The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqahazmi17, 2021-11-14 02:05:57

PEP

PEP

TAJUK TUGASAN: KESIHATAN DAN PERPADUAN
KOD & KURSUS: MPU21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TUGASAN: E-FOLIO
PROGRAM: DPR1A
NAMA PENSYARAH: : PUAN AISHAH BT. MOHAMAD SAID

NAMA NO. PENDAFTARAN

ARIEF HAKIMI BIN ROSEDI 15DPR21F1003

AFIQ IZZUDIN BIN MOHAMAD AMIN 15DPR21F1021

NURUL NATASHA NAJIHAH BINTI MOHAMAD 15DPR21F1011

NOR AFIQAH BINTI MOHAMAD AZMI 15DPR21F1027

PENGENALAN KESIHATAN DAN PERPADUAN

• Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak
hanya seketika ketiadaan sakit. Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan
sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

• Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau
kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama
manusia (berlainan kaum,bangsa dan agama).

• Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi
dalam bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan tidak membezakan
agama,bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan
bermasyarakat yang aman dan harmoni.

• Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang
berlainan bangsa dan agama, bersama-sama berkongsi kepakaran dan kemahiran
bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin. Hal ini juga dapat menjelaskan
bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan dan kesihatan ini berlaku.

OBJEKTIF

❑ Dapat mengetahui perbezaan antara kesihatan
dan perpaduan

❑ Dapat mengetahui konsep kesihatan dan
perpaduan

❑ Dapat mengetahui kesan terhadap kesihatan jika
tiada perpaduan antara rakyat

Contoh pertama yang boleh kita ambil bagi menjelaskan dengan lebih mudah mengenai konsep
kesihatan dan perpaduan ini ialah:

1. HARI SUKAN NEGARA / BULAN SUKAN NEGARA

• “Hari Sukan Negara” yang disambut selama sehari pada
minggu kedua Oktober sejak 2015 telah ditukar namanya
kepada “Bulan Sukan Negara” yang diwujudkan mulai Oktober
2019. Penambahbaikan dan perubahan konsep lebih
kontemporari dan memenuhi keperluan semasa adalah
keutamaan sangat penting terhadap program Bulan Sukan
Negara bagi menjamin agenda “Sukan Untuk Semua” kekal
relevan sepanjang zaman.

• Tujuannya untuk menggalakkan semangat persaingan yang
sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu,
kumpulan masyarakat dan antarabangsa

2. KEMPEN DERMA DARAH

• Perpaduan juga dapat diwujudkan ketika kita mendermakan
darah. Hal ini demikian kerana kita dapat melihat di sekeliling
kita mengenai proses kerjasama antara kaum sekaligus dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum.

• Visi Pusat Darah Negara ialah sedia berkhidmat kepada
masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan
selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang
Transfusi Perubatan.

3. COVID-19

• Kes ini menjadikan kesemua petugas-petugas barisan hadapan
(frontliner) berkerjasama dan berganding bahu siang dan malam
bagi mengurangkan penularan ini berlaku. Selain itu, barisan-
barisan petugas hadapan (frontliner) yang terdiri daripada polis,
tentera, doktor dan sebagainya bertugas dan berkongsi
kepakaran untuk memastikan fasiliti keperluan dan keselamatan
rakyat terjamin.

• Rakyat juga perlu bersama-sama menjaga diri daripada dijangkiti
penyakit ini selaras dengan tagline “#kitajagakita”. Jelaslah
bahawa dengan adanya perpaduan yang kuat daripada rakyat
Malaysia ini mampu dan berjaya menjadikan Malaysia antara
negara yang paling kurang catatan kes Covid-19 di seluruh dunia.

KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA
PERPADUAN ANTARA RAKYAT.

1. KEHARMONIAN NEGARA AKAN TERJEJAS
➢ Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya kesepaduan di

kalangan rakyat. Kerjasama yang baik antara rakyat sangat
dititikberatkan di dalam proses memberikan rawatan yang terbaik
kepada rakyat.
➢ Contohnya, sepanjang berlakunya penularan wabak COVID-19 ini ,
rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dengan pihak atasan
untuk berkerjasama memutuskan rangkaian wabak tersebut. Ini
sekaligus menyebabkan peningkatan kes dan kematian pesakit dari
semasa ke semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja
pada pihak atasan malah terhadap kita juga.
➢ Sehubungan itu, keharmonian negara juga tergugat dan
memberikan impak negatif yang agak besar kepada kesejahteraan
rakyat dan negara.

2. WUJUDNYA MASYARAKAT YANG TIDAK BERMORAL, BERTOLAK
ANSUR DAN BERETIKA

➢ Apabila adanya masyarakat yang tidak bermoral , bertolak ansur dan
beretika ini dapat menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan
faham antara kaum. Sebagai contoh, rakyat yang tidak memberi
komitmen yang baik kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
dalam mendermakan darah kepada pesakit yang memerlukan.

➢ Ini kerana kurangnya sensitiviti dalam diri sesetangah rakyat terhadap
pesakit yang betul-betul memerlukan. Lebih-lebih lagi, stok darah di
dalam tabung darah negara kini tidak mencukupi bagi menampung
bekalan darah yang diperlukan oleh setiap pesakit yang berada di hospital
mengikut jenis-jenis darah yang diingini.

➢ Malahan pula, terdapatnya sesetengah sifat rakyat yang memilih kasih
dalam mendermakan darah akan melambatkan lagi proses membaik pulih
kesihatan pesakit tersebut. Dengan itu, tahap kesihatan akan terganggu
dan kurangnya kesepaduan dalam kalangan rakyat.

3. WUJUD SIKAP MEMENTINGKAN DIRI DALAM MASYARAKAT

➢ Sering kali kita dapati terdapatnya segolongan masyarakat yang sanggup
menggadai prinsip politik, ekonomi, keadilan dan prokemanusiaan demi
kepentingan diri. Contohnya,sesetengah rakyat yang tidak memberi
kerjasama yang baik untuk mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) semasa berlakunya wabak virus jangkitan COVID-19.

➢ Sebagai contoh, rakyat lebih suka mengikut kehendak mereka untuk
keluar sesuka hati dan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan
tanpa mengambil berat tahap kesihatan orang lain.

➢ Hal ini diperkatakan demikian kerana kita akan mempropagandakan lagi
keadaan sekaligus meningkatkan bilangan kes COVID-19 tersebut melalui
sentuhan dan jarak yang rapat apabila bertemu kawan atau sebagainya.


Click to View FlipBook Version