INI? SYAFIQ, KAMU BUAT APA TU? 41
Untuk mengenali buah yang boleh dimakan, perhatikan ciri-ciri berikut: Warna dan Kematangan: Perhatikan perubahan warna, buah matang cenderung lebih cerah. Tekstur Permukaan: Sentuh buah, yang matang biasanya lebih lembut. Aroma dan Bau: Bau harum menunjukkan kematangan, seperti durian dan nangka. Berat Buah: Buah matang umumnya lebih berat daripada yang mentah. Tekstur Daging Buah: Sentuh atau tekan untuk menilai kekenyalan, buah matang cenderung lembut. Bentuk Umum: Perhatikan bentuk umum buah, seperti manggis yang memuai semasa matang SEBENARNYA SYAFIQ, ADA CARA UNTUK KITA MENGENALI BUAHBUAHAN YANG BOLEH DIMAKAN. 42
AYAH, BOLEH TAK SYAFIQ NAK MINUM AIR SUNGAI NI? BOLEH! TAPI SEBELUM TU KITA KENA BUAT PENAPIS AIR DAHULU UNTUK DAPAT AIR YANG BERSIH. 43
BAHAN-BAHAN PENAPIS AIR Botol Minuman Batu besar & Kecil Pasir Arang Dedaun Kapas 44
CARA-CARA PENAPIS AIR 1) Cari Sumber Air Bersih. Pilih air yang kelihatan jernih dan bersih serta tidak berbau. 2) Sediakan Bahan-Bahan. Sediakan batu, pasir, arang kayu hancur, dedaun dan kapas. 3) Membuat Penapis. Susun lapisan batu, pasir, arang, daun dan kapas di dalam botol yang telah dipotong bahagian bawah. Batu-Batu Besar & Kecil Pasir Arang Dedaun Kapas 45